Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK SIFIR 2020

SK HASHIM AWANG
ANJURAN PANITIA MATEMATIK

1.0 PENDAHULUAN
Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting

dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius

oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk

menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam

kehidupan seharian. Fokus utama adalah membantu murid - murid yang

belum menguasai dan yang masih belum menguasai sepenuhnya.

Program ini akan diadakan selama sebulan di mana murid-murid yang terlibat

akan membaca sifir yang telah di hafal pada guru angkat masing- masing. Murid

yang pantas menghabiskan kesemua sifir akan di kira sebagai pemenang. Semua

rekod akan di catat pada kad yang telah di bekalkan kepada setiap murid.

2.0 RASIONAL

Rasional menjalankan projek ini adalah untuk menarik minat dan perhatian
murid-murid terhadap subjek Matematik. Sedia maklum, Matematik
merupakan matapelajaran asas yang wajib dikuasai oleh setiap murid.
Justeru itu melalui program bijak sifir ini, diharap dapat meningkatkan prestasi
murid-murid dalam subjek matematik
3.0 OBJEKTIF
 Membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran arus
perdana.
 Membantu murid pemulihan yang masih lemah sifir.
 Menambah kecintaan pelajar terhadap subjek Matematik.
 Membolehkan murid menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan
berkesan.
 Satu kaedah pertandingan bagi meningkatkan minat murid untuk belajar
sifir.
 Untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik dan seterusnya
mencapai target yang telah ditetapkan (GP Sekolah)

4.0 ANJURAN
Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Hashim Awang di bawah
Program ASPIRASI TAHUN 5.

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN


1 BULAN ( 1 APRIL 2020 – 30 APRIL 2020)

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tahun Lima

7.0 ISU
1) Masih ramai murid tidak menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan berkesan.
2) Peratus pencapaian MT masih belum ditahap cemerlang.
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah Catatan


1. Hadiah RM 150.00
(RM5 x 30 orang) individu
10 orang setiap kelas tahun 5
2. Hamper (kelas terbaik) RM 50.00
3. Kad Bijak Sifir
4. Jumlah RM

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM BIJAK SIFIR

Penasihat : Pn. Aishah binti Shariff (Guru Besar)


Pengerusi : Cik Syakeena binti Hashim (GPK 1)
Naib Pengerusi 1.: Pn. Salawaty binti Abdul Shukor (GPK HEM )
2.: Pn. Noraini binti Mokhtar (GPK Kokurikulum )

Penyelaras : Pn. Noor Jamisahton binti Jamaludin ( Ketua Panitia Matematik )


Setiausaha : Pn. Siti Zarina binti Abdullah
Bendahari : Pn. Jasmin binti Shek Mydin
Dokumentasi :

Hadiah :
10.0 CABARAN BIJAK SIFIR

Setiap murid di kehendaki menghafal dan membacakannya pada guru angkat


masing- masing dalam tempoh cabaran iaitu selama sebulan yang telah di
tetapkan. Setiap sifir yang di hafal akan di rekodkan pada kad yang dibekalkan masing-
masing. Murid yang paling pantas menghabiskan sifir akan di kira sebagai
pemenang. 1 kelas yang paling tinggi peratus murid yang berjaya menghafal akan di
pilih sebagai pemenang.

11.0 PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini mencapai objektif yang digariskan dan
mendapat sokongan serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang
terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakannya.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………………….. …………………………..
(NOOR JAMISAHTON BINTI JAMALUDIN)

Disahkan oleh:

…………………………..

Anda mungkin juga menyukai