Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Cabaran dalam sesebuah organisasi hari ini memerlukan daya kepimpinan yang
berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan wadah dan hala tuju yang ingin
dicapai. Bakat kepimpinan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi.

Kebolehan memimpin dapat membantu pihak pengurusan sesebuah organisasi
meningkatkan mutu disiplin dan ketrampilan warga organisasi.

Pemimpin merupakan unsur terpenting di sesebuah organisasi dalam mewujudkan
iklim disiplin yang baik. Oleh yang demikian, pemimpin seharusnya diberi latihan dan
input kepimpinan selaras dengan peranan dan tugas mereka. Kewajipan melahirkan
pemimpin amat dituntut sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak.

Melahirkan dan membina bakal pemimpin masa hadapan yang akan mewarisi
kepimpinan Negara memerlukan satu usaha yang tersusun dan sistematik. Seawal
peringkat sekolah rendah lagi, setiap anak-anak perlu dibina dan tanamkan ciri-ciri
pemimpin cemerlang.

Kriteria berikut perlu ditanamkan dan diterapkan dalam diri setiap murid @ pelajar
agar mereka bersedia untuk menjadi seorang pemimpin :

1. KEYAKINAN DIRI (SELF-CONFIDENCE )
Keyakinan diri yang tinggi merupakan ciri utama seorang pemimpin cemerlang.
Keyakinan diri tidak boleh diajar. Ianya dibina melalui peluang-peluang yang diberikan
kepada murid-murid @ pelajar-pelajar untuk melibatkan diri mereka
dalam pelbagai aktiviti-aktiviti pesatuan dan kemasyarakatan.

2. BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN ( DECISION MAKING )
Setiap murid @ pelajar perlu dididik dan diberi peluang membuat keputusan . Berikan
mereka kebebasan untuk membuat keputusan untuk diri sendiri bermula dari
keputusan yang kecil. Contoh : memberi mereka peluang untuk memilih jenis dan
jenama pakaian mereka sendiri.

3. PENYELESAIAN MASALAH ( PROBLEM SOLVING )
Penyelesaian masalah merupakan antara kemahiran yang penting sebagai seorang
pemimpin. Murid @ pelajar perlu diberi peluang untuk menyelesaikan masalah mereka
dengan bimbingan ibubapa dan guru.

4. SEMANGAT BERPASUKAN ( TEAMWORK )
Semangat berpasukan yang dibina memberi peluang kepada setiap murid @ pelajar
untuk berkerjasama dalam satu pasukan. Secara tidak langsung mereka belajar
menghormati antara satu sama lain dan bersedia berkompromi dalam apa juga
berpezaan pendapat antara mereka.


Oleh itu setiap murid @ pelajar sewajarnya diberi peluang untuk menghadiri
PROGRAM KEM KEPIMPINAN agar nilai-nilai di atas dapat diterapkan seterusnya
murid @ pelajar mampu menyerlahkan bakat kepimpinan mereka seawal dari sekolah
rendah lagi.

OBJEKTIF
Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.
Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri.
Menerapkan rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat
melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.
Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.
Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan `role model` oleh orang lain.
Membentuk semangat bekerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi
merealisasikan misi dan visi organisasi.

KUMPULAN SASARAN
Pengawas Displin Sekolah
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Ketua Darjah @ Ketua Kelas
Unit Badan Beruniform Sekolah Rendah @ Menengah
Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS )
Badan beruniform

KANDUNGAN KURSUS
Apa erti pemimpin dan kepimpinan ?
Ciri-ciri seorang pemimpin ?
Komitmen dan tanggungjawab pemimpin
Personaliti Pemimpin Unggul
Konsep Kendiri Pemimpin
Komunikasi Efektif
Team-building
Public Speaking

RINGKASAN MODUL KEM KEPIMPINAN

Untuk menyambut cabaran melahirkan pemimpin pelapis dan menepati citarasa
wawasan negara, diharapkan modul ini dapat menepati objektif sebagai wadah
pemangkin mengikut kehendak dan visi sekolah.

MODUL 1 - KOMITMEN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
Modul ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:
a. Konsep dan pengertian kepimpinan
b. Identiti pemimpin- ciri-ciri pemimpin
c. Gaya kepimpinan
d. Tanggungjawab pemimpin
e. Ciri-ciri pemimpin berjaya dan ciri-ciri pemimpin lemah.

MODUL 2 - PERSONALITI PEMIMPIN
Modul ini memerlukan peserta melalui proses kendiri iaitu :
a. Peserta diminta untuk membuat ujian personaliti dengan pernyataan menggunakan
inventori yang standard untuk melihat elemen-elemen dalam diri untuk menjadi
seorang pemimpin.
b. Setiap elemen tersebut akan dibuat tafsiran berdasarkan personaliti peserta.

MODUL 3 - KONSEP KENDIRI PEMIMPIN
Modul ini dimulakan dengan ujian untuk mengukur konsep kendiri pesert
dan seterusnya akan dihuraikan mengenai:
a. Konsep kendiri positif dan negatif sebagai pemimpin
b. Konsep Kendiri Afektif, Kognitif dan Psikomotor

MODUL 4 - KOMUNIKASI EFEKTIF
Modul ini akan menghuraikan:
a. Elemen dalam proses komunikasi.
b. Tujuan komunikasi.
c. Komunikasi yang berkesan.
d. Etika komunikasi.
e. Bentuk komunikasi.
f. Teknik berkesan komunikasi tanpa lisan.
g. Elemen-elemen dalam komunikasi mesra.

MODUL 5 - TEAM BUILDING
Modul ini adalah bertujuan:
a. Mewujudkan kemesraan di antara ahli kumpulan.
b. Mewujudkan semangat berkerjasama didalam kumpulan.
c. Melahirkan bakat kepimpinan dalam kumpulan.
d. Mewujudkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
e. Melahirkan bakat kepimpinan dalam kumpulan.
f. Meningkatkan keyakinan diri untuk memperkatakan sesuatu topik.

MODUL 6 - PUBLIC SPEAKING
Modul ini bertujuan :
a. Meningkatkan keyakinan dalam diri.
b. Meningkatkan ketrampilan diri.
c. Memecahkan tembok perasaan malu.
d. Para peserta akan diberi latihan pernafasan, latihan keselarasan gaya, bahasa dan
mimik muka serta mereka akan dilatih untuk berucap di khalayak.

MODUL 7 - BRAIN GENIUS EXERCISE

MAKLUMAT KEM KEPIMPINAN

Tarikh : Akan dibincangkan
Tempat : Akan dibincangkan
Jangka Masa : 3 Hari 2 Malam @ Mengikut Kesesuaian
Kos : Akan dibincangkan

PENUTUP

Adalah diharapkan Program KEM KEPIMPINAN ini akan dapat melahirkan pemimpin
yang berwibawa sesuai dengan agenda kerajaan untuk melahirkan pemimpin yang
cemerlang, gemilang dan terbilang

Anda mungkin juga menyukai