Anda di halaman 1dari 13

Cara Membuat Teknik Bingkai

DISEDIAKAN OLEH
CIKGU HAFIZAH HASAN
Pendahuluan (Usaha/Kaedah/Cara)

Dasawarsa, dalam menempuh arus modenisasi


yang menerjah watan tanpa diundang, ……(tema)……..
semakin menjadi parah barah serta duri dalam
daging watan. Pelbagai anjakan paradigma telah
digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini
yang hangat meniti dari bibir ke bibir
masyarakat. Persoalan yang menjadi tanda tanya
ialah apakah strategi- strategi yang wajar
diorak dan digarap ………...(KS)………. dalam
kalangan masyarakat Malaysia ?
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan
sains dan teknologi maklumat, ……… (tema)…….
masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang
membimbangkan. Semakin hari, masalah
……..(tema)………. semakin menjalar dalam kalangan
masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Statistik
yang dikeluarkan oleh ...........(Kementerian/Jabatan
berkaitan yang menjurus kepada permasalahan)……..
Persoalannya, mengapakah ………(tema)………. Perlu
diberi perhatian? Hakikatnya amalan ini begitu diberi
perhatian oleh pelbagai pihak memandangkan
….(tema)…. bukan sahaja berupaya mendatangkan
implikasi positif/negatif kepada masyarakat malahan
kepada negara khususnya. Rentetan itu, ……(KS)…….
Sewajarnya dikenal pasti agar………(ayat sendiri)
Pendahuluan (Punca/faktor)

‘Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak


kata.’ Isu …………(tema)……..semakin kerap
dipaparkan melalui media massa dan media eletronik.
Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat pada hari
ini peka terhadap isu semasa. Lantas mereka cuba
mengenal pasti punca permasalahan serta mencari
jalan penyelesaiannya. Hal ini bermakna masyarakat
tidak akan membiarkan ………………(tema)………………..
menjadi barah yang memusnahkan kehidupan.
Justeru, apakah punca-punca yang menyebabkan
……(KS)…. berlaku?
Dalam menempuhi era modenisasi yang
semakin mencabar ini, pelbagai isu telah timbul dan
fenomena ini amat meresahkan pelbagai pihak. Isu
……(tema)……..telah menjadi perbualan dalam
kalangan masayarakat. Berbagai-bagai inisiatif telah
diambil namun segala usaha ini bagai hujan jatuh ke
pasir. Sikap tegar masyarakat menyebabkan masalah
ini bukan sahaja semakin sukar untuk diatasi, malah
kian parah. Situasi sedemikian boleh berlaku kerana
tindakan sesetengah pihak yang bersikap bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Malah diburukkan lagi dengan pihak yang bersikap
melepaskan batuk di tangga. Di bawah akan
dijelaskan lagi tentang ………(KS)………….
Perenggan Isi 1

Sebagaimana yang kita ketahui, ……….(KS)……..


Ialah/adalah ……….(isi 1)………. Hal ini demikian
kerana ………(kenapa)……… dapat/akan ……….(ayat
sendiri)……... Hal ini juga disebabkan …(bagaimana)….
Sebagai contohnya, …….(ayat sendiri)……..
Justifikasinya, …..(ayat yang menerangkan contoh)……
Oleh itu, …….(isi 1)…….. perlu diberi perhatian kerana
…..(ayat sendiri)…. merupakan …..(ayat sendiri)….
Perenggan Isi 2

Selain itu, ……….(KS)…….. Ialah/adalah


……….(isi 2)………. Hal ini demikian kerana
………(kenapa)……… dapat/akan ……….(ayat
sendiri)……... Hal ini juga disebabkan …(bagaimana)….
Sebagai contohnya, …….(ayat sendiri)…….. Jelaslah
bahawa, …..(ayat yang menerangkan contoh)….
Intihannya, …….(isi 2)…….. perlu diberi perhatian
kerana …..(ayat sendiri)…. merupakan …..(ayat
sendiri)….
Frasa Menarik Untuk Memulakan
Pendahuluan
1. Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di
segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
2. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar
akal dan minda kita telah ….
3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin
menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik
permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal
menghambat.
4. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di
persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh
pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh
rakyat kita sendiri.
5. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
6. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat
menyaksikan …
Frasa Menarik Ayat Terakhir Pendahuluan

 Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus


perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan
bersama.
 Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca
yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan
bersama.
 Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang
efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang
sudah bersarang lama di negara kita ini.
 Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya
bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
 Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang
konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara
berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
Kata-kata Hikmah

 baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta


ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
 Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
 Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
~Horne
 Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu,
tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
 Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju
sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
 "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat
kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
 "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah
tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
Perkataan Bombastik

 Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya


 Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
 Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
 Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
 Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
 Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
 Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
 Mengaibkan diri - Memalukan diri
 Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
 Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
 Alpukah - Daya usaha / inisiatif
 Bacul - Tidak bersemangat
 Badai kehidupan - Cabaran hidup
 Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
 Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
Penutup (Teknik KCH)

Ayat KESIMPULAN ISI-ISI (penanda wacana penutup + kata kunci (punca /


kesan / langkah) + tema)
 Contoh: Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa
beberapa langkah yang dapat diimpelmentasikan oleh (sasaran) ibu bapa
untuk (tema) mewujudkan keluarga yang bahagia

Ayat cadangan (…perlulah / hendaklah / haruslah / seyogianya)


 Contoh: Namun begitu, obligasi untuk menangani masalah jenayah di
negara kita tidak seyogianya diletakkan atas pundak kerajaan sahaja.
Oleh itu, semua pihak tanpa mengenal batasan usia dan warna
kulit perlulah bersinergi ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni untuk menangani masalah ini hingga akar umbi. / Kita haruslah
berganding bahu dan menggembleng tenaga serta mempunyai semangat
tinggi setinggi Gunung Everest, seluas Banjaran Himalaya,
sedalam Jurang Mariana dalam membendung isu ini daripada
membarah sebelum terlewat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya.
Ayat harapan. Contoh:
 - Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan impian untuk
mencapai visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 tidak akan menjadi
omongan kosong dan angan-angan Mat Jenin.
 - Diharapkan impian negara untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi realiti dan nama negara
akan sentiasa gah di pentas dunia.
 - Jika perpaduan dapat dipupuk maka impian negara untuk mencapai
Gagasan Satu Malaysia akan menjadi kenyataan dan sekali gus Wawasan
2020 dapat dicapai dengan mudah untuk memastikan Malaysia
dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggidengan negara-
negara gergasi di persada antarabangsa.
 - Hubungan ukhuwah antara semua pihak dapat merealisasikan
impian untuk mencapai tahap negara kelas pertama seperti kata falsafah
Confusius, apakah gunanya sekiranya kita tidur sebantal
tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang
berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama.
 - Wahai anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan
semangat habis kapak berganti beliung (semangat rajin bekerja)
/ biar putih tulang, jangan putih mata(semangat berjuang
bersungguh-sungguh) untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah
cemerlang, gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh!

Anda mungkin juga menyukai