Anda di halaman 1dari 4

BAB 4

KESAN SOSIOEKONOMI GETAH (1881-1963)

4.1 PENGENALAN

4.2 KEDATANGAN BURUH-BURUH LUAR

Semasa penjajahan Inggeris di bawah SBBUB, jumlah penduduk Borneo Utara adalah sedikit
melalui banci yang dibuat oleh SBBUB pada 1891 iaitu seramai 67, 602 orang. 1 Oleh hal
yang demikian, keperluan buruh untuk ditempatkan dalam perladangan getah tidak
mencukupi untuk menjalankan aktiviti pembersihn, menanam anak pokok getah, menjaga,
menoreh serta mengumpul hasil susu menyebabkan SBBUB telah merekrut buruh luar
terutama dari China dan Indonesia (Jawa) tahun 1880an. Kepentingan peranan mereka
lebih jelas lagi apabila semakin banyak estet getah dibuka. Buruh-buruh tersebut dibawa
masuk melalui broker-broker dari Singapura dan Pulau Pinang. Pemberian gaji yang murah
terhadap buruh asing dapat mengurangkan kos perbelanjaan SBBUB. Hal ini berbeza
dengan buruh tempatan yang menginginkan bayaran yang lebih tinggi daripada gaji yang
ditawarkan oleh pengusaha.
Malahan, mereka juga kurang berminat untuk bekerja di ladang-ladang SBBUB
kerana terikat dengan sistem masa dan dan bayaran 2 serta sukar untuk berpisah dengan
amalan ekonomi tradisi yang telah dijalankan secara turun temurun. 3 Kaum Bumiputera
Borneo Utara juga inginkan sistem ekonomi yang bebas dan tidak ingin terikat dengan
sistem kapitalisme yang diperkenalkan oleh SBBUB. 4 Keadaan sosial di negeri asal buruh
asing yang miskin, mengalami ancaman alam seperti banjir serta kepadatan penduduk
menyebabkan persaingan ekonomi di kalangan masyarakat. Keadaan ini dianggap sebagai
faktor penolak buruh asing yang menyebabkan mereka sanggup bekerja walaupun
dikenakan upah yang rendah.

1
D.R. Maxwell, State of North Borneo Census Report 1921, Jesselton: Government Printing Office, hlm. 23.

2
317: British North Borneo, Report and Estimaes By LB Von Donop, Memorandum on Sago Planting 26 Mac
1882, Arkib Negeri Sabah, hlm. 28

3
Report on The Agricultural for 1919, hlm. 28.

4
Sabihan Osman, The Role of Governor D. J Jardine In Improving the Welfate Of the Indigenous People of
Sabah 1932-1993, The Journal of Southest Asian Studies, Vol. Xx. No. 2, September 1989, hlm. 198.
4.2.1 Kedatangan buruh cina

Kedatangan Buruh Cina ini bermula sebelum getah menjadi tanaman komersial yang penting
di Borneo Utara iaitu ketika eksport tembakau meningkat pada tahun 1890. Seramai 8 000
orang cina dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang tembakau di Borneo Utara.
Namun, pada ketika itu kemasukan buruh cina adalah disebabkan keperluan terhadap buruh
asing bukan disebabkan kemasukan secara beramai-ramai secara sukarela ke Borneo Utara.
Syarat-syarat yang kurang memuaskan dan penyakit yang berleluasa di Borneo Utara juga
menjadi faktor kurangnya kemasukan buruh cina. Menjelang tahun 1895, Import buruh cina
semakin stabil. Namun keadaan itu tidak kekal lama apabila pada tahun 1900an, Import
buruh cina telah dikurangkan dan buruh yang masuk secara persendirian juga disekat. Ini
disebabkan cukai beras yang diperkenalkan oleh SBBUB pada tahun 1898 dan 1902 untuk
membiayai pembinaan jalan keretaapi yang menyulitkan kehidupan buruh cina tetapi telah
dihentikan pada tahun 1903.5
Oleh itu pada tahun 1903, kedatangannya kembali meningkat. Contohnya, pada
tahun 1907, 50% daripada pekerja estet getah di bahagian pantai barat borneo utara
kepunyaan syarikat-syarikat perladangan SBBUB adalah orang cina. Buruh cina mendominasi
buruh di Borneo Utara. Ianya didorong oleh pembukaan estet baru oleh pengusaha Eropah.
Namun, bekalan tenaga buruh cina berkurangan awal pertengahan abad ke- 20 walhal
keperluan terhadap buruh meningkat pada tahun 1910. Oleh hal yang demikian, SBBUB
telah menghantar Young Riddel ke negara China untuk berunding mengenai perekrutan
buruh. Hasilnya, sebuah agensi merekrut buruh China berjaya diwujudkan bagi
memudahkan urusan membawa buruh cina ke Borneo Utara melalui sistem kontrak kerja
selama 300 hari. Mereka dilengkapi dengan perkhidmatan perubatan, perumahan dan
pelayaran secara percuma. Selepas tamat kontrak, buruh tersebut akan diberikan tanah
tidak melebihi dua ekar.
Walau bagaimanaun pada tahun 1929, kejatuhan harga getah telah menyebabkan
jumlah buruh yang diimport telah dikurangkan dan sebilangan daripada buruh tersebut telah
dihantar balik oleh SBBUB ke negara China. Mereka yang tinggal di Borneo Utara pula terdiri
daripada buruh yang telah menandatangani satu perjanjian bertulis untuk bekerja. Bagi
mewujudkan hubungan baik antara pekerja dan majikan, buruh yang disambung kontrak
hanya dikehendaki memberi keterangan lisan dan tidak perlu membuat perjanjian bertulis.

5
Lee Yong Leng, Sabah suatu kajian geografi petempatan, Dewan bahasa dan Pustaka, kuala Lumpur, hlm. 46.
Jumlah buruh cina di Borneo Utara semakin meningkat pada tahun 1930 di mana mereka
juga turut melibatkan diri dalam pertanian tradisional terutama penanaman padi dan
tanaman-tanaman lain.

Jadual 4.1: Buruh cina di Borneo Utara mengikut Tahun Banci 1891 - 1931

TAHUN KOMUNITI CINA (ORANG)


1891 7, 156
1901 13, 897
1911 27, 801
1921 39, 256
1931 50, 056

Sumber: Lee Yong Leng, Sabah suatu kajian geografi petempatan, Dewan bahasa dan Pustaka, kuala Lumpur,
hlm. 46.

4.2.2 Kedatangan Buruh Indonesia

Kedatangan buruh Indonesia ini kebanyakannya terdiri daripada orang jawa. Kemunculan
mereka di Borneo Utara bermula pada tahun 1882 iaitu 90 orang buruh kontrak jawa telah
dibawa msuk dari Pulau Jawa di kawasan Silam, berhampiran dari Lahad Datu. Walau
bagaimanapun, ianya bersifat sementara, ramai yang kembali semula ke pulau jawa selepas
suatu jangkamasa yang ditetapkan oleh SBBUB. Contohnya, pada tahun 1907, 5068 orang
telah pulang ke jawa daripda 8449 orang buruh jawa yang bekerja di estet-estet getah.Pada
tahun 1911, Buruh Jawa mencecah 4, 097 orang. Buruh tersebut mendapat pengawasan
dan kebenaran gabenor jeneral Hindia Belanda.
Mereka bekerja di kuhara, Kubota, new darvel bay, lahad datu, sapong, melalap,
Mawoa, Beaufort, Lok Kawi dan Menggatal. 6 Pada ketika itu, setiap estet telah lengkap
dengan bekalan buruh namun populasi buruh yang tidak bekerja juga bertambah. Pada
tahun 1958, kebanyakan buruh yang berasal dari Indonesia ini bekerja di ladang-ladang
getah yang berdekatan dengan pulau-pulau Indonesia. Keadaan ini dapat dilihat di estet
pantai timur seperti estet Getah Imam yang kebanyakannya terdiri daripada buruh
Indonesia.

6
Annual report 1928, hlm. 28. Lihat juga: Annual report 1929, hlm. 30.
Jadual 4.2: Tenaga Buruh di Estet Getah Imam

BURUH LELAKI PEREMPUAN KANAK- JUMLAH


KANAK
JAWA 8 5 9 22
MAKASSAR 1 1 3 5
TIMOR 22 6 6 34
BUGIS 56 27 31 114
CINA 1 1 5 7
FILIPINA - 1 - 1

Sumber: Lee Yong Leng, Sabah suatu kajian geografi petempatan, Dewan bahasa dan Pustaka, kuala Lumpur,
hlm. 55.

Berdasarkan jadual tersebut, kebanyakan buruh asing yang bekerja di Estet Getah Imam
terdiri daripada buruh Indonesia iaitu orang bugis sebanyak 114 orang diikuti oleh orang
timor seramai 3 orang dan orang jawa seramai 22 orang. Kemasukan buruh asing ini telah
mencorakkan kependudukan di Borneo Utara khususnya di Pantai timur. Malahan,
kebanyakan daripada mereka telah bermaustatin secara tetap dan berkahwin dengan
penduduk tempatan.

Anda mungkin juga menyukai