Anda di halaman 1dari 5

1

TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA PERASMIAN


PAMERAN PENDIDIKAN KERJAYA SMK KOTA MARUDU
TAHUN 2015 PADA 5 MAC 2015 JAM 9.30 PAGI
BERTEMPAT DI PONDOK KOKUM, SMK KOTA MARUDU
YANG BERUSAHA
ENCIK SOO YONG HUAT
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, SMK KOTA
MARUDU
ENCIK YAZID BIN MAHADI
PENOLONG KANAN TINGKATAN 6, SMK KOTA MARUDU
YANG DIHORMATI
ENCIK JAISIN GOPORI
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, SMK KOTA MARUDU
ENCIK JESON MAJIMAL
PENOLONG KANAN PETANG, SMK KOTA MARUDU
PENOLONG-PENOLONG KANAN SEKOLAH MENENGAH DI
DAERAH KOTA MARUDU
KETUA-KETUA BIDANG SMK KOTA MARUDU
WAKIL-WAKIL AGENSI DAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI
TETAMU-TETAMU JEMPUTAN
WAKIL-WAKIL PELAJAR
DAN HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN
ASSALAMUALAIKUM WRT WBT, SELAMAT PAGI DAN
SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah


SWT kerana mengizinkan saya saya serta hadirin
hadirat sekalian berkumpul dan berhimpun pada
pagi in bagi menyempurnakan majlis perasmian
Pameran Pendidikan Kerjaya SMK Kota Marudu
Tahun 2015 pada pagi ini.
Terlebih dahulu saya menyampaikan salam
perpaduan dari Pengetua SMK Kota Marudu dan
mengalu-alukan kedatangan tuan-puan ke majlis
yang sangat bermakna kepada SMK Kota Marudu
ini.
Pameran Pendidikan Kerjaya ini adalah kali
pertama diadakan oleh pihak sekolah sebagai
satu usaha untuk memberi pendedahan dan
maklumat berkaitan peluang pendidikan dan
kerjaya dalam bidang perkerjayaan kepada
pelajar-pelajar SMK Kota Marudu, terutamanya
kepada calon-calon dan bekas calon peperiksaan
STPM dan SPM.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan
syabas kepada warga kerja Jawatankuasa
Pameran
Pendidikan
Kerjaya
dan
Rakan
Pembimbing Sebaya dari Unit Bimbingan dan
Kaunseling SMK Kota Marudu dan pihak-pihak
lain yang teribat dalam menjayakan program
pada
hari
ni.
Kita
berbangga
dengan
kesungguhan dan komitmen semua pihak dalam
mendokong
anjakan
pertama
pelan
pembangunan
pendidikan
yang
ingin
menyediakan
kesamaratan
akses
kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarbangsa.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati


Adalah dijangkakan seramai 135 orang calon
STPM dan seramai 277 orang calon SPM akan
menduduki peperiksaan pada bulan November
tahun ini di SMK Kota marudu. Sehubungan itu
pameran pendidikan kerjaya ini sangat berguna
kepada mereka bagi mempersiapkan diri untuk
memasuki institusi pengajian tinggi dan alam
perkerjaan.
Pameran pendidikan kerjaya ini juga penting
kerana antara lain objektifnya adalah untuk
memberi akses maklumat pendidikan dan kerjaya
kepada pelajar di luar Bandar seperti Kota
Marudu ini. Ianya penting kerana antara faktor
utama yang menyebabkan seseorang pelajar
lepasan STPM dan SPM tidak mendapat tawaran
melanjutkan pelajaran atau pekerjaan walaupun
mempunyai
pencapaian
akademik
yang
cemerlang dan aktif dalam kokurikulum ialah
kerana tiada keyakinan diri, penampilan diri yang
tidak menarik semasa menghadiri temuduga,
resume diri yang tidak mempunyai maklumat
lengkap atau tidak menepati ciri-ciri pelajar atau
pekerja yang diperlukan dan tidak mendapat
maklumat peluang melanjutkan pelajaran dan
pekerjaan.
Dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia
2013-2025, kesediaan untuk pendidikan tinggi
dan pasaran kerjaya adalah merupakan salah
satu bidang keutamaan yang hendak diperhalusi.
Selaras dengan itu, usaha yang dilakukan hari in

merupakan satu pelan tindakan yang dirancang


bagi mencapai matlamat salah satu bidang
keutamaan Pelan Pembangunan pendidikan
Malaysia.
Hadirin dan hadirat yang dihormati
Sebanyak 14 buah intitusi pengajian tinggi awam
dan swasta dan agensi kerajaan turut melibatkan
diri dalam pameran pendidikan kerjaya kali ini
iaitu:
1.Kolej Komuniti Kota Marudu
2.Kota Kinabalu Commersial College
3.Politeknik Kota Kinabalu
4.Insitut Kemahiran MARA
5.UiTM Kota Kinabalu
6.Kolej Kiara
7.Aseana College
8.Masterskill Education Group Bhd.
9.Kolej Yayasan Sabah
10. Jabatan Tenaga Kerja
11. Putera Intelek International College
12. SIDMA CollegeSabah
13. Asian Tourisme International College
(ATI)
14. Institut Pertanian Sabah, Timbang
Menggaris
15. Institut Seni Sabah
16. Almacrest International College
17. Mahsa University College
Setinggi-tinggi penghargaan daripada pihak
sekolah kepada semua pihak yang terlibat bagi
menjayakan pameran pendidikan kerjaya pada

kali ini. Besar harapan kami agar tahun hadapan


kita dapat berjumpa lagi dan menjalankan
kerjasama seperti hari ini.
Akhir kata saya mengucapkan berbanyak terima
kasih sekali lagi Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK Kota Marudu serta pihak-pihak yang terlibat
dalam menjayakan program ini. Semoga program
ini memberi manfaat kepada semua pelajar di
sekolah dan sekitar daerah Kota Marudu.
Sekian
dan
terima
kasih.Wabilahihitauficx
wassalamuaikum warahmatullahi wabarakahtu.

Anda mungkin juga menyukai