Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENDAHULUAN

“Beyond the conception of creativity, culture influences the manifestation


of creativity in terms of the forms and domains of creativity, the limits of
creativity to certain social groups, and the effect of language on creativity.
Cultures encourage creativity in some situations and some topics, but
discourage it for others”
Menurut T.I.Lubert, walaupun budaya yang didukung oleh sesuatu masyarakat
menggalakkan elemen kreativiti dalam sesetengah keadaan dan beberapa topik, tetapi
adakalanya ia tidak menggalakkan perkembangan elemen kreativiti kerana terikat dengan
peraturan masyarakat yang sedia ada.

Kata-kata ini menjelaskan kepentingan pemikiran kreatif yang mampu mengubah


corak ekonomi sesebuah kaum dari pada suatu kaum yang tidak bertamadun kepada kaum
yang bertamadun. Bersetuju dengan pandangan ini, kerajaan Malaysia telah
mengisytiharkan tahun 2010 sebagai tahun inovatif dan kreatif sebagai sebahagian daripada
agenda pembangunan negara. Tujuan utama mengadakan hal tersebut adalah untuk
meningkatkan tahap pemikiran rakyat Malaysia dan seterusnya membantu rakyat Malaysia
untuk berfikir diluar kotak.

2.0 PEMIKIRAN KREATIF


2.1 DEFINISI PEMIKIRAN KREATIF
Pemikiran kreatif didefinisikan sebagai kebolehan mewujudkan sesuatu yang
baru. Hal ini menggambarkan betapa hebatnya pemikiran manusia yang
mampu mencapai apa-apa yang dimahukan selagi mana diizinkan oleh
tuhan. Ini kerana ada pendapat bahawa manusia mampu mengatasi tuhan
dan ada pendapat yang mengatakan manusia itu bersifat keterbatasan dan
ada batas yang manusia tidak mampu untuk melangkaui walaupun
menggunakan pemikiran manusia yang dikira amat menakjubkan.
Maksud kreatif dari segi bahasa pula dikatakan adalah kata pinjaman
daripada bahasa latin atau greek yang berbunyi ‘creare’ yang bermaksud
‘membuat’ atau ‘memenuhi’. Pemikiran kreatif dikatakan adalah
pertembungan secara sedar antara manusia dan dunia. Ini sekaligus
menimbulkan suatu pemikiran dimana manusia berinteraksi untuk
menghasilkan atau mewujudkan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

2.2 GAYA PEMIKIRAN KREATIF


Demi menanam pemikiran kreatif dalam diri terdapat beberapa cara atau
pendekatan yang diperkenalkan bagi menjana idea pemikiran yang kreatif.
Pemikiran kreatif secara matlamat adalah untuk memperolehi dan
menghasilkan pelbagai idea, konsep, teori, produk, idea dan sebagainya.
Penghalusan konsep pemikiran kreatif pula dapat di buahkan
melaluipenerapan kompenen-kompenen seperti gaya pemikiran kreatif,
kemahiran, fasa-fasa, teori-teori dan sebagainya.
Gaya Gata Gaya Gaya
Literal Projektif Emotif Negatif

Gaya Gaya Gaya Gaya


Positif Analistik Objektif imaginatif
Rajah 2.0 : Gaya Pemikiran Kreatif
Diubahsuai daripada, Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004: 258-263)

2.3 PEMIKIRAN LITERAL


Pemikiran literal adalah pemikiran yang menjana idea dan sudut pandangan
baru bagi mengeluarkan pemikiran daripada belenggu pemikiran yang biasa
kepada pemikiran yang luarbiasa. Pemikiran literal juga adalah pemikiran
yang berfokus kepada proses pembinaan idea dan konsep. Ia adalah sejenis
pemikiran kreatif yang berasaskan perubahan dan kemungkinan. Pemikiran
literal boleh dianggap sebagai suatu cubaan untuk lari daripada cengkaman
idea lama dan mencabar konsep-konsep yang diterima pakai selama ini.
Elemen literal juga bersifat sanggup menutup mata dalam menilai dan
menerima pemikiran yang tidak mengikut ciri-ciri maklumat yang jelas. Dalam
kata lainnya pemikiran literal adalah berbeza dari segi berfikir dengan jenis-
jenis pemikiran yang lain yang hanya mengutamakan kebenaran sahaja.
Edward De Bono memperkenalkan beberapa teknik dan pendekatan seperti
Teknik Enem Topi Berfikir, Enam Kasut Tindakan, alat-alat CoRT I dan
CoRT IV turut dikenali sebagai konsep PO dan Lima Prinsip Revolusi Positif
bagi menjana idea baru melalui pemikiran literal.

3.0 COGNITIVE RESEARCH TRUST (CoRT)


3.1 PENGENALAN
Edward de Bono memperkenalkan beberapa alat untuk membantu
pengaplikasian pemikiran Lateral. Edward de Bono menyamakan seorang
pemikir dengan seorang tukang kayu, di mana seorang tukang menggunakan
sejumlah alatan dalam proses menghasilkan perabut manakala seorang
pemikir memerlukan kerangka untuk menghala tuju fikiran (Ainon Mohd
Abdullah Hassan, 1997:28). Dalam penyelesaian masalah
(Problem Solving) dan pengambilan keputusan (Decision Making) terdapat
program pemikiran CoRT iaitu ‘Cognitive Research Trust” yang mengandungi
beberapa formulaformula. Program ini mempunyai enam bahagian iaitu:-

I. CoRT I Keluasan Persepsi


II. CoRT II Organisasi Proses Berfikir
III. CoRT III Interaksi, argumen, pemikiran kritis
IV. CoRT IV Pemikiran Kreatif
V. CoRT V Maklumat dan perasaan
VI. CoRT VI Tindakan

(E.D. Bono, 1991: 184)

3.2 PENGGUNAAN CoRT DI MALAYSIA


Sesuai dengan matlamat wawasan 2020, Malaysia berpendapat dan sepakat
untuk membawa masuk pemikiran kreeatif yang difalsafahkan oleh Edward
De Bono, namun tidak semuanya. Penggunaan yang diperkenalkan kepada
pelajar adalah sistem CoRT I dan CoRT IV. Kedua-dua sistem ini digunakan
pelajar sebagai alat berfikir untuk memuahkan hasil yang aslidan inovasi.
CoRT I digunakan apabila ingin meluaskan sesuatu persepsi sebelum
membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. CoRT IV pula digunakan
untuk membantu kita berfikir secaa kreatif supaya dapat melihat sesuatu idea
secara kreatif sebelum membuat kesimpulan atau keputusan.

3.3 CoRT I
CoRT I merupakan induk bagi program CoRT dan bertujuan memperluaskan
pandangan seseorang supaya lebih bersifat kreatif (E.D.Bono, 1996: 49-52).
Alat CoRT I yang terbina daripada komponen PMI, CAF, AGO, APC, C&S,
FIP dan OPV yang dicadangkan oleh Edward de Bono dapat diperjelaskan
seperti berikut:-
I. PMI - Plus, Minus, Interesting (Kebaikan, Keburukan, Menarik)
II. CAF - Consider All Factor (Mengambil kira semua faktor)
III. C & S - Consequence & Sequel ( Kesan Mengikut Jangka Masa)
IV. OPV - Other People’s View (Pandangan Orang Lain)
V. FIP - First Important Priorities (Keutamaan Mengikut Kepentingan)
VI. AGO - Aim, Goal & Objective (Tujuan, Matlamat & Objektif)
VII. APC - Alternative, Possibilities & Choice (Alternatif, Kemungkinan &
Pilihan)

3.4 Consequence & Sequel (C & S)


C&S terhasil apabila pemikir memikirkan sesuatu menggunakan cara yang
memikirkan suatu kesan dan akibat yang mungkin berlaku sekiranya sesuatu
keputusan atau tindakan dibuat. Cara ini mempertimbangkan kesan dan
akibat secara menyeluruh dan spesifik. C&S digunakan untuk membuat
ramalan sebelum mengambil sebarang keputusan atau tindakan. Kompenen
ini merupakan sebuah alat yang membantu kita melihat jauh ke depan
sebelum penilain dibuat.
Kompenen ini selalunya diguna pakai dengan menggabungkan
kompenen CAF dan OPV untuk mendapatkan kompenen C&S yang
sempurna atau efisyen. CAF kompenen yang melihat dan meneliti pemikiran
orang lain supaya dapat melihat faktor-faktor yang tertinggal, manakala OPV
pula adalah kompenen yang melihat dan meneliti pemikiran orang lain
supaya dapat melihat faktor-faktor yang tertinggal. Gabungan ketiga-tiga
kompenen ini mampu membuahkan suatu pemikiran yang kreatif dan
merangsang pemikiran yang cerdas.

3.5 PETA i-THINK


Alat-alat CoRT I berfungsi mengawal dan memandu emosi serta tindakan
dalam sebarang perkara yang melibatkan tindakan, rancangan, peraturan
dan keputusan yang sudah, sedang dan akan diambil.

Rajah 3.0 : Perancangan Keputusan Peraturan Tindakan


Diubahsuai daripada, Mohd. Azhar Abd. Hamid (2005: 109)

4.0 KESIMPULAN
Umum mengetahui bahawa pemikiran kreatif bukanlah hanya bermula pada zaman
moden sahaja, bahkan pemikiran kreatif ini bermula sejak manusia mula-mula
dijadikan.Menurut Edward De Bono (1990: 12-13)

“Lateral thinking is not magic new system. There have always been instances
where people have used lateral thinking to produce some result. There have
always been people who tended naturally towards lateral thinking”.

Menurut Edward de Bono, pemikiran lateral bukanlah suatu sistem yang bersifat magis.
Beliau berpandangan sedemikian kerana sentiasa ada manusia yang cenderung secara
semulajadi ke arah pemikiran lateral yang menghasilkan hasil baru. Oleh yang demikian,
manusia sejak zaman pra sejarah lagi, mengaplikasikan Pemikiran Kekreatifan dalam
kegiatan harian mereka demi mencapai sesuatu kemajuan.

Anda mungkin juga menyukai