Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK DAN SAHSIAH

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SEK KEB LONG JAAFAR TAHUN 2019

1. PENDAHULUAN

Ahli Jawatankuasa Sekolah ingin mengadakan satu Program Pemantapan Akademik dan Sahsiah
Murid Bekerperluan Khas. Program ini melibatkan semua murid Tahap 2 yang tidak dapat menguasai
bidang akademik dan disiplin diri mereka dengan baik. Justeru itu, mereka akan cuba mencari jalan keluar
yang mudah dengan mengabaikan akademik dan melanggar undang – undang yang telah ditetapkan oleh
pihak pentadbir sekolah.

2. RASIONAL

Setiap sekolah mengimpikan sifar salah laku di sekolah, di samping murid yang mempunyai
semangat cintakan ilmu yang tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya murid – murid ini dapat dipupuk
dengan sikap dan contoh yang baik. Jika masalah disiplin di setiap sekolah dapat dikurangkan , pihak
sekolah sudah semestinya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang kurikulum dan
kokurikulum.

3. MATLAMAT

Melahirkan murid –murid yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati diri yang tinggi bersahsiah
dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui betapa pentingnya disiplin diri untuk
masa depan masing – masing.

4. OBJEKTIF

1. Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri orang lain.
2. Memberi peluang kepada murid – murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah untuk
memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri
3. Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.
4. Memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan hidup.
5. Memotivasikan diri para peserta supaya belajar dengan lebih teratur dan menanam sikap cintakan
ilmu pengetahuan.
5. MAKLUMAT PROGRAM

NAMA PROGRAM : Program Pemantapan Akademik dan Sahsiah Murid Berkeperluan Khas

TARIKH : 6 Ogos 2019

MASA : 10.00-12.00 tengah hari

TEMPAT PELAKSANAAN: Bilik Seri Gading

KUMPULAN SASARAn : Semua murid Tahap 2

6. JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Tn. Hj Mohd Nasir b. Abu Bakar
Guru Besar SK Long Jaafar.
Pengerusi : Pn. Norzawati bt Zakaria ( GPK Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi I : Pn. Faridah Binti Ghazali (GPK Pendidikan Khas)
Penyelaras Program : Pn. Nur Aqilah Binti Rosli
Bendahari : Pn Thuiyibah bt Mohamed
Pengacara Majlis : Pn. Nor Farizan Binti Tohfah
Bacaan Doa : En.Amir Amili Bin Mohd Safian
Siaraya : En. Suhaimi Bin Mat Isa

Makanan Murid : Pn. Zanitah Binti Abd Hamid


Pn. Nur Azlin bt Ab Rahman
Pn Nur Hidayah bt Marzuki
Cik Fazillah bt Abu Hassan

Makanan VIP : Pn Thuiyibah bt Mohamed


Dan Penceramah Pn. Nurnizaha bt Abd Razak

Disiplin murid : Semua Guru semasa Tahap 2


Cenderamata VIP : Pn Arfa Nadwa bt Jai
Pn Zuwairah bt Baharudin

Kebersihan : Semua Guru dan semua murid PPKI


Fasililatitor : Guru Semasa Tahap 2
Persiapan tempat : En. Kanaganathan A/L Subramanian
En Muhammad Haizal b Hairol Anuar
Perakam peristiwa : Pn. Hayati bt Hassan
Dokumentasi : Cik Nurfadhillah bt Othman

7. TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
10.00 pagi Ucapan Pengerusi Majlis
Ucapan Pentadbir
Ucapan Pengarah PERKESO
Ceramah
12.00-12.30 Ucapan Penutup
12.30-1.00 petang Makan tengah hari
1.00 petang Bersurai

8. PENUTUP

Semoga program ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya demi untuk melihat kecemerlangan
murid-murid bekeperluan khas di SK Long Jaafar terus berkembang dan mencapai kemuncaknya seperti
yang diharapkan oleh semua pihak.

Disediakan oleh Disahkan oleh

________________________ ________________________
( NUR AQILAH BT ROSLI) (FARIDAH BT GHAZALI)
Penyelaras Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas Integrasi
Sk Long Jaafar. Sk Long Jaafar.

Anda mungkin juga menyukai