Senang nak faham macam ni, kita guna dividen ASB1 untuk bayar ansuran ASB2 dan lepas setahun dividen ASB2 pula
bayar ansuran bulanan ASB1. Dividen ASB1 biarkan compounding. Dividen ASB2 jadikan untuk bayar ansuran ASB1. Jadi
komitmen kita masih sama.
ASB1
Dividen terkumpul (48 bulan) : RM62,100
Prinsipal (60 bulan) : RM22,270
ASB2
Dividen tahun terakhir: RM14,000
Prinsipal (48 bulan) : RM12,320
Jumlah: RM110,690
Dividen terkumpul di ASB1 dikira 48 bulan sahaja disebabkan tahun pertama digunakan untuk bayar ansuran ASB2. Dan
pulangan prinsipal pada ASB2 dikira 48 bulan disebabkan usianya 4 tahun manakala usia ASB 5 tahun (60 bulan).
Dapat RM110,690 hanya 5 tahun? Perghh..ia bersamaan kau menyimpan RM1844.83 sebulan selama 5 tahun. Itu tak dikira
lebihan dividen RM1300 pada tahun pertama lagi. Dah boleh beli Honda HR-V tunai!! Sekarang dah tahu kenapa orang kata
jangan beli kereta dulu ataupun beli kereta murah dulu dah kan. Tapi orang bijak dia tak beli kereta mewah, dia melabur
hartanah pula. Buat deposit beli rumah. Generate lagi aliran tunai.
Amacam faham tak? Ramai orang tanya dengan aku. Dorang ada duit dalam ASB tunai RM50K lah, ada RM20K lah. Tapi
tak pandai optimumkan kewangan yang kukuh tu. Duk ingat bank je untung. Kita untung besar lagi.
Gaji besar bolehlah buat? Ada je gaji bawah RM2500 tapi dah beli kereta import mahal-mahal. Bulanan RM800-RM900.
Campur minyak kereta lagi dah lebih RM1200 sebulan. Hutang sampai 9 tahun. Kalau kau tahan kejap, beli kereta murah ke,
5 tahun kau boleh beli kereta import tanpa hutang dah.
Itu baru 5 tahun. Kalau layan sampai habis ASB & ASB2 Financing tu tak ke jutawan? Dah pencen nanti takyah kerja dah.
Akhir kata, fahami potensi pelaburan. Naik turun tu asam garam pelaburan. ASB sesuai untuk pelabur suka risiko rendah.
Fahami kekuatan kewangan kita, buat kira-kira, setkan matlamat apa yang kita mahu. Jangan main ikut orang jeeeee. Kah!