Anda di halaman 1dari 7

1

1. TAJUK KERTAS KERJA


Program Kepimpinan Pemimpin SK Sijangkang 2022

Tarikh 6 Ogos 2022


Hari Sabtu
Masa 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat Taman Paya Bakau, Kampung Sijangkang

2. PENDAHULUAN
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan
dikelolakan bersama oleh Unit Lembaga Pengawas, Unit Bimbingan dan Kaunseling,
Unit Pusat Sumber dan Unit Pengawas Surau SK Sijangkang. Program ini melibatkan
semua kepimpinan murid sekolah yang telah dilantik bagi sesi persekolahan
2022/2023. Tujuan penganjuran program ini ialah untuk memberi pendedahan dan
membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan
bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang pemimpin. Program ini dirancang untuk meningkatkan pengetahuan dalam
kepimpinan dan menambah pengalaman serta memantapkan kemahiran pelajar.
Pengawas sekolah memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Pertambahan
ilmu adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas
mereka. Maka kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan. Semoga usaha ini
akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas
murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.

3. RASIONAL
Kursus kepimpinan ini dirancang dengan memberi fokus kepada aspek- aspek penting
mengenai kepimpinan berkualiti, menekankan kredibiliti dan sahsiah agar melahirkan
pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber yang dapat menjalankan
tanggungjawab dengan berkesan. Selain daripada itu, kursus ini penting untuk
membantu pengawas menjalankan tugas secara seimbang agar berjaya dalam bidang
akademik dan juga kokurikulum.

4. MATLAMAT
Program ini diharap dapat memberi pemahaman khusus kepada pemimpin muda
kepentingan mempunyai ilmu dan bakat kepimpinan dan mendidik mereka menjadi
murid yang berani dan cemerlang dalam semua aspek.
2

5. OBJEKTIF
5.1 Memantapkan sahsiah diri dan etika seorang pengawas.

5.2 Memberi pendedahan mengenai daya kepimpinan berkualiti yang seharusnya


ada dalam diri setiap pengawas.

5.3 Memberi bimbingan dan panduan kepada pengawas berkaitan tugas-tugas


pengawas di sekolah, tugas pengawas pusat sumber dan tugas pengawas
surau.

6. KUMPULAN SASARAN
Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah Besar
Pengawas Sekolah 28 25 36 89
Pengawas Pusat Sumber 14 17 8 39
Pengawas Surau 6 10 17 33
Pembimbing Rakan 15 14 14 43
Sebaya
Ketua dan penolong kelas 14 14 14 42
Jumlah murid 62 59 75 245

7. JAWATANKUASA PROGRAM
7.1 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Tn. Hj. Mohd. Rosli bin Azhar (Guru Besar)
Pengerusi : En. Muaddib bin Masnan (PK HEM)
Naib Pengerusi 1 : En. Eawan Johan bin Mohd. Mahrol (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Hjh. Hairiyah binti Jelani (PK KoKurikulum)
Setiausaha HEM : Pn. Norhalilah bt Abdul Rashid
Penyelaras : En. Zulkifli bin Ismail
Setiausaha : En. Enidzullah bin Ngasri
Bendahari : Pn. Siti Khuzaimah binti Soroni
3

7.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

Bil AJK Tugasan

1 Penyelaras Program  Mengendalikan taklimat program pada


hari Sabtu.
En. Zulkifli bin Ismail

2 Pengerusi Majlis  Mengendalikan acara penutup dan


penyampaian hadiah.
Cik Nurul Afiqah binti Norddin

3 Persiapan tempat, backdrop dan PA  Memastikan mikrofon dan pembesar


Sistem suara boleh digunakan sebaiknya.

En. Mohd Radzi bin Saidin  Menempah dan memasang gegantung


(bunting) atau banner untuk program di
En. Mohd Arif Arifin bin Alias Paya Bakau.

4 Pendaftaran Kehadiran  Mencatat kehadiran murid.

Pn. Siti Fatimah binti Ehsan  Menyediakan borang pendaftaran.

Pn. Nurkhazima binti Zulkarnain  Menghantar 1 salinan nama kepada AJK


Sijil.

5 Pengurusan T-Shirt  Menguruskan tempahan baju untuk guru


dan murid.
Pn. Nor Azira binti Wahab
 Mengutip bayaran penyertaan murid.
(Bendahari)

6 Jurufoto (Sebelum, semasa,  Berada di tempat program sepanjang


selepas) masa program berlangsung.

En. Azrul Azizi bin Abd. Aziz  Memastikan gambar disimpan dan diberi
kepada Jawatankuasa Dokumentasi.
En. Mohd Shamsul Baharin bin
Bokhari

7 Dokumentasi dan Buku Program  Menyediakan kertas kerja dan laporan


program.
Pn. Nurkhazima bt Zalkarnain
 Menyediakan dokumen/ bahan untuk
Pn. Saniah bt Salleh dijadikan dokumentasi sekolah.
Pn. Siti Fatimah bt Mohd. Ihsan

Pn. Norhalilah binti Abdul Rashid

8 Bacaan Doa  Menyediakan teks bacaan doa dan


bersedia untuk bacaan doa.
En. Mohd Najib bin Abdul Manaf

9 Makanan (Sabtu Sahaja)  Berurusan dengan pihak kantin cara


hidangan makanan.
Cik Ruhaizan binti Hayat
 Minum pagi dan makan tengah hari
4

Cik Niti Aida Haryati binti Mohsinon  Cadangan:

Pn. Norhayati binti Husin  Murid (makanan dibungkus)

Pn. Nur Amani binti Idris  Guru (pagi- hidang, tengah hari -
bungkus)
Pn. Raihana binti Mohd. Misbah

10 Hadiah  Mengendalikan hadiah yang perlu


disampaikan.
Pn. Nur Izyan binti Jamil
 Mengurus hadiah untuk diberi kepada
Pn. Izyan Mardhiah binti Halmi murid yang paling aktif sepanjang
Pn. Nurhafizah binti Idris program berjalan.

6 hadiah – Pengawas

6 hadiah – Pengawas Pusat Sumber

6 hadiah – Pengawas Surau

6 hadiah – Pembimbing Rakan Sebaya

2 hadiah – Ketua dan penolong kelas

Hadiah perasmi

11 Sijil Penyertaan  Menyediakan sijil penyertaan murid dan


sijil penghargaan guru.
Pn. Normalisa (Guru)
 Mendapatkan senarai nama murid yang
Cik Yusnida binti Abu Bakar (Murid) menyertai daripada unit-unit yang
Cik Nuraqilah binti Ahmad (Murid) berkaitan.

Pn. Noorasmah binti Rohani (Murid)

12 Kebajikan Murid  Menjaga kebajikan murid.

Pn. Nazilah binti Mohd Sayuti

Pn Halimah binti Padzil

Pn. Zakiah binti Kadir

13 Keselamatan Murid dan Disiplin  Memastikan keselamatan dan disiplin


murid terjaga sepanjang program
En. Nureszuan bin Ramli berjalan.
En. Mohd Shamsul bin Misran  Mengawal disiplin murid sepanjang
Pn. Nik Naimah binti Mahmud program berjalan.

Pn. Faridah binti Ali

Pn. Norilah binti Majid

En, Azman bin Abdul Azis


5

En. Mohd. Jufri bin Takwim

En. Muhammad Timothy Joel bin P.


Paul Raja

En. Muhammad Aimran bin Ibrahim

14 Kebersihan  Memastikan kebersihan kawasan yang


digunakan.
Pn. Khamidah binti Talib
 Menyediakan plastik sampah (jika perlu)
Pn. Masnizawati binti Anuar

Pn. Azliza binti Nordin

15 Kecemasan  Menyediakan peti kecemasan dan ubat-


ubatan yang difikirkan perlu.
Pn. Sharipah Zanariah bt Syed A.
Rahman  Bersedia apabila diperlukan.

Pn. Natrah binti Ab Rahim

Pn. Hurul Ain binti Abdul Gani

16 Sumbangan  Menghantar kertas kerja dan surat


sumbangan.
En. Zulkifli bin Ismail
 Menguruskan sumbangan

17 Fasilitator ( Sekolah)  Mengendali program mengikut slot yang


telah ditetapkan.
En. Enidzullah bin Ngasri

Pn. Siti Khuzaimah bin Soroni

18 Fasilitator (Paya Bakau)  Merancang dan mengendalikan aktiviti


‘team building’ pada hari Sabtu.
Pn. Rofida binti Bakar

En. Wan Muhammad Syazwan bin


Wan Hanapi

Pn. Masita binti Sia

En. Muhammad Nur Akmal bin


Mahzan

En. Redwan bin Maat

En. Muhaimin bin Dani

En. Sivaraja a/l Subramaniam

En. Ashrul Idzat bin Abidin

Cik Nurul ’Izzah binti Ahmad


Ramadzan

Pn. Nurhidayah binti Fadillong


6

8. JADUAL PELAKSANAAN
(TAMAN REKREASI PAYA BAKAU, KG SIJANGKANG)
6 Ogos 2022 (Sabtu)

Masa Perkara
7.00 – 7.30 pagi Kehadiran dan pendaftaran peserta
7.30 – 7.45 pagi Taklimat program oleh penyelaras
7.45 – 8.00 pagi Senaman ringan
8.00 – 9.30 pagi Slot 1 – Ice breaking
9.30 – 10.00 pagi Rehat dan minum pagi
10.00 -11.45 pagi Slot 2 – Team Building
12.00 tengah hari Acara penutup:
- Ucapan pengerusi majlis
- Bacaan doa
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan Perasmi (Jika ada)
- Penyampaian hadiah dan cenderahati
- Makan tengah hari dan bersurai

9. CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN

Bil Perkara Anggaran Nilai (RM) Sumber Kewangan

1. Makanan 245 orang x RM5.00 RM1225.00 PCG KAUNSELING


Makan tengah hari

2. Air mineral 245 orang x RM1.00 RM245.00 PCG KAUNSELING

JUMLAH RM1470.00
7

10. PENUTUP
Program yang akan dijalankan ini memberi fokus kepada semua kepimpinan murid
yang berjawatan di sekolah ini agar dapat meningkatkan potensi diri dan
memantapkan lagi daya kepimpinan dan khidmat murid. Pendedahan ini juga
diharapkan dapat membantu murid memperolehi maklumat berguna untuk menjadi
pengawas yang berkredibiliti dan berdedikasi terhadap tugas yang diamanahkan.

Disediakan oleh,

____________________________
(SITI KHUZAIMAH BINTI SORONI)
Setiausaha HEM,
SK Sijangkang.

Diluluskan oleh,

_______________________________
(HAJI MOHAMAD ROSLI BIN AZHAR)
Guru Besar,
SK Sijangkang.

Anda mungkin juga menyukai