Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN: SAMBUTAN HARI GURU

TUAN HAJI RUSHDI BIN MOHAMED


(PENGETUA SMK MENJALARA)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Yang Berbahagia, Dr.Jimmy Siau Shiong, YDP PIBG SMK Menjalara,

Yang berusaha, Cikgu Mazlan Bin Sharif, Penolong Kanan Kurikulum SMK Menjalara,

Cikgu Norliza binti Borhan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cikgu Shahrulhaida binti Makhusin, menjalankan tugas Penolong Kanan Kokurikulum,

Cikgu Ampandi bin Omar, Penolong Kanan PPKI,

Yang dihormati, guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru kaunseling, guru-guru dan
murid-murid sekalian.

Pertama, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T


kerana dengan limpah kurnia-Nya, dalam keheningan pagi yang berbahagia ini kita
dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah bagi tahun
2022. Semoga Hari Guru ini dapat disambut dan diraikan dengan penuh makna dalam
suasana yang ceria, harmoni, tenang dan terkawal.

Sidang hadirin yang berbahagia; Sebelum saya meneruskan ucapan ini saya terlebih
dahulu mengambil peluang ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru, Cikgu” dan
“Terima Kasih Cikgu”. Sesungguhnya kami yang bergelar guru pada hari ini sebenarnya
adalah murid pada satu masa dahulu. Setiap tahun para warga pendidik akan
menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei sejak tahun 1972 dengan tema yang
khusus. Walaupun dua tahun kita tidak sambut di sekolah disebabkan Covid-19, namun
begitu pada tahun ini sambutan hari guru bertemakan Guru : Guru Tunjang Sekolah
Sejahtera” dapat kembali diraikan bersama murid di sekolah. Jika dilihat pada tema ini
secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa peranan adalah sebagai tonggak
utama sebagai tonggak utama demi memastikan aspirasi Sekolah Sejahtera ini
terlaksana. pendidik Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah
dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu
sempurna agar apa yang tersirat mahupun yang tersurat dalam tema Hari Guru pada
tahun ini dapat dicapai. Guru-guru dan Murid-murid sekalian Sambutan Hari Guru yang
diadakan setiap tahun sesungguhnya adalah satu pengiktirafan dan penghargaan
tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa.
Justeru, amat wajar sekali jika Sambutan Hari Guru ini sepatutnya diraikan oleh murid,
ibu bapa dan masyarakat, sebagai pengiktirafan guru. Inilah cara yang terbaik untuk
menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru
yang tidak ternilai.

Saya berharap semua guru tidak leka dengan sanjungan (jika ada) dan jangan cepat
melenting dan beremosi dengan cercaan dan kritikan terhadap profesion kita.
Bersabarlah dan tangani segala cabaran, isu dan pandangan liar terhadap profesion ini
dengan profesional, bijaksana dan berintegriti.Jangan lupa cikgu, tentang peranan kita
dalam menjayakan misi nasional iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Pada bahu kitalah terpikul enam teras yang menjadi pemangkin kepada pembangunan
pendidikan. Dalam melaksanakan peranan sebagai seorang pendidik kepada anak-
anak bangsa, nilai-nilai seperti jujur, amanah, bertanggungjawab, akauntabiliti, sahsiah
diri serta mengawal emosi tidak harus diabaikan. Semua ini penting kerana guru adalah
rolemodel kepada keberkesanan pendidikan bukan sahaja kepada pelajar di sekolah,
malah masyarakat.Sebagai guru, kita bertanggungjawab dalam membentuk tamadun
manusia. Justeru, setiap guru mesti menyedari tanggungjawab ini serta sentiasa
menjaga nama baik sebagai pendidik serta pemimpin masyarakat agar dapat
menjalankan tugas dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas.Jadilah kita insan yang
berkualiti “Quality teaching produces quality learning. Quality learning produces quality
education. Finally quality education produces quality citizens.” Ingat cikgu... kualiti
adalah ibarat perjalanan, bukan distinasi; perjalanan yang tiada noktahnya. Quality has
no ends: it is a journey, not a distination. Kepada semua murid yang dikasihi sekalian.
Hargailah jasa guru-guru anda! Kalau seorang doktor dikagumi kerana boleh
menyelamatkan nyawa, jika polis dan tentera disanjung kerana boleh mempertahankan
negara, jika para petani dan tokoh korporat dibanggakan kerana menjanakan ekonomi
negara ,jangan lupa bimbingan seorang guru biasa sahaja boleh menjadikan seseorang
yang biasa kepada insan luar biasa, menjadi penyelamat dalam kehidupan dunia dan di
akhirat. Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan
cikgucikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat
disanjung tinggi. Pada kesempatan ini saya menyeru semua warga guru supaya
berusaha menjadi lebih kreatif, inovatif, proaktif dan mampu mencipta kelainan yang
boleh memberi manfaat kepada murid-murid. Selaras dengan Mota murid didahulukan
pencapaian diutamakan. Sesungguhnya, mendidik adalah tugas yang amat mulia dan
tiada ternilai harganya. Jalankanlah tugas dengan lebih gigih, jujur dan terus bekerja
sebagai satu pasukan. Terjemahkanlah tanggungjawab dan peranan ini dalam bentuk
pelaksanaan tugas yang berkualiti dan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Sama-
samalah kita memanjatkan doa kehadrat Illahi semoga kita diberikan kekuatan dan
kesihatan untuk terus melaksanakan tugas mulia ini. Sekian, Wabillahi Wabarakatuh.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU.

Anda mungkin juga menyukai