Anda di halaman 1dari 3

Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Yang berusaha Puan Guru Besar, Puan Rodziyah Binti


Mohamad Yuneh, Yang dihormati, Guru Penolong Kanan
Kurikulum, Encik Samsul Akmar Bin Abdullah, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Mohd Noor Bin Ali,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Ahmad Shukri
Bin Mohd Zain, barisan guru-guru, seterusnya murid-murid
sekalian

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan
limpah kurniaNYA, dapat kita berhimpun pada hari ini bagi
meraikan insan yang telah berusaha keras, mengerah kudrat,
memerah keringat dalam usaha menurunkan ilmu kepada kita
semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Perlu kita ingat bahawa gurulah titik awal pengaliran ilmu di
dalam diri kita. Peranan guru bukan sahaja untuk menurunkan
ilmu bahkan berperanan membentuk sahsiah dan akhlak kita
semua .Seorang guru boleh dianggap sebagai seorang jurutera
social kerana bidang pendidikan adalah peneraju dalam
membangunkan modal insan yang berpengetahuan, maju dari
segi pemikiran, kerohanian dan berperibadi mulia. Justeru,
sesuailah pemilihan tema pada tahun ini iaitu, “ Guru Insan
Pemangkin Generasi Madani”

 Rakan-rakan sekalian,

Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan


mencurahkan ilmu pengetahuan. Guru boleh diibaratkan
sebagai ibu bapa kita yang kedua yang berupaya mencorakkan
masa depan kita. Patuhilah arahan mereka dan amalkanlah
tunjuk ajar dan nasihat untuk panduan hidup kita.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada semua guru yang mengajar saya dan rakan-rakan
dengan usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh dedikasi .

Terima kasih cikgu! Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan


terpahat dalam hati selagi hayat dikandungbadan. Seterusnya,
dikesempatan ini, maafkan kami atas kekasaran , segala salah
laku dan sesuatu yang mengguris perasaan cikgu.
Sesungguhnya kami ini insan yang masih memerlukan
bimbingan daripada guru-guru semua.

Semoga segala pengorbanan guru ini akan menjadi amal soleh yang
akan memberikan pahala yang berterusan dan berkekalan. Sebelum
saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya membacakan beberapa
bait kata daripada sajak nukilan Usman Awang.

“Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku budi yang


diapungkan di dulang ilmu “

sekian…wabillahitaufik walhiudayah wasalam mualaikum


warahmatul Allahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai