Anda di halaman 1dari 4

Teks pengacaraan MAJLIS MERDEKARAYA DAN HARI PERPADUAN

Tinggi sungguh si pohon ara


Tinggi lagi pohonnya rotan
Salam hormat pembuka bicara
Selamat datang kami ucapkan…

Yang berusaha En Abu Bakar @ Kiai B Hj Mohd Anis Guru Besar SKHA, yang dihormati YDP PIBG
SKHA, En PHILIP AK TOM, Barisan Penolong2 Kanan, Guru2, kakitangan sekolah, para ibu bapa serta
murid2 yang dikasihi sekalian. Salam perpaduan, salam hormat dan salam 1 Malaysia diucapkan.
Selamat datang ke MAJLIS MERDEKARAYA DAN HARI PERPADUAN 2012

Anak raja berbaju segak


Bermain congkak duduk di bangku
Mari bersama berdiri tegak
Menyanyikan lagu negaraku

Semua hadirin dipohon berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu kebangsaan kita.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dipersilakan al fadil ustaz Abu Bakar As’hari untuk
memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzimnya dipersilakan.

Amin, Amin, amin ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan dengan menjemput PENGERUSI MAJLIS MERDEKARAYA DAN
HARI PERPADUAN, EN ABU BAKAR ASHE’ARI BIN BUJANG untuk menyampaikan kata-kata aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan aluan sebentar tadi.


Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan EN PHILIP AK TOM YDP
PIBG SK HERMANUS ASSAN untuk menyampaikan UCAPAN DAN MERASMIKAN MAJLIS
MERDEKARAYA DAN HARI PERPADUAN SK HERMANUS ASSAN. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Sekalung penghargaan terima kasih atas ucapan PERASMIAN dari pada EN PHILIP AK TOM YDP PIBG
SK HERMANUS ASSAN.

Seterusnya majlis ingin menjemput En Abu Bakar @ Kiai Bin Hj.Mohd Anis dan En.Abu Bakar Ashe’ari
bin Bujang Pengerusi MERASMIKAN MAJLIS MERDEKARAYA DAN HARI PERPADUAN untuk
mempersilakan dan mengiringi YDP PIBG EN.PHILIP AK TOM bagi menyempurnakan simbolik
MERDEKARAYA DAN HARI PERPADUAN SK HERMANUS ASSAN 2012 di ats pentas. Dengan penuh
hormatnya dipersilakan……

Majlis mengucapakan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG kerana sudi melakukan simbolik
perasmian itu tadi……

Majlis kita diteruskan dengan pertandingan fesyen etnik 1 Malaysia. Untuk itu majlis menjemput
pengendali pertandingan iaitu CIKGU NORZERA untuk mengendalikan pertandingan. Dipersilakan…

Terima kasih di ucapkan kepada cikgu Norzera. Sememangnya murid2 kita amat berbakat dalam
bidang peragaan…fesyen2 yang ditonjolkan juga amat memikat hati. Terima kasih juga kepada para
penaja2 mereka.

Suasana hari raya masih lagi terasa..terutamanya kepada para masyarakat islam…bak kata orang
sebulan puasa, sebulan juga hari raya.. utk menghangatkan mod hari raya, majlis kita akan diserikan
dengan persembahan nyanyian lagu hari raya daripada semua kakitanganberagama islam sk
hermanus assan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan…..

Terima kasih diucapakan di atas persembahan yang menghiburkan itu tadi…diharap para hadirin juga
terhibur dan dapat kita sama2 menikmati suasana hari raya peringkat sekolah….

Baiklah, majlis kita diteruskan dengan pertandingan nyanyian lagu patriotik. Untuk itu, majlis
menjemput pengendali pertandingan lagu patriotik Cikgu Norzilawati untuk mengendalikan
pertandingan. Dengan segala hormatnya dipersilakan…..
Terim kasih diucapkan kepada cikgu norzilawati….majlis mengharapkan semangat lagu patriotik yang
dinyanyikan oleh setiap wakil rumah sukan itu tadi terus dapat disematkan dalam jiwa…

Untuk meningkatkan lagi semangat patriotisme kita, kita teruskan majlis dengan pertandingan
mendeklamasikan sajak merdeka antara kelas….Diminta para peserta diminta untuk bersedia.

Hakim2 pertandingan adalah Cikgu Abu bakar ashe’ari, Cikgu Norzera dan Cik cathy John. Penilaian
pertandingan mendeklamasikan sajak adalah daripada aspek sebutan, intonasi dan persembahan
peserta.

Peserta pertama adalah……

Begitulah tamatnya pertandingan mendeklamasikan sajak merdeka tahap 2….sementara kita


menanti keputusan untuk semua pertandingan…kita akan menonton beberapa iklan merdeka…

Terima kasih di ats perhatian itu tadi…

Penyampaian hadiah

Majlis kita semakin hampir ke akhiran…seterusnya, kita akan bersama2 melaungkan “MERDEKA’ yang
akan diketuai oleh PK HEM cikgu Morni bin Hj.Ahim…Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan cikgu morni untuk tampil ke hadapan….

Terima kasih diucapkan kepada cikgu Morni kerana mengetuai laungan “MERDEKA’ itu td….

Sebelum mengakhiri majlis kita pada kali ini, mari kita bersama2 berdiri tegak untuk menyanyikan
lagu ‘IBU PERTIWIKU’…

Terima kasih..Semua hadirin dipersilakan duduk….

Cincin emas cincin suasa


Dipakai oleh Raja Manukan
Andai ada terkasar bahasa
Silap dan salah harap dimaafkan

Anak hang tuah bermain di istana


Diteman oleh uda dan dara
Juadah terhidang untuk semua
Sudilah menjamah penuh selera

Majlis kita akan ditamatkan dengan sedikit jamuan hari raya..Dipersilakan semua hadirin untuk
menjamu selera…..

Anda mungkin juga menyukai