Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN TAKLIMAT PELAKSANAAN SECARA DALAM TALIAN &

TAKLIMAT KESELAMATAN BINA INSAN GURU (BIG)


PISMP AMBILAN JUN 2018

PLATFORM: GOOGLE MEET

TARIKH: 24 JUN 2021/ KHAMIS

MASA CUE ANN

Assalamualaikum w.b.t,

Perhatian kepada semua hadirin, di sini terdapat beberapa


pengumuman.
2.30 Siswi guru
petang menyertai Google 1. Siswi guru diingatkan untuk mengisi kehadiran di Google Clssroom
Meet
2. Mohon pastikan mic ditutup dan telefon bimbit berada dalam mod
senyap bagi mengelakkan gangguan ketika majlis sedang
brlangsung.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pohon cemara,
Pemanis kalam Selamat Datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

2.35 Kata alu-aluan Assalamualaikum w.b.t,


petang
Bismillahirrahmanirrahim,

Yang Berusaha, En. Mohamad Rosli bin Badron, Ketua Unit


Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,

Yang Berusaha, Puan Zaimawati binti Abdul Kadir, Ketua Jurulatih


Program Bina Insan Guru Pismp Ambilan Jun 2018,

Yang Berusaha, En Hishamuddin bin Basiron, Penyelaras kursus


Bina Insan Guru,

Yang Dihormati, Jurulatih-jurulatih Program Bina Insan Guru,

Yang Dihormati, Cik Zatty Zulaikha binti Mohamad Minai@ Othman,


Pengerusi Program Bina Insan Guru,

Yang Dihormati, Jawatankuasa Induk dan seterusnya rakan pelajar


yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadra Ilahi di atas limpah dan


kurniaNya dapat kita berkumpul dalam Taklimat Pelaksanaan dan
Taklimat Keselamatan Bina Insan Guru ambilan Jun 2018.

Hadirin sekalian,

Menadah tangan tanda kerendahan,

Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,

Doa dipohon penuh pengharapan,

Agar majlis mendapat keberkatan.


2.40 Bacaan doa
petang
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tengku
Asiah binti Tenku Md.Fauzi bagi membacakan doa. Majlis
mempersilakan.

***

Amin amin amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih.

Seterusnya, majlis mempersilakan En.Mohamad Rosli bin Badron


selaku Kem Komandan untuk menyampaikan taklimat pelaksanaan
2.45 Ucapan Kem
Bina Insan Guru secara dalam talian. Majlis mempersilakan.
petang Komandan
*********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Taklimat Ketua
Jurulatih
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Zaimawati
binti Abdul Kadir selaku Ketua Jurulatih Program Bina Insan Guru
ambilan Jun 2018 bagi menyampaikan taklimat keselamatan .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****
2.55
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas taklimat yang begitu
petang terperinci tersebut. Diharapkan para peserta cakna akan setiap isi
penting yang disampaikan oleh Ketua Jurulatih sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha En.Hishamuddin


bin Basiron selaku Penyelaras Bina Insan Guru ambilan Jun 2018
bagi menyampaikan sepatah dua kata.
Ucapan
3.20 Penyelaras Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
petang Kursus
****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Shahrin bin


Abidin selaku Jurulatih Malaysia Cergas Bina Insan Guru ambilan Jun
2018 bagi menyampaikan sepatah dua kata.
3.30 Ucapan Jurulatih
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
petang Malaysia Cergas
****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

3.40 Ucapan Timbalan Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Dihormati Cik Zatty Zulaikha
petang Kem Komandan binti MOhamad Minai @ Othman selaku Timbalan Kem Komandan
Bina Insan Guru ambilan Jun 2018 bagi menyampaikan sepatah dua
kata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin Sekalian,

3.50 Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab sekiranya terdapat
sebarang pertanyaan dan persoalan. Oleh itu, para peserta diberi
petang
Sesi soal jawab peluang untuk bertanya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

4.00 Sesi bergambar


petang dan bersurai. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat semua pihak yang telah
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Taklimat Pelaksanaan dan Taklimat Keselamatan Bina Insan Guru
ambilan Jun 2018 secara dalam talian ini.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi fotografi. Oleh itu, diminta semua
pensyarah dan peserta untuk membuka kamera bagi sesi fotografi
untuk tujuan dokumentasi dan pelaporan.

Dengan berakhirnya sesi fotografi sebentar tadi, maka berakhirlah


majlis kita pada hari ini.

Madah diungkap santun bitara,

Pantun dilantun mengusik hati,

Salah dan silap tutur bicara,

Pohon diampun seikhlas hati,

Kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al-asr.

Anda mungkin juga menyukai