Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN

Buruh merujuk kepada orang yang bekerja dengan mendapatkan hasil yang dikatakan

upah. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah

dan Sarawak menjadi penduduk majoriti.1 Namun, apabila kehadiran pihak British mulai

campur tangan dalam bidang ekonomi di Tanah Melayu menyebabkan kepesatan ekonomi

meningkat secara mendadak. Pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 aktiviti

penghijrahan berlaku secara mendadak dengan bilangan yang ramai sehingga awal abad ke-

20.2 Perkembangan perlombongan timah dan penanaman getah pada lewat abad ke-19 dan

awal abad ke-20 telah menggalakkan British mengusahakan perlombongan timah dan

penanaman getah secara besar-besaran.3

Justeru, tenaga buruh yang ramai dan murah diperlukan bagi mengusahakan lombong

bijih timah dan ladang-ladang bagi menjayakan agenda yang telah dirancang. Maka kerajaan

British telah membawa masuk buruh India bagi mengusahakan ladang-ladang getah. 4 Buruh

India kebanyakannya datang dari selatan India iaitu dari Negapatam dan Madras. Faktor

buruh dari Selatan India dibawa masuk oleh British yang akan dikupas dengan lebih lanjut

dalam penulisan ini. Malah, dikatakan keadaan kebuluran dan kemiskinan menyebabkan

buruh-buruh India meninggalkan tanah air mereka dan berhijrah ke Tanah Melayu. Oleh itu,

1 Azmah Abdul Manaf, Sejarah sosial masyarakat Malaysia (Selangor : Utusan Publication Sdn Bhd,
2001 ), hlm 5.

2Azmah Abdul Manaf, Sejarah sosial masyarakat Malaysia, hlm 8.

3 Sivachandralingam Sundra Raja , Sejarah masih relevan ( Selangor : Karisma


Publication Sdn.Bhd, 2008 ), hlm 242.

4 K.Anbalakan, Identiti India di Malaysia (Pulau Pinang : Penerbit USM, 2008), hlm 1.

1
kemiskinan dikatakan sebagai faktor utama atau dominan yang mendorong penghijrahan

buruh-buruh India ini. Sejauh manakah benar pandangan ini?

Penulis akan menghujahkan secara kritis faktor kemasukan buruh India ke Tanah Melayu

dengan menangkis kemiskinan sebagai faktor dominan yang menyebabkan buruh-buruh ini

berhijrah ke Tanah Melayu. Penulisan ini juga akan mengetengahkan sumbangan buruh-

buruh India dalam politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu. Perbincangan ini bertujuan

untuk memberi gambaran umum tentang pembentukan identiti masyarakat India yang

bermula dengan kehidupan mereka sebagai buruh-buruh estet sehingga sumbangan mereka

kepada perkembangan Tanah Melayu.

2. SEJAUHMANA KEMISKINAN MENJADI FAKTOR UTAMA

Faktor kedatangan orang India ke Tanah Melayu juga dikaitkan dengan keadaan

sosial dan ekonomi yang tidak stabil di tempat asal mereka. Sebagai contoh, masalah yang

dihadapi oleh orang India ini adalah seperti bencana alam yang sering berlaku di India.

Kejadian bencana alam yang berlaku ini telah menimbulkan penderitaan yang teruk kepada

penduduk India yang berada di kawasan itu. Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan

contohnya, sering mengalami bencana alam seperti kemarau yang akan merosakkan hasil-

hasil tanaman. Keadaan yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi

serta sumber bekalan makanan mereka semakin merosot. Hal ini telah menyebabkan

berlakunya peristiwa kebuluran masyarakat India pada pertengahan abad ke-19 di India. 5

5 A. Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin, Globalisasi dan Peradaban di Malaysia


(Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2003 ), hlm 211.

2
Penulis akan membincangkan pandangan sarjana terkemuka iaitu Kernial Singh Sandhu

dalam penulisannya mengatakan bahawa keadaan kemiskinan di India menjadi salah satu

faktor yang menyebabkan buruh-buruh ini meninggalkan negara mereka. Malah, kemiskinan

ini menyebabkan mereka terbeban dengan hutang dari tuan tanah yang mengenakan bunga

dari 9 hingga 300%.6 Beliau juga berpendapat bahawa petani atau golongan miskin ini tidak

mempunyai pilihan lain selain meninggalkan tanah air mereka untuk mencari kehidupan

yang lebih baik di Tanah Melayu. Pandangan ini disokong oleh Micheal Stenson kerana

menurut Stenson, kemiskinan buruh-buruh di India Selatan telah menyebabkan mereka

berpindah mencari kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu. 7 Kepadatan penduduk yang

tinggi di India menyebabkan peluang pekerjaan menjadi sedikit dan masyarakat di sana

menghadapi masalah untuk terus survive di India. Oleh itu, mereka berhasrat untuk mencari

peluang pekerjaan yang lebih baik di Tanah Melayu.

Tidak dinafikan kemiskinan negara asal menyebabkan buruh-buruh ini berhijrah

untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik di Tanah Melayu. Namun, kemiskinan

tidak boleh dianggap sebagai faktor utama mereka datang ke Tanah melayu. Hal ini kerana

menurut Anbalakan dalam penulisannya menyatakan bahawa tidak dinafikan kemiskinan

sebagai faktor kedatangan orang India ke Tanah Melayu tetapi sebahagian daripada mereka

tidak datang dengan kerelaan sendiri tetapi dibawa masuk oleh British yang mentadbir

Malaya ketika itu. Pembawaan ini tidak selalunya dilakukan dengan adil sebaliknya berlaku

6 K.S. Sandhu, Indians in Malaya: Some Aspects of their Immigration and


Settlement 1786-1857 ( London : Cambridge University Press, 1969), hlm 37.

7 Michael Stenson, Class, Race and Colonialism in West Malaysia The Indian Case,
(Queensland ; University of Queensland Press, 1980), hlm 17.

3
penipuan dan paksaan digunakan.8 Buruh-buruh ini ditipu dan ditindas kerana mereka tidak

diberitahu dengan jelas kesukaran yang bakal menunggu mereka serta upah rendah yang

tidak setimpal dengan kerja mereka.

Buruh-buruh yang datang dengan harapan untuk mengubah nasib diri dan

keluarga berdepan dengan kejutan dan keadaan yang lebih buruk dari tanah air mereka.

Jelas bahawa buruh India tidak berhijrah tetapi dibawa masuk dengan pelbagai janji-

janji manis kerana tenaga mereka sangat diperlukan. Malah pandangan Anbakalan

disokong oleh Parmer kerana Parmer mendapati bahawa sebahagian besar buruh India

telah ditipu dengan maklumat palsu utnuk keluar dari India ke Tanah Melayu. 9 Oleh itu,

dakwaan kemiskinan negara asal menjadi faktor dominan kedatangan buruh-buruh

India ke Tanah Melayu tidak meyakinkan.10 Hal ini kerana India merupakan negara

yang miskin tetapi hanya buruh-buruh dari India Selatan sahaja yang dibawa masuk.

Malah kemiskinan di kawasan Bengal Timur lebih membimbangkan tetapi

British tidak membawa masuk buruh-buruh dari sana untuk bekerja di Tanah Melayu.

British telah membawa masuk buruh-buruh dari India Selatan kerana orang Tamil

adalah pasif dan mudah diurus. Mereka juga berpendapat bahawa hanya orang Tamil

sesuai menjadi kuli untuk bekerja sebagai hamba dalam keadaan yang teruk dan upah

8 K.Anbalakan, Identiti India di Malaysia, hlm 4.

9 Parmer J.N.,Colonial Labour Policy and Administration: A History of Labour in the


Rubber Plantation Industri in Malaya 1910-1941( New York New : York University
Press, 1960), hlm 27.

10 K.Anbalakan, Identiti India di Malaysia, hlm 5.

4
yang rendah.11 Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik seperti Tamil, Telugu,

Malayali, Ceylon dan sebagainya. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang-

ladang adalah golongan Tamil atas faktor yang dinyatakan di atas. Jadual di bawah

menunjukkan pecahan suku kaum etnik India yang telah datang ke Tanah Melayu dari

1921 hingga 1947.

Jadual 1

Kaum India mengikut pecahan etnik

Masyarakat 1921 1931 1947

Tamil 387,509 514,778 460,985

Telugu 39,986 32,536 24,093

Malayali 17, 190 34,898 44,339

Lain-lain - - 15,968

Jumlah 444,685 582,212 545,385

Sumber: Report of the Agent, 1935, hlm . 27. dalam Mahajani, Usha, The Role of
Indian in Burma and Malaya, hlm 103.

Berdasarkan jadual di atas, jelaslah bahawa orang Tamil merupakan etnik terbesar

yang datang ke Tanah Melayu. Peningkatan ketara boleh dilihat pada tahun 1931 kerana

11 Michael Stenson, Class, Race and Colonialism in West Malaysia The Indian Case,
hlm 17-18.

5
zaman itu merupakan zaman kepesatan ekonomi terutamanya berlaku perkembangan dalam

bidang penanaman getah. Orang Tamil mudah diurus dan mereka tidak banyak ragam seperti

yang dinyatakan oleh Stenson. Maka British melihat perkara ini sebagai peluang keemasan

kerana mereka boleh menggunakan buruh India ini untuk kepentingan ekonomi mereka.

Malah, British yang ketika itu memerintah India dan ianya menjadi mudah untuk menghantar

mereka ke Tanah Melayu. Kemiskinan menyebabkan buruh-buruh ini akur dengan British

walaupun mereka dibayar upah yang sedikit. 12 Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa

buruh-buruh ini telah ditipu dan dijanjikan dengan keadaan yang baik sedangkan hakikatnya

keadaan yang digambarkan ibarat langit dengan bumi.

Pandangan Stenson dan Anbalakan boleh diterima kerana keadaan kemiskinan

mungkin memaksa sebahagian orang India berhijrah ke Tanah Melayu tetapi desakan serta

penipuan dari British yang memerintah India ketika itu juga menyebabkan buruh-buruh India

datang ke Tanah Melayu. Penindasan kasta yang teruk juga berlaku di India. Penindasan

kasta ini juga turut mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam

dalam bukunya Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India

yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah terdiri daripada

kasta-kasta yang rendah.13 Pandangan ini disokong oleh Anbalakan dalam penulisannya

dengan menyatakan bahawa diskriminasi berdasarkan hierarki kasta ialah perkara biasa.

Bukan sahaja tempat kediaman golongan kasta rendah dibina jauh dari tempat kediaman

golongan kasta tinggi.

12 Michael Stenson, Class, Race and Colonialism in West Malaysia The Indian Case,
hlm 17-18.

13 Sinnappah Arasaratnam, Indians in Malaysia and Singapore ( London : Oxford


Uinversity Press,1970), hlm 66.

6
Amalan seperti ini juga dikatakan telah menjadi sebahagian kebudayaan mereka. 14

Maka, golongan kasta rendah yang tidak mampu menentang diskriminasi ini memilih untuk

berhijrah ke Tanah Melayu untuk mengubah nasib kehidupan mereka yang daif . Dalam

sistem kasta ini, Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir

sekali Sundra.15 Kebanyakan orang India yang datang ke Tanah Melayu ini terdiri daripada

golongan kasta Sundra. Peluang ekonomi yang luas dan banyak di Tanah Melayu

terutamanya dalam sektor pertanian telah menggalakkan kedatangan orang-orang India ke

Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti

getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah merupakan faktor utama kemasukan orang India ke

Tanah Melayu.16 Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam perusahaan getah

telah menggalakkan kedatangan buruh India ke Tanah Melayu. Perkembangan pertanian

ladang telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekali gus mendorong kedatangan

imigran asing ini ke Tanah Melayu secara besar-besaran.17

Permintaan yang tinggi terhadap getah untuk menghasilkan pelbagai jenis barang

seperti tayar, kasut dan penebat barangan elektrik di Eropah serta Amerika Syarikat telah

menggalakan kerajaan Inggeris mengusahakan penanaman getah secara besar-besaran. 18

Keperluan ini semakin mendesak apabila orang-orang Melayu tidak gemar untuk bekerja di

14 K.Anbalakan, Identiti India di Malaysia, hlm 11.

15 A. Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin, hlm 211.

16 Neelakanda Aiyer, Indian Problems in Malaya ( Kuala Lumpur : Malayan Printers,


1930), hlm 6.

17 Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad, Kolonialisme di Malaysia dan
Negara-Negara Lain, Kuala Lumpur, Fajar Bakti. 1990. Hlm 172

7
ladang getah. Oleh sebab itu, orang India dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang

getah. Selain itu, permintaan buruh India semakin banyak akibat daripada Revolusi

Perindustrian di Eropah yang menginginkan bekalan mentah yang banyak. Galakan daripada

Kerajaan British juga merupakan faktor penarik bagi buruh India ke Tanah Melayu. Hal ini

kerana, buruh dari India sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang rendah. Selain menjadi

buruh di ladang-ladang mereka juga diambil bekerja untuk membina jalan raya dan jalan

kereta api. Orang Tamil dari India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula diambil menjadi

kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas di ladang-ladang.19 Disamping itu, imigran

India ada juga dilantik dalam bidang profesional sebagai sebagai guru, doktor, kerani dan

sebagainya.20 Kebanyakan golongan terpelajar ini datangnya terdiri daripada kaum Tamil

Ceylon (Sri Lanka).21 Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah

mendorong kedatangan orang-orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara

Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi

kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal

datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India.

Maka jelaslah bahawa faktor kedatangan buruh India ke Tanah melayu bukanlah

berlandaskan faktor kemiskinan semata-mata. Terdapat beberapa faktor lain yang telah

18 Azmah Abdul Manaf.(2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur :


Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm 8.

19 Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan


Malaysia Edisi Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hlm 64.

20 K.Anbalakan, Identiti India di Malaysia, hlm 14.

21 Rajeswary Ampalavanar, The Indian Minority and Political Change In Malaya


1945-1957 (London : Oxford University Press,1981), hlm 2.

8
dibincangkan di atas yang turut menjadi penyumbang kepada penghijrahan buruh-buruh ini

dari India. Penulis juga akan mengetengahkan sumbangan secara kritis buruh-buruh India

dalam pembangunan sosoiekonomi Tanah Melayu.

2.0 SUMBANGAN KEMASUKAN BURUH-BURUH INDIA


2.1 POLITIK DAN PENTADBIRAN
Kemasukan buruh India di Tanah Melayu dari aspek politik menyebabkan mereka

berani untuk menyuarakan pendapat dan tampil mewakili kaum mereka. Persatuan

India pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1892 untuk berjumpa dan

bertukar-tukar idea kemajuan kaum India.22 Perkembangan politik kaum India dilihat

berkembang apabila Persatuan India Taiping juga ditubuhkan untuk menjaga

kebajikan mereka. Perkembangan ini diikuti dengan penubuhan Persatuan India

Selangor. Bukan itu sahaja, golongan buruh India turut menyuarakan tuntutan hendak

menjadi penduduk tetap Negeri-Negeri Melayu dan hak yang sama seperti penduduk

Melayu di Tanah Melayu. Mereka juga menyatakan hasrat hendak tinggal tetap dan

menjanjikan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap kerajaan. Kaum India

mengalami kesukaran untuk memperjuangkan kedudukan mereka di Tanah Melayu

semasa zaman kemelesetan ekonomi. Oleh itu Central Indian Association of Malaya

(CIAM) ditubuhkan dengan melantik Veerasamy sebagai presiden yang pertama. 23

Objektif CIAM ialah sebagai wakil tunggal masyarakat India untuk menjaga

kebajikan mereka. CIAM juga memperjuangkan supaya identiti kuli bagi buruh India

dihapus dan sistem upah,tempat kerja serta kediaman buruh India diperbaiki. Melalui

22 K.Anbalakan, Identiti India di Malaysia, hlm 14.

23 K.Anbalakan, Identiti India di Malaysia, hlm 14.

9
pertubuhan politik seperti ini telah menjentik semangat untuk meminta British

memberikan kewarganegaraan agar mereka dapat menikmati hak-hak asasi. Tindakan

ini Berjaya membangkitkan semangat etnik dalam kalangan buruh India.

Walaubagaimana pun, CIAM tidak bertahan lama atas beberapa kekangan tetapi

perjuangan CIAM telah membuka mata buruh-buruh India supaya terus kuat dan

berjuang untuk mendapat hak yang sepatutnya di Tanah Melayu.


Selain itu, kaum India juga telah menyumbang kepada pembentukan semangat

keindiaan dalam diri setiap kaum India di Tanah Melayu. Golongan elit Tamil terlibat

dengan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan taraf sosial golongan

bawahan dengan menganjurkan kempen antitodi,penghapusan adat-adat agama hindu

yang tidak rasional, penguunaaan bahasa Tamil dalam upacara kegaamaan dan

sebagainya. Impaknya, semangat keindiaan telah meningkat dengan drastik dan hal

ini telah mengeratkan hubungan antara orang Tamil kasta rendah yang sebelum ini

agak berpecah.

2.2 EKONOMI

Pembukaan kawasan ladang getah telah disumbangkan oleh kemasukan orang

India yang kebanyakkannya tinggal di estet-estet dan kawasan perusahaan kelapa

sawit. Sehinggalah menjelang pertengahan abad ke-19 apabila pembukaan ladang-

ladang getah di Tanah Melayu telah berlaku yang sememangnya merupakan tanaman

yang semakin popular pada ketika itu, telah merancakkan lagi pertambahan jumlah

imigran India di Tanah Melayu.24 Pada tahun 1897, sebanyak 345 ekar tanah getah

24 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia, 1800-1963.Hlm.176

10
telah dibuka di Tanah Melayu malah pada tahun 1940 kawasan ladang getah dibuka

meningkat kepada 3.5 juta ekar.

Bukan itu sahaja, disebabkan peningkatan getah meningkat maka ia telah

menambahkan penggunaan getah asli. Permintaan getah mendapat permintaan yang

tinggi kerana perkembangan industri pembuataan kereta dan barang-barang elektrik

di Eropah sedang pesat ketika itu. Pada tahun1919, eksport getah dari Tanah Melayu

telah mencapai hampir separuh daripada eksport getah dunia. Ini telah menjadikan

Tanah Melayu sebagai salah sebuah pengeluar utama getah asli dunia ketika itu. Pihak

British telah membuka ladang-ladang getah di bahagian Barat Tanah Melayu dan

buruh-buruh yang hampir 80 peratus adalah terdiri daripada kaum India. Berikutan itu

menyebabkan, jumlah orang-orang India di Tanah Melayu telah bertambah daripada

119,000 pada tahun 1901 ke 407,181 orang dalam tahun 1921.25 Penguasaan buruh-

buruh India dalam pekerjaan di ladang-ladang getah adalah disebabkan kaum-kaum

lain iaitu orang Melayu dan Cina yang tidak berminat untuk bekerja di ladang-ladang

getah kerana mereka tidak pernah bekerja di tempat tersebut dan kurang

berkemahiran .Ini menyebabkan, Kaum India ini telah dijadikan buruh untuk

membina bangunan- bangunan dan jalan-jalan di kawasan Negeri-negeri Selat. 26

Pada tahun 1921, dianggarkan seramai 8000 orang India telah bekerja sebagai buruh-

25 K.S. Sandhu, Indians in Malaya: Some Aspects of their Immigration and


Settlement 1786-1857 ( London : Cambridge University Press, 1969), hlm 181.

26 Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia (Selangor : Utusan Publication
(M) Sdn Bhd, 2001),hlm 13.

11
buruh kereta api. Secara tidak langsung, kerahan tenaga buruh India telah

melancarkan industri perusahaan di Tanah Melayu oleh British ketika itu.27

2.3 SOSIAL
I. PENDIDIKAN

Kemasukan imigran buruh Cina dan India telah mendorong pihak penjajah untuk

mewujudkan sekolah vernakular. Pembukaan Sekolah Vernakular ini adalah

27 Amarjit Kaur, Working on the Railway: Indian workers in Malaya 1880-1957 The
Underside of Malaysian History( Singapore : Singapore University Press,1990), hlm
106.

12
disebabkan oleh timbul kesedaran dalam kalangan buruh untuk mendapatkan

pendidikan kepada anak-anak mereka.28 Sekolah Vernakular Tamil pula memberikan

kemahiran asas dan subjek-subjek asas kepada anak-anak buruh Tamil. Kehadiran

pihak British yang membuka ladang teh dan kopi turut merancakkan penubuhan

sekolah vernakular Tamil. Walupun guru-guru yang mengajar diambil dari India

namun mutu pelajaran mereka rendah bahkan tidak ada pelajaran pada peringkat

menengah dalam bahasa Tamil. Masyarakat india tidak perlu berusaha untuk

menyediakan kemudahan pendidikan anak-anak mereka kerana di kawasan estet atau

ladang tempat tinggal mereka telah disediakan sekolah untuk anak-anak mereka

dengan bahasa penghantarnya sama ada Tamil, Malayalam atau Telugu 29. Pada tahun

1923, British memperkenalkan peraturan yang mewajibkan majikan mendirikan

sebuah sekolah di setiap ladang getah yang mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak

yang berumur di antara 10 hingga 12 tahun.

Selepas tahun 1920-an, semakin banyak sekolah Tamil didirikan di Tanah Melayu.

Pada tahun 1932, British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Tamil.

Pendidikan di sekolah Tamil hanya terbatas setakat sekolah rendah sahaja iaitu

sebahagian besarnya hanya ditawarkan pendidikan sehingga darjah empat dan ada

sebilangan kecil sehingga ke darjah enam. Hanya yang mampu sahaja dapat

melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris di bandar. Buku teks dan sukatan pelajaran

28 Abu Zahari Bin Abu Bakar, Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia:


Zaman Sebelum Merdeka hingga ke Zaman Sesudah Merdeka, Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1980, hlm. 19

29 Kernel Sigh Sandhu, Indias In Malaya, 1969, London, Cambridge, Universiti


Press.hlm 260

13
dibawa masuk dari India. Selain mempelajari kemahiran asas seperti membaca dan

menulis, murid-murid juga diajar matematik, ilmu alam, lukisan dan kerja tangan,

pengetahuan am, dan latihan jasmani. Kebanyakan sekolah Tamil tidak memuaskan

kerana kurang kemudahan. Gaji guru amat rendah dan di sesetengah sekolah, pekerja

ladang seperti kerani ladang, penyelia, dan pembancuh ubat ditugaskan untuk

mengajar.

11. KEMAJUAN SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN

Pembinaan sistem perhubungan disediakan bagi memenuhi keperluan

peningkatan ekonomi dan proses urbanisasi. Kemajuan perhubungan banyak

disumbangkan oleh kaum India dan cina. Penulis akan mengupas sumbangan buruh

India dalam aspek perkembangan perhubungan dan pengangkutan di Tanah Melayu.

Sebelum ini, perhubungan di Tanah Melayu banyak bergantumg dengan sungai-

sungai dan pelabuhan namun keadaan itu telah berubah setelah kemunculan buruh

Cina dan India walaupun pada peringkat awalnya kemudahan tersebut lebih tertumpu

untuk menghubungkan sesuatu tempat dalam negeri. Bukan itu sahaja, sistem

telekomunikasi turut berkembang pesat pada tahun 1880-an dan 1890-an.

Pertumbuhan infrastruktur ini turut membawa kepada peningkatan penduduk Tanah

Melayu selari dengan pertumbuhan ekonomi yang membawa limpahan dalam

ekonomi dan pentadbiran.

Perkembangan ekonomi terutamanya kemajuan bidang estet-estet getah telah

membawa kepada perkembangan sistem pengangkutan kereta api. Pengangkutan

kereta api berkembang untuk memudahkan hasil getah diangkut ke pelabuhan. Oleh
14
itu, di sepanjang jalan kereta api tersebut telah ditanam pokok getah secara besar-

besaran.30 Maka, jelas terbukti bahawa kemasukan buruh-buruh India telah membawa

kepada perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan di Tanah Melayu.

1I1. PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

Kemasukan buruh India secara beramai-ramai ini juga telah mendorong

kepada pembentukan masyarakat majmuk dan pertambahan penduduk di

Malaysia. Kemasukan buruh Cina dan India yang dibawa masuk oleh pemodal

Cina dan eropah untuk bekerja di sektor perlombongan dan perladangan telah

mewujudkan kepelbagaian etnik.

30 Azmah Abdul Manaf,Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia,Utusan Publications &


Distributors,2001.hlm36

15

Anda mungkin juga menyukai