Anda di halaman 1dari 5

1 TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT PERINGKAT DAERAH BERA KE 7 TAHUN

2013 21 MAC 2013, 10.00 PAGI PUSAT KOKURIKULUM DAERAH BERA Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis, Yang Berusaha PBK 1 Baharum Bin Hj Mat Nor. PKI, PSB, PCB Ketua Balai, Balai Bomba Dan Penyelamat Triang Yang Berbahagia Ustaz Abdul Hadi Bin Abdul Rahman Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Bera Yang Berbahagia Encik Mohamed Al-Awal Bin Othman Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Bera Barisan Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah & Rendah Barisan Guru2 Pakar Barisan Guru2 Penasihat & Pengiring Hadirin yang saya hormati sekalian, Sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya selaku wakil kepada Tuan PPD Bera ingin menyampaikan salam dengan lafaz assalam.... beliau kepada semua hadiri sekalian pada pagi ini. Tuan PPD memohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat hadir bersama dalam majlis yang seumpama ini kerana atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Kadet Bomba Dan Penyelamat Peringkat Daerah Bera Kali Ke-7 Tahun 2013 dengan sambutan penuh mesra dan meriah ini. Saya juga amat berbesar hati di atas kehadiran Yang Berusaha ___________________________________,Ketua Balai Bomba & Penyelamat ______________ kerana dapat meluangkan masa pada hari ini bagi menyertai Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat bagi tahun 2013 ini. Pegawai-Pegawai Dari Balai Bomba Dan Penyelamat Triang; Tuan-tuan, Puan-puan, Rakan-rakan; Para pelajar Kadet Bomba Dan Penyelamat yang diraikan serta Hadirin yang saya hormati sekalian.

2 Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama Warga Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya di daerah bera ini dan Pihak Bomba dan Penyelamat dalam menjayakan perkhemahan ini yang telah berlangsung selama ____ hari bermula sejak ____ Mac 2013 yang lalu. Secara peribadinya, saya amat berpuas hati dan bangga dengan komitmen semua pihak yang telah sama-sama menjayakan Perkhemahan Kadet Bomba Dan Penyelamat Peringkat Daerah Ke-7 Tahun 2013 ini samada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan perjalanan perkhemahan ini dapat berjalan dengan lancar. sampingan yang begitu penting dan berfaedah. Aktiviti perkhemahan seperti kemahiran-kemahiran pertolongan cemas, menyelamat, kawad kaki dan melawan kebakaran adalah aktiviti yang dapat mewujudkan nilai integrasi nasional bagi mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan anggota kadet Bomba Dan Penyelamat di samping mencungkil bakat dan daya kepimpinan yang lebih berintelek dan serba boleh.

Tuan-tuan, Puan-puan serta para hadirin sekalian Kami warga pendidikan di daerah percaya, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia perlu melaksanakan tanggungjawabnya untuk melatih seramai mungkin para pelajar khususnya dan rakyat amnya agar memiliki kemahiran untuk menghadapi kecemasan dan bencana. Tetapi dalam masa yang sama, para pelajar itu sendiri hendaklah menanam kesedaran untuk sama-sama mengikuti dan bergiat aktif untuk menimba ilmu pengetahuan Bomba Dan Penyelamat hingga akhirnya dapat menceburkan diri dalam memberi khidmat sebagai anggota sukarelawan Bomba Dan Penyelamat selepas tamat persekolahan kelak. Tanggungjawab kita perlu dilaksanakan dengan penuh komited, anggaplah tugas dan tanggungjawab kita sebagai suatu amal jariah yang perlu diteruskan tanpa menggira balasan atau imbuhan yang diterima. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membentuk kadet Bomba Dan Penyelamat dan warga jabatan Bomba Dan Penyelamat sebagai sebuah masyarakat yang kukuh dengan ciri-ciri moral terpuji dan etikanya serta nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur semasa kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Jadi amat wajarlah saya katakan di sini, persefahaman yang erat dan telus antara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan

Tuan-tuan, Puan-puan serta para hadirin sekalian Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat ini diatur dan dijadikan sebagai acara tahunan bagi Pejabat Pelajaran Daerah Bera & Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah masuk kali ke-7 penganjurannya sejak diperkenalkan pada tahun 2007. Salah satu tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aspirasi dan inpirasi jabatan agar matlamat melahirkan model insan yang lebih berdaya saing dan berdisplin tinggi akan terlaksana.

Sejak pertama kali ianya berlangsung di daerah, para kadet Bomba Dan Penyelamat telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran asas Bomba Dan Penyelamat, hal ini penting sebagai tonggak atau benteng kepada para pelajar dalam menangani setiap kecemasan atau bencana yang tidak diingini pada bila-bila masa. Jadi di sinilah titik tolak permulaan pembangunan modal insan kerana bukan sahaja para pelajar dilengkapi dengan ilmu kurikulum di sekolah tetapi juga dengan ilmu kemahiran

3 Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya para pendidik amat perlu dalam menyahut seruan kerajaan selaras dengan misi nasional negara, 1Malaysia. keutuhan dan kecemerlangan anda sebagai pelajar. saya juga berharap pelajar2, adik2 sekalian memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari daripada perkhemahan kadet bomba dan penyelamat ini. Segala pengalaman yang telah pelajar2, adik2 lalui/dapati/diperolehi selama ____ hari di Pusat Ko ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pembangunan kerjaya sebagai seorang pelajar. Saya mengucapkan selamat maju jaya dalam bidang yang diceburi. Saya percaya, peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu secara Teori dan praktikal untuk membolehkan kita sekalian menjadi warga Yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Para hadirin sekalian Kepada para pelajar sekalian, persaingan dengan cara yang sihat ini mampu untuk mengekalkan semangat berpasukan dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Sekalung tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan pastinya akan membuka lembaran baru dalam proses menuju kedewasaan. Kepada yang gagal, anda masih mampu mengorak langkah, gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya kerana hanya yang gagal mampu mengubah persepsi hidup untuk terus ke mercu kejayaan kerana setiap kegagalan itu menjadi kunci kepada sebuah kejayaan.

Tuan-tuan, Puan-puan serta para hadirin sekalian Di kesempatan ini, izinkan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Seluruh warga Kementerian Pelajaran Malaysia Di Daerah dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Malaysia kerana telah sudi buat kesekian kalinya bersama2 merealisasikan program perkhemahan kadet bomba dan penyelamat daerah bera di Pusat Ko SK LKTP Triang 2. Saya berasa amat gembira kerana telah dimaklumkan bahawa program ini berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah serta terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Saya percaya, kejayaan ini disumbangkan berkat kerjasama daripada semua pihak sehingga dapat memastikan perjalanan program ini berjalan dengan baik dan sempurna. Insya-Allah, segala sumbangan bakti yang telah dicurahkan untuk samasama melahirkan generasi cemerlang ini akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T. Saya juga dimaklumkan bahawa program ini adalah program yang disertai oleh Kontinjen Bomba & Penyelamat dari seluruh sekolah di daerah bera.

Pelajar-pelajar, adik-adik sekalian Adalah penting kita sentiasa cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi. Jika kita kurang ilmu, mempunyai nilai peribadi yang rendah, keruntuhan moral, pelanggaran disiplin sekolah, tidak mempunyai jati diri yang tinggi serta nilai-nilai negatif yang lain ianya akan membawa kepada keruntuhan negara pada masa hadapan. Sikap dan sahsiah yang membanggakan disiplin yang baik serta pencapaian akademik yang cemerlang di kalangan remaja mencerminkan bahawa negara mempunyai potensi untuk membangun dan maju dengan lebih pesat. Justeru itu peliharalah akhlak dan disiplin anda sepanjang masa bagi menjamin

4 Perkhemahan ini telah berlangsung dalam masa lebih kurang ___hari ___ malam dengan pelbagai aktiviti perkhemahan dan pertandingan yang mampu membina jati diri para peserta, khususnya sebagai generasi pelapis pemimpin yang berwibawa dan mampu berdaya saing dalam menempuh era globalisasi yang kian mencabar dewasa ini. pertahanan fizikal, mental dan kerohanian bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa hadapan.

Program ini juga telah dapat menemukan berbagai-bagai bangsa, etnik dan budaya serta membentuk ke arah masyarakat yang lebih bersopan dan bertanggungjawab. Peserta-peserta yang terlibat juga telah berjaya menyelami erti perpaduan, kepentingan untuk saling menghormati antara kaum, menanamkan rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu untuk mempertahankan kedaulatan negara. Secara tidak langsung, ini merupakan salah satu pengisian ke arah mencapai matlamat konsep Satu Malaysia berdasarkan penglibatan semua Ahli Kadet daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama.

Saya turut difahamkan bahawa objektif sebenar program ini, antaranya, untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh jati diri.

Walau apapun rintangan, halangan dan cabaran yang dihadapi oleh para peserta, diharap tidak sedikitpun mematahkan semangat dan hasrat untuk terus berjuang dalam bidang yang diceburi, sekaligus mampu membina diri yang kental dan semangat juang yang tinggi. Masyarakat kini semakin matang dan mula menerima hakikat bahawa keperluan pembangunan modal insan merupakan pendekatan utama kerajaan ke arah mencapai masyarakat dan generasi maju menjelang tahun 2020. Justeru, program ini juga merupakan salah satu platform secara langsung kepada golongan remaja dalam menyediakan mereka dari segi

Dalam kesempatan ini, sukalah saya berpesan kepada para peserta sekalian bahawa peluang dan pengalaman menyertai program perkhemahan ini adalah peluang yang amat berharga dalam hidup anda. Justeru, gunakanlah segala kesempatan dan ruang ini untuk memperkayakan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi mempersiapkan diri menjadi insan yang lebih cekal dan cergas dalam hidup, serta mampu menjadi warganegara yang benar-benar dapat menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Bera, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat peringkat daerah pada tahun ini.

5 Saya berdoa kepada Allah S.W.T agar segala yang kita sumbangkan dalam menjayakan program perkhemahan ini sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Kepada semua peserta dan pasukan yang terlibat, selamat pulang ke destinasi masing-masing dan diharapkan agar meneruskan perjuangan untuk terus maju ke hadapan.

Akhir kata dari saya, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga pendidikan daerah bera khususnya, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia serta individu-individu yang terlibat dalam perkhemahan kali ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya juga kepada mereka-mereka yang terlibat baik secara langsung @ tidak langsung yang mana sentiasa memberikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bagi kepada PPD dalam menjayakan program seperti ini. Akhirnya, saya berdoa ke hadrat ilahi supaya segala usaha dan amal Baik kita diberkati dan dirahmati oleh allah s.w.t.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya Merasmikan majlis penutup perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat Peringkat Daerah Bera 2013 Kali Ke-7 sekolah menengah dan rendah, pada pagi ini.

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wasalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai