Anda di halaman 1dari 4

UCAPAN YDP PIBG SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMPI- TAMPI 2017

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam Satu PIBG SK Tampi-Tampi, Ibu Bapa Proaktif, Guru Inovatif,


Murid Progresif.

Salam Satu SK Tampi-Tampi, Murid Ditatang, Sahsiah Dijulang

Salam Sejahtera dan Salam Hari Guru buat para guru yang dikasihi

Yang Berbahagia Encik Abdul Suhud bin Hj Jaani, Pemimpin


Pembangunan Masyarakat N54 Bugaya.

Yang dimuliakan En. Baknan bin Hj. Ali Lampong, Guru Besar SK. Tampi-
Tampi

Turut dimuliakan para penolong kanan SK Tampi-Tampi,

En Muctar bin Jalil, Guru Penolong Kanan Kurikulum.

Pn Hjh Muntiah binti Hj Baggok, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

En. Husin bin Sayadi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Pn. Hjh Zainon binti Hj. Osman, Penolong Kanan Petang.

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, SK. Tampi-Tampi.

Guru-guru yang dimuliakan dan diraikan serta murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Saya ingin melahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi


kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama meraikan
sambutan Hari Guru Peringkat sekolah pada tahun ini. Semoga hari yang
penuh bermakna bagi warga pendidik di sekolah ini disambut dalam
suasana yang ceria, harmoni dan menyeronokkan.

Sidang hadirin yang berbahagia,

Saya ingin mengambil kesempatan dan peluang pada hari ini


untuk mengucapkan Selamat Hari Guru dan Terima kasih Cikgu buat
semua guru di sekolah ini. Guru-guru di sekolah ini begitu dedikasi, jujur
dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dengan penuh rasa
tanggungjawab. Mereka telah mendidik, mengajar, membimbing malah
turut mengasuh murid-murid agar menjadi insan yang harmonis.

Bertepatan dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru
Pembina Negara Bangsa . Guru-guru di sekolah ini adalah guru-guru
yang sangat berketrampilan dan berkebolehan dalam melahirkan warga
yang berjasa kepada negara kita. Kejayaan demi kejayaan telah dicipta
baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Kesungguhan para
guru untuk membawa transformasi atau perubahan di sekolah ini,tidak
perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Kini, peranan guru dalam melonjakkan lagi pendidikan negara


harus bergerak seiring dengan penerapan nilai-nilai murni. Anak-anak
ibarat kain putih yang bersih maka sememangnya ibu bapalah yang harus
mencorakkannya. Namun, ibu bapa turut meletakkan harapan yang tinggi
agar anak-anak mereka turut memiliki sahsiah yang sempurna semasa
di sekolah bertepatan dengan motto sekolah Murid Ditatang Sahsiah
Dijulang Disekolahlah, anak-anak ini berpeluang untuk mengembangkan
bakat, kebolehan, kecenderungan, mengeluarkan pendapat,
berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Peluang
tersebut tidak mereka miliki semasa mereka berada di rumah atau
bersama keluarga. Lebih-lebih lagi apabila para guru dijadikan sebagai
role model kepada keberkesanan pendidikan untuk murid-murid di
sekolah dan masyarakat

Sidang hadirin yang dihormati,

Selaku YDP PIBG, saya turut merasakan betapa pentingnya


sambutan hari guru diadakan pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan hari
guru ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan tentang peranan guru
yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa Malaysia.
Justeru, wajarlah bagi murid-murid, ibu bapa dan masyarakat meraikan
sambutan hari guru . Inilah cara yang terbaik untuk melahirkan rasa terima
kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa insan yang tidak
ternilai yang bernama guru.

Kepada semua murid yang saya kasihi sekalian, hargailah jasa para
guru.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Akhir kata, kepada semua para pendidik di sekolah ini, jasa, bakti
dan pengorbanan yang cikgu berikan amat dihargai dan disanjung tinggi.
Sama-samalah kita memanjatkan doa agar semua guru di SK. Tampi-
Tampi ini diberi kekuatan, kegigihan dan kesihatan agar dapat
melaksanakan tugas yang mulia ini.

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim dan Salam Satu PIBG SK


Tampi-Tampi Ibu Bapa Proaktif, Guru Inovatif, Murid Progresif saya
merasmikan majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Tampi-
Tampi 2017.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai