Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

Mini Bengkel Temuduga:


Skrip dan Soalan Relevan Temuduga

TARIKH :

29 November 2018

TEMPAT :
Unit Kaunseling,
HEPA Universiti Sultan Zainal Abidin

ANJURAN :

Unit Perkembangan Kerjaya


Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar
UniSZA
KERTAS CADANGAN
MINI BENGKEL TEMUDUGA:
SKRIP DAN SOALAN RELEVAN TEMUDUGA

ANJURAN UNIT PEMBANGUNAN KERJAYA (UPK),


PUSAT KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN PELAJAR (PKKP),
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

TUJUAN

Kertas kerja ini di kemukakan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal
Pelajar untuk mendapatkan kelulusan bagi menjalankan program Persediaan Ke
Dunia Kerjaya di bawah Unit Pembangunan Kerjaya (UPK), Pusat Keusahawanan dan
Kebolehpasaran Pelajar (PKKP) UniSZA. Program ini terbuka kepada mahasiswa
Ijazah Sarjana Muda UniSZA tahun akhir.

1.0 LATAR BELAKANG

Temuduga merupakan satu sesi wajib dan penting sebagai saringan oleh
majikan sebelum diambil bekerja. Isu temuduga tidak dapat dipisahkan dengan
mahasiswa yang baru sahaja menamatkan pelajaran. Mahasiwa perlu membuat
persiapan yang rapi sebelum menempuh sesi temuduga. Setiap patah perktaan yang
keluar dari mulut mahasiswa sangat bermakna dan titik berat oleh panel.

Oleh itu, pendedahan mengenai sesi perkenalan dalam temuduga perlu diberi
kepada mahasiswa tahun akhir UniSZA agar lebih bersedia dan memberi impak
kepada penemuduga. Selain itu, pendedahan cara menjawab soalan-soalan
temuduga perlu diberi perhatian agar mahasiswa dapat menjawab setiap soalan
dengan relevan dan baik dan mampu menjadi siswazah yang boleh bersaing di
pasaran kerja.
2.0 RASIONAL

2.1 Program ini dapat menjadi platform kepada mahasiswa untuk mendapat
pendedahan mengenai kemahiran-kemahiran dalam temuduga yang perlu
dititik beratkatkan.

2.2 Program ini merupakan satu wahana kepada mahasiswa agar mendapat
pendedahan cara menjawab soalan-soalan semasa ditemuduga.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memberi kesedaran tentang pentingnya pendedahan tentang kemahiran


menjawab soalan-soalan penemuduga.

3.2 Memberi pendedahan tentang keperluan semasa industri pada masa kini.

3.3 Memberi maklumat tentang tips-tips penting menghadapi temuduga.

4.0 CADANGAN SASARAN PELAJAR

Pelajar Tahun Akhir Sesi 2018/2019

5.0 CADANGAN TEMPAT

Dewan Auditorium Perpustakaan, UniSZA, Kampus Gong Badak

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk Lampiran A

7.0 CADANGAN TARIKH

Cadangan : 29 November 2018

Masa : 8.00 pagi- 12.00 tengah hari

8.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B
9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Rujuk Lampiran C

10.0 PENUTUP
Perlaksanaan program ini sangat penting dalam usaha mempersiapkan
mahasiswa UniSZA dalam membantu menjadi graduan . Persaingan dalam kalangan
mahasiswa swasta semakin sengit dan seharusnya mahasiswa Unisza perlu
mempunyai persediaan yang rapi dari segi fizikal dan mental. Justeru, di harap agar
kertas cadangan ini diterima serta diluluskan berserta peruntukan kewangan bagi
memastikan program ini dapat dijayakan.
Lampiran A

SENARAI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Dr Roslan bin Awang

Penasihat : Encik Zunaidin bin Muda

Perhubungan Fakulti : Puan Norfaizah binti Mohd Basri

Penyediaan Modul : Farah Nurhusna binti Mohd Zaidi


Encik Zaliazam bin Mohamad

Penyertaan Pelajar : Fakulti

Persediaan Tempat : Puan Norfaizah binti Mohd Basri

Makan Minum : Fakulti

Penceramah : Encik Zaliazam Mohamad

Puan Farah Nurhusna bt. Mohd Zaidi


Lampiran B

TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA

8.00 pagi Pendaftaran Pelajar

8.30 pagi Skrip ‘Self Introduction’ :


- Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris

10.00 pagi Rehat


10.15 pagi Soalan-Soalan Relevan Temuduga dan Cara Menjawab Temuduga

12.00 tengah hari Bersurai


Lampiran C

BIL PERKARA ITEM JUMLAH


(RM)

1 Penceramah/ Kaunselor Kerjaya PKKP, -


UniSZA

2 Makan/ Minum Pelajar

1) Makan pagi

RM0.80 x 50/orang RM 40.00

2) Makan tengah hari

RM 5.00 x 50/orang RM 250.00 RM290.00

3 Makan /Minum Penceramah/ Urus setia

1) Makan pagi

RM2.00 X 5/orang
RM10.00

2) Makan tengah hari

RM 12.00 x 5/orang

RM60.00 RM70.00

3 Hebahan/Promosi

1) Banner RM150 x 2 psc RM300.00 RM300.00

JUMLAH 660.00

Anda mungkin juga menyukai