Anda di halaman 1dari 30

BAHAN-BAHAN PENULISAN

PENANDA WACANA

AYAT PENDAHULUAN KARANGAN


o Pada era globalisasi ini,
o Dalam meniti arus kemodenan ini,
o Sejak negara menikmati arus kemodenan,
o Dalam melangkah ke era modenisasi,
o Dewasa ini,
o Sejajar dengan era globalisasi kini,
o Belakangan ini,
o Mutakhir ini,
o Dasawarsa ini,
o Akhir-akhir ini,
o Tidak dapat dinafikan bahawa
CONTOH AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

o Sesungguhnya, kita hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani gejala
sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja.

o Tegasnya, sebagai memperkukuh penyataan tersebut , punca-punca yang menunjangi


masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan kita bersama.

o Hakikatnya, pelbagai implikasi akan dibincangkan untuk mengenal pasti cara terbaik bagi
menangani masalah ini daripada terus menjadi barah yang sukar diubati.

AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

o Pada hemat saya…


o Kita dapat menyaksikan bahawa...
o Pada pandangan saya ...
o Umum mengetahui bahawa...
o Pada realitinya, memang tidak dinafikan bahawa ...

Mengapakah (M)

o Hal ini demikian kerana...


o Hal ini begitu kerana...
o Hal ini berlaku kerana...
o Hal ini terjadi kerana...
o Hal ini membawa konotasi bahawa...

Bagaimanakah (Ba)
o Dalam hal ini ...
o Dalam konteks ini…
o Dengan berbuat demikian,
o Dengan itu,
o Oleh sebab itu,
o Dengan demikian,
o Oleh hal yang demikian,

Kesan (K)
o Natijahnya,
o Sebagai akibatnya,
o Hal ini mengakibatkan
o Tindakan/Cara/ Usaha ini akan

AYAT SETERUSNYA (CONTOH DALAM ISI YANG SAMA)

o Selanjutnya,
o Sementara itu,
o Seterusnya,
o Di samping itu,
o Dalam pada itu,
o Selain itu,

PENEGASAN (P)

o Kita mengakui hakikat bahawa


o Jelaslah kepada kita bahawa
o Tegasnya kepada kita bahawa
o Hakikatnya,
o Sesungguhnya,
o Secara khususnya,
o Secara umumnya,
o Sememangnya,
o Tegasnya,

MENYATAKAN CONTOH

o Sebagai contoh,
o Misalnya,
o Umpamanya,
o Yang dimaksudkan ialah
KESIMPULAN

o Intihanya,
o Konklusinya,
o Tuntasnya,
o Keseluruhannya,
o Akhir kalam,
o Walhasil,

PENDAPAT YANG BERBEZA


o Walau bagaimanapun,
o Walaupun begitu,
o Namun demikian,
o Ironinya,
o Kendatipun,
o Sungguhpun demikian,

PENANDA MEMULAKAN PERIBAHASA (UNGKAPAN MENARIK)

o Hal ini bersesuaian dengan peribahasa….


o Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa...
o Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa…..
o Orang tua-tua pernah berkata…
o Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa…
o Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa….

atau boleh ditulis:


o Dalam perbualan dan percakapan seharian, kita mestilah berhati-hati mengeluarkan kata-kata
kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
o Kita perlu membuat renungan daripada buah fikiran orang berilmu iaitu yang baik jadikan
teladan, yang buruk jadikan sempadan.
o
AYAT –AYAT PERSOALAN
o Siapakah pula yang akan menyambung perjuangan untuk memartabatkan negara ?
o Siapakah yang patut dipersalahkan kerana fenomena ini berterusan?
o Persoalannya, sejauh manakah pengaruh itu mempengaruhi kemelut ini ?
o Mengapakah masyarakat masih tidak peka dengan situasi ini ?
o Apakah prakarsa positif yang patut diambil oleh pihak yang berwajib ?
o Sanggupkah kita melihat generasi kita nanti menjadi sampah masyarakat?
o Apakah peranan bapa sebagai kepala keluarga?
o Mengapakah perkara ini menjadi begitu penting untuk kita bincangkan?
TUGASAN SOALAN YANG DITANYA MELIPUTI ENAM SKOP UTAMA
(SeKeCaM+TC)
1. Se : sebab/ faktor / punca /
Kata tugas : kerana, disebabkan, tidak, kurang, gagal

2. Ke : kesan baik / kepentingan/faedah / maslahat / manfaat


: kesan buruk / implikasi / impak / natijah / akibat
Kata tugas: supaya, untuk, bagi, akan, boleh, dapat, mampu

3. Ca : cara / langkah / prakarsa / usaha / kaedah / tindakan


Kata tugas : harus,perlu,mesti , wajar, hendaklah, patut, telah

4. M :masalah / kemelut / halangan / kekangan / rintangan


Kata tugas : Apakah masalah itu.

5. T :tugas/peranan /tanggungjawab/kewajipan
Kata tugas : Apakah tugas itu.

6. C :Ciri/Sifat/kriteria
Kata tugas : Apakah ciri itu.
TUNTUNAN PENULISAN KAEDAH IMBAKUP

Bahagian Pendahuluan

1. Tuliskan ayat tentang tema secara umum (Bukan idea atau isi karangan)
Ayat perlu ada hubungan dengan isu semasa dan terkini.( Contoh terkini)
2. Gunakan ayat persoalan .
3. Gunakan penanda wacana yang sesuai
4. Ayat terakhir pendahuluan memberikan fokus utama tugasan.
Tema : Masalah Obesiti
Tugasan : Langkah Pencegahan

Rangka pendahuluan

o Obesiti dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau berlebihan berat badan.
o Kadar obesiti semakin meningkat.
o Tahap kesihatan rakyat yang semakin diabaikan.
o Kes kematian semakin meningkat.
o Siapakah yang harus bertanggungjawab menangani masalah ini?
o Langkah pencegahan harus diambil kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak
berguna.

Contoh Penulisan Pendahuluan Lengkap

Pada era globalisasi ini, faktor kesihatan semakin dipandang enteng oleh masyarakat. Soal
pemakanan seperti tidak dihiraukan oleh kebanyakan masyarakat sehingga menyebabkan masalah
obesiti. Obesiti merupakan satu istilah yang dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau
berlebihan berat badan. Kini, kadar obesiti semakin meningkat. Bukan itu sahaja ,malahan tahap
kesihatan rakyat yang semakin diabaikan mengundang masalah kepada diri sendiri. Kita juga berasa
terkejut apabila ada laporan yang mengatakan bahawa wujudnya kes kematian yang semakin
meningkat lantaran masalah obesiti. Siapakah yang harus bertanggungjawab untuk menangani masalah
ini? Sesungguhnya, langkah pencegahan harus diambil segera kerana sesal dahulu pendapatan sesal
kemudian tidak berguna.

Huraian Isi Karangan

1. Gunakan Kaedah IMBaKUP untuk menghuraikan idea (isi).


2. Tidak perlu terlalu panjang seperti Karangan Bahagian B

Contoh Rangka Isi Mengikut Kaedah IMBaKUP


I : Pemakanan Seimbang

M:Punca utama penyakit kerana pengambilan makanan yang tidak sihat. Tinggi kandungan lemak dan
gula.
Ba: Utamakan makanan yang betul gizi (zat) pemakanan. Kurangkan memakan makanan yang tinggi
kandungan lemak. Lebihkan makanan yang tinggi kandungan serat.
K: Metabolisme kita akan meningkat dan dapat membakar lemak dalam badan.
U:Kurangkan manis dalam minuman , lebihkan manis dalam senyuman menjadi pegangan kepada
kita. Datuk Seri Liow Tiong Lai , mantan Menteri Kesihatan Malaysia Mantan Menteri Kesihatan berkata
bahawa guna minda untuk mengawal selera makan, terutamanya makanan yang manis.
P: Bijak merancang pemakanan menjamin kesihatan yang unggul.
Contoh Penulisan Isi Karangan Kaedah IMBaKUP

Langkah utama yang perlu diambil perhatian ialah pengambilan makanan yang seimbang. (I) Hal
ini begitu kerana punca utama penyakit adalah kerana pengambilan makanan yang tidak sihat
terutamanya makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi. (M) Dengan demikian,
kita hendaklah mengutamakan makanan yang betul gizi pemakanannya. Selain itu, kita juga hendaklah
kurang memakan makanan yang tinggi kandungan lemak. Ironinya ,makanan yang tinggi kandungan
seratnya , seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hendaklah diambil dalam kuantiti yang lebih.(Ba)
Sebagai impaknya, metabolisme kita akan meningkat dan seterusnya dapat membakar lemak yang ada
di dalam badan. (K) Kata slogan yang sering digunakan dalam kempen-kempen kesihatan, iaitu
kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman hendaklah menjadi pegangan
kepada kita.(U) Hakikatnya, perancangan pemakanan yang bijak akan menjamin kesihatan yang unggul
sepanjang hayat.(P)

Kesimpulan
1. Pandangan tentang tema (P)

2. Cadangan tentang tema (C)

3. Harapan tentang tema (H)

Rangka Kesimpulan

P :Penjagaan kesihatan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh semua orang.


C :Mensyukuri nikmat kesihatan yang diberikan oleh Tuhan. Mari kita bersama-sama menjaga nikmat
kesihatan .
H:Tahap kesihatan rakyat dapat ditingkatkan .

Contoh Penulisan Kesimpulan Yang Lengkap

Konklusinya, penjagaan kesihatan merupakan tindakan yang sepatutnya diambil perhatian serius
oleh semua orang. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa cegah sebelum parah haruslah
diambil perhatian dan tidak memandang mudah terhadap kesihatan diri. Oleh itu, marilah kita bersama-
sama mensyukuri nikmat kesihatan yang diberikan oleh Tuhan dan menjaga nikmat kesihatan ini sebaik-
baiknya. Jelaslah kepada kita bahawa tahap kesihatan rakyat dapat ditingkatkan sekiranya rakyat
membudayakan amalan hidup sihat dalam kehidupan mereka. Benarlah kata slogan “ Rakyat Sihat,
Negara Maju, ” dapat merealisasikan pembangunan negara yang lebih produktif.

Latihan Penulisan

Tema : Banjir Kilat


Tugasan : Usaha-Usaha Menangani

Pendahuluan

o Hujan yang berterusan, khususnya pada musim tengkujuh akan menyebabkan banjir kilat berlaku.
o Kuala Lumpur, Shah Alam dan Kajang pernah mengalami masalah banjir kilat yang agak teruk.
o Impak negatif akan dialami oleh mangsa banjir, seperti kemusnahan harta benda, penyakit dan
kematian.
o Faktor utama yang dikenal pasti ialah hujan lebat, pembangunan yang tidak terancang dan hakisan
sungai.
o Siapakah yang harus bertanggungjawab?
o Sikap sudah terhantuk baru nak tengadah haruslah dielakkan.
o Pelbagai usaha harus dilakukan untuk menangani malapetaka ini.
I : Sistem perparitan perlu dalam keadaan baik

M: Sistem perparitan dan sistem pembuangan sampah yang ada tidak efisien. Berlaku pencemaran
sungai dan menyebabkan sungai menjadi cetek
Ba:Menjalankan pemeriksaan parit dan longkang di kawasan yang berisiko tinggi .Kerajaan tempatan
dan Jabatan Kerja Raya perlu membina longkang dan parit yang lebih konkrit di samping mendalamkan
sungai .
K:Aliran air tidak akan terganggu atau tersumbat. Air tidak boleh bertakung sebegitu mudah.
U: Sikap bagai enau dalam belukar harus dikikiskan .
P: Sistem perparitan yang sempurna dapat memastikan air mudah surut ketika hujan lebat.

Kesimpulan

P: Sikap berhati-hati dan berwaspada haruslah dijadikan keutamaan. Menghargai sumber alam yang
dianugerahkan dengan sebaik mungkin.
C: Semua pihak haruslah memainkan peranan bagai aur dengan tebing . Rakyat mesti bersikap
proaktif semasa berlakunya banjir.
H: Kita perlu mencintai dan menghargai alam sekitar daripada kita menyesal nanti kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Anda mungkin juga menyukai