Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam

sejahtera

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT


kerana atas izin-Nya jua kita warga sekolah pada hari ini dapat
bersama-sama menyempurnakan Program Guru Penyayang dan
Mentor Mentee pada tahun 2017 ini.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima


kasih kepada Guru-Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana telah
Berjaya mengadakan program pelancaran pada hari ini. Program ini
bertujuan untuk meningkatkan SIFAT KEPEDULIAN(concerned) guru
terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,
bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling hormat-
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa


raga(heart and mind) murid agar mereka menghargai dan menyayangi
sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan Negara.

Guru penyayang juga mengenali muridnya dengan rapat. Ianya bukan


sahaja perlu mengetahui dan memahami kebolehan, kekuatan dan
kelemahan muridnya tetapi juga berusaha membantu murid itu
meningkatkan kekuatannya, dan mengatasi kelemahannya.

Pendek kata, guru penyayang membantu murid membangunkan


potensinya ke tahap semaksimum mungkin. Guru penyayang juga
merupakan pendengar yang sabar dan setia. Dengan bersifat reseptif
dan mendengar kepada masalah murid, menjadikan mereka lebih
mesra dan boleh didampingi. Satu lagi ciri guru penyayang ialah guru
itu sentiasa berusaha melebihi tanggungjawabnya, untuk membantu
muridnya di dalam dan di luar bilik darjah. Ringkasnya guru penyayang
sentiasa “go the extra mile” untuk membantu muridnya, terutamanya
murid-murid yang pemalu atau yang menghadapi masalah
pembelajaran. Kata pepatah “ a little help goes a long way”
Murid-murid mempunyai kebolehan pembelajaran dan tahap
kefahaman yang berbeza-beza. Ada murid yang cepat faham konsep
yang diajar, sementara terdapat murid yang menghadapi kesukaran
untuk memahami pengajaran guru. Mereka ini akan ketinggalan jika
guru tidak peka kepada masalah mereka ini. Sesuai dengan prinsip “No
child left behind.

Hadirin sekalian,

” Dalam konteks sekolah, mentor itu biasanya guru dan mentee adalah
murid. Program mentor-mentee ini bertujuan untuk menentukan
bahawa setiap murid itu mempunyai orang yang lebih arif yang boleh
dirujuknya dan mendapatkan bimbingan dan bantuan dalam
menyelesaikan masalah. Mentor boleh memantau kemajuan
menteenya. Program mentor-mentee ini boleh dilihat sebagai satu
kaedah pengisian atau amalan guru penyayang.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru


dalam hubungannya dengan murid, ibu bapa, dan komuniti. Jika sifat
professional askar ialah disiplin dan kepatuhan, sifat professional guru
ialah penyayang. Hanya dengan mengamalkan amalan penyayang,
dapat guru melaksanakan tugas hakikinya mendidik dan membentuk
sahsiah murid-murid. Saya percaya bahawa jika amalan guru
penyayang ini dapat diperluaskan kepada semua sekolah dan dapat
diamalkan semua guru, banyak gejala sosial, salahlaku disiplin, dan
keciciran dalam kalangan murid sekolah akan dapat dikurangkan.
Justeru, saya menyeru kepada semua guru agar mengamalkan budaya
guru penyayang ini.

Akhir kata, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanrrahim merasmikan


‘Pelancaran Program Penyayang dan Program Mentor mantee
Peringkat Sekolah bagi tahun 2017.

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalammualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai