Anda di halaman 1dari 10

Ucap selamat tinggal

Ucapan ini digunakan bagi mengucapkan selamat jalan, membuat kesimpulan ataupun rumusan
pada tajuk yang sudah disampaikan. Pengucap perlu memberikan tanda seperti mengemukakan
pantun bagi ucapan penamat.
Akhir kata, saya berharap kita semua akan terus bersatu padu dan bekerja sebagai satu pasukan
atau keluarga yang muhibah untuk membangunkan kecemerlangan bangsa dan negara. Sekali
lagi saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua yang diraikan. Semoga Majlis Khidmat Bakti pada malam ini menjadi
kenangan yang manis buat anda semua.
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih.
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Anak negeri mencari tuba,
Tuba dicari di Tanjung Jati;
Di dalam hati tidak kan lupa,
Bagai rambut bersimpul mati
Tutup dengan merumuskan idea dalam kandungan
Ucapan penutup ini adalah dengan merumuskan idea yang sudah disampaikan dalam ucapan
supaya khalayak akan dapat mengintai semula hujah-hujah yang diberikan.
Saudara dan saudari sekalian, sekiranya dulu kemasukan saudara-saudari ke institusi pengajian
tinggi awam ini kerana hakikat anda telah diberikan `tongkat' oleh kerajaan melalui sistem kuota
yang tersedia sebelum ini, sedarlah bahawa tongkat ini tidak selamanya akan berada dalam
genggaman anda. Dan yang pasti, tongkat ini akan tiada gunanya lagi apabila anda melangkah
masuk ke alam pekerjaan. Tidak ada lagi bantuan yang boleh diberikan kepada anda selain
daripada persediaan yang telah anda sendiri lakukan sebelum melangkah masuk ke alam

pekerjaan. Alam pekerjaanlah sebenarnya tempat meritokrasi dalam erti kata yang sebenar
dipraktikkan. Alam pekerjaan merupakan satu ruang terbuka dengan akses sama rata diberikan
kepada semua individu dan terpulanglah kepada individu tersebut untuk mengguna dan
mengaplikasikan ilmu, kemahiran dan kelebihan yang dimiliki untuk bersaing merebut tempat
yang terbaik. Sekiranya hari ini kita lalai dan alpa kerana kita merasakan bahawa tongkat yang
diberikan oleh kerajaan ini akan bersama- sama dengan kita setiap masa, percayalah bahawa
kitalah yang akan pertama sekali kecundang dan kecewa di dalam alam pekerjaan kelak.

Tutup dengan rayuan supaya tindakan diambil


Penutup ini digunakan bagi membuat rayuan supaya khalayak bertindak mengikut objektif
ataupun apa yang telah disarankan. Khalayak digesa supaya bertindak selaras dengan keinginan
pengucap.
Akhir sekali, saya menyeru agar seluruh warga MOA / Jabatan / Agensi bergerak seiring dengan
saya. Marilah kita mentransformasi cara kita bekerja dengan lebih cekap dan cepat, cara
berinteraksi dengan lebih mesra dan cara kita bertindak sebagai fasilitator kepada pelanggan.
Kita sedia mendengar pandangan demi kebaikan organisasi dan tingkatkan amalan turun padang
demi merapatkan hubungan di antara Ketua Jabatan dengan pegawainya untuk menyelesaikan
masalah di peringkat akar umbi. Serta bersama saya dalam agenda transformasi MOA 2014
untuk memerangi orang tengah.
Meninggalkan tanggapan positif
Penutup ini adalah peluang terakhir bagi pengucap meninggalkan kesan positif pada dirinya dan
juga khalayak.
Saya ingin mengingatkan kepada mahasiswa untuk mengamalkan sikap positif dan tekad yang
padu untuk berjaya. Mahasiswa perlu merasakan betapa bertuahnya terpilih untuk melanjutkan
pengajian di UiTM. Nasihat saya kepada semua, anda berusaha bersungguh-sungguh untuk
memikul tanggungjawab secara kolektif bersama warga Universiti untuk menaikkan nama
Universiti ke peringkat yang lebih tinggi. Singkirkan segala sikap negatif, sambil lewa, malas
dan suka bertangguh. Tingkah laku dan amalan ini tidak sesuai untuk dipraktikkan dalam budaya

kecemerlangan. Di samping itu, hayati keseronokan dan kepayahan ketika mengutip ilmu
pengetahuan ketika mahasiswa masih bergelar pelajar. Segala-galanya bermula disini, dengan
kenangan dan cabaran yang menuntut banyak pengorbanan dan kecekalan, sekaligus membentuk
personaliti dan kebolehan pelajar baru.

Tutup dengan visi ataupun pandangan masa depan


Dalam penutup jenis ini, pengucap membayangkan kesan positif sekiranya khalayak akur kepada
tuntutan dalam ucapannya.
Demi masa depan generasi dan negara, kita mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk
sama-sama membina sebuah negara dan bangsa yang berintegriti. Saya berharap tuan-tuan dan
puan-puan akan terus berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
masing-masing untuk kebaikan diri dan seterusnya organisasi tempat kerja tuan-tuan dan puanpuan. Saya percaya Konvensyen Integriti Nasional Agensi Penguatkuasaan 2012 ini dapat
memberikan manfaat kepada semua yang hadir khususnya melalui penglibatan dalam bengkelbengkel dan juga pelaksanaan resolusi di peringkat agensi. Semoga rakyat akan terus
memberikan kepercayaan kepada semua agensi penguatkuasaan melalui perkhidmatan terbaik
yang mereka perolehi.
Penutup ulangan pendahuluan
Penutup jenis ini mengulangi perkara yang sudah disampaikan dalam pendahuluan. Pengulangan
pendahuluan dalam bahagian penutup memperlihatkan hal itu penting hingga perlu ditegaskan
semula.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada
pegawai dan agensi Jabatan Perdana Menteri yang telah dipilih sebagai penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang 2013. Adalah penting setiap komitmen dan pencapaian cemerlang
bukan hanya diteruskan malah sentiasa dipertingkatkan, agar dengan kesungguhan berkenaan
dapat mendukung usaha Kerajaan ke arah kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.
Selaras dengan tema Hari Pekerja 2014 iaitu Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi, marilah

kita bersama-samalah menjadi tunjang bagi membina sebuah perkhidmatan awam yang lebih
dinamik, cemerlang dan gemilang
Penutup terdekat
Bagi penutup jenis ini, penulis atau pengucap manfaatkan bahan daripada perenggan
sebelumnya.
Sesungguhnya, tidak terhitung jasa dan bakti guru kepada bangsa dan negara. Justeru, saya bagi
pihak kerajaan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru dan semua insan yang
bergelar pendidik, baik yang berada di sekolah, di institut pendidikan guru, di kolej-kolej
matrikulasi, di institusi pengajian tinggi, di institusi-institusi latihan atau di mana jua anda
berada, samada yang masih berkhidmat atau telah bersara. Saya mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga atas segala sumbangan dan pengorbanan anda semua dalam menggalas amanah
mulia mendidik anak bangsa dan mengangkat martabat nusa. Kepada guru-guru pesan saya,
sayangilah murid anda, dan kepada murid nasihat saya, hormatilah dan hargailah jasa guru anda.

Penegasan semula tujuan


Penutup jenis ini menegaskan semula tujuan ucapan tersebut kepada khalayak pada penutup
ucapan ucapan tersebut.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Secara ringkasnya tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang
perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat
laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan
nilai matawang ringgit.
Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan
itu, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang
spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi
global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus
mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan

Tutup dengan mengulangi idea pusat


Penutup jenis ini menggunakan cara dengan mengulangi idea pusat atau idea utama yang sudah
dibentangkan. Langkah ini boleh mengingatkan khalayak berkenaan idea-idea itu. Di samping
itu, penutup jenis ini juga membolehkan pengucap merumuskan ucapan dan menyimpulkan isi
penting yang disampaikan dalam teks.
Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua
masyarakat haruslah bekerjasama bergabung tenaga bagi membanteras dan mencegah saupaya
gejala pembuangan bayi ini tidak menular ke tahap yang lebih serius. Tindakan bersepadu
Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Rukun
Tetangga (RT) perlu menangani pergaulan bebas dalam kalangan remaja dengan tindakan awal
kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Masyarakat perlu sedar bahawa bayi ini
merupakan Anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada hambanya untuk bertanggungjawab
dan menjaga malah sebaliknya bagi pasangan kekasih yang telah terlanjur,bayi yang akan
dilahirkan itu menjadi satu beban kerana mereka tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab
diusia yang masih muda iaitu usia remaja.
Penutup anekdot
Penggunaan anekdot dalam penutup, iaitu cerita dalam cerita , keseluruhannya ataupun dengan
memecahkannya.
Sebagai penutup saya ada satu lagi cerita atau enekdot lama, yang sering diceritakan oleh
penceramah-penceramah motivasi di kebanyakan forum. Ceritanya ialah mengenai seorang
tukang rumah dan majikannya, seorang pemaju perumahan. Kalau ada sesiapa yang pernah
mendengarnya sebelum ini, saya harap bersabar. Cerita ini cuma cerita ringan sahaja untuk
renungan, tetapi saya nak ulang tayang memberitahu tuan-tuan/puan-puan sebab saya rasa ada
nilai-nilai tertentu yang berkait dengan tugas-tugas kita di JAKIM.
Seorang tukang rumah telah lama berkerja dengan dengan seorang pemaju perumahan. Suatu
hari dia memberitahu majikannya yang dia ingin bersara setelah berbelas tahun bekerja dengan
majikannya. Majikannya dengan rasa berat hati bersetuju dengan permintaan tukang rumah
tersebut. Tetapi sebelum bersara, majikannya meminta tukang rumah itu menyiapkan satu lagi

projek iaitu membina sebuah rumah. Projek ini adalah projek terakhir bagi tukang rumah itu.
Majikannya meminta tukang rumah itu membina rumah berkenaan mengikut budibicara tukang
rumah itu sendiri sebab dia adalah seorang tukang yang mahir dan berpengalaman.
Tukang rumah itu sebenarnya adalah seorang yang tidak jujur. Dia menggunakan bahan-bahan
binaan yang tidak berkualiti, dan pembinaanya juga dibuat secara kasar. Baginya, asalkan rumah
itu siap sudah cukup baginya. Dia berfikir lebih cepat rumah itu siap, lebih cepat dia dapat
bersara. Pokoknya dia memang membina sebuah rumah yang tidak berkualiti.
Sebaik sahaja rumah berkenaan siap termasuk sistem wiring letrik dan air paip, tukang rumah itu
menemui majikanya dan menyerahkan kunci rumah yang tidak berkualiti itu kepada
majikannnya. Majikannya mengucapkan terima kasih kepadanya. Majikannya bagaimanapun
menyerahkan balik kunci rumah itu kepada tukang rumah itu. Katanya rumah tersebut adalah
hadiahnya kepada tukang rumah itu, sebagai membalas jasanya bekerja dengannya selama ini.
Saya rasa tidak perlulah kita cakapkan apakah pengajaran dari cerita ini. Saya yakin semua yang
ada dalam dewan ini jelas dengan mesej yang tersirat.

Penutup semula jadi


Penutup semula jadi dilakukan dengan membiarkan ucapan itu berakhir dengan natural.
Semenjak hari itu, Razak tidak berani lagi melawan cakap ibunya. Dia berasa begitu insaf
dengan peristiwa yang berlaku kepada rakannya yang mati lemas di lombong lama itu akibat
tidak mendengar asihat ibunya. Razak amat menyesal kerana tidak mendengar tidak mendengar
nasihat ibunya yang menegahnya daripada menghampiri lombong lama itu. Namun segalagalanya telah berlaku, tragedi yang berlaku kepada rakannya itu bertepatan dengan peribahasa
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Penutup pernyataan langsung

Penutup ini juga dikenali sebagai penutup penilaian. Bahagian penutup ini terdiri daripada
beberapa ayat atau pemikiran akhir berkenaan persoalan yang disampaikan tanpa mengulangi
kata-kata dalam mana-mana bahagian ucapan.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri.
Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat
dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undangundang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa
memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang
tidak menghadiri majlis ini. Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar
kemalangan

jalan

raya

di

negara

ini

dapat

dikurangkan.

Sekian,

terima

kasih.

Penutup kejutan
Penutup kejutan adalah penutup yang membiarkan khalayaknya tidak dapat menduga bagaimana
pengucap atau penulis menutup. Pembaca atau pendengar tersentak dan terkejut dengan penutup
ucapan ataupun cerita tersebut.
Aryani kini sudah berada di depan rumahnya. Ia melihat Ayahnya masih membaca surat khabar
di ruang tamu. Mamanya sedang menonton televisyen di dalam biliknya. Aryani menangis.
Kedua orang tuanya tidak ada yang mengetahui bahwa anak gadisnya itu sudah menjelma
menjadi seekor kupu-kupu. Dengan perasaan terluka ia memasuki halaman rumahnya dan
terbang menghampiri jendela kamarnya. Tetapi, di dalam kamarnya ia melihat dirinya sedang
bermain boneka yang tiba-tiba saja langsung menatap ke arahnya. Ia melihat dirinya menunjuknunjuk ke arahnya, sambil berteriak.Kupu-kupu!
Cerita ini ditutup dengan sebuah kejutan bagi pembacanya. Aryani yang telah menjelma kupukupu ternyata melihat dirinya masih berada dalam kamarnya. Lalu apakah yang sebenarnya
terjadi dan siapakah yang asli, ataukah hanya sebuah fantasi? Kita terkejut dan rasa teruja dengan
penutup cerita ini. Kelebihan teknik ini adalah jalinan cerita sebelum penutup akan terasa lebih
kuat dengan penutup kejutan seperti ini.

Penutup kata-kata nasihat


Penutup ini menggunakan kata-kata nasihat yang terakhir kepada khalayak. Nasihat tersebut
disampaikan secara langsung tanpa berselindung.
Amanat saya untuk anak-anak, `usah tanya apakah yang negara berikan kepada anak-anak,
sebaliknya tanyalah diri sendiri apakah sumbangan yang mampu anak- anak berikan kepada
negara'. Saya sering mendoakan kejayaan sentiasa bersama rakyat Malaysia. Kepada anak- anak,
rebutlah peluang yang sudah terhidang di depan mata. Gunakannya sebaik mungkin kerana
lazimnya peluang itu datang sekali. Jangan cepat lupa diri kerana ingatlah, kejayaan tidak datang
bergolek. Usaha yang gigih, komitmen yang tinggi dan yang lebih penting kejayaan anak-anak
tidak akan dicapai tanpa sokongan pelbagai pihak. Oleh itu, gunakan peluang yang diberi dengan
sebaik mungkin dan bersyukurlah dan berterima kasih atas nikmat yang didapati. Saya akhiri
ucapan saya dengan "Majulah Sukan Untuk Negara".
Penutup soalan
Dalam penutup jenis ini, pengucap atau penulis menggemukakan soalan dalam bahagian
penutup. Soalan akan menyebabkan khalayak berfikir pada isu yang pengucap atau penulis
bangkitkan dalam teks ataupun ucapan.
Hadirin sekalian,
Sukalah saya berpesan kepada semua agar konsep 1 Malaysia tidak hanya meniti di bibir sahaja
tetapi tidak difahami dan diamalkan. Satu perkara yang lebih penting ialah kesetiaan kepada
negara hendaklah mengatasi kesetiaan kepada kelompok sendiri sahaja. Kepada negara yang
manakah lagi yang perlu kita tumpahkan taat dan setia kita jika bukan di bumi yang kita pijak
ini? Semua kaum perlu menganggap bahawa kita adalah bangsa Malaysia iaitu segala-galanya
perlu dikongsi bersama
Penutup petikan
Penutup petikan menggunakan petikan berdasarkan pendapat tokoh terkenal dan dimasukkan ke
dalam bahagian penutup.

Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat
disangkal membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati serta
diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang sejarawan Barat ada berkata bahawa sejarah pasti
akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas, sebelum nasi menjadi bubur semua
pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air terus lestari dan
difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara- negara maju yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan 2020 dalam
konteks pembentukan generasi madani yang besahsiah murni.
Langkah konkrit
Dalam penutup ini, penulis atau pengucap menyatakan langkah ataupun tindakan yang penulis
atau pengucap mahu khalayak lakukan.
Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada
ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan
kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan
dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan
tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.
Penutup ucap tahniah dan syabas
Ucapan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur ataupun pemenang dan sebagainya
dimuatkan dalam bahagian penutup jenis ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Para hadirin sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus untuk
menjayakan Malam Kemuncak Sambutan Kemerdekaan Nasional 2010. Saya difahamkan
mereka telah membuat persiapan dan persediaan yang begitu rapi sejak beberapa minggu yang
lepas. Mari kita berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka. Sesungguhnya, kerjasama baik

yang telah ditunjukkan ini juga boleh diterjemahkan dalam program-program akan datang, lebihlebih lagi dalam memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan mempertahankan
kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai ini.

Anda mungkin juga menyukai