Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT ALK

KOPERASI KELUARGA SOYAH NEGERI SEMBILAN BERHAD


BIL. 1/2021

Tarikh : 11 hb April 2021 (Ahad)


Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Kediaman En. Zainal Abidin Ismail

KEHADIRAN :-

1. Encik Md Nor Ismail Pengerusi


2. Encik Muhamad Zuladha Zainal Abidin Setiausaha
3. Puan Norsyamira Binti Juhari Bendahari
4. Encik Abdul Rahman Sm Salleh ALK
5. Encik Zainal Abidin Ismail ALK
6. Encik Fairuz Md Ithnan ALK
7. Puan Siti Hazanoly Binti Mohd Hashim ALK

TIDAK HADIR DENGAN MAAF :-

1. Encik Muhamad Zarizal Bin Abdul Rahman ALK


2. Encik Fairuz Md Ithnan ALK
3. Puan Siti Hazanoly Binti Mohd Hashim ALK
4. Puan Nur Ain Binti Shamsu Kamar ALK
Bil Perkara Tindakan
UMMUL KITAB AL-FATIHAH
1 Makluman semua
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab Al-Fatihah

UCAPAN PENGERUSI

2.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada


semua ALK yang dapat hadir ke mesyuarat pertama.
2 Pengerusi
2.2 Pengerusi menyemak kehadiran dan memaklumkan tidak hadir
dengan maaf jawantankuasa yang terlibat.

PENUKARAN PENAMA & TANDATANGAN CEK

3.1 Bendahari memaklumkan bahawa penama dan tandatangan cek


di Bank Islam Koperasi wajib ditukar setelah Setiausaha Nur Ain telah Bendahari
digantikan dengan Muhamad Zuladha sebagai Setiausaha dalam
pemilihan ketika MAT ke-5 Koperasi.
3
3.2 Pengerusi mengarahkan mantan Setiausaha Nur Ain dan
Setiausaha baru Muhamad Zuladha agar dapat meluangkan masa Pengerusi
untuk selesaikan urusan penukaran penama dan tandatangan cek di
Bank Islam, Senawang.

Hal Berkaitan Kedai Santan

4.1 Bendahari mencadangkan agar gaji untuk Encik Juhari dan Puan
Bendahari
Zainap Hashim dinaikkan kepada RM500 seorang sebulan
memandangkan hasil jualan santan amat memberangsangkan dan
baik berdasarkan pembentangan akaun semasa Koperasi.

4.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menaikkan gaji bulanan


Makluman semua
4 Encik Juhari dan Puan Zainap.

4.3 Encik Abdul Rahman memaklumkan dan mencadangkan bahawa


ketika tempahan santan banyak, pekerja sambilan harus ada untuk
En. Abdul Rahman
membantu Encik Juhari dan Puan Zainap dalam proses permesenan
kelapa. Oleh itu, Encik Abdul Rahman mencadangkan bayaran upah
kepada pekerja sambilan itu dibayar sebanyak 30 sen sebiji.
Makluman semua
4.5 Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
Hal Lain-lain

5.1 Setiausaha mencadangkan supaya koperasi mengambil inisiatif


lain untuk menambah baik dan meningkatkan kewangan Koperasi Setiausaha
5 sebagai contoh meletakkan produk lain selain santan di kedai santan
dan secara dalam talian.
5.2 Setiausaha mencadangkan untuk permulaan, koperasi untuk
membeli dan menjual produk makanan bernama Gelora Crunchy
Chips iaitu kepingan lekor bersalut yang datang dalam dua perisa iaitu
Spicy Cheese dan Salted Egg Cheese.

Harga jualan dan beli adalah :-

Harga jualan : RM 17.00 sebalang.


Sekotak berisi 24 balang. Setiausaha
Harga belian :
1 – 2 kotak = RM 13.00/sebalang. Untung jualan RM 4.00/sebalang
3 – 4 kotak = RM 12.00/sebalang. Untung jualan RM 5.00/sebalang
5 – 9 kotak = RM 11.00/sebalang. Untung jualan RM 6.00/sebalang
10 kotak keatas = RM 10.00/sebalang.
Untung jualan RM 7.00/sebalang.

5.3 Mesyuarat bersetuju untuk membeli sebanyak 3 kotak iaitu 36


balang Spicy Cheese dan 36 balang salted Egg Cheese. Makluman Semua

5.4 Bendahari mencadangkan supaya jualan produk ini dibuka kepada


ahli Koperasi untuk membantu koperasi menjual. Dari keuntungan
jualan sebanyak RM 5.00/sebalang, RM 2.00 diambil oleh ahli dan RM Bendahari
3.00 diambil oleh koperasi.

5.5 Mesyuarat setuju sebulat suara.


Makluman semua

PENANGGUHAN
6
6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih pada ALK yang hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH

……………………………. ……………………………..
MUHAMAD ZULADHA ZAINAL ANIDIN MD NOR ISMAIL
SETIAUSAHA PENGERUSI

Anda mungkin juga menyukai