Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh & salam sejahtera.

Yang Berbahagia, YB
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor. Yang Berusaha,
Saudara Zikrun Na’im Bin Nordin, Naib Presiden Kaderisasi Persatuan Pelajar Islam
Selangor. Yang Dihormati, rakan-rakan seperjuangan Persatuan Pelajar Islam Selangor
serta para sukarelawan yang disayangi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita
sama-sama berkumpul di dalam Program Ihya’ Ramadan dengan projek Bubur Lambuk
yang penuh manfaat di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh saudara
Mohammad Harith Irfan bin Rahmat. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin ya Rabbal ‘Alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Muhammad Harit Irfan atas
bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan saudara Zikrun Na’im bin Nordin selaku
wakil Persatuan Pelajar Islam Selangor untuk memberikan sedikit ucapan.

Dengan ini majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Zikrun Na’im diatas ucapan tadi.

Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, YB Datuk Seri
Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor bagi memberikan ucapan,
setererusnya merasmikan gimik pelancaran Ihya’ Ramadhan tahun 2021. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad
atas ucapan yang telah disampaikan.

Setelah berakhirnya ucapan tadi maka berakhirlah majlis perasmian Ihya’ Ramadhan tahun
2021 pada pagi ini. Majlis sekali lagi merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat sama dalam usaha memeriahkan lagi majlis Ihya’ Ramadhan ini.
Diharapkan agar semua dapat saling bantu-membantu dan bekerjasama dalam penyediaan
dan pengedaran bubur lambuk di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita.
Sesungguhnya yang baik datangnya daripada Allah SWT dan segala kekurangan datangnya
daripada diri kami sendiri. Saya akhiri dengan ucapan wabillahitaufiq………..

Anda mungkin juga menyukai