Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2022


SK GETANG,KUALA TELEMONG,21210 KUALA TERENGGANU

1.0 TAJUK

Pemantapan Sahsiah Pelajar – Antibuli

2.0 PENDAHULUAN

Sejak kebelakangan ini, kita kerap mendengar kes buli yang dilaporkan melalui media
massa. Gejala ini bukanlah gejala baru di negara kita malah gejala buli pelajar sekolah
menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Ini berdasarkan banyak
laporan media menunjukkan pelbagai kejadian buli yang berlaku bukan saja di sekolah
berasrama penuh malah sekolah harian biasa. Kes ini bukanlah kes terpencil kerana kes
ini sudah mendapat perhatian seluruh masyarakat negara kita. Hal ini terjadi kerana
gejala buli sudah semakin melampau kebelakangan ini sehingga menyebabkan
kematian.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan situasi sebenar dan terkini isu buli kepada murid-murid.
3.2 Menambahkan pengetahuan murid tentang isu buli.
3.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan ambil cakna isu buli.
3.4 Mendidik murid agar dapat menanam sikap benci akan buli.
3.5 Melahirkan murid yang lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri dan orang-orang
di sekeliling mereka..

4.0 RASIONAL

Melahirkan generasi masa depan yang penyayang, prihatin, adil dan saksama terhadap
masyarakat sekeliling.

5.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 26 Januari 2022


Masa : 8.15 pagi hingga 1.15 tengah hari
Tempat : Dewan sekolah dan kelas

6.0 SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Getang, Hulu Terengganu.


7.0 AJK PELAKSANA

Penasihat : En. Yusli bin Bakar (Guru Besar)


Pengerusi : Pn. Maidatul Akma binti Putek(GPK HEM)
N. Pengerusi 1 : Pn. Nor Hasniza binti Hassan (GPK Pentadbiran)
N. Pengerusi 2 : En. Rosnan bin Snibon (GPKKO)
Setiausaha : En. Muhammad Hagia Sofia bin Mohd
AJK : En. Supian bin Zainuddin
Pn. Siti Yasriana binti Hashim
Pn. Nurul Anis Suhada binti Yazid
Pn. Nor Adiani binti Nording
Semua Guru Kelas

8.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI TINDAKAN


8.00 pagi Semua murid berkumpul di dewan sekolah kawalan guru kelas
dengan pematuhan SOP
8.15 pagi Taklimat tentang program Cg. Yasriana binti Hashim

8.30 pagi Ceramah 1 Ustaz Muhammad Hagia bin


Mohd
9.30 pagi Ceramah 2 Cg. Supian bin Zainuddin

10.30 pagi Melihat Pameran tentang Buli – Tahap 1 Guru Kelas


Rehat Tahap 1 Guru Bertugas Mingguan
10.45 pagi Melihat Pameran tentang Buli Guru Kelas
Rehat Tahap 2 Guru Bertugas Mingguan
11.15 pagi Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 dan Guru kelas
Pertandingan Mewarna Tahap 1
12.45 tengah Penyampaian Hadiah Ustazah Nurul Anis Suhada
hari Cg. Nor Adiani Nording

9.0 SUMBER KEWANGAN

Bimbingan dan Kaunseling: RM 450.00

HARGA/ HARGA
BIL BUTIRAN UNIT
UNIT (RM) (RM)
Kertas Lukisan A3 135gsm 6 buku 7.40 44.40
Set Alat Tulis (Tempat Pertama) 24 7.80 187.20
Set Alat Tulis (Tempat Kedua) 24 5.30 127.20
Set Alat Tulis (Tempat Ketiga) 24 3.80 91.20
JUMLAH KESELURUHAN RM 450.00
10.0 KESIMPULAN
Semoga program Pemantapan Sahsiah - Antibuli ini dapat memberikan pengisian yang
berguna kepada murid-murid, seterusnya melahirkan murid yang penyayang, prihatin,
adil dan saksama serta berhemah tinggi yang dapat menjadi pemangkin kepada
keberkesanan dalam menuntut ilmu di sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

MUHAMMAD HAGIA SOFIA BIN MOHD YUSLI BIN BAKAR


SETIAUSAHA, GURU BESAR,
JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SK GETANG.
SK GETANG.
SEKOLAH KEBANGSAAN GETANG,
KUALA TELEMONG,
21210 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMANTAPAN
SAHSIAH PELAJAR

TAJUK:
ANTIBULI

DIHASILKAN OLEH:
JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK GETANG

Anda mungkin juga menyukai