Anda di halaman 1dari 5

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

- Pada era globalisasi ini


- Dalam meniti arus kemodenan ini
- Kini
- Dewasa ini
- Dasawarsa ini
- Sejak sedekad yang lalu
- Kebelakangan ini
- Belakangan ini
- Akhir-akhir ini
- Baru-baru ini
- Umum mengetahui bahawa
- Sejak zaman-berzaman
- Pada tahun- tahun belakangan ini

ii) Penanda wacana untuk menunjukkan turutan


- Antara
- Selain itu,
- Di samping itu,
- Lain daripada itu
- Seterusnya
- Begitu juga dengan
- Akhir sekali

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan


- Hal ini dikatakan demikian kerana
- Hal ini berlaku kerana
- Hal ini terjadi kerana
- Hal ini disebabkan oleh
- Hal ini wujud akibat daripada
- Hal ini bersangkut-paut dengan
- Hal ini berpunca daripada
- Hal ini tercetus apabila
- Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh


- Misalnya
- Contohnya
- Sebagai contoh
- Tamsilnya
- Seperti yang kita sedia maklum,
- Satu contoh
- Satu cara
-Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh


- Hal ini mengakibatkan
- Hal ini menyebabkan,
- Oleh itu
- Maka
- Oleh hal yang demikian
- Oleh sebab itu
- Jelaslah bahawa
- Justifikasinya

vi) Penanda wacana untuk menutup isi


- Kesannya
- Natijahnya
- Akibatnya
- Kesudahannya
- Dengan berbuat demikian
- Dengan keadaan sedemikian
- Dengan keadaan sedemiikian

vii) Penanda wacana untuk menulis dua huraian dalam satu ayat
- juga
- malah
- malahan
- tambahan pula
- sementelahan
- di samping
- bahkan

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup


- Kesimpulannya
- Intihanya
- Secara tuntas
- Tuntasnya
- Konklusinya
- Sebagai penutup wacana
- Sebagai penghias bicara
- Sebelum mengakhiri wacana ini,
- Secara keseluruhan
- Akhir kata

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
- Walau bagaimanapun
- Namun demikian,
- Namun begitu
- Meskipin
- Daripada perspektif yang berbeza
- Jika dilihat dari sudut lain
- Kontradiksinya
- Di sebalik itu,
- Dalam pada itu
- Dari sudut lain

x) Penanda wacana untuk memasukkan ungkapan menarik

- _____ bak peribahasa


- _____ bak pepatah Melayu/ Cina/ Inggeris
- _____ bak kata mutiara
- _____ bak pepatah
- _____ bak kata cendekiawan/ pujangga
- _____ persis kata peribahasa Melayu
- _____ persis kata orang tua-tua
- _____ persis kata mutiara
- _____ persis peribahasa
- _____ persis kata cendekiawan/ pujangga
- Hal ini sama dengan peribahasa
- Senario ini persis peribahasa Melayu iaitu
- Fenomena ini dikatakan

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN (TIA /


ITA) (5K, 5L, 5W, 5P)
T = TEMA
I = ISU
A = ARAHAN

CONTOH TEKNIK 'TIA'

TAJUK: Punca gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja

(TEMA) Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan d
an merupakan aset modalinsan negara bak kata pepatah,
‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. "Berikan saya sepuluh orangremaja, nes
caya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan retorik yang pernah dilontarkan ol
eh bekasPresiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan
remaja sebagai penentupembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. (ISU) Mal
angnya, dalam menyingkap tabir alaf baharu dandalam proses menongkah arus globalisasi y
ang pantas bertolak bagai belut diketil ekor ini, keruntuhan akhlak remajasemakin membim
bangkan sejak akhir-
akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remajaialah masalah
pembuangan bayi. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, kes pembuangan bayi menunju
kkanpeningkatan sejak akhir-
akhir ini. Pelbagai usaha diambil oleh kerajaan mahupun badan-
badan bukan kerajaan (NGO)dalam menyifarkan masalah pembuangan bayi di negara ini tet
api usaha ini hanya seperti melukut di tepi gantangkerana kes tersebut masih meningkat se
hingga hari ini. (ARAHAN) Sebelum mencari jalan penawar untuk menanganikemelut ini, kit
a haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana
jika tiadaangin masakan pokok bergoyang.

CONTOH TEKNIK 'ITA'

TAJUK: Peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar mementingkan kebersihan

(ISU) Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Kea
daan ini menandakan titikpermulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghamb
at kita. Antara cabaran dan rintangan itu ialahkebersihan rakyat di nusa tercinta ini. Pada za
man modenisasi dan globalisasi ini, rakyat di negara kita sangat sibukmencari kemewahan hi
dup demi memenuhi tuntutan duniawi sehingga mengabaikan kesihatan mereka. Sikap mer
ekaini telah membawa pelbagai jangkitan penyakit seperti HINI, demam denggi, taun dan se
bagainya. (TEMA) MantanPerdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir
Mohammad pernah berkata bahawa untuk melahirkan masyarakat yangsihat, aktif dan pr
oaktif, kebersihan perlu dititikberatkan. Hadis Nabi juga menekankan bahawa kebersihan
itusebahagian daripada iman. Hal ini menunjukkan peri pentingnya kebersihan dalam kehi
dupan manusia. Tanpakebersihan, manusia tidak akan dapat menjalani kehidupan yang sele
sa dan sempurna. (ARAHAN) Oleh itu, ibu bapaperlulah memainkan peranan dominan untuk
mendidik anak-
anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalamkehidupan seharian kerana kebersihan
haruslah bermula dari rumah dahulu. Persoalan yang sering berlegar-
legar dibenak fikiran kita ialah apakah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar
modal insan yang mementingkanaspek kebersihan dapat dilahirkan?

 Contoh penanda wacana ayat ISU :


- Namun begitu,
- Akan tetapi,
- Walau bagaimanapun
- Sayang seribu kali sayang,
- Zaman beralih, musim bertukar, kini....
- Memang tidak dapat dinafikan bahawa dewasa ini,
- Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif
kepada
- Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi,

 Contoh ayat arahan PUNCA:


1. Bertitik tolak daripada sini, sebenarnya terdapat beberapa punca….
2. Sebelum mencari jalan penawar untuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti
akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana jika tiada angin masakan
pokok bergoyang.
3. Persoalannya, apakah punca-punca yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini?
4. Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah punca-punca yang
menjadi pemangkin kepada fenomena ini?
5. Kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh air di muara pasti
bermula dari hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap
permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya.
6. Selain itu,benarlah kata orang kata bahawa bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi.
7. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak
melata, tak sungguh orang tak kata / kerana kalau tiada angin masakan pokok
bergoyang.
8. Jadi, marilah kita meluangkan sekelumit masa untuk menghalusi punca yang
menjadi pemangkin ...

Contoh penanda wacana ayat arahan LANGKAH


- Oleh itu, langkah-langkah yang pragmatik dan proaktif perlu diambil untuk...
- Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah yang konkrit untuk menangani
gejala ini.
- Oleh itu, kita perlu mengenalpasti punca-punca berlakunya lumba haram dan cara
mengatasinya dalam kalangan remaja untuk membendung daripada kudis
menjadi tokak.
- Sebelum bisul menjadi nanah, kita haruslah mengambil langkah yang proaktif, pragmatik
dan penuh istiqamah untuk menangani kemelut ini kerana setiap penyakit pasti ada
penawarnya.
- Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran kita ialah apakah langkah-langkah
yang wajar diambil untuk menangani fenomena ini sebelum nasi menjadi bubur?
- Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus
diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang
tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.
- Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab dan setiap masalah ada jalan penyelesaian
yang berkesan.
- Kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat
menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya.
- Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih
dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa setiap kejayaan
dapat dicapai melalui usaha yang tidak mengenal erti jemu.

FRASA PENDAHULUAN YANG MENARIK

- Dalam menyingkap tabir alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi
yang pantas bertolak bagai belut diketil ekor ini, hampir saban hari kita
dimomokkan dengan berita tentang...
- Mendepani arus era globalisasi ini,
- Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu …
- Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah
- Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan
ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat
- Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, kita acapkali tersentak oleh
pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
- Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
- Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …
- Dasawarsa ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia marcapada telah
banyak memberikan perubahan kepada negara kita. Pembangunan arus modenisasi tanpa limitasi
terhasil daripada anjakan paradigma yang kian pesat membangun di negara kita. Dalam keghairahan
menghambat kemewahan dunia dan habuan duniawi yang tidak mengenal erti puas ini, masyarakat /
negara kita sering digemparkan dengan ...........

Anda mungkin juga menyukai