Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ

JALAN DATO HAMZAH


45000 KUALA SELANGOR
MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI BIL 1 / 2015

Tarikh : 21 Januari 2015


Masa : 1.30 Tengahari
Tempat: Bilik Kokurikulum
Kehadiran
1. En Zulkifli B Kamaruddin
2. Pn Norasidah Bt Agman
3. Pn Rozita Bt Nordin
4. Cik Rohanita Bt Moh
5. Cik Norafifah Bt Ahmad Kamaruddin
6. Pn Rabiatul Adawiyah
Tidak Hadir

Pen Kanan Kokurikulum


Setiausaha
Bendahari
Pengurus Jualan
Pengurus Belian
Pengurus Stok

1. Pn Salmah Bt Mohd Yassin


2. En raja Syiarizzad
AGENDA:
1.0

Perutusan Pengerusi
En Zulkifli mengucapkan terima kasih atas kehadiran ALK dalam mesyuarat ALK
Koperasi kali pertama 2015. Semoga dengan kehadiran semua ALK dapat
menbincangkan aktiviti-aktiviti yang membolehkan koperasi sekolah menjadi koperasi
yang terbaik dan dapat menjalankan Hari Koperasi pada tahun ini.

2.0

Pengesahan Minit Mesyuarat


Cadangan
: Cik Norafifah Bt Ahmad kamarudin
Sokongan
: Cik Ruhanita Bt Moh
Cik Norafifah Bt Ahmad Kamaruddin mencadangkan supaya minit mesyuarat kali
pertama tahun 2015 bertarikh 21 Januari 2015 disahkan tanpa sebarang pindaan dan
disokong oleh Cik Ruhanita Bt Moh.

3.0

Perkara-Perkara Berbangkit
A. Dividen pelajar

Dividen pelajar terutama pelajar yang telah menamatkan persekolahan, ramai


yang tidak menuntut dan mengambil dividen dari koperasi. Pn Rozita
menjelaskan bahawa dividen hanya diserahkan kepada pelajar Tingkatan 5
dan Tingkatan 6Atas untuk memudahkan pengurusan namun kesannya
mencacatkan laporan kewangan. Penetapan penyerahan dividen akan
dibincangkan dalam mesyuarat agung akan datang.
Tindakan: Puan Rozita dan En raja

Puan Rozita memohon bantuan dan kerjasama daripada ALK supaya


membantu di koperasi ekoran koperasi kini hanya bergantung kepada seorang
pembantu tetap untuk menguruskan jualan dan belian di koperasi. Justeru Pn
Rozita memohon kepada Pn Salmah supaya dapat memaklumkan kepada guru
jadual waktu melapangkan waktu guru koperasi sebelum dan selepas rehat
untuk memudahkan bertugas di koperasi.
Tindakan: Pn Salmah dan En Rizal (Pengurus Jualan)

4.0

Perkara-Perkara Baharu
Hari Koperasi peringkat SMKSAA akan diadakan pada April 2015 engikut
jangkaan berdasarkan tahun sebelum.Mohon kerjasama dari semua pihak.
Tindakan: Semua Pengurus Koperasi

5.0

Hal-hal Lain
Tiada.

6.0

Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada 3.20 petang sehingga ke tarikh mesyuarat yang akan
ditetapkan.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

______________________
NORASIDAH BT AGMAN
Setiausaha
Koperasi SMK Sultan Abdul Aziz
Kuala Selangor BHD

_________________
En Zulkifli B kamaruddin
Pen. Kanan Kokurikulum
Kop SMK Sultan Abdul Aziz
Kuala Selangor BHD

Anda mungkin juga menyukai