Anda di halaman 1dari 14

PANDUAN MENULIS

PERENGGAN PENUTUP

BM SPM KSSM
TEKNIK KCH

kesimpulan cadangan harapan


Ayat kesimpulan isi-isi
(penanda wacana penutup + kata kunci (punca / kesan / langkah)
+ tema)

Contoh: 
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat
beberapa langkah yang dapat diimplementasikan oleh (pihak
tertentu) ibu bapa untuk (tema) mewujudkan keluarga yang
bahagia.

*diimplementasikan : dilaksanakan/diusahakan/dijalankan
Ayat cadangan
(……perlulah / hendaklah / haruslah / seyogianya)

Contoh: 
Namun begitu, obligasi untuk menangani masalah
jenayah di negara kita tidak seyogianya diletakkan atas
pundak kerajaan sahaja. Oleh itu, semua pihak tanpa
mengenal batasan usia dan warna
kulit perlulah bersinergi ibarat ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni untuk menangani masalah ini
hingga ke akar umbi.
Kita haruslah berganding bahu dan menggembleng tenaga serta
mempunyai semangat tinggi setinggi Gunung Everest, seluas
Banjaran Himalaya, sedalam Jurang Mariana dalam
membendung isu ini daripada membarah sebelum terlewat
kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

*seyogianya : sepatutnya
*obligasi : kewajipan
*Pundak : bahu
*bersinergi : bekerjasama
*menggembleng : menyatupadukan
Ayat Harapan
 Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan dapat
menjadi impian untuk mencapai visi kudsi negara iaitu Wawasan
2020 tidak akan menjadi omongan kosong dan angan-angan Mat
Jenin.

 Diharapkan impian negara untuk melahirkan modal insan yang


cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi realiti dan
nama negara akan sentiasa gah di pentas dunia.
  
Hubungan ukhuwah antara semua pihak dapat
merealisasikan impian untuk mencapai tahap negara
kelas pertama seperti kata falsafah Confusius, apakah
gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi
kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang
berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama.
Wahai anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan
hadapilah dengan semangat habis kapak berganti
beliung (semangat rajin bekerja) / biar putih tulang,
jangan putih mata (semangat berjuang bersungguh-
sungguh) untuk menunaikan impian nusa tercinta ini
ke arah membentuk negara yang cemerlang, gemilang
dan terbilang! Malaysia Boleh!
Penanda Wacana Ayat Penutup Karangan

 Sebagai intiha,
 Akhir kalam / Akhirulkalam,
 Sudah terang lagi bersuluh bahawa…
 Bulan semakin terang, bayang kian jelas
bahawa…
 Secara tuntasnya,
 Sebagai konklusinya
 Berdasarkan cambahan minda di atas,
konklusi yang dapat dibuat ialah
sukar untuk menafikan bahawa  
Sebagai penghias bicara akhir,
Secara keseluruhannya,
Secara totalnya, 
Contoh Soalan :

Faktor-Faktor Berlakunya Krisis Makanan


di Sesebuah Negara
Contoh Perenggan Penutup :

Secara tuntasnya, kita telah meneliti faktor-


faktor yang menyebabkan berlakunya krisis makanan
di sesebuah negara. Masalah kekurangan makanan,
yang pada mulanya bersifat setempat dan hanya
sinonim dengan negara-negara dunia ketiga, kini
menjadi semakin kronik apabila harga pasaran
bekalan makanan di peringkat dunia juga turut
meningkat dan mula memberi ancaman kesan yang
lebih global termasuklah kepada negara-negara maju.
Lantaran itu, masyarakat dunia harus sedar dan
bersifat madani dalam mendepani masalah ini agar
kemampuan kita dalam mempunyai bekalan makanan
yang cukup dapat dikecapi bersama-sama negara yang
menghadapi krisis makanan. Persis kata mutiara, berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing yang membawa
maksud kita seharusnya bersama-sama
menyelesaikan masalah yang dihadapi supaya
kebaikan dan kelangsungan masa hadapan dapat
dinikmati bersama.
Latihan

Bina sebuah perenggan kesimpulan tentang


kesan-kesan kedatangan pendatang asing di
Malaysia

Anda mungkin juga menyukai