Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-6

KOPERASI KARIAH
MASJID AL-KHAIRIAH BATU TUJUH KUANTAN BERHAD

TARIKH : 20 MEI 2018

TEMPAT : MASJID AL KHAIRIAH BATU TUJUH KUANTAN

MASA : 9.00 PAGI

KEHADIRAN

SEPERTI LAMPIRAN

BIL PERKARA

1. UCAPAN PENGERUSI KOPERASI

- Mengucapkan terima kasih kepada semua anggota koperasi yang hadir ke


Mesyuarat Agung kali Ke- 6 ini.
- Berharap semua anggota koperasi bersama-sama membangunkan koperasi.
- Menggalakkan semua anggota koperasi menambah modal syer mengikut
kemampuan.
- Mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua anggota koperasi yang hadir
Mesyuarat Agung kali ini.

2. MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT

- Tn. Hj. Ismail b Nihat dilantik mempengerusikan Mesyuarat Agung Ke-6


Koperasi Kariah Masjid Al-Khairiah Batu Tujuh Kuantan Berhad.

Dicadang oleh : Tn. Hj. Bhori b Said


Disokong oleh : En. Abu Talib b Baharom

3. UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT


(Tn. Hj. Ismail b Nihat )

- Mengucapkan terima kasih kepada semua anggota Koperasi Kariah di atas


kepercayaan melantik beliau mempengerusikan Mesyuarat Agung Ke-6
Koperasi Kariah.

4. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE -5

1
- En. Ahmad b. Salleh selaku Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat
Agung Ke-5 yang bertarikh 15 April 2017 untuk diterima dan disahkan.

Disahkan oleh : En. Abu Talib b Baharom


Disokong oleh :.Pn. Che Mazida Asma bt Che Abdul Malek

5. MENIMBANG DAN MELULUSKAN LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2017

- En. Ahmad b. Salleh selaku Setiausaha membentangkan Laporan Aktiviti


Tahunan Koperasi Kariah untuk makluman semua anggota koperasi.
- Mesyuarat sebulat suara meluluskan Laporan Tahunan Koperasi yang
dibentangkan.

Dicadangkan oleh : En. Wan Abdul Abdul Kadir b Wan Mustaffa


Di sokong oleh : Tn. Hj. Zaidin b Ghazali

6. MENIMBANG DAN MELULUSKAN LAPORAN LEMBAGA KOPERASI

- En. Ahmad b. Salleh selaku Setiausaha membentangkan Laporan


Lembaga Koperasi untuk dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan.

Dicadangkan oleh : Tn. Hj. Zaidin b Ghazali


Disokong oleh : En. Abu Talib b. Bharom

7. MEMBENTANGKAN DAN MELULUSKAN LAPORAN KEWANGAN

- En. Nor Afian b Salamuddin selaku Bendahari Koperasi Kariah Masjid Al-
Khairiah Batu Tujuh Kuantan Berhad membentangkan Penyata Kewangan
Koperasi yang berakhir pada 31 Ogos 2017.
- Tn. Hj. Ismail selaku Penasihat koperasi menerangkan kepada ahli
mesyuarat tentang 10% dividen yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia. Walaubagaimanapun Ahli Lembaga Koperasi bersetuju untuk
mengagihkan dividen sebanyak 8% kepada anggota koperasi.
- Semua Anggota koperasi sebulat suara bersetuju supaya Koperasi Kariah
Masjid Al Khariah Batu Tujuh Kuantan Behad melabor di Bank Persatuan
Koperasi.

Disahkan oleh : En. Ismail b Abu Bakar


Disokong oleh : En. Rosji b. Ramili

8. MENIMBANG DAN MELULUSKAN ANGARAN BELANJAWAN 2018

- Pengerusi membentangkan anggaran belanjawan koperasi bagi tahun 2018

2
untuk diluluskan.

Dicadangkan oleh : Tn. Hj. Zaidin b. Ghazali


Disokong oleh : En. Abu Talib b. Baharom

9. PEMBUBARAN AHLI LEMBAGA KOPERASI 2017 – 2018

- Pengerusi memaklumkan 4 orang Ahli Lembaga Koperasi yang digugurkan


secara giliran iaitu:

- En. Abdullah b. Daud


- En. Wan Abdul Kadir b. Wan Mustaffa
- En. Ahmad b.Salleh
- Pn. Faridah bt. Wahab

- Mesyuarat sebulat suara melantik semula Ahli Lembaga Koperasi yang


gugur secara giliran iatu:-

- En. Abdullah b. Daud


- En. Wan Abdul Kadir b. Wan Mustaffa
- En. Ahmad b.Salleh
- Pn. Faridah bt. Wahab

Dicadang : Tn. Hj. Bhori b. Said


Disokong : En. Mohd Ridzuan b. Mat Shah

10. MELANTIK 10 ORANG JAWATANKUASA MENENTUSAHKAN DRAF


MINIT MESYUARAT AGUNG (Terdiri Daripada 6 Orang Dari Kalangan
Anggota Dan 4 Orang Dari Anggota Lembaga)

- Mesyuarat sebulat suara melantik 10 orang jawatankuasa menentusahkan Minit


Mesyuarat Agung Ke- 6.

- Senarai yang dilantik adalah seperti berikut:

1. En. A. Rafur b. Mohd Jata - Anggota


2. Pn. Maziah bt Abdullah - Anggota
3. En. Ismail b. Samsudin - Anggota
4. En. Mohd Rashdan b. Omar - Anggota
5. Pn. Hjh. Zaiton bt. Mamat - Anggota
6. Pn. Wan Azmah bt Wan Bakar - Anggota

7. En Abdullah b Daud - ALK


8. En. Ahmad b Salleh - ALK
9. En. Wan Abdul Kadir b. Wan Mustaffa - ALK
10. En. Nor Afian b. Salamuddin - ALK

3
- Mesyuarat menentusah minit Mesyuarat Agung Ke 6 akan diadakan pada
27 Mei 2018 (Ahad) di Masjid Al Khariah pada pukul 10.00 malam (Selepas
Solat Tarawih)

11. USUL DAN CADANGAN

Usul/Cadangan Anggota (Tn. Hj. Zaidin b. Ghazali)


- Modal syer anggota ditambah sangat dialu-alukan. (Maksimum RM3800.00)

12. UCAPAN PENANGGUHAN

- Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua ahli yang sudi
hadir ke Mesyuarat Agung kali Ke 6 ini.
- Mengharapkan semua ahli berusaha untuk memajukan koperasi.

Mesyuarat ditamatkan pada pukul 10.20 pagi

Disediakan oleh, Disemak oleh,

AHMAD B SALLEH ABDULLAH B DAUD


Setiausaha Koperasi Kariah Pengerusi Koperasi Kariah
Masjid Al Khairiah Masjid Al Khairiah
Batu Tujuh Kuantan Berhad Batu Tujuh Kuantan Berhad

Anda mungkin juga menyukai