Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG-ROYONG
KPKP SMKL

2021

TARIKH : 28 APRIL 2021 ( RABU )


MASA : 7.30 PAGI – 9.40 PAGI
TEMPAT : KELAS KPKP SMK LUNAS
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN KHAS SMK LUNAS
1.0 PENGENALAN

Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan
yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan masyarakat yang
seimbang dan produktif.

Selain pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti riadah dan sosial di luar kelas
juga merupakan proses mendidik dan membina keyakinan diri murid-murid ini. Tujuannya agar
mereka dapat mengaplikasikan kemahiran bersosialisasi dengan berkesan. Menerusi program
seumpama ini maka, mereka mendapat pelbagai pengetahuan dan juga pengalaman. Tambahan
pula pembelajaran yang menyeronokkan dan menggembirakan meninggalkan kesan memori yang
mendalam pada diri mereka. Program seumpama ini membolehkan murid-murid Pendidikan Khas
bekerjasama dengan rakan-rakan kelas yang lain dalam menyiapkan kerja supaya lebih cepat dan
ceria. Semoga program ini dapat membantu mengembangkan potensi diri mereka untuk hidup
berdikari dan menyesuaikan diri di dalam kelompok masyarakat pada masa hadapan.

2.0 RASIONAL

Dalam memastikan objektif Program Gotong-royong Warga Pendidikan Khas SMKL ini
tercapai dengan jayanya, ia memerlukan pelbagai usahasama dalam bentuk tenaga kerja,
kewangan, masa, idea baru mahupun pendapat yang bernas serta rasa keperihatinan daripada
semua pihak yang terlibat.

Kerjasama antara guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini lebih menjurus
kepada mencari satu pengalaman dan pelaksanaan kerja yang lebih efektif. Di samping itu,
program ini akan mendedahkan murid-murid istimewa ini bagaimana untuk berinteraksi dan
bergaul sesama rakan, guru, dan juga Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Selain itu, mereka
juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.
3.0 MATLAMAT

3.1 Menyediakan murid yang seimbang dari segi emosi. rohani, intelek dan jasmani.

3.2 Mewujudkan kerjasama dan sikap tolong-menolong dalam kalangan guru-guru,


masyarakat sekeliling dan murid-murid Pendidikan Khas .

3.3 Membolehkan aktiviti PdP di luar bilik darjah dijalankan secara tidak langsung.

3.4 Memberikan pendedahan secara menyeluruh kepada murid-murid Pendidikan Khas


mengenai pembelajaran yang dapat diperolehi selain daripada di dalam bilik darjah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memperkembangkan dan meningkatkan keupayaan potensi kemahiran pengurusan diri


individu.

4.2 Memperkasa kemahiran keupayaan berdikari murid-murid Pendidikan Khas

4.3 Memperkayakan ilmu pengetahuan murid-murid Pendidikan Khas.

4.4 Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan para guru, dan murid-murid Pendidikan Khas.

4.5 Meningkatkan keyakinan diri seterusnya menghapuskan perasaan rendah diri di kalangan
murid-murid Pendidikan Khas terhadap masyarakat luar dan alam sekitar.

4.6 Memberikan kegembiraan dan keseronokan kepada murid-murid Pendidikan Khas yang
menyertai program ini.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Program Gotong-royong melibatkan 53 orang murid Pendidikan Khas, 11 orang guru, 3 orang
Pembantu Pengurusan Murid.

6.0 TARIKH
Tarikh yang dicadangkan ialah pada 28 April 2021 (Rabu).
7.0 TEMPAT

i. Kelas KPKP SMK Lunas


ii. Bilik masakan
iii. Tapak pertanian
iv. Bengkel KH

8.0 AKTIVITI DAN TEMPAT

BILIK/TEMPAT GURU / PEMBANTU PENGURUSAN MURID


1. KH Pertanian  Pn. Nor Hayati Binti Samsudin
 En. Shamsull Bin Roslani
 Pn. Ho Choon Kook
 Pn. Amirah Binti Ghazali
2. KH Masakan  Pn. Misrajah Binti Akhir
 Pn. Nur Qatrun Nada Binti Md. Roziki
 Pn. Ismaliza Binti Ismail
 Pn. Norhaslina Binti Ariffin
3. Kelas  Pn. Rohiza Binti Abd Rashid (Azam)
 Pn. Sarinah Binti Che Soh @ Osman (Harapan)
 Pn. Suhana Binti Samsudin (Tunas)
 Pn. Nora Azizah Binti Abdullah (Cekal)
 Pn. Misrajah Binti Akhir (Iltizam)
 Pn. Ismaliza Binti Ismail (Cemerlang)
 Pn. Nur Qatrun Nada Binti Md. Roziki (Gemilang)
 Pn. Norhaslina Binti Ariffin (Wawasan)
 Pn. Sharipah Binti Abdullah
 Pn. Siti Nurhanim Binti Omar

9.0 PESERTA

1. Pelajar 53 orang
2. Guru 11 orang
3. Pembantu Murid (PPM) 3 orang
JUMLAH 67 ORANG
10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM GOTONG ROYONG

Pengerusi : En. Balwinder Singh A/L Guruvak Singh


(Pengetua SMK Lunas)

Timbalan Pengerusi : En. Mohd. Khir Bin Mohd Ariffin


(Penolong Kanan Pentadbiran SMK Lunas)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Nor Hayati Binti Samsudin


(Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Lunas)

Naib Pengerusi 2 : En. Zainol Bin Zulkefli


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Lunas)

Naib Pengerusi 3 : En. Zainal ‘Abidin Bin Ab Karim


(Penolong Kanan Kokurikulum SMK Lunas)

Setiausaha : Pn. Sarinah Binti Che Soh @ Osman

Bendahari : En. Shamsull Bin Roslani

AJK Peralatan/Tempat : Pn. Nur Qatrun Nada Binti Md. Roziki


Pn. Suhana Binti Samsudin
Pn. Nora Azizah Binti Abdullah
Pn. Siti Nur Hanim Binti Omar

AJK Makanan : Pn. Ho Choon Kook


Pn. Sharipah Binti Abdullah

AJK Dokumentasi/Gambar : Pn. Misrajah Binti Akhir


Pn. Norhaslina Binti Ariffin

AJK Kebersihan/Kebajikan/ : Mengikut guru kelas dan guru Kemahiran Hidup masing-masing
Keselamatan

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN ( PCG )

1. Peralatan/pelbagai (RM30.00 X 8 kelas) RM 240.00

JUMLAH RM240.00
12.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh / Hari Masa Aktiviti Catatan

7.30 pagi Berkumpul di sekolah Kehadiran pelajar

7.40 pagi Taklimat oleh PK Pendidikan Pengawasan guru-guru dan


Khas PPM
 Pembahagian Kumpulan
28 April 2021
7.45 pagi Aktiviti KHB / kelas Pengawasan guru-guru dan
(Rabu)
PPM

9.30 pagi Penutupan program Pengawasan guru-guru dan


PPM

9.40 pagi Rehat Pengawasan guru-guru dan


PPM

13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini akan dapat memberikan pengalaman berharga dan membantu
memperkembangkan lagi potensi diri murid-murid Pendidikan Khas untuk bergaul dan
berkomunikasi di dalam kelompok masyarakat pada masa hadapan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

SARINAH BINTI CHE SOH @ OSMAN NOR HAYATI BINTI SAMSUDIN


Setiausaha Penolong Kanan
Program Gotong-royong Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran
KPKP SMK Lunas SMK Lunas

Disahkan oleh,

BALWINDER SINGH A/L GURUVAK SINGH


Pengetua
SMK Lunas

Anda mungkin juga menyukai