Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN

PENGAWAS & PUSAT SUMBER SEKOLAH 2020

Terima kasih pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim.

Yang Berusaha, Encik Fuad b. Ramli , Guru Besar Sek. Keb. Besout 5,

Yang Dihormati, Pn. Hajah Rafizan bt. Abdul Samad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Khairul Zaman b. Miswan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Shamsol Kamal b. Hamzah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru, barisan pengawas sekolah dan pusat sumber

serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Hadirin,

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
semua pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah di atas perlantikan mereka
pada hari ini. Saya yakin pengawas sekolah yang dilantik ini mempunyai peribadi yang baik,
dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, berani, dedikasi dan bijak membuat keputusan.
Dengan adanya barisan badan pengawas ini, segala masalah disiplin sekolah akan dapat
diatasi dengan lebih baik, InsyaAllah.

Barisan pengawas,
Pengawas sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada semua murid yang lain.
Saya juga mahukan pengawas sentiasa bermuhasabah diri semasa melaksanakan tugas
seorang pengawas. Jadilah seorang pengawas yang disegani.

Bagi murid-murid lain pula,


Saya ingin berpesan agar sentiasa memberi kerjasama kepada semua pengawas dan pengawas
pusat sumber sekolah yang dilantik. Jauhi sikap-sikap negatif seperti perbuatan merosakkan
fasiliti sekolah, perbuatan membuli dan bergaduh serta tidak menghormati guru-guru dan
kawan-kawan sekolah.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar SK Besout 5 terus maju dan aman
daripada masalah disiplin dengan bantuan para pengawas ini. Insyaallah.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai