Anda di halaman 1dari 30

1.

0 PENGENALAN

Istilah pertanian komersial secara umumnya digunakan untuk proses pengeluaran


tanaman bagi pasaran untuk dijual dan bukannya untuk kegunaan keluarga atau sara hidup.
Proses pengkomersilan pertanian di India bermula sejak awal abad ke-19. Hasil daripada
proses ini, sektor pertanian tidak lagi ditumpukan kepada pengeluaran makanan untuk
kegunaan tempatan, sebaliknya semakin luas kawasan pertanian dibuka untuk memenuhi
keperluan eksport British. Abad ke-19 memperlihatkan usaha British untuk mengeksploitasi
potensi eksport produk-produk pertanian yang terdapat di India seperti indigo, jut, kapas,
gandum, tembakau, tebu, candu dan teh.1 Terdapat juga sesetengah daripada tanaman tersebut
yang diperkenalkan oleh British sendiri dan diusahakan di India bagi aktiviti pertanian
komersil.

Perindustrian yang pesat di England adalah salah satu sebab yang penting bagi
perubahan dalam corak tanaman di India. Kilang-kilang Inggeris memerlukan bahan mentah
kapas, indigo, tebu, gandum, teh, tembakau, candu dan sebagainya. Disebabkan itu, British
memperkenalkan dan membuat dasar-dasar dan pembangunan yang sesuai dengan
kepentingan perdagangan mereka. Rangkaian jalan raya dan landasan kereta api telah
dibangunkan bersama-sama dengan pelabuhan supaya mereka dengan mudah dapat
mengeksport bahan mentah pertanian dari India. Selain itu, British turut memperkenalkan
dasar pemilikan tanah, pengkhususan tanaman, membawa masuk pemodal Eropah ke India,
mewujudkan Botanical Garden, membuat akta berkaitan dengan tanaman teh, menghantar
perisik ke China dan mengimport buruh Cina untuk bekerja di ladang teh.2

Pengkomersialan pertanian telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada


ekonomi India, pertanian, corak tanaman dan keadaan para petani. Pengkomersilan pertanian
telah menghubungkan pasaran India dengan pasaran antarabangsa. Perhubungan antara
pasaran India dengan pasaran antarabangsa juga bermaksud kekurangan dalam bahan mentah
untuk pasaran domestik bagi pengeluaran dan kegunaan tempatan. Justeru, pengkomersilan
pertanian merupakan salah satu sebab perkembangan perindustrian di India pada abad ke-19
dan 20.3

1
N. Jayapalan. 2008. Economic History of India: Ancient to Present Day. New Delhi: Atlantic Publisher &
Distributors . Hlm. 110-111.
2
Mohamad Tarique. 2008. Modern Indian History. New Delhi: Tata McGraw-Hill Education. Hlm. 80.
3
Ibid.

1
2.0 TANAMAN KOMERSIL

2.1 KAPAS

Kebanggaan India dalam dunia tekstil secara umumnya adalah kapas kerana ia adalah
sumber yang dibangunkan sepenuhnya di India sebagai bahan mentah. Dalam bahasa Sanskrit
kapas sering dipanggil Bharadwaj atau Karpas, selain turut dikenali sebagai Tulo, Tula,
Kapas, Karpas, Laisen dalam pelbagai bahasa India. Istilah Bahasa Inggeris iaitu "Cotton"
berasal dari bahasa Arab iaitu "qutun", meskipun kapas tidak pernah ditanam di Timur
Tengah. Istilah tersebut telah diperoleh mungkin kerana tekstil kapas India dieksport ke
Eropah melalui negara-negara Arab oleh pedagang-pedagang Arab.4

India merupakan pengeluar kapas yang kedua terbesar di dunia. Kapas merupakan
tanaman utama yang memberi sumbangan sebanyak 65% daripada gentian yang digunakan
dalam industri India. Kapas ditanam di empat kawasan agro-ekologi iaitu di bahagian utara,
tengah, selatan dan timur negara berkenaan. Di bahagian zon utara, kawasan tersebut hampir
sebahagian besar disalirkan air, manakala saliran air di kawasan tengah adalah jauh lebih
rendah iaitu 23%, manakala zon selatan 40%. Kawasan terbesar penanaman kapas adalah di
zon tengah iaitu 66.66% daripada negara India.5

Di India, kapas merupakan satu unsur anyaman, warna, mempunyai reka bentuk yang
unik dan pewarna yang menakjubkan. Kapas India telah dikenali oleh orang-orang Yunani
purba sejak dahulu kala dan terkenal di seluruh kawasan Mediterranean. Anyaman kapas
adalah industri desa di India, terutamanya di rumah. Selari dengan pembangunan dalam
aktiviti perdagangan pada abad ke-16, permintaan bagi kapas berkembang dengan sungguh
pesat. Setiap kawasan yang berbeza di India mempunyai perbezaan dalam teknik menganyam
dan percetakannya. Pada abad ke-17, India mula menyelaraskan pengeluarannya. Kapas
mentah yang tumbuh di seluruh kawasan India dibawa ke Deccan di bahagian selatan India,
yang mana berfungsi sebagai pusat pengeluaran.6

Kapas merupakan tanaman yang dikeluarkan di India dan secara semula jadi ia
mempunyai kualiti yang baik. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui muslin halus
yang terhasil bersama-sama dengan kapas tersebut, malahan ia mempunyai tahap ketahanan

4
G. K. Ghosh & Shukla Ghosh. 1995. Indian Textiles: Past and Present. India: APH Publishing. Hlm. 23.
5
Ushar Barwale Zehr. 2010. Cotton: Biotechnological Advances. London: Springer Heidelberg Dordrecht. Hlm.
15.
6
Condra, J. 2008. The Greenwood Encyclopedia of Clothing Through World History: 1501-1800. United States:
Greenwood Publishing Group. Hlm. 112.

2
yang tinggi lantas menyebabkan barangan kapas mampu menembusi keluar pasaran, bukan
sahaja di Eropah tetapi juga dalam negara India itu sendiri. 7 Kapas yang mempunyai harga
tertinggi dalam pasaran ditanam di kawasan yang luas yang terdapat di serata wilayah dunia.
Wilayah kekuasaan British di India mencakupi kawasan yang sangat luas termasuklah
kawasan pergunungan yang tertinggi di dunia yang mana memiliki kepelbagaian tanih dan
iklim yang begitu sesuai untuk tanaman kapas. Oleh itu, kapas ditanam di setiap bahagian
kekuasaan British India.8 Namun, meskipun tanaman kapas berkembang hampir di seluruh
India tetapi kapas hitam India Selatan, lebih sesuai tumbuh di beberapa tempat seperti
Gujarat, Punjab dan Haryana.9

Di akhir abad ke-18, Britain mempercepatkan perkembangannya di India, yang mana


ketika itu Britain menguasai dan memiliki industri tekstil yang berkembang maju yang
selama berabad-abad telah menjual produk kapas berkualiti tinggi di seluruh India, bahkan
turut dipasarkan di benua Afrika dan juga di negara-negara Asia Tengah. Tambahan pula,
Britain menerima bahan import mentah iaitu kapas dari India untuk digunakan dalam
pengeluaran barangan British tanpa sebarang cukai atau tarif yang dikenakan. Namun,
Syarikat Hindia Timur Inggeris dan para pedagang British di India kemudiannya beralih
daripada kegiatan mengeksport tekstil kepada eksport kapas mentah ke Britain. Akibatnya,
industri tekstil India yang sepatutnya dieksport ke England dengan harapan supaya British
akan mengeksport semula produk mereka ke dalam pasaran dunia telah lenyap dan India
kehilangan salah satu pasaran tekstil yang terbesar dan akhirnya mula merosot.10

Walaupun India telah menghasilkan pakaian berasaskan kapas dan kain selama
berabad-abad, kilang industri tekstil berasaskan kapas hanya bermula pada tahun 1854
dengan penubuhan kilang kapas moden pertama di Bombay. Pada tahun 1861, sebanyak dua
belas buah kilang telah dibina di wilayah Bombay, khususnya di Pulau Bombay. Apabila
tercetusnya Perang Saudara di Amerika Syarikat pada tahun yang sama, ia menyebabkan
harga bahan mentah produk kapas India melambung lebih tinggi kerana bekalan dari
bahagian selatan Amerika untuk dihantar ke Britian semuanya telah lenyap. 11 Keadaan ini
menyebabkan British terpaksa mencari cara alternatif lain untuk memperoleh kapas dan

7
Royle, J. F. 1840. The Cultivation of Cotton in India. London: The British Library. Hlm. 1.
8
Ibid. Hlm.2.
9
G. K. Ghosh & Shukla Ghosh. 1995. Indian Textiles: Past and Present. India: APH Publishing. Hlm. 24.
10
Cypher, M. J. & Dietz, L. J. 2004. The Process of Economic Development. New York: Routledge. Hlm. 79.
11
Schmidt, J. K. 1995. An Atlas and Survey of South Asian History. New York: M.E. Sharpe. Hlm. 110.

3
ternyata India mampu untuk membekalkan bahan mentah kapas kepada British untuk
mengerakkan industri tekstil British yang terjejas akibat Perang Saudara tersebut.12

Peningkatan besar yang berlaku dalam eksport kapas mentah menyekat perkembangan
industri kapas di India kerana terdapat hanya lapan buah kilang baru dibina antara tahun 1861
dan tahun 1872. Menjelang tahun 1879, hampir 75% daripada kilang-kilang semuanya
terletak di wilayah Bombay, dengan lebih 50% di Pulau Bombay sahaja. Produk-produk
tenunan yang kasar sebahagian besar dibekalkan dalam pasaran tempatan, manakala barangan
lebih halus datang dari kilang-kilang Lancashire di Britain. Tempoh dua puluh tahun terakhir
memperlihatkan pertumbuhan keseluruhan yang ketara dalam industri kapas. Pada tahun
1895, terdapat sebanyak 144 buah kilang yang masih dalam proses pembinaan yang rata-
ratanya dimiliki oleh masyarakat India, dengan jumlah pekerja lebih daripada 140 ribu orang.

Pertumbuhan dalam industri menjadi perlahan antara tahun 1895 hingga tahun 1900
akibat daripada masalah kebuluran yang menjejaskan kebanyakan kawasan kapas serta
Bombay, serta tercetusnya wabak di Bombay pada tahun 1896. Pertumbuhan di dalam
industri tekstil terus menjadi perlahan meskipun selepas tahun 1900. Tambahan lagi,
kemelesetan pada tahun 1929 menyebabkan industri tekstil kapas India mengalami kejutan
yang lebih besar kerana harga jatuh secara mendadak serta adanya saingan dari negara luar
terutamanya dari Jepun yang telah menyaingi pasaran India.13

Reka cipta dalam bidang tekstil menjelang akhir abad ke-18 telah mengubah England
kepada negara pembuat dan pengeksport tekstil. Perang Napoleon mengakibatkan
pertambahan jumlah perdagangan tekstil Inggeris yang sangat besar. Keadaan ini
menyebabkan India tidak mampu bersaing dengan kilang lebih murah yang turut
menghasilkan kain. Kepakaran menganyam beransur-ansur pudar. Akibatnya, India
kehilangan hak ketuanannya sebagai negara perkilangan dan penghasil tekstil, seni
menganyam dan percetakan.14 Pada masa yang sama, barangan tekstil murah buatan England
telah mengalir masuk ke India. Menjelang pertengahan abad ke-19, asas perindustrian India
dalam industri tekstil telah musnah ekoran daripada dasar British. India tidak lagi
menghasilkan tekstil sendiri tetapi kini mengeksport kapas mentah ke Britain untuk
mendapatkan barangan tekstil kapas buatan British.15 Hal ini kerana dasar perdagangan
12
Binay Bhushan Chaudhuri. 2008. Peasant History of Late Pre-Colonial and Colonial India. India: Pearson
Education India. Hlm. 433.
13
Schmidt, J. K. 1995. An Atlas and Survey of South Asian History. New York: M.E. Sharpe. Hlm. 110.
14
G.K. Ghosh & Shukla Ghosh. 1995. Indian Textile: Past and Present. New Delhi: APH Publishing Corporation.
Hlm. 26.
15
Cypher, M. J. & Dietz, L. J. 2004. The Process of Economic Development. New York: Routledge. Hlm. 79.

4
British pada abad ke-18 dan awal abad ke-19 adalah untuk memperluaskan barangan British.
Import barangan India ke Eropah dibenarkan dengan kadar cukai yang terlalu tinggi,
manakala sebaliknya barangan perkilangan British dipaksa masuk ke India atas kadar cukai
yang sangat rendah.16

2.2 INDIGO ATAU NILA.

Sumber: Dipetik daripada http://www.hennaexporter.com/indigo.html

Perusahaan nila / indigo merupakan salah satu tanaman komersial yang diusahakan di
India oleh pihak British17. Permulaan penanaman indigo ini yang berjaya menyebabkan
mereka menerima bantuan bagi penanaman tanaman ini. Terdapat peningkatan terhadap
permintaan nila di pasaran antarabangsa tetapi penyaluran nila ini agak lambat disebabkan
kawasan seperti Amerika Utara tidak mampu untuk memenuhi permintaan antarabangsa yang
kian meningkat. Hal ini telah merancakkan penanaman nila di India .Tanaman nila ini telah
secara rasminya digunakan secara berleluasa dalam industri tekstil pada tahun 1740 apabila
berlakunya pertumbuhan di dalam industri tekstil. 18 Penggunaan nila telah meningkat apabila
tentera England yang menentang pasukan tentera Perancis yang memakai pakaian seragam
tentera yang berwarna biru. Penyaluran nila daripada Amerika telah berkurangan apabila ia
telah mencapai kemerdekaan pada masa itu. Di bahagian West Indies pula mereka telah mula
beralih kepada penanaman kopi dan kapas. Hal ini menyebabkan kadar pengeluaran nila di
antara tahun 1783 hingga 1789 telah menurun sebanyak 50 %. Industri nila ini adalah
berdasarkan penggunaan buruh dari Perancis yang merupakan pembekal buruh dari kalangan
hamba Afrika. Hal ini juga ditambah juga dengan tercetusnya Revolusi Perancis.

16
S. N. Sen. 2006. History Modern India. New Delhi: New Age International Publishers. Hlm. 70.
17
Krishna kanta Handiqui State Open University . 2014. Colonial History. Diperoleh daripada
http://www.kkhsou.in/main/history/colonial_economy.html . Diakses 11 Oct 2014 .
18
S.N. Pandey. 2008.Economic History Of Modern India. New Delhi: Read worthy Publication. Hlm. 43 .

5
Bantuan kerajaan bristih bagi meningkatkan penanaman nila /indigo.

Kerajaan memerlukan perdagangan luar yang memainkan peranan sebagai penjamin


bekalan kewangan supaya wang barangan yang dijual dapat dihantar ke England
.Perdagangan textile yang pesat telah berkurangan menyebabkan British memainkan peranan
penting menghidupkan kembali industri tekstil dengan memperkenalkan tanaman indigo /
nila ini. Bagi memperkasakan tanaman nila ini kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis
pinjaman serta pelbagai keistimewaan diberikan kepada penanam pokok nila ini. Namun
begitu penanam tanaman komersial yang baru ini masih mempunyai kekangan baru bagi
menanam luas tanaman ini kerana petani India tidak mempunyai tanah secara rasmi / undang
– undang.19 Kebanjiran pemodal ini telah dikurangkan dari masa ke masa bagi melindungi
industri perladangan komersial yang baru ini bagi mewujudkan peladang yang berjaya dalam
kalangan orang India. Dengan keadaan ini, Bengal Board of Trade menegaskan bahawa
British dapat membelinya dengan harga yang murah dan menjualnya di pasaran dengan harga
yang ditentukan oleh mereka. Menjelang tahun 1890 –an, peladang Begal secara rasminya
telah memasarkan kesemua hasil tanaman nila mereka ke pasaran Eropah kecil dan juga
mampu bersaing dengan pembekal indigo Eropah yang lain. Penghasilan tanaman indigo ini
telah meningkat secara berperingkat- peringkat di mana pada tahun 1788 adalah sebanyak
4952 (mounds) kepada 132946 (mounds) pada tahun 1830. Kadar pertumbuhan pengeluaran
hasil tanaman indigo ini berubah-ubah.

Hal in bergantung pada 4 faktor iaitu yang dimainkan oleh pihak British yang
mengambil peluang daripada keadaan di Eropah. Salah satu faktor peningkatan pengeluaran
hasil nila adalah spekulasi ekonomi selepas peperangan England menentang Perancis ini,
faktor kedua kadar pasaran nila ke Eropah berubah adalah disebabkan oleh krisis ekonomi di
London pada 1796 hingga 1797 di mana mencapai kejatuhan 56 %. Namun menjelang tahun
1803 dan 1804 pula meningkat kepada 217 % tetapi permintaan terhadap nila mula menurun
di Eropah akibat tercetusnya Perang Napoleon di Perancis yang mengurangkan kadar
permintaannya. Selain itu menjelang tahun 1808-9 pula tahap pengeluarannya mula
berkurangan kepada 54 %. Selepas berakhirnya Perang Napoleon maka berlaku sedikit
peningkatan dalam penanaman indigo kepada 54.3 % menjelang tahun 1814-16. Namun
begitu kerajaan British di Bengal masih tidak berputus asa dengan meluaskan penanaman nila
apabila berlaku peningkatan permintaan di pasaran di London. Salah satu faktor penting
kerajaan Bengal berbuat demikian ialah pasaran barangan kapas (India) yang dipasarkan ke
19
S.N. Pandey. 2008. Economic History Of Modern India. New Delhi: Read worthy Publication.Hlm.43.

6
luar adalah sedikit ke Eropah dan Asia telah berkurangan. Oleh itu, indigo berjaya
menembusi pasaran antarabangsa menggantikan kapas sebagai komoditi komersial utama.
Pada tahun 1820-35 beban hutang kerajaan (fiscal depression) menyebabkan kadar eksport
indigo ke luar berkurangan 20.Walaupun ekonomi British di India pulih kembali namun tidak
memulihkan pengurangan permintaan nila di pasaran antarabangsa 1845-46 disebabkan
kejatuhan harga akibat pengeluaran nila sintetik. Hal ini bertambah buruk dengan
Pemberontakan Nila 1859-60 oleh penduduk Bengal yang menyebabkan pengeluaran nila di
Bihar juga kurang. Bihar selepas itu mengambil alih tempat utama sebagai pengeluar Nila
terbesar selepas penanaman tebu di Bihar gagal pada tahun 1860.

2.3 JUT

Sumber : Dipetik daripada http://sourovrope.com/home/?p=474

Sebelum kita mengkaji tentang pengenalan jut sebagai tanaman komersial di India
oleh Syarikat India Timur perlu kita memahami asal usul tanaman ini sebenarnya. Secara
botanical tanaman jut ini datang daripada 2 jenis tumbuhan iaitu Corchorus capisuais dan
C.oltorius. Corchorus capisuais ini mempunyai buah yang bulat dan ditanam di tengah dan
timur wilayah Bengal21.C.oltorius pula ditanam di Calcutta. Mengikut sejarah tanaman ini
berasal daripada China secara liar. Genus Chorchorus ini membesar di kawasan yang panas
seperti Asia, Afrika dan Amerika. C.oltorius ini juga dipanggil sebagai ‘Jewis Mallow’ dan
dimasak sebagai sayur di Syria dan Mesir. Asal usul tumbuhan ini yang tumbuh di merata
tempat di oleh itu asal tumbuhan ini tidak dapat dipastikan sepenuhnya .Ciri fizikal tumbuhan
adalah berasakan kepada gentian kulit (batang.) Tumbuhan ini mampu tumbuh setinggi 2.5

20
S.N. Pandey. Economic History Of Modern India. New Delhi: Read worthy Publication.Hlm.45.
21
L.V.Saptharishi.2000.Jute:Handlooms of India. New Delhi : Mapin Publisher.Hlm .8.

7
m. Jut ini dituai dengan dikerat batangnya dari bawah dan direndam di dalam air yang
berdekatan dengan tanaman jut ini supaya lembut dan mudah diproses dan dikerat. Proses
mengerat jut ini mengambil masa 10 hingga 20 hari kerana ia bergantung pada ketebalan
batangnya itu. Gentian ini dibiarkan digantung dan dikeringkan dan ia mempunyai
permukaan yang seperti sutera dan kuat.22

Jut ini kebanyakan di tanaman di wilayah Bengal iaitu kerana mengalirnya Sungai
Brahmaputra dan Sungai Ganges yang membentuk delta yang subur untuk pertumbuhan
tanaman ini. Jut memerlukan membekalkan air yang secukupnya untuk pertumbuhan jut ini.
Tanaman jut ini telah wujud di India sejak zaman Vedik lagi. Jut ini telah digunakan oleh
penduduk miskin ini untuk membuat pakaian dan tikar .Ini membolehkan SHTI memikirkan
cara untuk memonopoli tanaman ini untuk kepentingan mereka iaitu menjadikan ia sebagai
tanaman monopoli mereka. Hasil perhubungan di antara kerajaan Scotland dan British hasil
tanaman jut ini dibeli di India dengan harga yang rendah dan dijual dengan harga yang tinggi
di pasaran di Dundee, Scotland.23Hasilnya wujud perlumbaan di dalam India iaitu pengusaha
Jut di India cuba untuk memperbanyakkan hasil tanam ini dengan niat dapat memegang
pasaran antarabangsa dunia. Tetapi pengusaha di Dundee berniat untuk membeli hasil jut ini
dengan harga yang murah. Menjelang tahun 1850-1890 Calcutta telah mengambil alih
pengeluaran antarabangsa jut ini apabila meletusnya Perang dunia pertama 1914-18. Sejarah
jut bermula sebagai tanaman komersial telah mula diperhebat sekitar tahun 1830-an.
Sebenarnya tanaman jut ini telah lama wujud di India iaitu di Bengal, sejak berabad-abad.
Kebangkitan tanaman jut ini sebagai tanaman komersial ini diperhebat oleh oleh pemodal
pemodal Barat dari Dundee, Scotland di bawah naungan SHTI. Tanaman jut telah menjadi
tanaman komersial berikutan penggunaan jut ini untuk membuat beg guni, beg menyimpan
barang-barang dalam bentuk pukal dan juga benang. Jut juga boleh dikatakan sebagai satu
tanaman yang murah dan mudah diusahakan. Tambahan pula penggunaan tanaman jut ini
mula popular sewaktu Perang Dunia 1 apabila menentang Jerman jut ini digunakan untuk
membuat beg guni menyimpan pasir supaya dijadikan benteng pertahan bagi askar-askar.
Selepas SHTI memonopoli tanaman jut ini, India menikmati pulangan yang lumayan begitu
juga dengan petani di Bengal India.

Bengal memonopoli perdagangan jut ini .Perlu kita ambil perhatian di sini di mana,
bagaimana tanaman jut ini memasuki SHTI pada sekitar 1740-1790. Ia mula dilihat sebagai
22
Ibid. Hlm .9.
23
Stewart, G. T. 1998. Jute and Empire: The Calcutta Jute Wallahs and the Landscapes of Empire. England
:Mancester University Press.Hlm.38.

8
bahan penting komersial selain dalam pembuatan tali dan kanvas kapal syarikat dan juga
memenuhi keperluan pasaran tempatan. Hasil eksperimen di Dundee, hasil jut ini
dilembutkan dengan minyak ikan paus. Pada masa itu industri penangkapan ikan paus yang
meningkat dan ia membolehkan minyak ini digunakan supaya senang dipintal oleh mesin.
Hasil daripada penemuan teknik pemprosesan ini tanaman jut ini mula mendapat permintaan
sebagai tanaman tunai. Selepas tanaman ini di komersial barulah SHTI mula mengorak
langkah dengan membina kilang-kilang memproses tanaman jut. Sugata Bose telah memberi
penjelasan yang turut diperkukuhkan oleh India Central Jute Committee (ICJC), dari 1890an
jute ini muncul sebagai tanaman emas SHTI. Kawasan utama tumpuan penanaman adalah di
sekitar Dhaka, Mymensingh, Faridpur, Tripera. Namun begitu SHTI tidak mendukung
sepenuhnya tanaman jut ini berbanding teh, kapas, indigo kerana ia adalah penanaman yang
berasaskan persendirian di mana hasilnya dibeli oleh ‘ryots’ di Bengal daripada petani dan
akhirnya dieksport ke Dundee, Scotland untuk diproses dijadikan produk terakhir seperti
benang, pakaian. Hasil jut ini dituai dan diangkut ke kilang di Calcutta dan Benggal melalui
sungai dan kereta api (hasil jut ditebas dihantar dalam ikatan). 24

2.4 CANDU

Seperti teh, candu menjadi bahan ketagihan individu dimana kuasa psiko fizikal jauh
lebih besar. Morfin dan codeine adalah dua jenis alkaloid candu utama yang
bertanggungjawab untuk penggunaan dalam bidang perubatan ubat. Sifat-sifat analgesik yang
kuat daripada kedua-dua alkaloid telah membuat candu untuk menjadi sebagai pelega
kesakitan utama sejak zaman purba. Walau bagaimanapun, morfin adalah yang paling
ketagihan dan bahan kimia yang paling bertanggungjawab untuk member perasaan yang
istimewa kepada individu yang merokok candu seperti rasa tenang dan gembira. Sebahagian
besar daripada mereka yang didakwa atas penggunaan candu semasa kempen larangan Qing
telah menyatakan bahawa motif utama mereka untuk merokok adalah untuk melegakan
kesakitan.

Hal ini amat mencurigakan kerana dalam rekod rasmi yang telah ditulis oleh golongan
elit telah menyatakan bahawa reaksi selepas merokok adalah bersifat afrodisiak. Selain itu,
kegiatan ini menjadi suatu trend luas bagi orang asing dan menjadi lebih luas untuk menyapu
bandar-bandar selatan pantai timur oleh orang asing selama abad kelapan belas dan

24
Stewart,G. T. 1998. Jute and Empire: The Calcutta Jute Wallahs and the Landscapes of Empire. England:
Manchester University Press . Hlm. 43.

9
kesembilan belas.25 Menjelang awal abad ke-19, India merupakan pengeluar candu yang
terbesar di dunia. Pengeluarannya tertumpu di Patna dan Benares iaitu di Bengal (utara-timur
India), membekalkan pasaran di Calcutta dan juga sekitar Malwa (tengah India), memberi
hasil pasaran di Bombay. Syarikat Hindia Timur yang dilaksanakan asalnya hanya
memonopoli ke atas pengeluaran candu dan perdagangan di Bengal. Hanya pada 1830, candu
telah menjadi bahan monopli di Bombay juga. Pengembangan kritikal perdagangan candu
berlaku seterusnya.26

Perdagangan candu telah membolehkan India meningkat sepuluh kali ganda


penggunaannya dalam bidang pembuatan British, menyumbang secara langsung untuk
menyokong kain besar yang berkuasa atas British di Timur, untuk membiayai perbelanjaan
penubuhan Baginda India dan pengendalian bursa serta kiriman wang dalam teh, untuk
mencurahkan hasil yang banyak ke dalam Perbendaharaan British, memberi faedah kepada
negara ke tahap enam juta pound sterling setiap tahun dan membasmi kemiskinan India.27

2.5 TEH

Setelah teh mula ditanam di luar Timur, ciri-ciri penanamannya telah berubah serta-
merta. Di China, khususnya, teh telah berkembang dan sebahagian besarnya dijalankan oleh
beribu-ribu orang petani di atas tanah marginal di mana mereka tidak boleh menanam
tanaman yang lebih stabil. Kadang-kadang beberapa pekebun kecil ini akan berkumpul
bersama-sama untuk memproses daun mentah kepada produk yang siap di tempat yang sama,
manakala proses lain akan dilaksanakan di lading rumah dari awal hingga ke akhir proses. 28
Pada awal abad ke-19, sejarah teh telah kembali ke botani kawasan tengah selatan, hulu
sungai Brahmaputra. Cara hidup di kalangan penduduk di sini telah berubah sedikit dalam
tempoh beribu tahun. Sejak berabad lamanya, wilayah Assam sepanjang 400 batu, sungai
sepanjang 50 batu lebar jelas antara Himalaya timur dan Naga Hills daripada Burma telah
menjadi tempat peperangan yang berterusan antara Raja-Raja Ahom dan Kachari dan subjek
serbuan oleh Naga, Mishmi, Miri, Abor, Dafta dan Singpho bersuku puak, turun dari
benteng-benteng mereka di bukit-bukit sekitarnya.29

25
Bello ,D. A. 2005. Opium and The Limits of Empire. London : Harvard University Asia Center. Hlm. 26.
26
Pietschmann ,T. 2009. A century of international drug. Herndon : United Nations Publications. Hlm. 20.
27
Bello ,D. A. 2005. Opium and The Limits of Empire. London : Harvard University Asia Center.Hlm.26.
28
Griffiths, J. 2007. Tea, The Drink That Changed The World. London : Andre Deutsch. Hlm.118.
29
Victor, H.M. & Erling Hoh. 2009. The True History of Tea. London: Thames & Hudson. Hlm.210

10
Pada tahun 1823, saudagar British Robert Bruce, membawa pelbagai barangan besar,
mengembara sehingga regangan pertama lembah Brahmaputra ke bandar Rangpoor, di mana
beliau telah berkenalan dengan Beesa Gaum, ketua orang-orang Singpho, salah satu suku di
rantau ini dengan pengetahuan yang mendalam tentang pokok teh. Mengetahui bahawa teh
tumbuh liar di sekitar Rangpoor, Bruce telah menandatangani perjanjian dengan Beesa
Ghaum untuk mendapatkan semak pada lawatan yang seterusnya. 30 Apabila British
melancarkan Industri Teh India iaitu satu perusahaan komersial berskala besar pada
pertengahan abad kesembilan belas, British telah memastikan bahawa pendekatan harus
berbeza dengan Cina, di mana kepakaran itu berlainan. Walau bagaimanapun, tidak ada
panduan yang dapat dijadikan sebagai asas pengurusan tanaman teh yang beratus-ratus ekar
dan orang yang bertanggungjawab sememangnya tidak memupuk semak teh dengan sendiri.

Di tempat lain, iaitu di luar Timur Jauh, teh telah mengikuti atau akan mengikuti jejak
langkah tanaman perladangan yang lain seperti kopi di Ceylon dan Selatan India, rempah dan
minyak sawit di Hindia Timur Belanda.31 Pada tahun 1870, Edward Money, seorang penanam
teh muda dan agronomis telah menulis dalam pertandingan esei. Berikut adalah pernyataan
beliau:

“Tea Planters in those early day were a strange medley of

Retired or cashiered Army and Navy officers, medical men

Engineers, steamer captains, chemists, shopkeepers of all

Kinds, stable keepers, used up policemen, clerks and goodness

Knows who besides.”32

2.6 TEBU (GULA)

Penanaman tebu yang juga antara tanaman tradisonal telah dikomersialkan dalam
tempoh pemerintahan British. Tetapi perdagangan gula tradisional Bengal dilihat merosot
antara 1740 dan 1770. Peningkatan penanaman tebu dalam tempoh yang berbeza-beza
disebabkan oleh adanya pasaran baru. Tetapi selepas 1747, Bengal kehilangan pasaran yang
30
Ibid. Hlm. 211.
31
Griffiths, J. 2007. Tea, The Drink That Changed The World. London : Andre Deutsch.Hlm.118
32
Ibid. Hlm.119

11
besar di Timur Tengah terutamanya kerana persaingannya dengan beberapa empayar lain
yang berpotensi. Perdagangan gula Bengal sebahagian besarnya berorientasikan keperluan
pasaran Eropah. Pengambilan gula telah meningkat dengan cepat di England. Hal ini
menyebabkan terdapat peningkatan mendadak permintaan gula di England lalu menyebabkan
peningkatan mendadak harga gula di pasaran Eropah. Pemilik saham Indian Timur (15 Mac
1792) meminta Kerajaan Bengal untuk membekalkan kuantiti besar gula kepada Great
Britain.33 Ini merupakan dorongan awal kepada pertumbuhan langkah-langkah penanaman
tebu untuk pertumbuhannya. Dorongan ini telah membiasakan para petani dengan keadaan
pasaran, meminta pegawai supaya berhati-hati untuk mengelakkan pengenaan kadar upah
yang upah akibat peningkatan penanaman tebu dan menggalakkan perusahaan Eropah
sebanyak yang mungkin.

Perusahaan Eropah yang banyak, bagaimanapun hilang begitu saja. Pertumbuhan


industri gula di Bengal adalah disebabkan oleh perusahaan indigo. Tumbuh-tumbuhan tebu
tidak berkembang dan banyak dimusnahkan oleh anai-anai. Kehilangan sebahagian besar
daripada pelaburan modal yang besar kepada penanaman gula ini telah mematah semangat
ramai petani. Eksport ke Perancis berhenti sama sekali dan eksport gula dilihat menurun
secara beransur-ansur sejak kira-kira 1804. 34

Namun, prospek gula adalah seperti yang beberapa komoditi lain muncul kembali
seiring dengan keadaan negara yang aman pada 1813. Tambahan pula, sebahagian daripada
pelabur yang asalnya melabur dalam pertanian indigo kemudiannya memindahkan pelaburan
ke komoditi gula kerana pasaran gula walaupun terhad namun ia jauh lebih stabil. Tetapi
perdagangan gula Bengal bagaimanapun mempunyai kekangan dan tidak boleh berkembang
secepat perdagangan nila. Walau bagaimanapun, gula mula mendapat perhatian penting
apabila gula barat India Berjaya memasuki pasaran London. Pengeluaran gula Bengal telah
meningkat sebanyak 100 peratus pada tahun 1824. Hal ini tidak lama kemudian menunjukkan
gula tidak terkecuali terganggu dengan kemelesetan ekonomi pada masa itu. Oleh itu, jumlah
perdagangan gula Bengal menurun sebanyak 55.6 peratus antara 1830-1834. Perdagangan
kembali pulih selepas 1835-1836 sebahagiannya secara berperingkat daripada kemelesetan.
Eksport mula meningkat antara tahun 1835 1836 dan 1845/46 dari 7184 tan kepada 67270
tan. Bahagian eksport gula dari Calcutta juga menunjukkan peningkatan dalam dekad
tersebut. Sementara komoditi gula meningkat daripada 8.7 peratus pada 1834-1835 kepada 37
33
S.N. Pandey. 2008. Economic History of Modern India 1757-1947. New Delhi: Read worthy Publications Pvt.
Ltd. Hlm 47.
34
Ibid. Hlm. 48.

12
peratus pada 1846-1847, komoditi nila pula menurun 37-20 peratus. Hal ini dibuktikan
dengan penyataan tentang perubahan dua komoditi gula dan nila tersebut. Tucker, pengerusi
Syarikat India Timur.

"Gula adalah bahan yang lebih baik berbanding indigo, pengeluaran gula meningkat
dengan pelbagai penggunaan manakala indigo kini terhad kepada sudut tertentu. 35

Industri gula Bengal telah diperkukuhkan dengan mempunyai perusahaan gula oleh
penanam Hindia Barat pada tahun 1846 yang menunjukkan kemajuan. Penanam di Barat
India yang telah terkesan dengan pembebasan hamba pada tahun 1833 telah mengambil
keputusan untuk mencuba nasib mereka di India dan memilih Bihar sebagai pangkalan
mereka. Ini membawa kepada kegilaan gula di Bihar. Banyak modal telah dilaburkan pada
kilang-kilang besar dan jentera mahal, namun mereka mengalami kegagalan. Oleh itu
kegilaan hilang tersebut begitu saja dan ia tidak meninggalkan apa-apa kesan pada industri
gula Bengal. 36

3.0 USAHA-USAHA BRITISH

3.1 PEMILIKAN TANAH

Sebelum ketibaan pihak British, tanah di India tidak dimiliki oleh mana-mana tuan
tanah persendirian. Negara adalah pemilik kepada tanah tersebut. Pihak berkuasa pusat iaitu
raja memberikan kuasa atau hak (zamin) kepada beberapa individu untuk mengutip hasil
negeri. Individu-individu tersebut dikenali sebagai Zamindar yang merupakan pengantara
atau orang tengah antara masyarakat desa dan pemerintah negara, namun tidak mempunyai
sebarang hak ke atas tanah tersebut. Sebagai ganjaran atas peranan mereka sebagai pemungut
cukai, golongan zamindar ini diberi sebahagian daripada cukai yang mereka telah kutip.
Ketiadaan hak-hak pemilikan di tanah itu menghalang kepada pengumpulan kekayaan dan
pembangunan kelas-kelas sosial berdasarkan pemilikan dalam pengeluaran. Bermula sejak
akhir abad ke-16, golongan zamindar telah mempunyai hak untuk menjual zamindari atau
tanah mereka dengan kelulusan negara tetapi tidak mendapat hak ke atas tanah tersebut.37

Sepanjang abad kelapan belas, sebahagian besar negara India adalah di bawah kawalan
Perancis dan Britain. Pada tahun 1740-an, Perancis telah mendapat akses ke beberapa bandar
pelabuhan utama India termasuk Mahe di bahagian pantai barat, Pondichery, Karikal dan
35
Berberoglu, B. 1992. The Political Economy of Development: Development Theory and the Prospects for
Change in the Third World. New York: State University of New York Press. Hlm. 116.
36
Ibid.
37
Ibid.

13
Madras serta bandar-bandar sekitar Calcutta di bahagian pantai timur. Perolehan wilayah ini
telah memudahkan perkembangan perdagangan Perancis dan pengaruh ekonominya di rantau
ini selama hampir sedekad. Apabila Britain menguasai dan mengawal politik India di
beberapa bahagian pada akhir abad ke-18, golongan zamindar yang tadinya hanya sebagai
pemungut cukai dan tidak mempunyai sebarang hak ke atas tanah telah berubah kepada
golongan bebas dengan hak penuh dalam pemilikan tanah. Di sesetengah bahagian India
seperti di Bengal, British mengisytiharkan bahawa golongan zamindar dianggap sebagai
tuan-tuan tanah, sekali gus mewujudkan kelas atau golongan pemilik-pemilik tanah besar
dengan pewarisan hak pemilikan tanah tersebut. Di tempat lain di India, seperti di bahagian
selatan, pihak British memberi pertimbangan kepada golongan petani untuk mempunyai hak
pemilikan tanah tetapi pungutan cukai akan dikenakan kepada mereka secara langsung.
Hasilnya, kawasan-kawasan terbabit memperlihatkan perkembangan dalam aspek pemilikan
tanah.38

Sepanjang abad ke-19, kuasa pasaran membawa kepada tumpuan untuk menambahkan
kekayaan dan menyumbang kepada peningkatan tinggi dalam pembentukan kelas, penyewa,
pekerja ladang, buruh kampung atau bandar. Kemasukan British ke India turut
mempercepatkan aktiviti-aktiviti perdagangan oleh para pedagang. Para pedagang menjadi
perantara yang melaluinya British akan dapat mengawal ekonomi tempatan. Terlibat dalam
perdagangan import-eksport dan mengamalkan sistem kapitalis dunia, pedagang-pedagang ini
menjadi setara dengan pihak yang bekerjasama dengan pihak luar atau asing. Melalui
golongan pedagang dan pihak yang bekerjasama dengan pihak luar ini telah bersama-sama
menyumbang kepada pembentukan kelas atasan tempatan seterusnya memberi jaminan
kepada penjajah kolonial British untuk terus mengekalkan dasar sedia ada serta melindungi
dan memajukan kepentingan mereka.39

Penguasaan atau dominasi golongan tuan-tuan tanah di kawasan luar bandar juga
memastikan perkembangan hubungan antara golongan feudal atau semi feudal dalam aspek
pengeluaran pertanian di beberapa bahagian dalam negara dan pertumbuhan modal pedagang
yang membawa kepada pembangunan ekonomi komersil dengan Britain melalui perdagangan
antarabangsa. Sebagaimana perdagangan dengan Britain meningkat dan permintaan terhadap
barang-barang India berkembang, modal tempatan turut berkembang kepada kraf tangan,
tekstil dan pengeluaran perindustrian. Ini menyebabkan perkembangan industri pembuatan

38
Ibid.
39
Ibid. Hlm. 117.

14
tempatan seterusnya perkembangan golongan kelas menengah yang dilihat sebagai pesaing
imperialisme British. Keadaan ini lantas mendorong Britain untuk mengambil langkah-
langkah untuk menghancurkan industri India dan menjadikan India pasaran untuk ekonomi
penjajah Britain.40

3.2 PENGKHUSUSAN TANAMAN

Aspek terpenting dalam pengurusan tanaman adalah pemilihan tanaman dan jenis
spesis tumbuhan yang sesuai untuk tanah dan keadaan iklim untuk tanaman tersebut. Apabila
tanaman tersebut telah mampu beradaptasi dengan keadaan persekitaran, maka faedah-faedah
daripada aktiviti pertanian yang dijalankan akan memberi pulangan atau hasil yang
menguntungkan. Dalam sepanjang sejarah manusia, manusia telah pun memilih tanaman
terbaik untuk memenuhi keperluan mereka dan memastikan tanaman tersebut bersesuaian
41
dengan tanah dan iklim kawasan yang mereka huni. Disebabkan dengan kepelbagaian
fizikal dan bio-genetik yang terdapat di benua kecil India, ia telah memberikan keuntungan
ekonomi dan sumber peningkatan, lalu mewujudkan kepelbagaian tanaman dan kewujudan
kawasan pertanian mengikut jenis tanaman yang sesuai.

Pola tanaman di sesebuah kawasan ditentukan oleh sebahagian besar faktor-faktor


geografi dan ekonomi. Faktor-faktor geografi seperti tanah, hujan, cuaca, perubahan suhu
menentukan tahap kesesuaian kawasan untuk menanam tanaman tertentu. Seterusnya,
kawasan tersebut akan dipengaruhi oleh faktor-faktor ekonomi seperti harga dan kos
penanaman. Relatif keuntungan itu pula yang akan menjadi faktor penting dalam
mempengaruhi keputusan petani tentang sesebuah kawasan yang ingin diusahakan. 42 Corak
pengkomersilan berbeza-beza mengikut jenis tanaman. Dilihat dari aspek pengkhususan
tanaman, ladang teh secara langsung adalah diuruskan oleh orang putih yang mengupah dan
melayan tenaga buruh dengan layanan yang buruk. Di bahagian tempat lain dan bagi tanaman
yang berbeza, petani sendiri yang mengusahakan tanaman. Keadaan ini boleh dilihat di
beberapa kawasan khusus di India yang mana golongan petani mengusahakan tanaman
tertentu yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran mereka. Golongan petani di bahagian
timur Bengal mengusahakan tanaman indigo, petani Deccan mengerjakan tanaman kapas,

40
Ibid.
41
Fageria, K. N. 1992. Maximizing Crop Yields: Books in Soils, Plants and the Environment. New York: CRC Press.
Hlm. 262.
42
Ajit Kumar Singh. 1997. Land Use, Environment and Economic Growth in India. New Delhi: M.D. Publications.
Hlm. 177.

15
petani Uttar Pradesh mengerjakan tanaman tebu dan petani di wilayah tengah pula
mengerjakan tanaman candu.43

Indigo merupakan tanaman yang sesuai untuk ditanam di kawasan tanah (dipanggil
tanah Chur) yang berhampiran dengan pinggir sungai. Sebelum tahun 1860, selain dalam
perdagangan bijirin makanan, tanaman indigo ini menonjol sebagai tanaman komersial paling
penting yang dihasilkan oleh pekebun-pekebun kecil di kawasan tengah dan Barat Bengal. 44
Manakala, tanah hitam yang dibentuk oleh lava gunung berapi Deccan adalah tanah yang
sesuai untuk penanaman kapas. Apabila telah matang, buah daripada tanaman kapas tersebut
akan pecah menjadi bebola putih yang dipanggil bebola kapas. Di India, kapas yang ditanam
secara meluas di kawasan tanah hitam adalah dataran Deccan di Maharashtra, Gujarat,
Andhra Pradesh dan Karnataka. Selain itu, di wilayah Uttar Pradesh, kawasan ini adalah
tempat pengeluaran tanaman tebu dijalankan sementara di wilayah Haryana merupakan
kawasan bagi petani untuk menanam tanaman tebu tersebut. Sementara candu merupakan
salah satu jenis dadah tertua yang telah dikenal pasti oleh manusia, yang mana bermula di
Asia kecil dan kebanyakannya ditanam di kawasan ini dan di bahagian-bahagian negara
India.45

Separuh kedua abad ke-19 adalah satu tempoh pertumbuhan ekonomi di India dan
telah memperlihatkan peningkatan eksploitasi kawasan luar bandar oleh pihak pemerintah.
Sepanjang 50 tahun pertama abad ke-19, India telah mengeksport indigo, candu, kapas dan
sutera. Pada era selepas tamatnya penguasaan Syarikat Hindia Timur pada tahun 1833,
peladang persendirian Eropah membangunkan ladang-ladang teh dan kopi di bahagian timur
dan selatan India. Industri jut dikaitkan dengan penanaman jut di timur Bengal dengan
kilang-kilang pengeluaran di Calcutta pada lewat abad ke-19. Pedagang-pedagang Eropah
turut mengambil alih kawalan pengeluaran indigo di Bengal dan Bihar. Dari tahun 1860
hingga 1920, bahan mentah kapas, gandum, jut dan teh adalah eksport utama ekonomi India.
Selain teh, tanaman perladangan selebihnya adalah tanaman yang dihasilkan oleh masyarakat
luar bandar sebagai sebahagian daripada tanaman pertanian mereka.46

3.3 SISTEM PERHUBUNGAN

43
Mohammad Tarique.2008. Modern Indian History. New Delhi :Tata McGraw Education. Hlm. 52.
44
Sartori, A. 2008. Bengal in Global Concept History: Culturalism in the Age of Capital. London: University of
Chicago Press. Hlm. 55.
45
Robb, P. 2011. A History of India. New York: Palgrave Macmillan. Hlm. 148.
46
Walsh, E. J. 2006. A Brief History of India. New York: Infobase Publishing. Hlm. 115-116.

16
Pembukaan terusan Suez pada 1869 telah meningkatkan eksport kapas mentah dan
juga produk India yang lain seperti gandum untuk dieksport dari wilayah tengah India ke
pasaran Eropah. Faktor paling penting boleh kita bincangkan yang menjadi pemangkin
kepada perusahaan tanaman komersial ini ialah perkembangan jalan kereta api dari 570 batu
dan landasan kereta api sejauh 4000 batu pada 1800. Faktor utama jalan kereta api ini
47
diwujudkan ialah adalah untuk menghubungkan bandar-bandar utama .Selain itu tujuan
utama jaringan kereta api ini diwujudkan adalah untuk mengawal pemberontakan yang
berlaku di mana-mana kawasan India disebabkan darjah ketersampaian India yang cepat. Hak
pemilikan kereta api adalah ada pada pelabur Eropah di mana pelabur Eropah ini dijamin 5 %
kepulangan dalam pelaburan mereka. Jaminan pelaburan ini tidak dilanjutkan kepada pelabur
India. Keuntungan daripada jaringan kereta apai ini mengalir keluar ke luar negara (Eropah)
bukan ke India. Kadangkala dalam keadaan yang genting , dividen yang dibayar oleh syarikat
SHTI ini adalah di luar pendapatan cukai kerajaan India .

Akibat daripada strategi kerajaan British bahagian Selatan India yang kurang
pemberontakan ini mempunyai jaringan hubungan pengangkutan kereta api yang kurang.
Tetapi di bahagian utara pula jaringan kereta api ini adalah paling banyak hal ini adalah untuk
mengawal keadaan (pemberontakan). Kawasan yang mempunyai jaringan kereta api yang
panjang inilah yang mampu menikmati pembangunan perdagangan yang tinggi. Hal ini
membuktikan mengapa India mempunyai pembangunan ekonomi yang tidak seragam di
hampir seluruh kawasan India semasa SHTI. Kebanyakan kapas mentah yang dieksport ke
pasaran tempatan untuk dijual kepada pedagang Eropah di Bombay dan dieksport ke Eropah.
Sebelum sampai ke pasaran tempatan kapas mentah ini dibawa dari pedalaman melalui kereta
lembu sebelum sampai ke stesen kereta api yang terdekat. Oleh itu orang kaya di India serta
Mahajans ataupun dikenali orang pertengahan membuat pelaburan yang banyak di dalam
jaringan kereta api menjelang abad ke- 19 . Jaringan kereta api ini juga diperhebat melalui
penanam tanaman komersial dalam skala kecil juga penting dalam pembinaan kereta api. Di
samping kemakmuran pertanian komersial di pedalaman, pendapatan petani dalam pertanian
juga meningkat. Oleh itu, eksport ke bahan mentah ke kawasan industri di Britain dan juga ke
kawasan Eropah lain. Kawasan pengeluar bahan mentah pertanian komersial ini India
.Kawasan seperti ini telah berkembang menjadi koloni di mana kawasan yang terpinggir
daripada pembangunan ekonomi yang mana menjadi pembekal barangan makanan dan buruh
dari kawasan pedalaman ke kawasan yang membangun.

47
Bates,C. 2007.Subalters and Raj South Asia Since 1600.New York: Routledge Taylor &Francis Group.Hlm.83.

17
Peta rangkaian kereta api yang wujud menjelang tahun 1901.

Sumber: Bates, 2007

3.4 TAMAN BOTANIKAL DI INDIA.

‘The practical object which has led to inquiries of this character has in all cases been
the desire to obtain a full knowledge of the country with a view to the commercial
utilization of this knowledge …It may be added , however ,that perhaps the greater
part of our knowledge …It may be added ,however that perhaps the greater part of
our knowledge of the botany and natural history of India is not so much traceable to
the action of the Government ,as to the scientific zal of a considerable number of the
officers of the Civil and Military Services’.

J.F.Watson, 1875.

Institusi saintifik adalah model ikon. Penyataan di atas menjelaskan betapa


pentingnya sebuah institusi penyelidikan bagi membangunkan matlamat ekonomi SHTI.
British datang ke India dalam satu pakej. Pengembangan koloni ini memerlukan pengetahuan
bentuk muka bumi, penduduk, dan juga sumbernya .Tanpa sebarang pengetahuan ini British
tidak mampu untuk menakluki India. Selain itu, pemerhatian dan kajian ke atas tanah dan
tumbuhan ini amat penting dalam menguasai ekonomi India.48 Dipetik daripada Buku
Sulbaterns and Raj Since 1600 yang dikarang oleh Crispin Bates.pg.84dan telah
memperkenalkan sukun yang akan menyelamatkan penduduk di sana daripada kebuluran.

48
Uma Das Gupta (edit).2011.History of Science Philosophy and culture in India Civilization .Delhi :Centre for
Civilization Studies.Hlm.4.

18
Roxburgh telah menambah 22000 spesies tumbuhan ke Taman Botani Calcutta di samping
itu juga 800 spesies pokok .Beliau telah banyak memberi sumbangan dan botanical dalam
tanaman fibre (jut). Sejak sekian lama Taman Botani Calcutta telah menjadi pusat bagi
penanaman pelbagai tanaman .Taman botanical Calcutta ini menghadapi pelbagai cabaran
dari segi sumbangan kewangan namun ia tidak melemahkan semangat.

Namun, Taman Botani di Madras telah meminta bantuan beberapa saintis seperti
Forbes Royale, untuk mengkaji tumbuhan-tumbuhan yang wujud di Himalaya dan kegunaan.
Misalnya seperti rhea fibres di Assam .Daripada mengimport chincouna yang digunakan
untuk penyakit malaria, superintenden Taman Botani Clacutta ini merupakan penyelia bagi
penanaman kuinin di Bengal. Gamble juga telah menegaskan bahawa survey tanah dan unsur
geological juga penting dalam. Selain itu terdapat juga Francid Buchnan (1762-1829) , yang
mana seorang pakar bedah yang menjadi seorang pengarah Taman Botani beliau juga
terkenal dengan kajian di Bengal, Mysore berkaitan topographical. James Prinsep (1799-
1840) anak seorang penanam indigo membuat eksperimen berkaitan dengan indigo. William
Roxburh (1751-1815) merupakan seorang ahli alam sekitar di mana beliau merupakan
seorang yang menghubungkan sains dan pertanian komersial .Roxburh boleh dikatakan
seorang yang amat berjasa dalam sejarah SHTI. Hal ini kerana beliau telah menanam kopi,
kayu balak, tembakau, dan hemp. Di bawah pengurusan Roxburgh Taman Botani Calcutta
menjadi tempat uji kaji bagi tumbuh-tumbuhan dari kawasan tropika. James Dinwiddie
(1746-1815) semasa mengajar di Fort William Collage, Dinwiddie telah mengambil sampel
tumbuhan teh dan juga mempelajari cara membuat teh. Beliau juga telah membawa ulat
sutera dan getah Malayan, tetapi usaha beliau adalah lebih tertumpu dalam mempopularkan
tanaman ini. Satu contoh, penularan pengetahuan dari England ke India ini berlaku di Taman
Botanikal India. Di sebalik pelbagai percubaan telah terhasilnya penghasilan pelbagai
tanaman komersial indigo, chincauna, getah dan teh di sebalik pengklonan .Hal ini dapat
dibuktikan dengan penanaman tanaman chincauna yang diusahakan di Taman Botani
Calcutta. Kisah di sebalik teh pula du bangunkan oleh Robert Bruce iaitu seorang pegawai
dari SHTI yang telah membawa masuk benih teh ke Assam yang telah menjadi sebahagian
daripada wilayah British namun telah menemui kebuntuan kerana tidak bercambah .49

Gambar Taman Botani Calcutta tahun 1880-an.

49
Zaher Baber.1996.The Science of Empire :Scientific Knowledge ,Civilization, and Colonial Rule in India. New
York: State University of New York Press.Hlm.160.

19
Sumber: Dipetik daripada http://calcuttaforever.wordpress.com/tag/calcutta-old-
photos/page/6/.

3.5 PERISIK KE CHINA

Syarikat Hindia Timur menghantar Robert Fortune ke China pada tahun 1848 untuk
mencari contoh jenis teh yang baik. Fortune merupakan salah seorang pemburu tumbuhan
atau botani pada abad kesembilan belas. Robert Fortune dilahirkan Pada 16 September 1812
di Scotland. Dia merupakan seorang perantis tukang kebun di Edinburgh, dan kemudian
berpindah ke Taman Botani Diraja di bandar ini.50 Pada tahun 1842, beliau menjadi penguasa
hothouses Persatuan Hortikultur di Chiswick yang berhampiran London. Pada tahun
berikutnya, beliau telah dihantar untuk mengumpul tumbuh-tumbuhan teh di utara China. Hal
Ini adalah wilayah yang sukar bagi orang Barat untuk melakukan perjalanan dalaman,

50
Moxham, R. 2002. A Brief History of Tea. London : Running Press. Hlm.104.

20
terutamanya selepas Perang Candu dan Robert Fortune berjaya memujuk masyarakat untuk
menyediakan beliau dengan senapang patah dan dua pistol.

Beliau perlu memiliki untuk menggunakan senjata ini apabila beliau membuat
perjalanan dari Shanghai ke Chusan sekiranya diserang oleh lanun. Robert Fortune telah
menjadi pihak barat yang pertama untuk melawat ke China dan mengetahui bahawa kedua-
dua teh hijau dan hitam tumbuh daripada pokok teh yang sama tetapi dengan menggunakan
kaedah pembuatan yang berbeza. Robert Fortune telah berasa kagum dengan kehidupan
masyarakat di luar bandar. Fortune mengembara di China dari tahun 1848 hingga1851 untuk
mencari jenis pokok teh yang paling berkesan untuk dibawa ke India. Beliau mengadakan
perjalanan ke dalam kawasan teh berkualiti tinggi iaitu kawasan pedalaman dari Shanghai di
mana tempat-tempat yang ditutup kepada orang asing, dengan menyamar dirinya sebagai
seorang pedagang Cina.

Robert Fortune telah mengikat tocang dan mencukur seluruh kepala, memakai
pakaian Cina sebaik sahaja meninggalkan Shanghai. Sepanjang perjalanan dalam bot, beliau
telah membuat nota yang banyak berkaitan dengan iklim, tanah, penanaman, kaedah memetik
dan proses mengilang teh. Beliau telah menghantar 20,000 pokok teh kembali ke India,
dengan empat kapal yang berbeza untuk memastikan bahawa pokok yang dihantar tiba
dengan selamat.51 Tumbuh-tumbuhan teh telah dibungkus dalam bekas Wardian. Nathaniel
Ward, seorang doktor London, telah mencambahkan beberapa biji dalam botol yang tertutup
seperti memelihara kepompong. Dalam suasana tertutup, tumbuh-tumbuhan teh dapat hidup
selama empat tahun tanpa air.

Robert Fortune menyelesaikan masalah dengan menanam benih-benih teh di dalam


bekas-bekas Wardian dan meninggalkan mereka bercambah dalam laluan ke Calcutta. Bekas
Wardian telah dicipta, dilindungi dengan selat kayu untuk memudahkan pengangkutan
tumbuh-tumbuhan. Fortune juga berjaya merekrut lapan lelaki yang berkelayakan dan
membeli alat pembuatan yang kuantiti. Sekembalinya ke India, Fortune dapat melihat
tumbuh-tumbuhan itu berjaya dipindahkan dalam Garhwal dan Kumaon dan teh yang
berkualiti telah dapat dihasilkan dengan mengorban menjadi perisik melawat ke China.52

3.6 SYARIKAT TEH ASSAM

51
Ibid. Hlm.105.
52
Ibid. Hlm. 106.

21
Pada Januari 1834, Organisasi Teh yang pertama telah ditubuhkan oleh Syarikat
Hindia Timur itu dengan misi untuk mengemukakan pelan untuk pencapaian mengenalkan
budaya teh di India. James Gordon, setiausaha Jawatankuasa telah dihantar ke China untuk
menghasilkan benih, anak benih, peralatan pembuatan teh dan pakar pembuat teh.53

Gordon telah menghantar biji yang cukup dari China. 54 Kemudian, Organisasi Teh
merekrut tiga panel lelaki saintifik untuk pergi ke Assam. Panel saintifik telah diberi arahan
untuk mengetahui cuaca di Assam, keadaan cuaca yang sesuai untuk mewujudkan industri
teh, kawasan yang akan menjadi strategic dan terbaik serta keperluan untuk mengimport
benih teh Cina.55 Seterusnya, sebanyak lima kumpulan usahawan telah menubuhkan Syarikat
Teh Assam dengan modal sebanyak £500,000 dalam 10,000 £50 perkongsian telah habis
dijual. Tugasan pertama syarikat adalah untuk meningkatkan taman-taman teh yang sedia
ada, mendapatkan pengeluaran berterusan, kawasan baru yang tanah segar untuk penanaman
teh, mewujudkan satu garis stabil untuk berkomunikasi dengan Calcutta. Ibu pejabat Syarikat
Teh Assam adalah di Nazira, hampir 1000 batu dari Calcutta, terdapat banglo untuk
kakitangan Eropah, pondok buluh untuk buruh, dua buah bangunan kilang teh, sebuah nurseri
eksperimen, sawah padi, plot untuk gandum, barli dan flaks.“Ingenio et Labore” yang
bermaksud kebijaksanaan dan kerja keras merupakan moto tertulis bagi Syarikat Teh Assam
dan pada 1860-an kejayaan komersil telah dicapai yang telah menarik perhatian jumlah
perintis yang memberangsangkan, dibutakan dengan impian untuk menjadi kaya dengan
cepat.56

3.7 KEMASUKAN MODAL BARAT

Salah satu ciri penting tentang pertanian kolonial pada abad ke-19 di India ialah
kemasukan syarikat asing dalam sektor pertanian dan perladangan. Ia membawa kepada
pembangunan perdagangan dalam beberapa komoditi penting seperti teh, kopi dan nila. Hal
ini ditambahkan pula dengan komoditi ini, keadaan semula jadi yang baik serta banyak buruh
tidak mahir yang murah merupakan faktor penting untuk kelebihan daya saing. Pada
peringkat awal, imperialisme British dilakukan oleh pertubuhan perdagangan berpiagam yang
diberi kuasa membolot semua perdagangan. Syarikat itu dikenali sebagai Syarikat Hindia

53
Mair, V. H. & Erling Hoh. 2009. The True History of Tea. London: Thames & Hudson. Hlm.212.
54
Moxham, R. 2002. A Brief History of Tea. London: Running Press. Hlm.90.
55
Ibid. Hlm. 91.
56
Mair, V. H & Erling Hoh. 2009. The True History of Tea. London: Thames & Hudson. Hlm. 213

22
Timur Inggeris (SHTI).57Kemampuan kuasa Barat menyediakan modal yang cukup
membolehkan mereka menguasai bidang ekonomi yang utama. 58

Sektor pertanian komersial di India sebenarnya memasuki satu fasa baru dengan
kehadiran pelabur Eropah. Ini kerana pelabur Eropah tidak sebagaimana petani tempatan
yang menjalankan aktiviti penanaman secara besar-besaran dan dalam bentuk ladang. D.R
Gadgil dalam bukunya The Industrial Evolution Of India In Recent Times, 1830-1939
menjelaskan bahawa sistem perladangan ialah satu kegiatan baru di India yang dibawa dan
diperkenalkan oleh orang Eropah bertujuan untuk mengembangkan sector perindustrian dan
perladangan. Secara terancang, British telah mengusahakan sector ini. Antara yang dilakukan
termasuklah mengadakan satu revolusi tanah sebagaimana yang dilakukan dalam sistem
zamidar dan dan ‘ryotwari’ serta mewujudkan taman-taman botani (Botanical Garden) untuk
tujuan penyelidikan. Taman-taman Botani telah didirikan di seluruh India seperti di Calcuta
dan Mumbai serta bertanggungjawab menjalankan penyelidikan secara saintifik dan
mengenal pasti jenis-jenis tanaman yang sesuai untuk ditanam secara komersial di India.59

Kesan daripada usaha ini, pada abad ke-19, India telah menjadi negara pengeksport
utama untuk kapas mentah, beras, candu, gandum, jut mentah dan teh. Keenam-enam sumber
ini menghasilkan 60 peratus daripada keseluruhan eksport India pada tahun 1890.60 Antara
hasil penyelidikan ini termasuklah penanaman teh dan getah telah diusahakan secara
komersial di India. Ladang-ladang teh telah dibuka di kawasan yang sesuai di kaki banjaran
Himalaya terutama di Assam dan lading-ladang ini kemudiannya menjadi asas kepada
perkembangan industri teh. Pada tahun 1853, teh telah ditanam di kawasan berjumlah 2425
ekar dan bernilai L366 700. Jumlah ini telah meningkat kepada L433 juta dan sejumlah 790
000 ekar telah ditanam dengan tanaman ini pada tahun 1929. Antara syarikat utama dalam
industri ini ialah Syarikat Teh Assam yang ditubuhkan pada tahun 1840 dimiliki sepenuhnya
oleh pemodal Eropah. Teh juga ditanam sebagai satu usaha British supaya tidak terlalu
bergantung kepada negara China. Malahan menjelang tahun 1900, India telah menggantikan
negara China sebagai pengeluar teh dunia.

Selain teh, tanaman lain yang ditanam secara komersil dalam bentuk perladangan
ialah kopi dan nila. Penanaman kopi bertumpu di kawasan Bengal dan Madras. Sekitar tahun
57
Wan Abdul Rahman Latif et.al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.Hlm.300.
58
Ibid.
59
Abdullah Zakaria Ghazali et.al. 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hlm.153.
60
Ibid.

23
1850-an, kopi telah membawa keuntungan yang begitu besar kepada pemodal hingga
menyebabkan ladang-ladang baru dibuka dengan banyaknya. Walau bagaimanapun,
penanaman kopi mula merosot pada tahun 1870 an apabila Brazil membuat pengeluaran
berlebihan hingga harga pasaran jatuh.61

Semua perubahan ekonomi yang penting seperti pengkomersialan pertanian,


pembangunan dan lain-lain mineral bertanggungjawab untuk proses kemasukan bagi syarikat
asing. Perdagangan import dalam produk industri mesin British dan pembangunan
perdagangan dalaman dan pengagihan akan menjadi mustahil tanpa pembangunan
pengangkutan, terutamanya pengangkutan rel. Semasa fasa pembangunan (1849-1869),
sekuriti keretapi telah dibeli oleh hampir keseluruhan rakyat Britain. Antara 1845 dan 1875,
apabila India dibekalkan dengan asas rangkaian komunikasi, syarikat-syarikat British telah
62
melabur kira-kira 95 million dalam kereta api India. Marx yang berada di bawah
pemerintahan British mengiktiraf potensi pembangunan kereta api di India di mana beliau
beranggapan kereta api itu menjadi pelopor industri moden di India. Hal ini memperlihatkan
usaha British dalam menguasai ekonomi India dengan memasukkan pemodal-pemodal Barat
ke dalam ekonomi India.

3.8 IMPORT BURUH ASING

Melalui perkembangan dan kemajuan teknologi dibawa oleh orang British,


perladangan teh telah dikomersialkan melalui Tanaman Botanikal. Kewujudan ladang teh
botanikal menyebabkan permintaan terhadap penggunaan buruh meningkat. Ladang teh di
Assam, Himalayan, dan Salam (Sri Lanka) memerlukan buruh untuk melakukan kerja-kerja
perladangan seperti menanam pokok teh, mengutip daun teh ataupun melakukan pembersihan
ladang. Untuk menghasilkan tanaman teh memerlukan modal yang besar. Hal ini kerana ia
melibatkan banyak proses dan kerja yang harus dilakukan. Justeru kos yang besar perlu
ditanggung oleh pihak British dalam mendapatkan teh yang berkualiti.

61
Ibid.
62
Platt ,D.C.M. 1984. Foreign Finance in Continental Europe and the United States 1815-1870. United State:
Taylor & Francis. Hlm.108.

24
Perluasan kawasan tanaman teh ini dilihat telah menyebabkan permintaan terhadap
tenaga buruh. Buruh menjadi tulang belakang kepada tanaman teh bermula daripada proses
menanam, proses memungut dan memproses teh. Kawasan seperti di Assam dan Calcutta
63
yang mempunyai kawasan teh yang luas sangat memerlukan tenaga buruh yang ramai. Di
Assam, buruh terdiri daripada penduduk tempatan yang bekerja sebagai buruh di ladang teh.
Buruh-buruh ini perlu mengikut undang-undang khas yang telah dirangka oleh British. Hal
ini adalah untuk menjaga kepentingan British terhadap tanaman mereka. Di Assam, jumlah
buruh meningkat dengan mendadak atas sebab perluasan kawasan teh dan juga permintaan
terhadap teh. Ladang teh Assam merupakan sebuah ladang yang luas yang mampu untuk
menampung permintaan Eropah. Pasaran dalam mengimport teh ke Eropah telah
mewujudkan satu hubungan jangka panjang antara pemilik ladang dengan pihak British.64

Penggunaan buruh yang murah dan ramai diperlukan dalam perladangan teh. Buruh-
buruh ini dibawa masuk dari negara yang dijajah seperti di Tanah Melayu, India dan juga
China. British mendapatkan alternatif lain iaitu dengan mengambil penduduk-penduduk
daripada tanah jajahannya untuk diserapkan di ladang-ladang teh. Justeru itu, banyak buruh
daripada negara China digunakan. British mendapatkan buruh China kerana mereka
mempunyai kemahiran dalam penghasilan teh. Hal ini dapat dilihat apabila banyak pakar-
pakar pembuatan teh China ditempatkan di ladang British. Terdapat beberapa masalah utama
yang perlu dihadapi oleh pihak British dalam dasar pengambilan buruh tempatan untuk
diserapkan bekerja di kawasan pembukaan ladang-ladang teh. Antaranya, sikap buruh
tempatan di Assam yang enggan bekerja di ladang teh, Hal ini memaksa pihak British
mengimport buruh dari luar untuk bekerja di ladang-ladang teh.

Sikap penduduk tempatan yang malas untuk bekerja di ladang teh menjejaskan
produktiviti pengeluaran teh. Keadaan ini berbeza dengan produktiviti tanah yang sangat
subur untuk penanaman teh di Assam. Orang tempatan tidak mahu bekerja di ladang juga
kerana disebabkan mereka hidup secara nomad. Tambahan pula, pembayaran gaji dan upah
yang murah juga menjadi faktor utama buruh tempatan atau petani enggan bekerja di ladang
teh milik British. Hal ini kerana gaji yang murah agak sukar untuk mereka menampung
kehidupan untuk pembelian barang-barang lain. Misalnya, kilang Upper Assam Tea
Company yang mempunyai buruh hampir 3000 orang hanya membayar gaji sekitar Rs 8 dan
Rs 10 sahaja. Buruh-buruh yang dibayar gaji yang rendah juga menghadapi masalah lain
63
Suranjan Chatterjee & Rattan Das Gupta (1840-1880). Tea Labour In Assam. Recruitment and Overnment
Policy. Dalam Ekonomic And Political Weekly. Hlm. 1861 dan 1862.
64
Ibid.

25
apabila pihak berkuasa mengarahkan mereka untuk bekerja lebih masa. Terdapat juga
perbezaan dan sikap yang tidak sesuai dengan kehendak British mengenai buruh tempatan
ketika mengutip daun teh.65 Keadaan ini telah menyebabkan buruh-buruh bekerja secara tidak
ekonomik dan pengeluaran tidak mencapai sasarannya lalu memaksa British mengimport
buruh dari luar untuk bekerja di ladang teh.

4.0 KESIMPULAN

India mempunyai tradisi ekonomi komersial sejak sekian lama terutama dalam
perdagangan. Bagaimanapun, sektor pertanian masih menjadi sektor perekonomian yang
terpenting bagi masyarakat India sejak zaman lampau. Hal ini dipengaruhi oleh wujudnya
kawasan subur di sepanjang dataran subur di sepanjang dataran sungai. Walau
bagaimanapun, menjelang abad ke 19, sejarah ekonomi Asia Selatan mengalami perubahan
yang besar kesan kehadiran kuasa-kuasa barat. Sektor ekonomi komersial yang sedia ada
telah berubah dari segi bentuk dan perjalanannya. Boleh dikatakan bermula abad tersebut
ekonomi komersial tradisional telah berubah kepada sistem ekonomi komersial bercorak
barat menekankan pelaburan dan penggunaan modal yang besar yang berorientasi eksport
dan penggunaan teknologi moden seperti pembinaan sistem tali air moden di Punjab serta

65
Suranjan Chatterjee & Rattan Das Gupta (1840-1880). Tea Labour In Assam. Recruitment And Overnment
Policy. Dalam Ekonomic And Political Weekly. Hlm 1863.

26
sebahagian United Province. Dalam proses perubahan ini, dasar-dasar ekonomi Eropah telah
mula diperkenalkan. Hal ini menyebabkan konsep kapitalisme yang mendominasi sistem
ekonomi tersebut telah diamalkan dan diserap ke dalam masyarakat tempatan.

5.0 BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakaria Ghazali et.al . 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur

1800-1963. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ajit Kumar Singh. 1997. Land Use, Environment and Economic Growth in India. New

Annoymous.2013.Picture of Jute plant. Dipetik daripada:

http://sourovrope.com/home/?p=474). Diakses pada 3 Okt2014.

Bates, C. 2007. Subalters and Raj South Asia Since 1600.New York: Routledge Taylor

& Francis Group.

27
Bello, D. A. 2005. Opium and The Limits of Empire. London: Harvard University Asia

Center.

Berberoglu, B. 1992. The Political Economy of Development: Development Theory and the

Prospects for Change in the Third World. New York: State University of New York
Press.

Binay Bhushan Chaudhuri. 2008. Peasant History of Late Pre-Colonial and Colonial India.

India: Pearson Education India.

Chatterjee, Suranjan, and Rhatan D. Gupta. 1981. “Tea-Labour in Assam: Recruitment and

Government Policy, 1840-1880.” Dalam Economic & Political Weekly 16.44/46

(1981): 1861 868. JSTOR.

Condra, J. 2008. The Greenwood Encyclopedia of Clothing Through World History: 1501-

1800. United States: Greenwood Publishing Group.

Cypher, M. J. & Dietz, L. J. 2004. The Process of Economic Development. New York:

Routledge.

D.C.M. Platt. 1984. Foreign Finance in Continental Europe and the United States 1815-

1870. United State:Taylor & Francis.

Fageria, K. N. 1992. Maximizing Crop Yields: Books in Soils, Plants and the Environment.

G. K. Ghosh & Shukla Ghosh. 1995. Indian Textiles: Past and Present. India: APH

Publishing.

Griffiths, J. 2007. Tea, The Drink That Changed The World. London: Andre Deutsch.

N.Jayapalan. 2008. Economic History of India: Ancient to Present Day. New Delhi: Atlantic
Publisher & Distributors.

K. Ghosh & Shukla Ghosh. 1995. Indian Textiles: Past and Present. India: APH Publishing.

Krishna Kanta. Picture of botanical Garden Culcutta in 1880-s. Handiqui State Open

University.2014.ColonialHistory.Retrivedfrom

28
http://www.kkhsou.in/main/history/colonial_economy.html on 11 Oct 2014 .

L.V.Saptharishi.2000.Jute: Handlooms of India. New Dehli: Mapin Publisher.

Mair, V. H & Erling Hoh. 2009. The True History of Tea. London: Thames & Hudso

Mohammad Tarique.2008. Modern Indian History. New Delhi:Tata McGraw Education.

Moxham, R. 2002. A Brief History of Tea. London: Running Press. Hlm.90.

New York: CRC Press

Pietschmann,T. 2009. A century of international drug. Herndon: United Nations

Publications.

Platt, D.C.M. 1984. Foreign Finance in Continental Europe and the United States 1815-1870

. United State: Taylor & Francis.

Robb, P. 2011. A History of India. New York: Palgrave Macmillan

Royle, J. F. 1840. The Cultivation of Cotton in India. London: The British Library.

S.N. Pandey. 2008. Economic History of Modern India 1757-1947. New Delh: Readworthy

Publications Pvt. Ltd.

Sartori, A. 2008. Bengal in Global Concept History: Culturalism in the Age of Capital.

London: University of Chicago Press.

Schmidt, J. K. 1995. An Atlas and Survey of South Asian History. New York: M.E. Sharpe.

Stewart, G. T. Jute and Empire: The Calcutta Jute Wallahs and the Landscapes of

Empire.England:Mancester University Press.

Suranjan Chatterjee & Rattan Das Gupta (1840-1880). Tea Labour In Assam. Recruitment

And Overnment Policy. In Economic And Political Weekly.

Uma Das Gupta (edit).2011.History of Science Philosophy and culture in India Civilization

.Delhi: Centre for Civilization Studies.

Ushar Barwale Zehr. 2010. Cotton: Biotechnological Advances. London: Springer Heidelberg

29
Dordrecht.

Walsh, E. J. 2006. A Brief History of India. New York: Infobase Publishing

Wan Abdul Rahman Latif et.al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaher Baber.1996.The Science of Empire: Scientific Knowledge ,Civilization, and Colonial

Rule in India. New York: State University of New York Press.

Victor, H.M. & Erling Hoh. 2009. The True History of Tea. London: Thames & Hudson.

30

Anda mungkin juga menyukai