Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DATO’ OMBI


KUALA KLAWANG JELEBU
NEGERI SEMBILAN
KALI KE-2
TAHUN 2023

Tarikh : 29/1/2023.
Masa : 11.00 pagi.
Tempat : No. 16 Taman Dato’ Ombi
71600 Kuala Klawang
Negeri Sembilan.
Kehadiran : Seperti dalam Lampiran A.

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Dato’ Ombi Kuala
Klawang Jelebu (PPTDOKKJ) dengan bacaan surah Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi PPTDOKKJ mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua yang
hadir pada mesyuarat ini. Beliau juga mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada
Yang Berhormat Dato’ Ir. Hj. Bakri bin Sawir selaku ADUN Kuala Klawang yang sudi hadir
untuk merasmikan mesyuarat ini.

2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN 2022

2.1 Setiausaha PPTDOKKJ meminta ahli mesyuarat merujuk lampiran Minit Mesyuarat Agung
PPTDOKKJ Tahun 2022 yang diedarkan dan membentangkan minit tersebut.

2.2 Pengerusi PPTDOKKJ meminta ahli mesyuarat memberi perhatian berkenaan perkara 3.2
iaitu yuran permulaan sebanyak RM 20.00 sebulan. Beliau mencadangkan supaya ahli
mesyuarat membuat pertimbangan sekiranya bayaran yuran perlu dinaikkan atau
dikekalkan.

2.3 En. Mohd Sofian bin Ab Kadir mencadangkan agar membuat undian bagi memutuskan
sama ada yuran bulanan dinaikkan atau dikekalkan. Keputusan undian adalah
mengekalkan yuran bulanan sebanyak RM 20.00 yang disokong oleh semua ahli
mesyuarat.

2.4 Pn. Norliza binti Mohd Rusli mencadangkan agar minit Mesyuarat Agung tahun Tahun
2022 disahkan dan disokong oleh En. Mohammad Marsha bin Omar Baki.

3. MEMBENTANGKAN DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2022

3.1 Bendahari PPTDOKKJ meminta ahli mesyuarat merujuk lampiran Penyata Kewangan
PPTDOKKJ Tahun 2022 yang diedarkan dan membentangkan minit tersebut.

3.2 Penyata Kewangan PPTDOKKJ Tahun 2022 telah dicadang untuk diluluskan oleh En.
Mohd Alhafez bin Mazlan dan disokong oleh En. Md. Yazid bin Nubin.
1
4. PEMBUBARAN AJK PPTDOKKJ TAHUN 2022

4.1 Pengerusi PPTDOKKJ tahun 2022 membubarkan jawatankuasa PPTDOKKJ tahun 2022
pada jam 12.00 tengah hari.

5. PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA

5.1 Pengerusi PPTDOKKJ tahun 2022 menyerahkan majlis kepada En. Salahuddin bin Mohd
Salleh sebagai Pengerusi Sementara.

6. PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU PPTDOKKJ TAHUN 2023

6.1 Pengerusi Sementara membuka cadangan untuk melantik:

6.1.1. Seorang Pengerusi


6.1.2. Seorang Timbalan Pengerusi
6.1.3. Seorang Setiausaha
6.1.4. Seorang Penolong Setiausaha
6.1.5. Seorang Bendahari
6.1.6. Dua orang AJK
6.1.7. Seorang Juruaudit

6.2 En. Roslan bin Itah mencadangkan Datuk Ahmad bin Hj Khalid kekal sebagai pengerusi
yang baharu. Cadangan ini disokong oleh Mohd Sofian bin Ab Kadir.

6.3 Pengerusi Sementara membuka cadangan kepada ahli mesyuarat bagi pencalonan
jawatan Timbalan Pengerusi. En. Md. Yazid bin Nubin mencadangkan agar En. Roslan
bin Itah dilantik semula sebagai Timbalan Pengerusi. Cadangan ini disokong oleh En.
Jamali bin Basar.

6.4 Pengerusi Sementara membuka cadangan kepada ahli mesyuarat bagi pencalonan
jawatan Setiausaha. Datuk Ahmad bin Khalid mencadangkan agar En. Mohd Alhafez bin
Mazlan dilantik sebagai Setiausaha. Cadangan ini disokong oleh En. Mansor bin Yahya.

6.5 Pengerusi Sementara membuka cadangan kepada ahli mesyuarat bagi pencalonan
jawatan Timbalan Setiausaha. Pn. Norliza binti Mohd Rusli mencadangkan agar En.
Salahuddin bin Mohd Salleh dilantik sebagai Timbalan Setiausaha. Cadangan ini
disokong oleh En. Mohammad Azlan bin Syed

6.6 Pengerusi Sementara membuka cadangan kepada ahli mesyuarat bagi pencalonan
jawatan Bendahari. En. Salahuddin bin Mohd Salleh mencadangkan agar En.
Mohammad Azlan bin Syed dilantik sebagai Bendahari. Cadangan ini disokong oleh En.
Ahmad Mustapha Kamal bin Ahmad.

6.7 Pengerusi Sementara membuka cadangan kepada ahli mesyuarat bagi pencalonan
jawatan Juruaudit. En. Mohd Alhafez bin Mazlan mencadangkan agar En. Norshahirdan
Bin Md Kena dilantik sebagai Juruaudit. Cadangan ini disokong oleh Pn. Azrin binti
Rasuli.

2
6.8 Pengerusi Sementara membuka cadangan kepada ahli mesyuarat bagi pencalonan AJK
1. En. Mohammad Azlan bin Syed mencadangkan agar Pn. Norliza binti Mohd Rusli
dilantik sebagai AJK 1. Cadangan ini disokong oleh Datuk Ahmad bin Hj. Khalid.

6.9 Pengerusi Sementara membuka cadangan kepada ahli mesyuarat bagi pencalonan AJK
2. En. Mohd Sofian bin Ab Kadir mencadangkan agar En. Ahmad Mustapha Kamal bin
Ahmad dilantik sebagai AJK 2. Cadangan ini disokong oleh En. Mansor bin Yahya.

6.10 Setelah dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat, AJK PPTDOKKJ tahun
2023 yang baharu adalah seperti ketetapan berikut:

6.10.1 Pengerusi : Datuk Ahmad bin Hj Khalid


6.10.2 Timbalan Pengerusi : En. Roslan bin Itah
6.10.3 Setiausaha : En. Mohd Alhafez bin Mazlan
6.10.4 Penolong Setiausaha : En. Salahuddin bin Mohd Salleh
6.10.5 Bendahari : En. Mohammad Azlan bin Syed
6.10.6 Juruaudit : En. Norshahirdan Bin Md Kena
6.10.7 AJK 1 : Pn. Norliza binti Mohd Rusli
6.10.8 AJK 2 : En. Ahmad Mustapha Kamal bin Ahmad

6.11 Datuk Ahmad bin Hj Khalid selaku pengerusi yang baharu mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua ahli mesyuarat di atas kepercayaan yang diberikan oleh ahli
mesyuarat kepada AJK PPTDOKKJ tahun 2023 untuk terus menerajui persatuan ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa AJK tambahan akan dilantik dalam mesyuarat AJK
PPTDOKKJ TAHUN 2023 yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

7. HAL – HAL LAIN

7.1 En. Salahuddin bin Mohd Salleh mencadangkan agar ahli persatuan yang membuat
bayaran penuh sebelum tamat bulan Februari 2023 diberikan diskaun sebulan bayaran
yuran. Bagi ahli yang membuat bayaran penuh sebelum tamat bulan Februari, jumlah
yang perlu dibayar adalah RM 20.00 X 11 bulan sahaja maka jumlah yang perlu dibayar
hanya RM 220.00. Beliau menambah, jika ahli persatuan membuat bayaran setelah
tamat bulan Februarui atau bayaran bulanan seperti biasa, jumlah yang perlu dibayar
adalah RM 20.00 X 12 bulan maka jumlah yang perlu dibayar adalah RM 240.00. Ahli
akan berpeluang menikmati penjimatan sebanyak RM 20.00 selain menjadi motivasi
kepada setiap ahli untuk membuat bayaran yuran serta memudahkan urusan rekod oleh
bendahari.

7.2 En. Md. Yazid bin Nubin mencadangkan usul ini diterima dan En. Roslan bin Itah
menyokong usul ini dilaksanakan.

3
8. PENANGGUHAN MESYUARAT

8.1 Datuk Ahmad bin Hj Khalid selaku Pengerusi PPTDOKKJ yang baharu menyatakan
harapan agar beliau dan barisan AJK baharu mendapat kerjasama dan sokongan
daripada semua yang terlibat.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.35 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Mohd Alhafez bin Mazlan Datuk Ahmad bin Hj Khalid


Setiausaha Pengerusi
Persatuan Penduduk Taman Dato’ Ombi Persatuan Penduduk Taman Dato’ Ombi
Kuala Klawang Jelebu Kuala Klawang Jelebu
Negeri Sembilan. Negeri Sembilan.

Tarikh : 3 Februari 2023 Tarikh : 3 Februari 2023

Anda mungkin juga menyukai