Anda di halaman 1dari 2

Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring ditepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu ilahi.

Yang Berbahagia, Dr. Mazlan bin Aris, pengarah ipg kampus raja melewar, Yang Berusaha, Dr.
Masitah bt Mohd Yusof, timbalan pengarah ipg kampus raja melewar, yang dihormati Ustaz Mohd
Muhsinul Nidzam bin Abdullah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Izan bin Hj Yusop,
Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Encik Badurhisham bin mohd zain, penolong ketua jabatan hal
ehwal pelajar. ketua2 jabatan, ketua2 unit, para pensyarah, para mentor serta rakan-rakan siswa dan
siswi guru yang kami kasihi sekalian.

Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-
sama bertemu walaupun hanya melalui platform google meet.

Baiklah, seterusnya kita akan menyanyikan lagu negaraku dan Asmaul Husna dengan iringan muzik,

Para hadirin diminta bersedia.

…………………………

Terima kasih diatas nyanyian sebentar tadi.

Tetak buluh kajang sepuluh,

Laksana dititing kias ibarat,

Angkat tangan jemari sepuluh,

Doa dipohon biar selamat.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh saudara Muhammad Ikram
bin Nizaruddin. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin ya Rabbal ‘Alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Muhammad Ikram atas bacaan doa
sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya,

Tak berguna jika ada dayung, tiada peahunya,

Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara,


Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan saudara Ahmad Azamuddin bin Jumeren selaku
wakil majlis tertinggi pelajar IPG Kampus Raja Melewar untuk memberikan sedikit ucapan.

Dengan ini majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Ahmad Azamuddin diatas ucapan yang begitu semangat itu
tadi.

Majlis akan diteruskan lagi, dengan menjemput yang dihormati en/pn…………., selaku Ketua Jabatan
JAPIM untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berbahagia tuan pengarah ipg kampus raja
melewar dr mazlan bin aris bagi memberikan ucapan, setererusnya merasmikan gimik pelancaran Ihya’
Ramadhan IPGKRM tahun 2021. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan pengarah dr mazlan bin aris atas ucapan yang
telah disampaikan.

Baiklah, sebelum majlis melabuhkan tirai, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu IPGM
dengan iringan muzik.

Para hadirin diminta bersedia.

Terima kasih diatas nyanyi sebentar tadi.

Dari Kedah ke pekan sari,

Beli suasa di Kota Tinggi,

Selesai sudah tugas diberi,

Dilain masa bersua lagi.

Demikianlah berakhirnya majlis perhimpunan kita pada pagi ini. Majlis sekali lagi merakamkan
setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat sama dalam usaha memeriahkan lagi majlis
ini. Sesungguhnya yang baik datangnya daripada Allah SWT dan segala kekurangan datangnya
daripada diri kami sendiri. kami akhiri dengan wabillahitaufiq………..

Anda mungkin juga menyukai