Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR 2011

BIDANG: MOTIVASI AKADEMIK (TEKNIK BELAJAR)

PENDAHULUAN Kebanyakan pelajar tidak tahu cara belajar yang berkesan menyebabkan mereka begitu tertekan apabila mereka akan menghadapi sesuatu peperiksaan. Ini tidak akan membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Cara belajar yang tidak menekankan kepada konsep `smart learning menjadikan pelajar rasakan terlalu banyak aspek yang perlu diketahui dan ditelaah oleh mereka. Mereka ini perlu dibantu supaya mereka akan lebih meyakini diri serta seronok dengan proses pembelajaran yang mereka lalui.

RASIONAL Kebanyakan pelajar tidak mengamalkan cara belajar mengikut tempoh yang konsisten. Mereka lebih banyak mengamalkan sistem `last minute study. Dengan cara sinergy, networking dan tutorial, pelajar akan merasai nikmat belajar yang sebenar dan dapat mengatasi masalah-masalah semasa study iaitu boring, menyeksakan, mengantuk, tidak melekat ingatan di kepala, masalah kebisingan dan banyak lagi. Yang penting mereka akan bergembira dengan cara dan gaya belajar yang baru.

OBJEKTIF PROGRAM Setelah pelajar melalui program ini, mereka akan lebih memahami konsep yang diutarakan di atas. Mereka akan dapat mengagihkan masa mereka dengan lebih berkesan dan dapat menumpukan pelajaran mereka dengan lebih sistematik. Mereka juga akan :i. ii. Menanamkan sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran. Menghilangkan perasaan boring dan mewujudkan rasa girang semasa belajar. iii. Boleh menggunakan konsep peta minda dan menggunakan KREATIVITI untuk merangsang otak kanan bekerja.

MATLAMAT Dengan kemahiran yang diperolehi ini juga adalah diharapkan agar para pelajar dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan serta dapat mencipta sejarah kecemerlangan diri, keluarga dan sekolah.

KUMPULAN SASARAN Tingkatan 1, 2 dan 3 (pelajar sesi petang) PELAKSANAAN PROGRAM Program dijalankan sebelum bermula waktu sesi petang dan 2 kali setiap minggu iaitu pada hari selasa dan khamis.

INPUT PROGRAM
NO. 1. 2. 3. 4. 5. 6. KEMAHIRAN/TINGKATAN Kemahiran Membaca Kemahiran Mengingat Kemahiran Membuat nota Kemahiran Berfikir Kemahiran Perurusan Masa Kemahiran Cara G/Belajar TING 1 TING 2 TING 3 CATATAN

PENUTUP Diharap apabila pelajar telah dapat memahami kesemuanya secara konseptual dan operational, maka lebih mudah untuk mereka menjalani kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. .Cadangan masa akan datang diharapkan agar guru-guru juga dapat didedahkan dengan konsep ini supaya mereka dapat mengimbangi cara pembelajaran supaya dapat mereka mengajar dengan berkesan dan menyeronokkan. Wallahualam.

CATATAN PERLAKSANAAN

BIL

PROGRAM/AKTIVITI

TARIKH

MASA

CATATAN

1.

TINGKATAN 1A

2.

TINGKATAN 1B

3.

TINGKATAN 1C

4.

TINGKATAN 1D

5.

TINGKATAN 2A

6.

TINGKATAN 2B

7.

TINGKATAN 2C

8.

TINGKATAN 2D

9.

TINGKATAN 3A

10. TINGKATAN 3B

11. TINGKATAN 3C

12. TINGKATAN 3D

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh

. (EN. MOHD HAMDI BIN SALLEH) Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Kalabakan.

. (EN. ABDULLAH BIN KADIR) Penolong Kanan HEM SMK Kalabakan

Disahkan Oleh:

(EN. RASHIDI BIN MOHAMAD YASSIN) Pengetua SMK Kalabakan, Tawau

Anda mungkin juga menyukai