Anda di halaman 1dari 5

SOALAN 7: BINCANGKAN SUMBANGAN BURUH CINA DAN INDIA DALAM

SEKTOR EKONOMI DI TANAH MELAYU PADA ABAD KE-19 DAN 20.


Pengenalan
 Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu kira-kira abad ke-19, hanya orang Melayu
yang melibatkan diri dalam sektor ekonomi ,sosial dan politik. Majoriti penduduk di Tanah
Melayu menjalankan kegiatan ekonomi yang bercorak sara diri dan tradisional
 Terdapat penduduk berasal dari negara China dan India menetap di Tanah Melayu atas
tujuan perdagangan iaitu semasa zaman kegemilangan Melaka tetapi dalam jumlah yang
kecil.
 Pada abad ke-19,berlaku penghijrahan beramai-ramai imigran Cina dan India ke Tanah
Melayu.
 Fenomena ini dikaitkan dengan kedatangan British ke Negeri Negeri Melayu sejak
pengambilan Pulau Pinang (1786),Singapura(1819),Melaka (1824) dan negeri-negeri
Melayu yang lain.
 Kedudukan British semakin kukuh dengan adanya Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874.
Tujuan: menguasai kekayaan hasil bumi.
 Pada awal abad ke-20, masyarakat di TM mula dibezakan dengan jenis pekerjaan mereka.
 Perkembangan perlombangan bijih timah dan penanaman getah lewat abad ke-19 dan abad
ke-20 menggalakkan British mengusahakan aktiviti tersebut secara besar-besaran.
 Justeru,tenaga buruh yang ramai dan murah diperlukan untuk merealisasikan agenda British
di Tanah Melayu.

Sumbangan Buruh Cina


1) Aktiviti perlombongan
 Ramai buruh Cina yang datang ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam sektor perlombongan
terutamanya perlombongan bijih timah.
 Kedatangan orang Cina telah menggalakkan tahap perkembangan bijih timah di Tanah
Melayu terutamanya di kawasan Larut,Kinta,Lembah Klang dan Sungai Ujong.
 Hasil daripada kegiatan ini, orang Cina tinggal di kawasan bandar yang berkembang.
 Mereka memperkenalkan kaedah perlombongan yang lebih efektif iaitu Lombong Dedah
dan Lombong Pam.
 Pada awalnya, masyarakat tempatan mengusahakan aktiviti perlombangan ini dengan
menggunakan kaedah tradisional dengan cara mendulang dan melampan. Masyarakat
tempatan juga telah menjalankan kaedah secara lombong dedah. Teknik ini bukanlah teknik
yang diperkenalkan oleh imigran Cina tetapi mereka hanya menyesuaikan teknik dan
memperbaiki teknik tersebut.
 Buruh Cina memperkenalkan teknik lombong pam rantai atau chin-cia
 Pada tahun 1877, pelombong Cina telah memperkenalkan enjin wap dan pam
empar.Walaupun kaedah ini lebih ringkas dan menghasilkan pengeluaran yang banyak
namun peralatan yang digunakan masih primitif dan menggunakan tenaga buruh yang ramai.
 Hasilnya, pengeluaran bijih timah telah bertambah dari 6500 tan dalam tahun 1850 kepada
50000 tan dalam tahun 1904 dan terus meningkat kepada 77000 tan pada tahun 1937. Ini
menyebabkan banyak pelabur Eropah mula menceburkan diri dalam perlombongan dan
mempekenalkan kapal korek.
 Lonjakan ekonomi dari eksport bijih timah ini akhirnya melonjakkan nama Tanah Melayu
menjadi pengeluar bijih timah yang terbesar didunia.

2) Pertanian dan perladangan


 Pada abad ke 19 orang cina mula bergiat aktif dalam aktiviti pertanian dan perladangan. Hal
ini disebabkan oleh perkembangan perusahaan getah dan permintaan yang tinggi dalam
pengeluaran getah.
 Pengusaha-pengusaha perusahaan getah yang terdiri daripada orang Cina mula mendapat
modal daripada pedagang Cina dari NNS.
 Dimulakan oleh Tan kay Yan seorang kapitalis Cina dari Selat Melaka. Contoh pengeksport
getah ialah Lee Ruber Estate Ltd.
 Buruh Cina terlibat dalam perusahaan getah yang dikendalikan oleh pegusaha cina bagi
memudahkan urusan pengambilan buruh.
 Permintaan getah yang semakin meningkat dan penting telah mengubah corak ekonomi TM
serta menjalinkan orang Cina dengan komoditi utama dunia.
 Selain itu, ramai pemodal besar yang terdiri daripada orang Cina memberikan modal
pinjaman kepada orang Cina untuk terlibat dalam sektor perladangan getah.
 Kesannya , ramai orang Cina dan Eropah lebih dominion dalam sektor perladangan getah.
 Dianggarkan pada 1917, terdapat 55200 buruh yang telah bekerja di ladang getah NNM.
 Di kedah pada 1930 wujud perbezaan yang ketara mengenai pemilikan ladang getah di
Kedah dimana orang cina memiliki sebanyak 146 ladang diikuti Eropah 89, Melayu 12 dan
India 3 buah ladang.
 Penglibatan ramai orang Cina disebabkan oleh beberapa faktor seperti kemudahan
pembiayaan modal dari pemodal Cina Pulau Pinang, kemasukkan buruh secara percuma
oleh British . Kesannya, permintaan pasaran dunia yang tinggi terhadap getah.
Sumbangan Buruh India
1) Sektor pertanian dan perladangan

Getah
 Di Tanah Melayu, sektor getah merupakan sektor yang terpenting kerana sektor ini
menyumbang dalam sumber ekonomi yang membawa banyak keuntungan kepada pihak
British.
 Penanaman pokok getah ini telah diperkenalkan oleh sir Hugh Low di Tanah Melayu.
 Sir Hugh Low mula menjalankan aktiviti penanaman pokok getah di perak semasa tahun
1920.
 Menjelang awal tahun 1900-an, tanaman getah mula mendapat permintaan yang banyak oleh
serata dunia terutama di Eropah ekoran daripada perkembangan perindustrian.
 Tanaman komersial seperti kopi yang diusahakan oleh British di Tanah Melayu seperti di
Selangor, Negeri Sembilan dan Perak dilihat telah mula merosot pada sekitar tahun 1896 dan
1899.
 Pengusaha-pengusaha mula menaman pokok getah akibat permintaan yang semakin tinggi
dan menguntungkan pengeluar.
 Hal ini telah mengakibatkan berlakunya peningkatan dalam permintaan buruh India.
 Perusahaan ladang getah memerlukan tenaga buruh yang banyak menyebabkan Peladang
Eropah telah mengupah banyak buruh India kerana buruh India dikenakan upah yang rendah
dan senang untuk diuruskan berbanding buruh China.
 Oleh itu, pihak British telah meningkatkana kemasukan buruh India ke Tanah Melayu
 Hal ini menyebabkan jumlah kemasukan buruh India di Tanah Melayu meningkat daripada
119 000 orang pada tahun 1901 kepada 407 181 orang pada tahun 1921 atau dapat dilihat
dari segi peratusan iaitu 14.2% daripada jumlah masyarakat Melayu yang tinggal di Tanah
Melayu.
 Oleh itu, kepesatan dan kemajuan ekonomi di Tanah Melayu dilihat adalah disebabkan oleh
kemasukan India di mana ia menyumbang kepada 40% pendapatan negara dan 75%
daripada nilai eksport pada tahun 1950an di Tanah Melayu.
Kelapa

 Pada tahun 1896, sektor perladangan kelapa telah dilihat sebagai satu sektor industri yang
berpotensi untuk berkembang maju serta membawa keuntungan besar dalam sektor
ekonomi.
 Hal ini berlaku kerana harga kopi telah jatuh menyebabkan industri kelapa berkembang di
negeri-negeri Melayu Bersekutu.
 Permintaan kelapa yang meningkat menyebabka harga kelapa turut meningkat di peringkat
antarabangsa.
 Pada tahun 1830, peladang eropah mula mengusahakan ladang kelapa secara besar-besaran
di kawasan Batu Kawan, Bukit Tambun dan Simpang Empat.
 Hal ini menyebabkan pihak British telah membawa masuk buruh India untuk bekerja dalam
sektor ini.
 Buruh India dibayar gaji yang sangat rendah iaitu USD 3.60 sebulan.
 Buruh India yang dibawa ini tidak mempunyai kemahiran dalam indusrtri ini dan tidak
mengetahui cara untuk menanam, memetik dan mengopek kelapa.
 Namun, masalah ini tidak jadi penghalang kepada pihak British kerana kehadiran buruh ini
telah memberi sumbangan kepada industri ini.

Kopi

 Tanaman kopi ini dipelopori oleh orang Eropah pada akhir abad 19.
 Negeri yang banyak menanam tanaman kopi ialah Negeri Selangor, Johor, Negeri Sembilan,
dan Perak.
 Pada mulanya tanaman kopi ini mula ditanam di Tanah Melayu berikutan penyebaran wabak
penyakit yang melanda ladang kopi di Ceylon di Sri Lanka pada tahun 1864.
 Pada abad 1870-an peladang Eropah mula beralih tempat tanaman kopi ini di Tanah Melayu
 Hal ini menyebabkan ramai buruh-buruh India dibawa masuk ke Tanah Melayu.
 Bertujuan untuk menanam kopi secara besar-besaran.
 Buruh India lebih cekap berbanding buruh Jawa.

2) Sektor Infrastruktur

 Buruh India juga bekerja dalam sektor pembangunan iaitu pembinaan sistem perhubungan.
 Pada tahun 1822, Negeri-negeri Selat telah dijadikan sebagai tempat untuk memindahkan
banduan India.
 Hal ini dikatakan demikian kerana buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Tanah Melayu
tidak mencukupi untuk menampung segala projek-projek yang ingin dilaksanakan British di
Tanah Melayu.
 Pada tahun 1832 hingga 1837 direkodkan seramai 9000 orang banduan telah dihantar di
Tanah Melayu dan ditempatkan bahagian pembinaan dan perhubungan.
 Buruh India tersebut bekerja dalam sektor pembinaan seperti membina jalan kereta api, jalan
raya, pelabuhan dan sebagainya.
 Pada tahun 1871, populasi buruh India di Negeri-Negeri Selat semakin meningkat seramai
33 390 orang dan pada tahun 1891, populasi buruh India terus meningkat iaitu seramai 74
104 orang.
 Pada tahun 1899, buruh bebas India turut dibawa oleh pihak British bertujuan untuk bekerja
di jabatan kerajaan khususnya jabatan kereta api.
 Pada tahun 1906 buruh bebas India meningkat berbanding dengan buruh kontrak iaitu buruh
bebas seramai 20 000 orang manakala buruh kontrak 3 700 orang.
 Pada tahun 1907 jumlah buruh bebas terus meningkat sebanyak 4 700 orang.

KESIMPULAN

 Memang tidak boleh dinafikan lagi, sumbangan yang dibawa oleh buruh China dan India
dalam sektor ekonomi di Tanah Melayu ini pada abad ke-19 dan 20.
 Kehadiran mereka di Tanah Melayu ini telah menyebabkan pelbagai kemajuan dan
perkembangan yang telah berlaku sehinggakan membawa kepada peningkatan ekonomi di
Tanah Melayu.
 Kehadiran buruh Cina ini dapat dilihat dari sektor perlombongan iaitu sektor perlombongan
mengalami kemajuan dengan pelbagai inovasi dan kaedah yang baharu diperkenalkan.
 Manakala kehadiran buruh India pula dapat dilihat dalam perkembangan ekonomi di Tanah
Melayu iaitu dapat dilihat kemajuan dalam pertanian dan perladangan serta infrastruktur.
 Perkembangan infrastruktur di Tanah Melayu dapat dilihat dari segi pembinaan jalan
perhubungan bertujuan untuk memudahkan biji timah diangkut dan tanaman komersial
dijalankan.
 Kehadiran burh cina dan india ini ke Tanah Melayu pada mulanya hanyalah untuk mencari
pekerjaan bagi mengubah nasib serta menyara hidup keluarga mereka, akan tetapi,
kehadiran mereka ini semeangnya membawa kepada perkembangan ekonomi di tanah
melayu.

Anda mungkin juga menyukai