Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA SMK CONVENT JALAN PEEL SEMPENA SAMBUTAN HARI

GURU PERINGKAT SEKOLAH 2019

KHAMIS, 2 MEI 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat


Pagi dan Salam Sejahtera
Yang Berusaha Guru-guru Penolong Kanan
Yang dihormatiGuru-guru Kanan Mata Pelajaran.
Yang Dikasihi, rakan-rakan guru yang diraikan, dan seterusnya yang disayangi,
semua murid SMK Convent Jalan Peel.

5. Pertama, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T


kerana dengan limpah kurnia-Nya, dalam keheningan pagi yang berbahagia ini kita
dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah bagi tahun
2019. Semoga Hari Guru ini dapat disambut dan diraikan dengan penuh makna
dalam suasana yang ceria, harmoni, tenang dan terkawal. Untuk makluman hadirin
yang dihormati sekalian, sambutan hari guru tahun 2019 ini merupakan anjuran
Kelab Prima CPR yang diketuai oleh Puan Noliza Saidin selaku pengerusi Prima
2019

Sidang hadirin yang berbahagia; Sebelum saya meneruskan ucapan ini saya terlebih
dahulu mengambil peluang ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru, Cikgu” dan
“Terima Kasih Cikgu”. Sesungguhnya kami yang bergelar guru pada hari ini
sebenarnya adalah murid pada satu masa dahulu.

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16
Mei sejak tahun 1972 dengan tema yang khusus. Pada tahun ini sambutan hari guru
bertemakan Guru : Obor Hemah Menyinari Pertiwi” .Jika dilihat pada tema ini
secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar
kerana sebagai OBOR pendidikan negara, para guru perlu memikul semua
perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan untuk melahirkan
murid-murid yang cemerlang dan berkebolehpasaran suatu hari nanti Dalam erti kata
lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat
dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat
mahupun yang tersurat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Guru-guru dan Murid-murid sekalian


Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya adalah satu
pengiktirafan dan penghargaan tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan
untuk mendidik anak bangsa. Justeru, amat wajar sekali jika Sambutan Hari Guru ini
sepatutnya diraikan oleh murid, ibu bapa dan masyarakat, sebagai pengiktirafan
guru. Inilah cara yang terbaik untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan
penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.
Saya berharap semua guru tidak leka dengan sanjungan (jika ada) dan jangan cepat
melenting dan beremosi dengan cercaan dan kritikan terhadap profesion kita.
Bersabarlah dan tangani segala cabaran, isu dan pandangan liar terhadap profesion
ini dengan profesional, bijaksana dan berintegriti.Jangan lupa cikgu, tentang peranan
kita dalam menjayakan misi nasional iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP). Pada bahu kitalah terpikul enam teras yang menjadi pemangkin kepada
pembangunan pendidikan.

Dalam melaksanakan peranan sebagai seorang pendidik kepada anak-anak bangsa,


nilai-nilai seperti jujur, amanah, bertanggungjawab, akauntabiliti, sahsiah diri serta
mengawal emosi tidak harus diabaikan. Semua ini penting kerana guru adalah role-
model kepada keberkesanan pendidikan bukan sahaja kepada pelajar di sekolah,
malah masyarakat.Sebagai guru, kita bertanggungjawab dalam membentuk tamadun
manusia. Justeru, setiap guru mesti menyedari tanggungjawab ini serta sentiasa
menjaga nama baik sebagai pendidik serta pemimpin masyarakat agar dapat
menjalankan tugas dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas.Jadilah kita insan yang
berkualiti “Quality teaching produces quality learning. Quality learning produces
quality education. Finally quality education produces quality citizens.” Ingat cikgu...
kualiti adalah ibarat perjalanan, bukan distinasi; perjalanan yang tiada noktahnya.
Quality has no ends: it is a journey, not a distination.

Kepada semua murid yang dikasihi sekalian. Hargailah jasa guru-guru anda! Kalau
seorang doktor dikagumi kerana boleh menyelamatkan nyawa, jika polis dan tentera
disanjung kerana boleh mempertahankan negara, jika para petani dan tokoh korporat
dibanggakan kerana menjanakan ekonomi negara ,jangan lupa bimbingan seorang
guru biasa sahaja boleh menjadikan seseorang yang biasa kepada insan luar biasa,
menjadi penyelamat dalam kehidupan dunia dan di akhirat.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-
cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat
disanjung tinggi.
Pada kesempatan ini saya menyeru semua warga guru supaya berusaha menjadi
lebih kreatif, inovatif, proaktif dan mampu mencipta kelainan yang boleh memberi
manfaat kepada murid-murid. Selaras dengan Mota murid didahulukan pencapaian
diutamakan.

Sesungguhnya, mendidik adalah tugas yang amat mulia dan tiada ternilai harganya.
Jalankanlah tugas dengan lebih gigih, jujur dan terus bekerja sebagai satu pasukan.
Terjemahkanlah tanggungjawab dan peranan ini dalam bentuk pelaksanaan tugas
yang berkualiti dan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Sama-samalah kita
memanjatkan doa kehadrat Illahi semoga kita diberikan kekuatan dan kesihatan
untuk terus melaksanakan tugas mulia ini.

Sekian, Wabillahi Taufik Wal-hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU.

Anda mungkin juga menyukai