Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JALAN TAJUL SEKOLAH KLUSTER

KECEMERLANGAN KOTA TANGGI JOHOR.

JBD 3015

KERTAS CADANGAN / KERJA

TAJUK:
PERTANDINGAN MUTHAMIL VILA PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2021

TARIKH : OKTOBER

TEMPAT : SJK(T) JALAN TAJUL KOTA TINGGI JOHOR.


1.TAJUK :

PERTANDINGAN MUTHAMIL VILA PERINGKAT SEKOLAH

2. RASIONAL:

Pertandingan Muthamil Vila Peringkat Sekolah ini untuk murid-murid tahap 1 dan 2.
Program ini dirancang bagi membantu kecemerlangan murid dalam aspek Bahasa Tamil.
Muthamil Vila akan diberi pendedahan tentang karya – karya dalam Bahasa Tamil bagi
mengukuhkan penguasaan Bahasa Tamil dalam kalangan para murid.

3. LATAR BELAKANG:

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan kewangan
dari Sekolah Kluster Kecemerlangan untuk mengadakan Pertandingan Muthamil Vila
Peringkat Sekolah Tahun 2021 Sekolah Kebangsaan Tamil Jalan Tajul .

4. MATLAMAT / OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid mengenali elemen Bahasa Tamil secara


mendalam.

2. Memberi pendedahan awal kepada murid tentang teknik – teknik melukis Kolam .

3. Melatih murid untuk mendeklamasi Sajak.

4.Membantu murid meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan
dalam bidang Kokurikulum.

5. Mengukuhkan penguasaan dalam Bahasa Tamil bagi para murid bermula di peringkat
bawahan.

5. JANGKAAN IMPAK DAN SASARAN

Pihak kami mensasarkan Pertandingan Muthamil Vila ini mampu memberi impak kepada
para murid tahap 1 dan 2. Berjaya menarik minat murid terhadap kemahiran dalam
matapelajaran Bahasa Tamil apabila dibimbing oleh guru cemerlang dan guru-guru yang
berpengalaman. Di samping itu, penguasaan Bahasa Tamil perlu dipupuk di peringkat
awal. Justeru, disasarkan murid tahap 1 dan 2 untuk menyertai program ini.

6.STRATEGI PELAKSANAAN

Rujuk lampiran A
7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran B

8.MAKLUMAT PENYERTAAN

8.1 SENARAI NAMA MURID YANG TERLIBAT

Semua Murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6

9.TENTATIF / JADUAL PROGRAM

Rujuk lampiran D

10. RUMUSAN / PENUTUP

Diharapkan bahawa pertandingan ini akan mendapat persetujuan dari pihak tuan dan
seterusnya memohon untuk melaksanakan peruntukkan kewangan sebagaimana yang
telah dipohon dan diluluskan. Pihak kami juga mengharapkan agar pertandingan yang
dirancang ini akan berjaya dilaksanakan dan mencapai matlamat dan objektif yang telah
dirancang. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas pertimbangan yang
pihak tuan berikan.

DisediakanOleh : DiluluskanOleh :

------------------------

(KALAISELVI A/P RAJALINGAM)

Penyelaras Pertandingan Muthamil Vila,

SJK(T) JalanTajul,KotaTinggi,Johor.
Lampiran A

CARTA ORGANISASI

PERTANDINGAN MUTHAMIL VILA PERINGKAT SEKOLAH

PENASIHAT : Tuan PPD Kota Tinggi

PENGERUSI : En.Bala Subramaniam a/l Gopal

SETIAUSAHA : Pn.Malliga Devi a/p Muniandy

BENDAHARI : Pn.J.Jaya

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT

PENYELARAS PROGRAM : Pn.M.Malliga Devi

BUKU PROGRAM : Cik.Mothini ,Pn.Sumathi

MAKANAN : Pn.Anujah

CENDERAHATI : Pn. Deena Devy,Pn.Tharsini

TEKNIKAL &PERALATAN : En.Jaafar , En.Muslawari

KAWALAN MURID : Semua Guru

FOTOGRAFI : Cik.Dharsini

JURUACARA : Cik.Mangleswary

PERSIAPAN TEMPAT : Pn.Janaki

SIJIL : Pn. Vasanthi, Pn. Balamani

JEMPUTAN : Pn.Lavania

HADIAH : Pn.Jaya

PELANCARAN : Pn.Mages

LAPORAN : Pn.Malliga Devi


Lampiran B

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Unit Jumlah

1 Makan minum pelajar 136 orang x 1 hari x RM 6.00 RM 816.00

2 Makan minum guru 20 orang x 1hari x RM 8.00 RM 160 00

3. Hadiah Eluchi Paadal 15 Pelajar x 3 Kelas x RM 15.00 RM 225.00


seunit

4. Hadiah Kavithai 15 Pelajar x 3 Kelas x RM 15.00 RM 225.00


seunit

5. Hadiah Kolam 15 Pelajar x 3 Kelas x RM 15.00 RM 225.00


seunit

6. Hadiah Thirumurai 15 Pelajar x 3 Kelas x RM 15.00 RM 225.00


seunit

7. Hadiah Grafik Komputer 15 Pelajar x 3 Kelas x RM 15.00 RM 225.00


seunit

8. Hadiah Melukis 15 Pelajar x 3 Kelas x RM 15.00 RM 225.00


seunit

9. Hadiah Mewarna 15 Pelajar x 3 Kelas x RM 15.00 RM 225.00


seunit

JUMLAH RM2551 .00

Lampiran D

TENTATIF PROGRAM
HARI / MASA AGENDA TINDAKAN

10.00 PAGI – 10.30 PAGI PELANCARAN URUS SETIA

PERTANDINGAN KAVITHAI

10.30 PAGI – 12.30 TGH PERTADINGAN THIRUMURAI URUS SETIA

PERTANDINGAN ELUCHI PAADAL

12.30 TGH – 1.00 TGH REHAT URUS SETIA

1.00 TGH – 2.00 PTG PERTANDINGAN MEWARNA URUS SETIA

PERTANDINGAN MELUKIS

2.00 PTG - 3.30 PTG PERTANDIGAN KOLAM URUS SETIA

PERTADINGAN GRAFIK DALAM


KOMPUTER

3.30 PTG - 4.30 PTG PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL JURUACARA &
MAJLIS PENUTUP GURU BESAR

PEMBAHAGIAN TUGAS – MUTHAMIL VILA PERINGKAT SEKOLAH 2021

Bil Pertandingan Nama Guru


1. Eluchi Paadal Pn.Jaya
2. Pertandingan Kavithai Pn.Anujah
3. Pertandigan Kolam Pn.Lavania
4. Pertandingan Thirumurai Pn.Sumathi
5. Pertandingan Grafik Komputer Cik.Deena,Cik.Dharsini
6. Pertandingan Melukis Pn.Janaki
7. Pertandingan Mewarna Pn.Tharsini

Anda mungkin juga menyukai