Anda di halaman 1dari 6

KESAN PERKEMBANGAN GETAH

4.1 Pengenalan

4.2 Kedatangan Buruh-buruh Luar

Semasa penjajahan Inggeris di bawah SBBUB, jumlah penduduk Borneo Utara


adalah sedikit melalui banci yang dibuat oleh SBBUB pada 1891 iaitu seramai
67, 602 orang.1 Oleh hal yang demikian keperluan buruh untuk ditempatkan
dalam perladangan getah tidak mencukupi menyebabkan SBBUB telah
mengimport buruh luar terutama dari China dan Indonesia (Jawa) bermula
pada tahun 1880an. Buruh-bruh tersebut dibawa masuk melalui broker-broker
dari Singapura dan Pulau Pinang. Kemasukan buruh luar ini juga disebabkan
oleh bayaran gaji yang murah kepada buruh asing berbanding penduduk
bumiputera di mana mereka menginginkan bayaran yang lebih tinggi daripada
gaji yang ditawarkan oleh pengusaha.

Malahan, mereka juga kurang berminat untuk bekerja di ladang-ladang


SBBUB kerana terikat dengan sistem masa dan dan bayaran 2 serta sukar
untuk berpisah dengan amalan ekonomi tradisi yang telah dijalankan secara
turun temurun.3 Kaum Bumiputera Borneo Utara juga inginkan sistem
ekonomi yang bebas dan tidak ingin terikat dengan sistem kapitalisme yang
diperkenalkan oleh kompeni.4 Keadaan sosial di negeri asal buruh asing yang
miskin, mengalami ancaman alam seperti banjir serta kepadatan penduduk
menyebabkan persaingan ekonomi di kalangan masyarakat. Keadaan ini
dianggap sebagai faktor penolak buruh asing yang menyebabkan mereka
sanggup bekerja walaupun dikenakan upah yang rendah.

1
D.R. Maxwell, State Of North Borneo Census Report 1921, Jesselton, government printing office, hlm.23.
2
317: BRITISH NORTH BORNEO, REPORT AND Estimaes by L>B Von Donop, memorandum on sago planting 26
mac 1882, arkib negeri sabah, hlm. 28
3
Report on the agricultural….., hal. 28
4
Sabihan Osman, the role of governor D. J Jardine in Improving the welfate of the indigenous people of sabah
1932-1993, dalam journal of southest Asian studies, vol. xx. No. 2, sept., 1989. Hlm. 198.
4.2.1 Kedatangan buruh cina

Kedatangan Buruh Cina ini telah bermula sebelum getah menjadi tanaman
komersial yang penting di Borneo Utara iaitu ketika eksport tembakau
meningkat pada tahun 1890. Seramai 8 000 orang cina dibawa masuk untuk
bekerja di ladang-ladang tembakau di Borneo Utara. Namun, pada ketika itu
kemasukan buruh cina adalah disebabkan keperluan terhadap buruh asing
oleh SBBUB oleh itu tidak ada kemasukan secara beramai-ramai secara
sukarela ke Borneo Utara. Ianya juga disebabkan Sbb syarat-syarat
kemasukan buruh cina tidak memuaskan dan penyakit meluas di bu.
Menjelang tahun 1895, barulah stabil import buruh. Tapi paa tahun 1900 an,
import dikurangkan begitu juga yang datang secara persendirian. Ini
disebabkan cukai beras yang diperkenakan oleh sbbub pada tahun 1898 dan
1902 untuk membiayai pembinaan jalan keretaapi. Menyulitkan kehidupan
buruh cina tetapi telah dihentikan pada tahun 1903. 5 Oleh itu pada tahun
1903, kedatangannya kembali meningkat. Cth: pda thun 1907, 50% daripada
pekerja estet getah di bahagian pantai barat borneo utara kepunyaan
syarikat-syarikat perladangan SBBUB adlah orang cina. Pekerja paling ramai.
Ianya juga didorong oleh pembukaan estet baru doleh pengusaha Eropah.
Namun, bekalan tenaga buruh cina berkurangan awal pertengahan abad ke-
20 walhal keperluan terhadap buruh meningkat pada tahun 1910. Oleh hal
yang demikian, SBBUB telah menghantar Young Riddel ke negara China untuk
berunding mengenai perekrutan buruh. Hasilnya, sebuah agesi merekrut
buruh China berjaya diwwujudkan bagi memudahkan urusan membawa buruh
ke Borneo Utara melalui sistem kontrak kerja selama 300 hari. Mereka
dilengkapi dengan perkhidmatan perubatan, perumahan dan pelayaran secara
percuma. Selepas tamat kontrak, buruh tersebut akan diberikan tanah tidak
melebihi dua ekar.

Walau bagaimanaun pada tahun 1929, kejatuhan harga getah telah


menyebabkan jumlah buruh yang diimport telah dikurangkan dan

5
Lee Yong Leng. Sabah suatu kajian geografi petempatan, dewan bahasa dan Pustaka, kuala Lumpur, hlm. 46.
sebilangan daripada buruh tersebut telah dihantar balik oleh sbbub ke
negara China. Mereka yang tinggal di Borneo Utara pula terdiri daripada
buruh yang telah menandatangani satu perjanjian bertulis untuk bekerja.
Bagi mewujudkan hubungan baik antara pekerja dan majikan, buruh yang
disambung kontrak hanya dikehendaki memberi keterangan lisan dan
tidak perlu membuat perjanjian bertulis. Jumlah buruh cina di Borneo
Utara juga semakin menurun pada tahun 1930 disebabkan bayaran gaji
yang diberikan oleh SBBUB dikurangkan.

a) Kedatangan buruh Indonesia


Kebanyakannya ornag jawa yang telah bermula lagi pada tahun 1920 an.
Pada tahun 1882, 90 orang buruh kontrak jawa telah dibawa msuk dari
pulau jawa di kawasan silam, berhampiran dari lahad datu. 6 Tetapi bersifat
sementaraa, ramai yang kembali semula ke pulau jawa selepas
jangkamasa yang ditetapkan oleh sbbub.umpamanya pada tahun 1907,
5068 orang telah pulang ke jawa daripda 8449 orang buruh jawa yang
bekerja di estet-estet getah.
Burh tersebut mendapat pengawasan dan kebenaran gabenor jeneral
hindia belanda. Terlibat di settee getah di kuhara, Kubota, new darvel bay,
lahad datu, sapong, melalap. Mawoa. Beaufort, lok kawi dan menggatal 7
1) Pembinaan jaringan jalan keretapi dan jalanraya
Bertujuan untuk mengangkut hasil-hasil keluaran pertanian keluar untuk
dieksport8. Jalan keretaoi yang pertama telah dibina untuk
menghubungkan beaufort ke Weston dan siap pada 1900. Ini diiukti
dengan pertambahan keretapai dari jesselton (kk) dan ke tenom yang
telah siap pada 1905. Kawasan-kawasan di sekitar beaufort merupakan
pusat bagi berabgai kegiatan pertaian perladagan selain getah seperti
kelapa, sagu dan tembakau. Beaufort merupakan kawasan pengeluaran
getah yang paling penting semasa sbbub9 kawasan keretapi juga
6
Khazin Mohd. Tamrin, “ Orang Jawa di Borneo Utara, satu nota awal”, dalam JEBAT, bil. 16, UKM, 1988. Hlm.
126
7
Annual report 1928. Hal 28, lihatjuga annuar report 1929. Hal. 30.
8
Report of the forty fifty half early yearly meeting of BNBCC 22 july, 1905, hal.4
9
Cecelia Leong, Sabah The First 100 years, percetakan nan yang muda,kl. 1982, hal.56
berdekatan dengna pelabuhan untuk memudahkan eksport getah ke
negara lain melaulu kapal-kapal laut. Malahan juga untuk membawa buruh
asing ke kawasan estet getah.10 Tetapi tidak secara meluas kerana pda
tahun 1930, syarikat mengalami kekurangan modal diebsbkn kejatuhan
harga getah.
Mereka turut memajukan jaringan jalanraya tetapi bkanlah yang
berturap (untuk jimat Kos). Cth, pda tahun 1920 hanya 3 projek menurap
dijalankan termsuklah jalan jeselton ke tuaran, Sandakan ke laok dan
melalap ke keningau. Mudah diangkut ke pelabuha jeselton. 1940, 618
kilometer jalan bertar di bu. Jalan2 tersbut dibina di beberapa jbuah
bandar besar seperti jesselton, l.d, kudat, tawau dan sandakan 11
2) Pertukaran tumpuan kawasan pembangunan, pertumbuhan Bandar-bandar
dan Pelabuhan -pelabuhan
Perladangan getah telah menyebabkan perlakunya pertukran tumpuan
pembangunan yang sebelumnya di kawasan pantai timur yang berpusat di
sandakan ke pantai barat yang berpusat di Jesselton. Hal ini disebabkan
kebanyakan estet-estet getah terletak di kawasan pntai barat. Penumpuan
kepada kawasan-kawasan baru getah di kawasan pantai barat telah
memesatkan lagi pembangunan ekonomi dan meluaskan lagi petempatan
penduduk. Sementara di kawasan pantai timur pula pmbangunannya telah
tertumpu di sekitar pinggir pantai iaitu tawau, lahad datu, semporna dan
Sandakan yang menjadi tumpuan penanaman tembakau. Msalny pda tahun
1890, terdapat kira-kira 60 buah estet tembakau tertumpu di bahagian pantai
timur seperti teluk marudu, sungai Kinabatangan, segama, lahad datu, tawau
dan sandakan.12 Perkembangan getah di kawasan pantai barat telah
menyebabkan kawasan pantai timur tidak diberi penekanan terutama apabila
eksport getah meningkat dan tembakau telah merosot di pasaran dunia.
Perkembangan pelabuhan-pelabuhan juga adalah disebabkan oleh
kemunculan perladangan getah di mana ianya dimajukan sebagai kawasan
kegiatan mengeksport hasil perladangan getah tetapi untuk mengbil buruh-

10
Peter Sepnce Gudgeon, “Economic Development in Sabah….” Hal. 287-188.
11
Zainin Tukiman, Sej Perkembangan Sistem Pengangkutan negeri sabah…”. Hlm.24.
12
En. Yong Leng, sabah.., hal. 54.56
buruh yang diimprt untuk bekerja di estet-estet getah. Beberapa bandar yang
telah berkembang menjadi bandar telah menjadi bandar pelabuhan iaitu
Kudat, Sandakan, Semporna, Lahad Datu, tawau dan Jesselton. Ianya turut
didorong oleh iklim yang sesuai untuk penanaman getah di kawasan tersebut
bagi keperluan industry dan kehidupan mewah “ Metropolis” Britain di mana
BU, getah telah menjadi tumpuan utama pelaburan 13 Malahan, pembukaan
bandar-bandar ini juga telah menyebabkan berlakunya proses urbanisasi.
Penghijrahan beramai-ramai penduduk luar bandar ke kawasan bandar telah
menyebabkan pertambahan penduduk di kawasan bandar seperti Sandakan,
Jesselton, Tawau, Kudat dan Lahad Datu.
Penghijarahan peribumi daripada kawasan luar bandar ke bandar juga
juga disebabkan kegiatan dalam perladangan getah adalah lebih
menguntungkan dan dapat memberikan ganjaran wang yang banyak dalam
jangka masa yang singkat. Misalnya, sebahagian daripada suku Brunei yang
tinggal di kampung Brunei, Kimanis dan Papar telah mengambil peluang
untuk bekerja di ladang-ladang getah yang dimiliki oleh syarikat-syarikat
perladangan kepunyaan SBBUB.14

3) Kewujudan Ekonomi Dualisme


Ekonomi bercorak dualism ini muncul berikutan pengenalan
perekonomian perladangan Getah di Borneo Utara yang bersifat moden. Hal
ini disebabkan penggunaan modal,teknologi moden, tarikan pelaburan,
kemahiran pengurusan dan lain-lain. Manakala, kegiatan ekonomi tradisional
pula dikaitkan dengan kegiatan pertanian penduduk peribumi boreno utara
yang lebih kepada tanaman sara diri, tenaga kerja daripada kerabat keluarga,
penggunaan peralatan tradisional. Hal ini telah menyebabkan berlakunya
ekonomi dualism di borneo utara yang memperlihatkan berlakunya jurang
yang besar.
Perekonomian perladangan getah diusahakan oleh orang-orang eropah
dan buruh asing. Manakala kaum peribumi Borneo Utara pula terlibat dalam
kegiatan pertanian pindah, menanam padi sawah, mencari hasil hutan dan
13
Abdul samad hadi, “ Pergantungan dan penyatuan..” hal. 91
14
Johran Kassim, Sejarah Penghijrahan…’ hal.87.
Laut. Oleh itu mereka mendiami kawasan terpencil di pendalaman dan lereng-
lereng bukit. Namun, kegiatan ekonomi moden dan tradisi ini berjalan secara
seiring. Orang-orang Eropah terlibat bertindak sebagai “Tuan Tanah” dalam
perladangan getah dan buruh asing tinggal di kawasan ladang-ladang getah
dan kawasan bandar. Manakala, kaum bumiputera pula tinggal di kawasan
desa yang terpencil.

4) Tumpuan kepada Pelaburan Asing


Pendudukan SBBUB di Borneo Utara telahm memberikan tumpuan kepada
tanaman yang bernilai ‘Wang’. Oleh hal yang demikian, kemajuan dalam
perladangan getah ini adalah untuk menarik kemasukan pelaburan asing bagi
melaburkan modal mereka yang membawa keuntungan kepada SBBUB
sebagai pentadbir Borneo Utara. Kegiatan perladangan getah yang
berkembang pada tahun 1910 telah menarik minat pelabur asing. Contohnya
pada tahun 1905, hanya 2 buah syarikat sahaja yang menjalankan
penanaman getah tetapi telah meningkat kepada 16 buah syarikat pada
tahun 1910.
Walau bagaimanapun, perdagangan dan pengaliran modal ke Borneo
Utara terhenti semasa dunia mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun
1930-an. keadaan ini turut menjatuhkan pelaburan asing dalam perladangan
getah di Borneo Utara.
5) Kegiatan Pekebun Kecil

Anda mungkin juga menyukai