Anda di halaman 1dari 4

Tarikh : 24 September 2014

Hari : Rabu

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil, Tapah

Perkara : Mesyuarat Agung Kali Ke-28

 Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Muhammad Izzat bin Shahbudin pada jam 3.15
petang.

 Ucapan pengerusi
o Pengerusi meminta ahli koperasi memberikan kerjasama yang baik semasa mesyuarat
berlangsung.
o Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Pegawai SKM Daerah batang Padang, En.
Wan Sharifudin bin Arifin dan mantan Pengurus Koperasi SMKBA, En. Amirudin ke
Mesyuarat Agung kali ke-28.
o Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dan ahli
lembaga koperasi (ALK) 2013/2014 yang terlibat dalam menguruskan hal-hal yang
berkaitan dengan pentadbiran dan proses jual beli di Koperasi SMKBA.
o Pengerusi berharap ahli lembaga koperasi yang akan datang dapat berkhidmat dengan
lebih baik dan mengembangkan koperasi demi kebaikan ahli-ahli koperasi.
o Pengerusi meminta murid-murid menyokong usaha dan aktiviti yang dilaksanakan
oleh organisasi ini.
o Pengetua mengumumkan pembubaran ALK sesi 2013/2014.

 Pemilihan 9 anggota ALK (pelajar)


o Pengerusi memperkenalkan 14 calon ALK sesi 2014/2015. Semua calon diminta
tampil ke hadapan untuk memperkenalkan diri.
o 14 orang calon memperkenalkan diri di hadapan.
o Pengerusi memohon ahli koperasi yang hadir untuk memilih 9 sahaja calon dan
memasukkan undian ke dalam kotak undian yang disediakan.

 Mengesahkan minit mesyuarat


o Cik Norshahanim selaku SU membentangkan minit mesyuarat koperasi kali ke-27
sesi 2013/2014.
o SU memaklumkan kepada ahli supaya merujuk kepada minit mesyuarat yang telah
diedarkan.
o SU memaklumkan terdapat beberapa kesalahan ejaan calon dan ejaan juru audit pada
minit minit mesyuarat yang diedarkan.
o Pengerusi memohon murid untuk mengesahkan dan menyokong pengesahan minit
mesyuarat. Cik Masita binti Ramli mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan
disokong oleh Muhammad Asyraf bin Muzaffar (4B).

 Pembentangan Laporan Kewangan Sesi 2012/2013


o En. Zaki selaku bendahari membentangkan laporan kewangan yang belum diaudit
bermula dari 1 April 2013 sehingga 31 Mac 2014.
o Pada tahun 2013, hutang koperasi dengan pembekal sebanyak RM19,750.05, pada
tahun perakaunan semasa, koperasi berjaya untuk menyelesaikan kesemua hutang
tersebut.
o Bendahari menyatakan bahawa keuntungan kasar koperasi pada tahun 2013 adalah
sebanyak RM7,279.08 dan telah meningkat kepada RM20,435.63 pada tahun 2014.
o Bendahari menyatakan bahawa keuntungan bersih koperasi pada tahun 2013 adalah
sebanyak RM2,612.67, manakala keuntungan bersih bagi tahun 2014 adalah sebanyak
RM13,408.37.

 Laporan Anggota Lembaga Koperasi 2013/2014


o SU membentangkan laporan aktiviti koperasi seperti Laporan Mesyuarat Agung Ahli
Lembaga Koperasi. Mesyuarat ini diadakan sebanyak empat kali, iaitu yang bertarikh
12 November 2013, 29 Januari 2014, 18 June 2014 dan 8 September 2014.
o SU turut membentang laporan aktiviti koperasi yang lain seperti Hari Koperasi
Sekolah 2014, Majlis Makan Malam bersempena Persaraan Encik Amir dan acara-
acara jualan.
o Lui Ting (6AB) mencadangkan agar laporan aktiviti koperasi 2013/2014 disahkan
dan disokong oleh Lau Ho Yee (6AB).

 Pembentangan usul (hanya usul bertulis diterima)


o Murid mencadangkan supaya kad hello dijual di kedai koperasi. En. Zaki meminta
maklum balas daripada ahli koperasi yang menggunakan kad hello dan penjualan kad
hello akan diusahakan selewat-lewatnya bulan hadapan.
o Murid mencadangkan penjualan baju batik asrama sepanjang tahun di kedai koperasi.
Menurut En. Zaki, baju asrama disediakan sepanjang tahun. Tetapi pada masa ini,
stok baju batik asrama telah habis. Tahun depan akan ada stok baru.
o Guru mencadangkan supaya mengadakan mesin fotostat di bilik guru. Menurut
pengerusi koperasi, usul ini akan dibincangkan dengan pihak pentadbir dan kelab
guru.
o Guru mencadangkan, petugas koperasi (ALK) yang bertugas setiap kali masa rehat
supaya diberikan elaun sebanyak RM5 setiap hari bertugas. Menurut pengerusi
koperasi usul ini akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli lembaga koperasi.

 Keputusan Undian.
o Pengerusi mengumumkan keputusan undian seperti berikut:

NO. NAMA CALON TING. KEPUTUSAN KEDUDUKAN


CALON (JUMLAH
UNDIAN)
1 AHMAD FADRIZ BIN 1KAA 224 7
AHMAD DAMAN HURI
2 MOHAMAD AKMAL 1U 159 12
BIN AZIZOL AZELI
3 MATHAN RAJ A/L 1O 62 13
RAMAIAH
4 VILAKSHAN RAJU A/L 1O 53 14
KUMARAGURU
5 MUHAMMAD ASYRAF 4B 257 1
MUZAFAR BIN MOHD
HALIM
6 NURUL DAYANA BINTI 4Y 237 4
AHMAD
7 KHAIRUNNISA BINTI 4Y 204 9
WAHID
8 NOR IRSALINA BINTI 4Y 209 8
AZIZOL AZELI
9 NAJAH ADILAH BINTI 6RO 248 3
AZEMI
10 AINUL SHAFIZA BINTI 6RO 226 5
RAHIM
11 MUHAMMAD IZZAT 6RO 233 5
BIN SHAHBUDIN
12 IDRIS BIN ZULKIFLI 6RO 254 2
13 NUR SYUHADA BINTI 6RO 203 10
ZUL
14 MUHAMMAD FAREEZ 6RO 188 11
BIN FAZAL MOHAMED

o Pengerusi mengumumkan sembilan orang murid yang mendapat undian tertinggi


sebagai ALK Koperasi SMK Buyong Adil Berhad sesi 2014/15.
o Pengerusi turut melantik Nur Syihada binti Zul (6RO) dan Muhammad Fareez bin
Faza Mohamed (6RO) sebagai juru audit.
 Ucapan penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ALK yang lama kerana telah menjalankan
tugas dengan baik. Pengerusi berharap ALK baru yang dilantik akan menjalankan tugas
dengan sebaik mungkin. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.35 petang.

Anda mungkin juga menyukai