Anda di halaman 1dari 8

MESYUARAT AGUNG PIBG 2016

BIL
1

AGENDA

SKRIP

Ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, Tn Hj Khiyarurrahman

tetamu

bin Abdullah, Pegawai Khas kepada Menteri Perdagangan Dalam

kehormat

Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ke Mesyuarat


Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK RTBK Pondok Tanjong
Kali ke 22 Tahun 2016.

Protokol

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam
Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.

Yang Dihormati, Tn Hj Khiyarurrahman bin Abdullah, Pegawai


Khas kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK)
Yang Berusaha Encik Hassan Basri bin Ardi,
Guru Besar SK RTBK Pondok Tanjong
Yang Dihormati Encik Zulkafeli bin Mohd
Yang Dipertua PIBG SK RTBK Pondok Tanjong
Yang Berusaha
Puan Rosnah binti Bakar,
Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Salbiah binti Mohd,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn.Wan Kamariah binti Wan Ibrahim
Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan ahli jawatankuasa PIBG,
Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.

TINDAKA

MESYUARAT AGUNG PIBG 2016

Alu-aluan

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta


limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam
mesyuarat agung pibg kali ke 22 tahun 2016.
Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan
membawa makna kepada kita semua. Pastinya pertemuan pada hari
ini bertujuan untuk bertukar pandangan dan pemikiran membina, ke
arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anakanak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan
seterusnya menjulang nama SK RTBK Pondok Tanjong sama ada di
bidang kurikulum, ko-kurikulum mahupun sahsiah pelajar

Bacaan doa

Sidang hadirin,
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.
Oleh itu, majlis mempersilakan Ustaz Azlan bin Che Man untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.....
- Bacaan Doa
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Azlan bin
Che Man

Ustaz Azla

MESYUARAT AGUNG PIBG 2016

Ucapan Guru

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Besar
Seorang pemimpin ,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.
Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Hassan
Basri bin Ardi, Guru Besar SK RTBK Pondok Tanjong untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan....
- Ucapan Guru Besar
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar
atas ucapan sebentar tadi.
Warga dewan yang mulia.
6

Ucapan Alu-

Encik Zulkafeli YDP PIBG,

aluan YDP

Segak orangnya kemas bergaya;

PIBG

Dijemput ke pentas tampilkan diri,


Memberi ucapan pembuka bicara.
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Cllifford untuk memberikan
ucapan.
Dengan sukacitanya dipersilakan....

MESYUARAT AGUNG PIBG 2016

Ucapan

Sidang warga dewan sekalian,

Perasmian
Sirih junjung penuh bererti,
Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati,
Tn Hj Khiyarurrahman bin Abdullah, Pegawai Khas kepada
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
RTBK Pondok Tanjong Kali ke 22 bagi tahun 2016.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....
- Ucapan Perasmian
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi;
Dengan takbir llahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara merasmi.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Yang Dihormati, Tn Hj Khiyarurrahman bin
Abdullah, atas ucapan dan kesudian menyempurnakan majlis
perasmian sebentar tadi.

Pelancaran

Seterusnya kita ke acara pelancaran tabung pusat sumber SK

Tabung Pusat

RTBK Pondok Tanjong.Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-

Sumber

puan tabung pusat sumber ini adalah bertujuan untuk mencara


dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pusat sumber.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2016

Diharapkan tabung pusat sumber ini mendapat sambutan yang


baik dari pihak tuan demi kepentingan anak-anak didik SK RTBK
Pondok Tanjong.
9

Penyampaian

Beli keladi di Pekan Lidup,

Sijil dan

Sayang rasa lemaknya kurang;

cenderahati

Taburlah budi ketika hidup,


Kelak jasa dikenang orang.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2014/2015.
Justeru, sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati, Tn Hj Khiyarurrahman bin Abdullah, Pegawai Khas
kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) diringi oleh Yang Berusaha Encik
Hassan Basri bin Ardi, Guru Besar SK RTBK Pondok Tanjong
untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian
sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK RTBK Pondok Tanjong
sesi 2014/2015.
Dengan segala hormatnya dipersilakan....

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Dijemput..............(rujuk senarai nama)

MESYUARAT AGUNG PIBG 2016

Dijemput..............
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj
Khiyarurrahman bin Abdullah kerana sudi menyempurnakan majlis
sebentar tadi.

11

Sesi bersama

Pihak majlis sekali lagi menjemput Tn Hj Khiyarurrahman bin

warga emas

Abdullah diiringi En Hassan Basri bin Ardi, Guru Besar SK RTBK


Pondok Tanjong dan En Zulkafeli bin Mohd, YDP PIBG SK RTBK
Pondok Tanjong bagi acara pulut kuning bersama warga emas
RTBK Pondok Tanjong.
----- Pihak majlis seterusnya menjemput warga emas RTBK Pondok
Tanjong untuk naik ke atas pentas
(Baca Senarai Nama warga emas)

12

Cabutan

Majlis diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah. Dijemput

Bertuah

Tn Hj Khiyarurrahman bin Abdullah untuk mencabut 5 nombor


bertuah pada hari ini.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2016

13

Pemberian

Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan Encik Hassan Basri bin

Cederahati

Ardi, Guru Besar SK RTBK Pondok Tanjong untuk menyampaikan


cenderahati tanda ingatan daripada warga PIBG SK RTBK Pondok
Tanjong kepada tetamu istimewa kita pada hari ini.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2016

Penutup

Dengan berakhirnya majlis kita tadi, maka selesailah sudah majlis


perasmian Mesyuarat Agung kita pada hari ini.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke22 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Dari mana asalnya, usah diusul,
Molek budinya menambat hati;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.
Bintang barat terbitnya petang,
Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.
Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis.
Untuk makluman hadirin sekalian, majlis berhenti rehat dan
dijemput kepada semua hadirin di dewan ini untuk menjamu selera
juadah yang disediakan majlis akan bersambung semula pada
pukul........
Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullah hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai