Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGETUA

Terima kasih pengacara majlis.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Yang Dihormati
Cikgu Norisah binti Wahid
Penolong Kanan Pentadbiran Satu

Yang Dihormati
Cikgu Hamdan bin Hussin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati
Cikgu Fauzi bin Mohamad
Penolong Kanan Ko-kurikulum

Cikgu Nizarudin bin Marsom


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Yang dihormati guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru kaunselor, guru-


guru panitia, guru-guru akademik, yang diraikan barisan Pemimpin Murid serta
murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Hadirin sekalian yang


dirahmati Allah s.w.t., terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada
Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka kita semua dapat berkumpul
meraikan majlis berbahagia pada pagi ini.

Hadirin yang dihormati,

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Barisan Pemimpin


Murid yang bakal menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi. Saya yakin
mereka yang dilantik pada hari ini telah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar
mereka yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan-rakan
mereka di sekolah serta dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka dalam memberi pendidikan yang berkualiti. Hanya pendidikan
yang berkualiti sahaja dapat melahirkan warganegara yang efisien dan menjadi modal
insan negara yang produktif.

Objektif diadakan majlis watikah ini adalah untuk memberikan pengiktirafan


kepada barisan pemimpin murid agar dapat menjalankan tugas dengan yakin dan
berketerampilan. Selain itu, memperkenalkan secara tidak langsung kepada murid-
murid di SMK Kangkar Pulai bahawa kita memiliki barisan pemimpin muda yang
berkaliber dan hebat. Difahamkan bahawa, barisan pemimpin murid yang ada di
sekolah kita terdiri daripada beberapa badan pemimpin antaranya;
1. Pengawas sekolah
2. Ketua dan penolong tingkatan
3. Pengawas Pusat Sumber
4. Pembimbing Rakan Sebaya.
5. Pengawas SPBT.
6. Pengawas Sukan.
7. Pengawas Koperasi.
8. Pengawas Kantin.
9. Pengawas Surau.

Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini, mereka patut diraikan. Untuk
pengetahuan semua warga Kangkar Pulai jumlah Barisan Pemimpin Murid kita adalah
seramai iaitu 502 orang.

Apakah peranan pemimpin muda? Pemimpin muda yang dipilih untuk


menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam membantu guru dan pentadbir sekolah
agar dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah yang kemas dan teratur.
Persekitaran yang dimaksudkan adalah menentukan suasana yang damai, situasi yang
terkawal dan menumpukan kepada fungsi utama sebuah sekolah, iaitu melahirkan
murid-murid yang berpotensi menjadi pemimpin negara masa hadapan dan tunggak
pembangunan negara dalam apa jua bidang yang mereka minati.

Saya berharap Barisan Pemimpin Murid yang dilantik pada hari ini dapat
menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, jujur, ikhlas
dan bertanggungjawab. Pada masa yang sama, saya berharap mereka tidak
mengabaikan pelajaran akademik mereka sendiri di dalam bilik darjah. Mungkin kita
tertanya-tanya apakah ekspektasi guru-guru dan murid-murid terhadap seorang
pengawas atau pemimpin muda ini?

Mereka sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada semua murid
yang lain. Keperibadian juga harus memiliki sifat-sifat terpuji seorang khalifah kecil
bersifat mulia, berketrampilan yang kemas dan bijak mengurus masa untuk diri
sendiri dan tanggungjawab sekolah. Saya juga mahukan Barisan Pemimpin Murid
sentiasa bersifat insaf dan bermuhasabah diri semasa melaksanakan tugas seorang
pemimpin. Jadilah seorang pemimpin muda yang disegani.

Saya ingin menasihati murid-murid agar mematuhi dan menghayati peraturan


sekolah supaya guru-guru dan pentadbir sekolah dapat menumpukan kepada usaha
dalam membangunkan infrastruktur dan fasiliti sekolah serta pembangunan akademik
bagi menentukan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan.
Jauhi sikap-sikap negatif seperti perbuatan merosakkan fasiliti sekolah, perbuatan
membuli dan bergaduh serta tidak menghormati guru-guru dan kawan-kawan sekolah.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar SMK Kangkar Pulai
sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik dan ko-
kurikulum dan menjadi sekolah contoh di Negeri Johor ini. Saya juga berdoa agar
murid-murid mampu melakukan suatu perubahan besar dalam diri masing-masing dan
mampu menjadi contoh kepada rakan-rakan lain untuk masa hadapan selaras dengan
cogan kata, SMART INNOVATION, INSPIRING THE FUTURE.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai