Anda di halaman 1dari 8

No. Ruj.

: SKDP 700-8/2/1

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN


JALAN 4/76, DESA PANDAN 55100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
KEMPEN A.D.A.B.I
(ADAB DULU, BARU ILMU)
PERINGKAT SEKOLAH

TEMA
“ANAK BAIK LAGI CERDIK”

ANJURAN :

Unit Bimbingan dan Kaunseling


SK Desa Pandan

1
No. Ruj. : SKDP 700-8/2/1

KERTAS KERJA
KEMPEN A.D.A.B.I (ADAB DULU BARU ILMU)
SK DESA PANDAN, KUALA LUMPUR

2.0 PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM

2.1 PENGENALAN

Amalan sopan santun dan berbudi bahasa amat penting bagi


menjaga keharmonian sesebuah negara terutama bagi negara yang
masyarakatnya berbilang kaum seperti Malaysia. Kepentingan itu ditegaskan
lagi apabila “Kesopanan dan Kesusilaaan” telah dipaterikan sebagai prinsip
kelima Rukun Negara. Prinsip ini perlu dihayati dan dipatuhi bagi memastikan
keamanan dan perpaduan rakyat sentiasa terpelihara.

Sopan santun dan berbudi bahasa sebenarnya merangkumi aspek


tutur kata, tingkah laku, tata tetib serta kebijaksanaan akal dan budi yang
mencerminkan kemuliaan dan ketinggian peribadi seseorang. Sehubungan
itu, sopan santun dan berbudi bahasa ini sepatutnya menjadi amalan bagi
setiap individu. Sekiranya setiap individu mengamalkannnya dalam
kehidupan seharian nescaya akan wujudlah Bangsa Malaysia yang budiman
dan disegani. Bagi merealisasi harapan ini, maka amalan sopan santun dan
berbudi bahasa ini telah diasuh sejak bangku sekolah lagi melalui penerapan
nilai-nilai murni yang dilakukan secara fomal dan tidak formal di sekolah-
sekolah.

“Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC) merupakan sebuah slogan yang
sering diungkapkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia,
Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali. Ianya memfokuskan kepada kaedah untuk
melahirkan murid yang cerdik semata-mata, tetapi mempunyai sahsiah diri
yng baik. Slogan ini dihasilkan sebagai usaha KPM untuk memberikan
pemahaman yang mudah diterima oleh semua masyaratkat untuk dihayati.

2
No. Ruj. : SKDP 700-8/2/1

2.2 LATAR BELAKANG

Melalui konsep ABC, bukan sekadar belajar di sekolah, murid-murid kini


dididik untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai
pewaris negara pada masa hadapan.

4 asas utama melahirkan generasi “Anak Yang Baik lagi Cerdik”, iaitu
hati (bekerja dari hati), ibadah (bekerja sebagai Ibadah), trust and inspirasi
(saling mempercayai dan memberi inspirasi), dan terakhir ialah manfaat
(sentiasa bermanfaat). Konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC) ini juga
selari dengan 7 teras utama yang menjadi tunjang KPM, iaitu aspek “Karamah
Insaniah” melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam diri
seseorang pelajar.

Lantaran itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Desa Pandan


menganjurkan KEMPEN A.D.A.B.I ini yang akan dilaksanakan secara
berterusan sepanjang sesi persekolahan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah iaitu


pembentukan adab, akhlak dan integriti.
3.2 Pembentukan budaya amalan baik di sekolah oleh guru dan murid.
3.3 Membentuk individu murid yang berbudi bahasa serta bersopan
santun.
3.4 Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian sebagai budaya
mereka.
3.5 Membantu pihak sekolah mengatasi masalah salah laku dalam
kalangan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga SK Desa Pandan dengan menjadikan murid-murid sebagai


sasaran utama.

3
No. Ruj. : SKDP 700-8/2/1

5.0. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN TINDAKAN/CATATAN

1. Majlis Pelancaran Kempen Semua AJK Bimbingan


15 Mei 2023 / Isnin
A.D.A.B.I Kaunseling

Selasa, Khamis dan Pn Siti Aisyah


2. Jumaat Pn. Sumaiyah
Slot 5 minit A.D.A.B.I
(selepas rehat) Pn Theiva Mala

3. Isnin dan Rabu Pn Nor Fatin Izzati


Tayangan video pendek (selepas rehat) Cik Juliana

4. Pertandingan video pendek 15 - 26 Mei 2023 Pn Nor Azzahraton


(terbuka)

5. PDP PSV Tahap 2 Pn Anita Othman


Pertandingan Melukis Poster

6. PDP PSV Tahap 1 Pn Nurul Huda


Pertandingan Mewarna

7. Tahun 4 : PDP SEJ / PJ PK


Pn Nur Diyana
Kuiz Cakna A.D.A.B.I Tahun 4

8. Tahun 5 : PDP Bahasa Inggeris


Cik Nur Syahzreen
Pertandingan Lakonan sebabak Tahun 5

9. Tahun 6 : PDP Bahasa Melayu


Pn Norazizah
Pertandingan Forum A.D.A.B.I Tahun 6

Prasekolah :
10. PDP Prasekolah Pn Norhaini
Tayangan video
Mencari perkataan 15 – 26 Mei 2023 Guru prasekolah
Mewarna gambar
Anugerah Murid Idola – Pn Sumaiyah
11. 6 Jun 2023 / Selasa
Seorang tokoh yang menepati Guru kelas
syarat bagi setiap kelas

12. Majlis Penutup / Penyampaian Semua AJK Bimbingan


6 Jun 2023 / Selasa
hadiah Kaunseling

4
No. Ruj. : SKDP 700-8/2/1

5.1 BUTIRAN PERLAKSANAAN PELANCARAN PROGRAM

Tarikh : 15 Mei 2023


Hari : Isnin
Masa : 7.35 pagi
Tempat : Dewan SK Desa Pandan.
Tempoh : 15 Mei – 26 Mei 2023 (2 minggu)

5.2 TENTATIF PELANCARAN PROGRAM

7.45 pagi : Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Majlis


: Bacaan Doa dipimpim oleh Ustaz Muhammad Hazwan
: Taklimat Aktiviti KEMPEN A.D.A.B.I
(oleh Pn. Siti Aisyah Binti Abd Aziz, Penyelaras Program)
: Ucapan Perasmian dan KEMPEN A.D.A.B.I
(oleh Puan Maheran binti Ab Halim, Guru Besar SKDP)
: Gimik Pelancaran
: Tayangan Video
: Nyanyian Lagu “Budi Bahasa Budaya Kita”
8.30 pagi : Bersurai

6.0 JAWATANKUASA KERJA

JAWATAN KUASA INDUK

Pengerusi : Puan Maheran Bt. Abd Halim


(Guru Besar, SK Desa Pandan)
Naib Pengerusi 1 : Puan Noor Ainon Bt. Ikhsan
(GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Puan Zurina binti Abdul Halim
(GPK Pentadbiran & Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Encik Zainol Abidin Bin Jasim
(GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Siti Aisyah Binti Abd Aziz
Pen. Penyelaras : Pn. Sumaiyah binti Hussin
Setiausaha : Pn. Theiva Mala A/P Perumal

5
No. Ruj. : SKDP 700-8/2/1

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras Program : Pn. Siti Aisyah Binti Abd Aziz


Penolong Penyelaras : Pn. Sumaiyah binti Hussin
Pengacara Majlis : Pn Nor Azzarahton Bt. Ab Karim
Bacaan Doa : Encik Muhammad Hazwan bin
Buku Program : Pn Nur Diyana Binti Ahmad Radzi
Dokumentasi : Pn. Siti Aisyah Binti Abd Aziz
Siaraya : Encik Muhammad Fauzan
Juru gambar : Pn Nor Fatin Izzati Binti Khir
Gimik Pelancaran (video) : Pn. Sumaiyah binti Hussin (K)
Cik Nurr Syahzreen Binti Mohamed Kassim
Pn Nurul Huda Binti Ramli
Hadiah & Sijil : Cik Juliana Bt. Abdullah Sani (K)
Pn Norazizah Binti Israpil
Pn Anita Bt Othman
Teks Ucapan : Pn Nor Haini Binti Mohamad Zain
Disiplin : Encik Hamizan B. Bujang
Semua Guru Bertugas
Penyelaras Aktiviti : Pn. Theiva Mala A/P Perumal (K)
Pn. Siti Aisyah Binti Abd Aziz
Semua AJK UBK

6
No. Ruj. : SKDP 700-8/2/1

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL BUTIRAN KUANTITI JUMLAH PERUNTUKAN

1. Pertandingan video pendek 5 unit X RM 8 RM40.00

2. Pertandingan Melukis Poster 3 orang x 3


RM72.00
Tahap 2 aliran X RM 8

3. Pertandingan Mewarna 3 orang x 3


RM72.00
Tahap 1 aliran X RM 8
PCG
4. 5 orang X RM 8 RM40.00 BIMBINGAN &
Kuiz Cakna A.D.A.B.I Tahun 4 KAUNSELING
5. Pertandingan Lakonan
sebabak Tahun 5 25 orang X RM 8 RM200.00
(5 orang X 5 kelas)
6. Pertandingan Forum A.D.A.B.I
Tahun 6 25 orang X RM 8 RM200.00
(5 orang X 5 kelas)
JUMLAH BESAR RM624.00

8.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga
dengan adanya program ini dan usaha berterusan, harapan sekolah untuk
melahirkan murid yang berperibadi tinggi dapat direalisasikan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................... ..........................................
(Pn. Theiva Mala A/P Perumal) (Pn Noor Ainon bt Ikhsan)
Setiausaha KEMPEN A.D.A.B.I GPK Hal Ehwal Murid
SK Desa Pandan SK Desa Pandan
Tarikh : 3 Mei 2023 Tarikh:

7
No. Ruj. : SKDP 700-8/2/1

KERTAS CADANGAN KEMPEN A.D.A.B.I SK DESA PANDAN

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

8. Meluluskan Kertas Cadangan KEMPEN A.D.A.B.I 2023

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan KEMPEN A.D.A.B.I 2023

Ulasan:

............................................................................................................................

............................................................................................................................

............................................................................................................................

.........................................
(MAHERAN ABD. HALIM)
Guru Besar
SK Desa Pandan, Kuala Lumpur

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai