Anda di halaman 1dari 13

SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 5,

FELDA GUNUNG BESOUT 5, 35600 SUNGKAI, PERAK.

Kertas Kerja Perkhemahan


Dan Hari Sukan Negara
Peringkat Sekolah Sesi 2017

13 – 14 Oktober 2017
SK Besout 5
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN DAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 5 SESI 2017

1. Rasional:

Aktiviti perkhemahan dan Hari Sukan Negara adalah antara aktiviti utama kegiatan ko-
kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti-aktiviti sebegini, unsur- unsur asas pembangunan
kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia
seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi.
Aktiviti perkhemahan dan Hari Sukan Negara juga mendedahkan para peserta kepada
cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat
juang dan keyakinan diri masing – masing serta menjaga kesihatan diri. Seterusnya, aktiviti-
aktiviti ini yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak langsung
mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif
dan psikomotor masing – masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti kembara, para pelajar
bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna , tetapi juga kemantapan kekuatan
fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam
keadaan terdesak serta mencabar.

2. Latar Belakang :

Selaras dengan rasional di atas, Sekolah Kebangsaan Besout 5, akan menganjurkan


Perkhemahan Dan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2017 dengan hasrat melahirkan
generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani
dan intelek. Program ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk membina dan memupuk integrasi di kalangan pelajar dalam usaha membentuk
generasi alaf baru yang berkemahiran membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan
mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.

3. Matlamat:

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan,maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan
untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi
untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat,
bangsa, negara dan agama. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka
pelaksanaan perkhemahan ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang
berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang
sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup.
4. Objektif:

4.1 Perkhemahan

4.1.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek – aspek asas perkhemahan.


4.1.2 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing – masing
dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
4.1.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti – aktiviti kehidupan seharian secara teratur
dan berdisiplin.
4.1.4 Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.

4.2 Hari Sukan Negara

4.2.1 Menerapkan budaya sukan di kalangan warga sekolah.


4.2.2 Memupuk semangat perpaduan di kalangan warga sekolah.
4.2.3 Meningkatkan opengetahuan sukan dalam warga sekolah.

5. Tema:

Semangat Kerjasama

6. Konsep Pelaksanaan:

Perkhemahan dan Hari Sukan Negara akan dilaksanakan berdasarkan konsep “ Pembelajaran
Melalui Aktiviti Dan Sukan”. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus
telah dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur berikut:-

6.1 Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.

6.2 Penerapan nilai – nilai murni kemanusiaan.

6.3 Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi

6.4 Pengukuhan disiplin kendiri dan pasukan

6.5 Penyemaian ciri – ciri kepimpinan berwibawa.

6.6 Pengukuhan keimanan dan ketakwaan

7. Ketetapan dan pelaksanaan:

 Tarikh : 13 dan 14 Oktober 2017


 Hari : Jumaat hingga Sabtu
 Tempat : SK. Besout 5
8. Sasaran:

 Semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6

Tahun Bilangan Murid


3 9
4 5
5 5
6 7
Jumlah keseluruhan murid : 26 orang

9.Ahli Jawatankuasa Perkhemahan Peringkat Sekolah 2017

Penasihat : Pn. Naseha binti Ahmad


Guru Besar

Pengerusi : Encik Mohd Khairul Zaman bin Miswan


Penolong Kanan Ko-kurikulum

Naib Pengerusi : En. Fuad bin Ramli


Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 2 : En. Fadrussham bin Ajmain


Penolong Kanan HEM

Penyelaras/Setiausaha : Cik Noor Izzati binti Abdul Hanid

Penolong Penyelaras : Pn. Khairunnisa binti Derani

Bendahari : Pn. Zalilah binti Mohamed Ali

Kem Komandan : En. Samsol Kamal Bin Hamzah

Timbalan Komandan : En. Mohd Farhan bin Mokhtar

Pendaftaran : Pn. Suhana binti Yusof

Keselamatan & Kecemasan : Pn. Siti Salbiah binti Mohd Sani

Kebersihan & Keceriaan : Pn. Afifah binti Abdul Rahman

Siaraya : En. Noraffendi bin Mohd Nor

Sijil : Pn. Khairunnisa binti Derani

Buku Program : Pn. Siti Salbiah binti Mohd Sani


Makanan & Minuman : Pn. Siti Aishah binti Mohd Rejab
Pn. Norul Huda binti Alias @ Ruslan
Pn. Aisah binti Jamil

Hadiah & Cenderahati : Pn. Afifah binti Abdul Rahman


Pn. Khairunnisa binti Derani

Penutupan : Pn. Zalilah binti Mohamed Ali


Pn. Suhana binti Yusof

Kerohanian : En. Fadrussham bin Ajmain


En. Mohd Khairul Zaman bin Miswan

Peralatan : En. Fuad bin Ramli


En. Mohd Khairul Zaman bin Miswan

Urusetia / Jurugambar : Cik Khadejah binti Mat Rashid


Cik Khairunnisa Hadibba binti Abdul Rahman

10. Aktiviti:

 Pendaftaran dan taklimat


 Kembara Informasi (Jungle Trekking)
 Seni Perkhemahan
 Merempuh Halangan
 Malam kebudayaan
 Senamrobik dan sukaneka
 Tazkirah
 Majlis Penutupan Perkhemahan
11. Tentatif Program Dan Aktiviti:

Tarikh / Masa Aktiviti Tindakan


Hari
3.00 – 3.30 ptg Pendaftaran peserta Pn. Suhana / Cik Ebba
Taklimat perkhemahan En.Samsol / En.Farhan
3.30 – 4.30 ptg Mendirikan khemah Semua guru
4.30 – 5.00 ptg Pengurusan diri/Solat Asar AJK Kerohanian
5.00 – 5.20 ptg Minum petang AJK Makanan
5.20 – 6.20 ptg Aktiviti 1 - Kembara Informasi En. Farhan / En.
(Jungle Trekking) Khairul Zaman
13.10.17 6.20 – 7.00 ptg Persediaan persembahan malam Semua guru fasilitator
kebudayaan kumpulan
Jumaat 7.00 – 9.00 mlm Persiapan diri / Solat Maghrib/ AJK Kerohanian
Tazkirah / Solat Isyak
9.00 – 10.00 mlm Aktiviti 2 - Malam Kebudayaan / Pn. Afifah / Pn. Aisah
Seni Perkhemahan Jamil
10.00 – 11.00 mlm Makan Malam / BBQ AJK Makanan / Staf
11.00 – 11.30 mlm Aktiviti 3 – Merempuh Halangan En. Noraffendi / En.
Shamsol
11. 30 – 11.45 Lawatan Khemah En. Khairul Zaman
5.30 – 6.30 pagi Persiapan diri / Qiamullail/ Solat AJK Kerohanian
Subuh / Tazkirah
6.30 – 7.00 pagi Aktiviti 4 - Kawad kaki En. Khairul Zaman /
Pn. Nisa
7.00 – 7.30 pagi Sarapan AJK Makanan
7.30 – 9.00 pagi Aktiviti 5 - Hari Sukan Negara : Cik Noor Izzati /
Pn. Salbiah /
14.10.17 1. Senamrobik
En. Shamsol
2. Sukaneka
Sabtu 9.00 – 9.30 pagi Minum pagi AJK Makanan
9.30 – 10.15 pg Gotong-royong mengemas Semua guru
10.15 – 11.15 pagi Majlis Penutupan -AJK Majlis Penutup
-AJK Hadiah &
Cenderahati
-AJK Siaraya
11.15 pagi Bersurai
12. Anggaran Perbelanjaan Perkhemahan:

BIL. PERKARA PERBELANJAAN


1. Makanan dan Minuman Peserta
 Makan malam RM4.00 X 26 peserta = RM120.00
 1 tong air RM16.00 X 1 tong = RM16.00

 Sarapan pagi RM3.00 X 26 peserta = RM78.00


 Tembikai RM6.30 X 3 biji = RM18.90
 Roti / kaya / telur / air mineral / beras / RM257.00
ayam / sardin / marjerin
2. Belerang RM35.00
3. Tali Tebal RM40.00
4. Sewa Khemah RM55.00
5. Sewa lampu RM65.00
6. Gas memasak RM28.00
7. Cenderahati perasmi RM20.00
8. Sijil RM55.00
9. Hadiah Perkhemahan :
 Tempat Pertama (Kumpulan) RM45.00
 Tempat Kedua (Kumpulan) RM35.00
 Tempat Ketiga (Kumpulan) RM35.00
 Tempat Keempat (Kumpulan) RM30.00
 Tempat Kelima (Kumpulan) RM30.00
 Hadiah Peserta Perkhemahan Terbaik RM5.00 X 2 = RM10.00
(Individu)
PERBELANJAAN KESELURUHAN : RM956.90
13. Sumber Kewangan Perkhemahan

13.1 Sumber Kewangan Keseluruhan

BIL. SUMBER KEWANGAN PENDAPATAN


1. Kokurikulum (BKKS) RM360.00
2. Kokurikulum (BBTP) RM 96.90
3. PIBG RM500.00
JUMLAH PENDAPATAN : RM956.90

13.2 Sumber Kewangan dan Perincian Perbelanjaan

SUMBER
PENDAPATAN PERKARA PERBELANJAAN
KEWANGAN
Hadiah Perkhemahan RM185.00
Sijil RM55.00
1.Kokurikulum
RM360.00 Makan Malam Peserta RM104.00
(BKKS)
1 tong air minuman RM16.00
Jumlah Perbelanjaan : RM360.00

SUMBER
PENDAPATAN PERKARA PERBELANJAAN
KEWANGAN
Sarapan Pagi Peserta RM78.00
2.Kokurikulum RM96.90 Tembikai 3 biji RM18.90
(BBTP)
Jumlah Perbelanjaan : RM96.90

SUMBER
PENDAPATAN PERKARA PERBELANJAAN
KEWANGAN
Roti / kaya / telur / air
mineral / beras / ayam / RM257.00
sardin / marjerin
Belerang RM35.00
3.PIBG Tali Tebal RM40.00
RM500.00
Sewa Khemah RM55.00
Sewa Lampu RM65.00
Gas Memasak RM28.00
Cenderahati Perasmi RM20.00
Jumlah Perbelanjaan : RM500.00
14. Anggaran Perbelanjaan Hari Sukan Negara

BIL. PERKARA PERBELANJAAN

1. Cenderahati perasmi RM15.00

2. Hadiah Sukaneka ( 3 Pertandingan) :


 Tempat Pertama
RM17.00 X 3 = RM51.00
 Tempat Kedua
RM13.00 X 3 = RM39.00
 Tempat Ketiga (Kumpulan)
RM10.00 X 3 = RM30.00

3. Belon RM5.00

PERBELANJAAN KESELURUHAN : RM140.00

15. Sumber Kewangan Hari Sukan Negara

BIL. SUMBER KEWANGAN PENDAPATAN

1. Kokurikulum RM140.00

JUMLAH PENDAPATAN : RM140.00


16. Peraturan tetap perkhemahan:

a) Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran bertulis dari ibu
bapa atau penjaga

b) Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan semasa


menyertai perkhemahan.

c) Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah ditetapkan.


Sebarang permohonan untuk menginap di luar kawasan perkhemahan tidak akan
dilayan.

d) Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan perkhemahan, kecuali
dengan kelulusan kem komandan atau guru bertugas.

e) Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang boleh
digunakan sebagai senjata adalah dilarang

f) Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau barang –
barang lain yang berharga , termasuklah peralatan elektronik

g) Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan – kawasan larangan
yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana termasuklah kawasan
penginapan jurulatih atau pegawai bertugas dan kawasan perkhemahan peserta
berlainan jantina.

h) Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan – arahan yang dikeluarkan dari
semasa ke semasa, khususnya semasa melaksanakan aktiviti – aktiviti di sepanjang
perkhemahan

.i) Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam
kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.

j) Semua peserta perlu sensitif kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.

k) Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak
penganjur.

l) Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan
oleh kem komandan.

m) Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,


selepas jam 12.00 tengah malam.

n) Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke


semasa jika difikirkan perlu.
17. Penutup:

Penganjuran program Perkhemahan dan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah ini perlu
diberi sokongan padu oleh semua pihak kerana ini merupakan salah satu peluang awal buat
para murid untuk memahami erti berkerjasama, berdisiplin dan membina keyakinan diri
seterusnya memupuk diri ke arah menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan hidup berdikari
pada masa hadapan.

Disediakan oleh :

………………………........................…
(NOOR IZZATI BT. ABDUL HANID)
Penyelaras Perkhemahan dan Hari Sukan Negara 2017,
SK. Besout 5.

Disemak oleh :

............................................................................
(EN.MOHD KHAIRUL ZAMAN B. MISWAN)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
SK. Besout 5.

Diluluskan oleh:

……………………………
(PN. NASEHA BT. AHMAD)
Guru Besar,
SK. Besout 5.
PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA KERJA

PERKHEMAHAN PERINGKAT SEKOLAH 2017

1. Jawatankuasa Makanan dan Minuman


1. Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat.
2. Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi dan pada masa yang
ditetapkan.
3. Menentukan menu harian.
4. Menyediakan anggaran perbelanjaan dan pembelian barangan mentah.

2. Jawatankuasa Pendaftaran
1. Mengedarkan borang kebenaran dan mengumpulkannya kembali.
2. Mendaftarkan para peserta.

3. Jawatankuasa Perasmian Penutup


1. Menyusun aturcara penutup
2. Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa
3. Bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya dan hadiah.
4. Menentukan tempat

4. Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan


1. Memastikan peserta menjaga kebersihan kawasan perkhemahan.

5. Jawatankuasa Keselamatan dan Kecemasan


1. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas
2. Memberi rawatan awal pertolongan cemas.

6. Jawatankuasa Aktiviti Hari Sukan Negara


1. Mengatur aktiviti senamrobik dan sukaneka melibatkan murid, guru dan jemputan.
2. Menjadi hakim sukaneka.

7. Jawatankuasa Urusetia / Jurugambar


1. Membantu aktiviti-aktiviti perkhemahan.
2. Membuat rakaman foto keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)
3. Menyiarkan foto-foto perkhemahan melalui Facebook rasmi sekolah.
8. Jawatankuasa Peralatan
1. Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang
diperlukan. (belerang, khemah, lampu, gas memasak)
2. Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan
3. Memastikan alatan selamat digunakan
4. Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup

9. Jawatankuasa Buku Program


1. Meyediakan dan mengedarkan buku program.

4. Jawatankuasa Sijil
1. Menyediakan sijil peserta.

5. Jawatankuasa Siaraya
1. Menyediakan peralatan siaraya yang secukupnya.

6. Jawatankuasa Kerohanian
1. Mengatur imam solat dan pentazkirah.
2. Memastikan semua peserta solat berjemaah tepat masa.

13. Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata


1. Menyusun tempahan hadiah dan cenderamata.
2. Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian hadiah.
3. Mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada penyelaras.

14. Kem Komandan dan Penolong Kem Komandan.


1. Memberi taklimat dan arahan kepada peserta.
2. Memastikan disiplin peserta.
3. Memastikan setiap aktiviti berjalan seperti yang ditetapkan.

15. Penyelaras Aktiviti Kembara Informasi / Malam Kebudayaan / Merempuh


Halangan.
1. Merancang dan menyelaras perjalanan aktiviti.
2. Menyediakan bahan dan peralatan yang sesuai dengan aktiviti.
3. Mengambil markah bagi setiap kumpulan dan meyerahkan kepada Penyelaras
Perkhemahan.

Anda mungkin juga menyukai