Anda di halaman 1dari 4

Teks pengacaraan MAJLIS PERMUAFAKATAN BERSAMA IBU BAPA

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang berusaha En Abu Bakar @ Kiai B Hj Mohd Anis Guru Besar SKHA, YDP PIBG SKHA, En Tuah ak
Kuchi, yang dihormati Barisan Penolong2 Kanan, Guru2, anggota kakitangan sokongan dan para ibu
bapa ahli PIBG sekalian. Salam perpaduan, salam hormat dan salam 1 Malaysia diucapkan. Selamat
datang ke mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)2012

Anak raja berbaju segak


Bermain congkak duduk di bangku
Mari bersama berdiri tegak
Menyanyikan lagu negaraku

Semua hadirin dipohon berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu kebangsaan kita.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga mesyuarat mendapat berkat

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dipersilakan al fadil ustaz Abu Bakar As’hari untuk
memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzimnya dipersilakan.

Amin, Amin, amin ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan

Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan yang akan disampaikan oleh Guru Besar SK
Hermanus Assan, En Abu Bakar @ Kiai B Hj Mohd Anis. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan aluan sebentar tadi.


Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan EN.TUAH AK KUCHI YG DIPERTUA PIBG
2010-2012 SK HERMANUS ASSAN untuk menyampaikan kata-kata aluan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Sekalung penghargaan terima kasih atas ucapan aluan daripada YDP PIBG itu tadi.

Mesyuarat kita diteruskan dengan BENDAHARI KEHORMAT PIBG iaitu EN.ABU BAKAR ASHE’ARI BIN
BUJANG untuk menerima dan mengesahkan penyata kira-kira PIBG 2010-2012. Dipersilakan……

Sekalung penghargaan terima kasih atas ucapan kepada En. Abu Bakar Ashe’ari bin Bujang di atas
pengesahan kira-kira itu tadi.

Untuk makluman semua LAPORAN AUDIT DALAMAN tidak dilaksanankan kerana juru audit dalaman
PIBG iaitu Cik Joann Wong Siew Nga telah berhenti berkhidmat di SK Hermanus Assan sejak tahun
2011.

Seterusnya mesyuarat ingin mempersilakan Cik Khairulida bin Kamaruzaman selaku SETIAUSAHA
KEHORMAT untuk membuat LAPORAN AKTIVITI sepanjang tahun. Dipersilakan…..

Terima kasih diucapkan kepada Cik Khairulida bt Kamaruzaman setiausaha Kehormat PIBG 2010-2011
di atas lapoan itu tadi.

Mesyuarat sekali lagi menjemput YDP PIBG en.Tuah ak Kuchi untuk mengumumkan PEMBUBARAN
JAWATANKUASA PIBG SESI 2010-2011. Dipersilakan…………..

Terima kasih diucapkan….Kini Sk Hermanus Assan tidak ada jawatankuasa PIBG buat sementara
waktu…

Baiklah…seterusnya mesyuarat kita diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada bekas ahli-
ahli jawatankuasa PIBG sesi 2010-2011. Bagi menyempurnakan acara ini..mesyuarat dengan segala
hormatnya menjemput penolong kanan Pentadbiran Sk Hermanus Assan, En.Assun ak Gani untuk
mengiringi yg berusaha guru Besar Sk Hermanus Assan, En,Abu Bakar @ Kiai bin Hj.Mohd.Anis untuk
menyampaikan cenderahati kepada para penerima…..

Dipersilakan…
1. En.Tuah ak Kuchi YDP PIBG
Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada Guru besar Sk Hermanus Assan di atas
kesudian menyampaikan cenderahati itu tadi.

Mesyuarat kita diteruskan dengan acara pemilihan jawatankuasa PIBG SK Hermanus Assan bagi sesi
2012/2014. Bagi mengendalikan acara ini. Kita mempersilakan En.Zaine bin Adeni Anggota
kakitangan Sokongan Sk Hermanus Assan selaku pengurus SPR…Dipersilakan…..

Terima kasih diucapkan pengurus SPR En.Zaine bin Adeni di atas usaha mengendalikan proses pilihan
raya bagi memilih AJK PIBG 2012/2014 SK Hermanus Assan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang telah terpilih dan diharap dapat menjalankan
tugas dengan penuh dedikasi dan ikhlas seadanya.

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Seterusnya kita ingin menjemput YDP baru untuk memberi ucapan dan merangka program serta
aktiviti PIBG bagi sesi 2012/2014…dengan segala hormatnya dipersilakan….

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG dan tahniah sekali lagi diucapkan kerana telah diberi
kepercayaan untuk menerajui PIBG Sk Hermanus Assan sesi 2012/2014.

Baiklah, agenda mesyuarat kita yang terakhir adalah untuk membincangkan hal-hal lain…mesyuarat
dibuka untuk semua ahli untuk mengenengahkan usul…..

Mesyuarat kita akan berakhir di sini..bagi mengakhirinya, mari kita sama-sama berdiri tegah untuk
menyanyi dan menghormati lagu ibu pertiwiku…..

Terima kasih diucapkan..semua hadirin dipersilakan duduk…

Bunga dedap di atas para, Dari Kedah ke pekan sari,


Anak dusun pasang pelita; Beli suasa di Kota Tinggi;
Kalau tersilap tutur bicara, Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Jemari disusun maaf dipinta……
Sekian terima kasih……

Anda mungkin juga menyukai