Anda di halaman 1dari 6

Ucapan -3S

TEKS UCAPAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA


PELANCARAN PROGRAM 3S (SENYUM, SAPA DAN SALAM)

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Salam sejahtera,

Salam Perak Amanjaya,

Salam Perak Excellent

Dan seterusnya Salam Kinta Utara Excellent.

Segala puji ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah iradah-Nya, kita

dipertemukan dalam suasana bahagia, pada Majlis Pelancaran Program

Senyum, Sapadan Salam (3S) pada hari ini. Melangkah meninggalkan

gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) bukan bererti

kita memperlahankan langkah, sebaliknya kita terus merencanakan

senjata bagi menempuh fasa kedua PPPM 2016-2020 untuk memacu

peningkatan dan penambahbaikan dalam pendidikan. Ini bererti,

penambahbaikan perlu direncanakan dalam setiap langkah

kecemerlangan yang kita aturkan.

Amalan senyum, sapa dan salam (3S) bukanlah sesuatu yang

baharu. Ia merupakan sebahagian daripada amalan yang dipraktikkan

dalam Program Guru Penyayang. Olehitu, AMALAN 3S ini sewajarnya

BNK/2017
Ucapan -3S
3

dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam membentuk hubungan

teraputik dan suasana yang kondusif serta harmonis.

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Apabila menyebut perlakuan senyum, sapa dan salam, saya

tertarik untuk berkongsi tentang natijah daripada ketiga-tiga perlakuan

ini. Jika diperhalusi, dengan kombinasi senyuman manis dan sapaan

yang mesra, aura positif akan terbina dan tersebar. Aura menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud suasana atau perasaan halus

yang menyelubungi diri seseorang atau sesuatu. Ia merupakan medan

tenaga yang dimiliki oleh setiap insan. Willem Hogendoorn,

mendefinisikan aura sebagai bentuk sinar yang mengelilingi tubuh

manusia. Maka dapatlah kita simpulkan bahawa aura adalah suatu

medan magnet elektromagnetik yang mengelilingi seluruh tubuh

makhluk hidup.

Aura positif yang terdapat dalam diri seseorang, dapat

menyalurkan tenaga yang baik, sehingga dapat mempengaruhi insan

yang berada berhampirannya. Ini dibuktikan oleh Djajendra; seorang

pakar motivasi; bahawa aura positif adalah pancaran tenaga baik

daripada dalam diri seseorang sehingga dapat disebarkan kepada

insan-insan yang berada di sekelilingnya. Fakta ini juga sejajar dengan

potongan kalimah 8, Surah At-Tahrim yang bermaksud:

BNK/2017
Ucapan -3S
3

YaTuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah

kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Adalah diharapkan dengan adanya pembudayaan 3S ini, masalah

salah laku murid dapat diminimumkan. Dengan sapaan mesra dan

senyuman manis yang terukir semasa menyambut kehadiran murid

setiap pagi, pastinya aura positif dapat disalurkan dan seterusnya dapat

menarik minat murid untuk ke sekolah. Peranan daripada rakan-rakan

murid yang menunggu setiap pagi juga pastinya mendatangkan

implikasi positif kepada murid yang hadir. Apabila aura positif ini

diwujudkan pada waktu pagi, ini bererti keseluruhan hari bekerja

tersebut akan menjadi positif. Pembudayaan positif ini juga akan

mencerminkan satu imej yang baik kepada masyarakat yang melihatnya

semasa menghantar anak-anak ke sekolah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Aura yang positif dapat mewujudkan emosi yang cergas. Elemen

inilah yang diperlukan dalam sesebuah organisasi untuk memastikan

setiap gerak kerja visi yang dirancang dapat dimaksimumkan sehingga

membuahkan kejayaan gemilang.

Saya pasti, setiap murid dan warga pendidik yang berada di hadapan

saya, akan komited apabila aura positif ini tersalur dalam organisasi

anda, sama di sekolah mahupun di pejabat. Niat yang murni, pastinya

diberkati Ilahi, Insya-Allah.

BNK/2017
Ucapan -3S
3

Hadirin yang dihormati sekalian,

Konsep dan amalan 3S ini akan mewujudkan hubungan saling

hormat-menghormati, sifat kasih saying dan peka kepada keadaan

sekeliling. Situasi ini pastinya dapat mewujudkan suasana yang

harmonis dan kondusif dalam menyuburkan budaya masyarakat

penyayang. Pembudayaan amalan ini sewajarnya dipraktikkan sebagai

satu budaya di semua sekolah di daearah Kinta Utara. Ini adalah

sebagai satu wadah untuk mencapai aspirasi murid dalam PPPM yang

mahu melahirkan murid yang berkualiti dari aspek intelek, rohani, emosi

dan jasmani.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

AhlipsokologiDavis (2003) mendapati kajian-kajian yang dibuat 30 tahun

kebelakangan ini semakin menunjukkan kepentingan hubungan guru

penyayang dalam meningkatkan motivasi, pembelajaran dan

pencapaian murid. Kajian-kajian mendapati bahawa guru penyayang

dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang lebih kondusif dan

mesra, menggalakkan murid untuk menunjukkan tingkah laku sosial

yang lebih bertanggungjawab serta lebih menekankan pembelajaran

daripada pencapaian. Murid-murid yang merasakan guru mereka

penyayang didapati lebih Berjaya dan kurang kemungkinan tercicir dari

persekolahan.

BNK/2017
Ucapan -3S
3

Buat seluruh warga kerja untuk program ini,

Tahniah dan syabas atas pengembelingan komitmen yang tinggi

untuk menjayakan program pada hari ini. Dengan adanya kombinasi dan

kesepaduan jitu daripada semua pihak terlibat, saya amat berbangga

dan bersyukur dengan pelancaran program pada hari ini. Pastinya

Tuhan memberkati setiap pengaturan langkah anda sehingga

membuahkan hasil yang cemerlang.

Buat seluruh warga pendidik yang dihargai,

Terima kasih atas jerih keringat anda selama ini. Tidak semua

insan sehebat anda, yang sanggup menunaikan amanah mendidik

anak-anak pelajar, dengan wadah yang terbaik. Sekalung budi saya

hulurkan buat cikgu-cikgu sekalian. Saya pasti ada ganjaran hebat buat

semua cikgu, kerana Ilahi, MahaMengetahui,

Buat anak-anak didik yang dikasihi sekalian,

Praktikkan setiap amalan murni yang disebarkan kepada anda.

Amalan 3S amat bermanfaat untuk dipraktikkan dalam kehidupan

seharian tidak kira walau di mana jua anda berada. Saya pasti anda

akan menjadi insane cemerlang, apabila anda sentiasa berada di laluan

BNK/2017
Ucapan -3S
3

yang dirahmati Tuhan. Doa saya sentiasa mengiringi perjalanan

perjuangan anda untuk sampai ke puncak kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

BNK/2017

Anda mungkin juga menyukai