Anda di halaman 1dari 11

PEMISAHAN INDIA DAN KESANNYA

TERHADAP MASYARAKAT INDIA


DI TANAH MELAYU1, 1947-l 950
Azharudin Mohamed Dali*

PENGENALAN

Bulan Ogos 1947 menjadi tarikh keramat yang akan sentiasa diingati oleh seluruh masyarakat
benua kecil India. Ia merupakan tarikh kemerdekaan bukan sahaja kepada satu negara tetapi
dua negara yang dikenali dalam sejarah sebagai Pemisahan India ini akan terus kekal sebagai
satu peristiwa yang unik dalam sejarah pembentukan negara moden. Lebih penting lagi,
pemisahan sempadan yang berlaku terhadap India dan Pakistan ini bersandarkan kepada
faktor agama dan bangsa. Secara teorinya, Pakistan diwujudkan untuk orang Islam di Benua
Kecil tersebut sementara India untuk orang Hindu. Meskipun demikian praktiknya adalah
sangat berbeza kerana sehingga hari ini, masih terdapat orang Islam di India dan penganut
agama Hindu dan Islam di Benua Kecil India. Lebih penting lagi pembahagian India turut
memberi kesan bukan sahaja kepada masyarakat di kedua-dua buah negara tetapi juga terhadap
masyarakat yang berasal dari Benua Kecil tersebut di luar negeri. Esei ini bertujuan untuk
melihat kesan pemisahan India ini terhadap masyarakat India yang berada di Tanah Melayu
antara 1947 hingga 1950. la juga cuba melihat sejauhmanakah kebenaran pandangan yang
mengatakan bahawa peristiwa di India tidak memberi kesan terhadap masyarakat India sama
ada yang beragama Islam mahupun Hindu di Tanah Melayu.2
Perbincangan mengenai perkara ini tidak pernah disentuh secara mendalam oleh
sejarawan yang membuat kajian tentang masyarakat India di Tanah Melayu. Malah dua buah
‘kitab’ penting mengenai subjek ini iaitu K.S. Sandhu dan S. Arasaratnam juga tidak

* Penulis adalah pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


1
Tanah Melayu yang dimaksudkan dalam esei ini adalah semua negeri di Semenanjung Malaysia iaitu
Selangor, Perak, Johor, Pahang, Kedah, Kelantan, Trengganu, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan
Melaka serta Singapura.
2
Pandangan ini pernah diutarakan oleh Setiausaha Kolonial, G.H. Hall pada tahun 1946 yang mengatakan
bahawa beberapa peristiwa kekacauan yang membabitkan orang Hindu dan lndia Muslim di Singapura
tidak mempunyai kaitan dengan peristiwa yang berlaku di India. Sila lihat Rajeswary Ampalavanar, 1981.
The Indian Minority and Political Change in Malaya, 1945-1957, Oxford University Press, Kuala
Lumpur, hlm. 29.

104
PEMISAHAN INDIA DAN KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT INDIA DI TANAH MELAYU, 1947-1950.

membincangkannya.3 Jika adapun, ia merupakan pandangan sepintas lalu yang diutarakan


oleh Rajewswary Ampalavar. Namun demikian, ia hanya menyentuh sedikit mengenai
pengaruh perkembangan di India terhadap masyarakat India di Tanah Melayu.4

PEMBAHAGIAN INDIA

Isu bangsa, etnik dan agama merupakan antara isu yang sering diperkatakan pada abad ke-
19 dan berterusan menjadi isu penting pada abad ke-20. Malahan isu inilah yang dikatakan
sebagai faktor terpenting yang membawa kepada pemisahan India. Isu agama dan bangsa
menjadi semakin penting dengan penubuhan parti Kongres Kebangsaan India (KKI) pada
tahun 1885 dan Liga Muslim pada tahun 1906. Kemunculan KKI menjadi titik tolak kepada
kebangkitan sentimen ini. Hal ini secara jelas telah disuarakan oleh Sayyid Ahmad Khan
yang mengatakan bahawa parti tersebut tidak harus diterima oleh masyarakat Islam kerana
keanggotaannya secara majoriti diterajui oleh orang Hindu. Ini bermakna satu bentuk
‘pemisahan’ antara orang Hindu dan Islam telah tertanam dalam perkembangan politik di
India.5 Meskipun Sayyid Ahmad Khan tidak menyatakan mengenai Islam sebagai satu
‘bangsa’ yang berbeza dengan ‘bangsa Hindu’ secara terus terang, namun secara samar-
samar beliau menekankan perkara tersebut. Keadaan menjadi semakin ketara apabila All
India Muslim League atau Muslim League ditubuhkan pada 1906. Pertubuhan ini secara
terang-terangan meletakkan fokus perhatian terhadap masyarakat Islam dan mempunyai
matlamat antara lain sebagai menjaga kebajikan serta perjuangan politik orang Islam di India.
Penubuhan Liga Muslim juga bermakna masyarakat Islam di India kini memasuki satu fasa
penting dalam perkembangan politik. Pemimpin-pemimpin Liga Muslim enggan membiarkan
masyarakat Islam terus ‘tenggelam’ dalam dominasi politik Hindu sebagaimana yang dirasakan
oleh mereka berlaku dalam Kongres Kebangsaan India.
Penubuhan Liga Muslim serta kewujudan KKI telah memperlihatkan satu persaingan
yang serius. Meskipun KKI sering melaung-laungkan bahawa ia merupakan sebuah parti
bebas dan tidak melihat agama seseorang sebagai kriteria menganggotai parti sebagaimana
yang dibayangkan dengan keanggotaan Abdul Kalam Azad Khan, namun kerana dominasi
orang Hindu yang besar di bawah kepimpinan Mahatma Gandhi, Motilal Nehru, Valubhai
Patel dan sebagainya menjadikan ia seolah-olah sebuah parti Hindu.
Isu bangsa dan agama yang menjadi antara isu paling penting dalam peristiwa
pembahagian India telah menjadi sangat ketara pada 1930-an. Allama Iqbal sewaktu membuat
ucapan di Allahabad pada tahun 1930 telah menyuarakan idea ‘Two Nation Theory’ atau
Teori Dua Bangsa. Tidak lama selepas itu, seorang pelajar di Universiti Cambridge, Chauduri
Rahmat Ali pula telah mengemukakan idea ‘Pakistan’. Kedua-dua gelombang yang datang

3
Buku tulisan K.S. Sandhu, 1969. lndians in Malaya, lmmigration and Settlement 1876-1957. Cam -
bridge University Press, London dan S. Arasaratnam. 1970. Indians in Malaya dan Singapore, Oxford
University Press, London, merupakan dua buah buku penting yang harus diteliti jika subjek perbincangan
menyentuh mengenal orang India di Tanah Melayu. Kedua-dua buku in, telah dianggap sebagai ‘klasik’
dan menjadi bahan bacaan utama.
4
Rajewswary Ampalavar, The Indian Monirity and Political Change in Malaya, 1945-195.
5
Harus juga dinyatakan disini bahawa isu berkaitan pertentangan antara Hindu-Muslim telah berlangsung
sejak kedatangan Islam di lndia. Ini bermakna persaingan antara kedua penganut agama dikatakan telah
berlangsung sejak sekurang-kurangnya abad ke-8 lagi. Isu yang berbangkit pada abad ke-19 bukanlah isu
baru.

105
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

hampir serentak ini mengejutkan bukan sahaja masyarakat Islam tetapi juga masyarakat India
secara keseluruhannya. Idea-idea tersebut kemudiannya diperkukuhkan oleh Muhamad Ali
Jinnah melalui deklarasi Lahore yang dikemukakan pada tahun 1940. Dalam Deklarasi ini,
Muhamad Ali Jinnah menyatakan bahawa Pakistan kini menjadi matlamat perjuangan Liga
Muslim. Bermula dari tahap ini, persaingan antara Hindu-Muslim tidak lagi berlaku melalui
meja-meja mesyuarat serta persidangan sahaja, malah kini ia bersifat terbuka sehingga
mencetuskan permasalahan komunal yang serius. 6

MASYARAKAT INDIA DI TANAH MELAYU 1940-AN

Hubungan antara India-Tanah Melayu telah berjalan sejak sekian lama. Ia telah berlangsung
secara aman tanpa sebarangan gangguan hingga membolehkan pertapakan masyarakat In-
dia menjadi sangat sinonim dengan perkembangan sejarah Tanah Melayu. Sejak lama misalnya,
masyarakat keturunan Ceti telah bertapak di Melaka, malahan masyarakat Chettiar juga
bukanlah menjadi satu nama yang asing bagi masyarakat Tanah Melayu. Ini bermakna,
masyarakat Tanah Melayu telah menerima kehadiran masyarakat India secara terbuka.
Walau bagaimanapun, hubungan yang berlangsung sejak sekian lama itu adalah secara
terus, yakni mereka datang tanpa melalui, pihak ketiga. Ini berbeza dengan tempoh abad ke-
19 apabila kedatangan orang India ke Tanah Melayu melalui pihak British. Robert A.A Ankiah
sewaktu menyentuh perkara ini mengatakan, “Bermula dari abad ke-19, masyarakat India
tidak lagi dating sebagai pengeksploit keuntungan di Tanah Melayu (seperti tempoh
sebelumnya), tetapi sebagai golongan yang dieksploit oleh British”.7
Penguasaan British ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan perubahan yang besar
dalam struktur ekonomi, sosial dan politik tempatan. Walau bagaimanapun, berbanding sektor
lain, perubahan ekonomi yang dibawa oleh British lebih ketara memberi kesan langsung
terhadap kehadiran ‘orang luar’ ke Tanah Melayu. Orang luar yang dimaksudkan adalah
orang Cina dan India yang dibawa semata-mata untuk memenuhi permintaan tenaga buruh di
sektor baru diperkenalkan oleh British seperti perladangan atau sektor yang memerlukan
pengeluaran secara giat seperti perlombongan bijih timah. Buruh-buruh Cina ditumpukan
kepada sektor perlombongan dan buruh India di sektor perladangan terutamanya getah.
Sehingga tahun 1930 sahaja, terdapat 2,301 buah ladang di Tanah Melayu yang mempunyai
keluasan 100 ekar dan lebih sementara 568 daripadanya mempunyai keluasan 1000 ekar dan
lebih. 8 Keadaan ini telah secara langsung memberi ruang yang begitu besar kepada masyarakat
India untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Pada tahun 1901, jumlah penduduk India di Tanah
Melayu adalah 120,000 orang. Pada tahun 1930, jumlah masyarakat India di Negeri-negeri
Melayu ialah 441,948 orang.9 Jumlah ini meningkat kepada 600,000 orang pada tahun 1947.10

6
Lihat Suranjan Das, 1991. Communal Riots in Bengal, 1905-1947, Oxford University Press, Delhi.
7
Lihat Robert A.A Ankiah, “Senario Politik Masyarakat India Antara 1910-I945 di Malaya”, Latihan
Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Sesi 19921/993, hlm. 4.
8
M.N. Nair, Indians in Malaya, t.p, t.t, 1937, hlm 30. Sumber ini diperolehi oleh penulis di Perpustakaan
Arkib Negara Malaysia. la penting dalam melihat sejarah perkembangan masyarakat India di Tanah
Melayu kerana diterbitkan sebelum era Perang Dunia Kedua.
9
Ibid., hlm. 11. Negeri-negeri Melayu yang dimaksudkan di sini tidak termasuk Negeri-negeri Selat (Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura).
10
Rajeswary Ampalavanar, The Indian Minority and Political Change in Malaya 1945-1957, hlm.1.

106
PEMISAHAN INDIA DAN KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT INDIA DI TANAH MELAYU, 1947-1950

Secara keseluruhannya, masyarakat India di Tanah Melayu terdiri dari etnik Tamil,
Malayalee, Telegu, Punjabi Sikh, Bengali, Gujrati, Sindhi, Chettiar, Moplah dan Marakkayar.
Kalangan India Muslim dari utara India terdiri dari orang Pathan, sebahagian Punjabi-
Muslim, Gujrati dan Daud Borah iaitu komuniti dari Bombay. 11 Komuniti Tamil tertumpu di
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan terutama di ladang-ladang getah serta berhampiran
dengan stesen-stesen keretapi. Orang Telegu pula bertumpu di bahagian selatan negeri
Perak dan Selangor sementara orang Malayalee pula bertumpu di Perak, Kuala Lumpur,
Negeri Sembilan dan Johor. Golongan pedagang dan peniaga seperti orang Gujrati,
Sindhi, Chettiar dan India Muslim pula bertumpu di bandar-bandar utama seperti Kuala
Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Singapura.12 Masyarakat Sikh pula banyak bertumpu di
Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping dan Seremban. Di Selangor, tumpuan utama
masyarakat Sikh adalah di Kuala Langat, Ulu Langat, Kuala Kubu, Rasa, Serendah dan
Rawang. 13
Masyarakat India di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua secara langsung
merupakan pancaran kedudukan masyarakat di benua kecil India. Mereka mewarisi ciri-ciri
pemecahan mengikut kelas kasta dan suku yang mempengaruhi perkembangan ekonomi,
sosial dan politik masyarakat tersebut.14 Berdasarkan realiti tersebut, maka orang India di
Tanah Melayu secara umumnya mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Terpecah kepada beberapa kumpulan etnik berdasarkan pembahagian utara-selatan.


2. Terpecah berdasarkan kepada kasta dan kelas.
3. Terpecah berdasarkan pekerjaan.
4. Terdiri dari penganut agama Hindu, Islam dan Sikh.

Sejak tahap awal kedatangan mereka ke Tanah Melayu, orang India masih berpegang
bahawa Tanah Melayu hanya tempat mereka mencari rezeki dan bila masanya tiba, mereka
akan pulang ke India yang menjadi tanah air mereka. Ini bermakna, kesetiaan mereka adalah
pada India dan bukannya Tanah Melayu. Menyentuh perkara ini, S. Arasaratnam mengatakan,
“Both from idealistic as well as realistic motives, these people (Indians) found themselves
committed totally to Indian nationalism and the cause of Indian Independence”. 15 Selain
itu. pemimpin-pemimpin politik di benua kecil India juga memberikan perhatian tentang
kedudukan masyarakat India di Tanah Melayu. Dari sudut yang lain pula, segala perkembangan
yang berlaku di India menjadi perhatian mereka. Keadaan ini turut didorong oleh realiti
bahawa orang India di Tanah Melayu terutama golongan pedagang dan peniaga sering
sahaja berulang-alik ke India dan menyebabkan mereka secara mudah terdedah kepada

11
Lihat Amarjit Kaur, “Etnicism Relagion and Social Organisation among the north Indians in Malaya”,
dlm. Malaysia in History, Vol. 26, 1983, hlm. 34.
12
Rajeswary Ampalavar, The Indian Minority and Political Change in Malaya 1945-1955, hlm.2,
13
Amarjit Kaur “Etnicism Religion and Social Organisation among the north Indians in Malaya”, hlm.
33.
14
Rosdi Abdul Kadir, “Pekembangan Politik Komuniti India di Malaysia Sebelum Kemerdekaan”,
Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1985/86. hlm. 5.
15
S.Arasaratnam, “Political Attides and Political Organization Among Malaysia lndians 1945-1955”.
Jernal Sejarah,, Universiti Malaya, Jilid X, 1971/72, hlm. 1. Perasaan ini dirasakan oleh semua kalangan
masyarakat lndia temasuklah orang Sikh. Bagi melihat hal ini lihat Ibid., hlm. 33-34.

107
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

gerakan-gerakan politik yang berlaku di Benua Kecil tersebut.16 Pendedahan ini kemudiannya
di bawa kembali ke Tanah Melayu dan menjadi asas kepada pembabitan golongan ini dalam
kegiatan politik masyarakat India yang masih berteraskan India.
Perkembangan-perkembangan di India juga telah secara langsung mempengaruhi
masyarakat India di Tanah Melayu. Keadaan ini sangat jelas apabila melihat kepada pembabitan
masyarakat India di Tanah Melayu dalam beberapa gerakan politik seperti Ghadar, Gerakan
Akali, Gerakan Khilafat, Gerakan Dravidia Munnetra Kalagam (DMK) dan Liga Kemerdekaan
India serta Indian National Army (INA). Semua gerakan ini bertunjangkan India.
Selain itu, pengaruh parti-parti politik yang terdapat di India turut terpamer di Tanah
Melayu. Pengaruh Kongres Kebangsaan India terlihat secara jelas dalam pertubuhan seperti
India Association dan Malayan India Congress (MIC) sementara pengaruh Liga Muslim
terlihat pada All India Muslim Club yang ditubuhkan di Singapura dan Penang Muslim
League. Hubungan ini dapat diperhatikan daripada beberapa telegram yang dihantar oleh
Muhamad Ali Jinnah sebagai balasan daripada telegram yang dihantar kepada beliau oleh
Penang Indian Muslim League. Misalnya, pada 5hb Mac 1946, PIML telah menghantar
telegram kepada Muhamad Ali Jinnah agar memberikan perhatian kepada tekanan dan
penindasan yang diterima oleh kalangan India Muslim di Tanah Melayu sewaktu pendudukan
Jepun. Dalam telegram ini, PIML meminta agar Muhamad Ali Jinnah menjadi pengantara
kepada kerajaan India dan Wizurai India agar menyiasat penindasan yang dilakukan oleh
Jepun yang membuat hubungan langsung dengan kerajaan Azad Hind dan Indian Indepen -
dence League.17 Sebagai balasan terhadap telegram tersebut, Muhammad Ali Jinnah melalui
telegram bertarikh 28hb Mac 1946 mengatakan persetujuannya untuk memberi perhatian
terhadap perkara yang dibangkitkan oleh PIML tersebut. Malahan perkara ini turut
dibangkitkan oleh Muhamad Ali Jinnah sewaktu beliau ditemubual oleh wakil Badan Penyiaran
British (BBC) pada 3hb April 1946.18 Perkaitan antara kalangan India Muslim di Tanah Melayu
dengan Muhamad Ali Jinnah dan Muslim League menjadi semakin nyata apabila terdapat
usaha untuk menjemput beliau menghadiri Pan-Malayan Indian Muslim Conference di
Pulau Pinang yang dijadualkan pada 14 dan 16 Februari 1947. Presiden Persidangan iaitu
Ambalaiam M.S.M Ibrahim telah meminta Muhamad Ali Jinnah ataupun wakil Liga Muslim
menghadiri acara tersebut, namun pergolakan politik yang berlaku di India pada ketika itu
telah menyebabkan Muhamad Ali Jinnah terpaksa menolak jemputan tersebut. Walau
bagaimanapun, dalam surat balasannya, Muhamad Ali Jinnah mengatakan, “….it is impos-
sible for me to leave India at this moment having regard to the grave issues that we are
facing and the rapid developments taking place here [India]. Nor is it possible for me to
send you any prominent leader of the Muslim League to visit Malaya just now”.19 Lebih
penting lagi ialah, surat Muhamad Ali Jinnah ini diserahkan sendiri melalui tangan kepada
wakilnya Mohammad Abdul Monem Bey20 yang disebutkan akan menjelaskan mengenai

16
Rajeswary Ampalavar, The Indian Minority and Political Change in Malaya, 1945-1957. hlm. 3.
17
Lihat Atique Zafar Sheikh and Mohamad Riaz Malik (eds.), 1978. Quaid-e-Azam and The Muslim
World. Royal Book Corp., Karachi, hlm. 248.
18
Ibid., hlm. 249.
19
Ibid., hlm. 250.
20
Tidak dapat dikenal pasti siapakah sebenarnya Mohammad Abdul Monem Bey ini. Walau bagaim anapun,
oleh kerana surat Muhamad Ali Jinnah dibawa ke Pulau Pinang oleh beliau, maka pastinya ia mempunyai
hubungan yang baik dengan Muhamad Ali Jinnah. Berkemungkinan Mohamad Abdul Monem Bey

108
PEMISAHAN INDIA DAN KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT INDIA DI TANAH MELAYU, 1947-1950

penolakan Muhamad Ali Jinnah ini telah secara langsung membuktikan perkaitan yang erat
antara kedua-dua entiti.21
Sebelum 1940-an lagi, hubungan antara parti-parti politik di India dengan pertubuhan-
pertubuhan India di Tanah Melayu telah wujud. Ini jelas berlaku pada tempoh 1910-1920-an
apabila usaha menjaga kepentingan politik masyarakat India dibantu oleh kalangan nasionalis
India melalui KKI. Misalnya pada tahun 1910, KKI telah terbabit secara aktif untuk
memperkenalkan Sistem Kangani di Tanah Melayu. Sistem Kangani dikatakan memberi ruang
yang lebih besar kepada buruh-buruh India yang ada di Tanah Melayu untuk bergerak dalam
politik.22 Pembabitan masyarakat India di Tanah Melayu dengan perkembangan politik di
India juga jelas sewaktu penubuhan Central India Association of Malaya (CIAM) pada
Oktober 1936. CIAM ditubuhkan hasil gabungan I2 persatuan India dan 4 Dewan Perniagaan
India. Penubuhan CIAM adalah kesan langsung dari pengaruh nasionalisme India yang
kemudiannya disemarakkan lagi oleh lawatan Jawaharlal Nehru pada tahun 1937.23 S.
Arasaratnam sewaktu menyentuh mengenai ha1 ini berkata bahawa CIAM sebagai parti
politik komuniti yang pertama dibentuk di Malaya.24 Hubungan yang erat antara CIAM
dengan parti politik di India telah membantu memperkembangkan ideologi nasionalisme India
kepada masyarakat India di Tanah MeIayu. 25
Penubuhan MIC pada bulan Ogos 1946 pula semakin jelas memperlihatkan satu keakraban
terutama dari sudut ideologi dengan KKI. Malahan Delegasi MIC akan menghadiri perjumpaan-
perjumpaan tahunan KKI. Pemimpin-pemimpin MIC pula menjadikan KKI sebagai model
kepada organisasi tersebut selain gerak kerja yang dianuti KKI di India diterapkan oleh MIC
terhadap masyarakat India di Tanah Melayu. 26 Pada tahun 1946, seramai 7 orang delegasi dari
Tanah Melayu telah pergi ke Meerut untuk menghadiri perjumpaan KKI.27 Idea mengenai
‘Two Nation Theory’ dan ‘Separate Electorate’ 28 yang menjadi asas perjuangan Liga Mus-
lim di India pula diikuti oleh Penang Muslim League terutama dalam melihat pemilihan wakil-
wakil masyarakat di dalam Legislatif Council. 29 Walau bagaimanapun sehingga 1940-an,

merupakan seorang peniaga yang sering berulang alik antara Pulau Pinang-India dan ia secara langsung
menunjukkan betapa perkembangan-perkembangan yang berlaku di India secara pantas dapat diketahui
oleh masyarakat India di Tanah Melayu.
21
Atique Zafar Sheikh and Mohammad Riaz Malik (eds ), Quaid-e-Azam and the Muslim World, hlm. 250.
22
Robert A.A Ankiah, “Senario Politik Masyarakat India Antara 1910-1945 di Malaya”, hlm 27.
23
Ibid., hlm. 72.
24
S. Arasaratnam, 1970. lndians in Malaya and Singapore. Oxford University Press, London, hlm. 99.
25
Rosdi Abdul Kadir, “Perkembangan Politik Komuniti India di Malaysia Sebelum Kemerdekaan”, hlm.17
26
S. Arasaratnam, “Political Attitudes and Political Organization Among Malaysian Indians 1945-1955”,
hlm. 2.
27
S. Arasaratnam, lndians in Malaysia and Singapore, hlm. 114
28
Ide mengenai ‘separate electorate’ ini bermakna orang Islam di India meminta agar undi mereka terpisah
dengan undi yang dimillki oleh orang Hindu. Ini kerana realiti di India yang majoritinya orang Hindu akan
menyebabkan pertimbangan satu orang satu undi akan menyebabkan orang Islam berada dalam keadaan
yang lemah. Malahan idea ini kemudiannya berkembang hingga menimbulkan tanggapan bahawa
masyarakat Islam tidak harus dilihat hanya sebagai suatu komuniti agama semata-mata, tetapi harus dilihat
sebagai satu entiti bangsa. Lihat Ratna Naidu, 1980. The Communal Edge to Plural Societies lndia and
Malaysia. Vikas Pub., New Delhi, hlm. 55-56.
29
S. Arasaratnam, “Political Attitudes and Political Organization Among Malaysian Indians 1945-1955”,
hlm. 3.

109
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

pemisahan antara kedua-dua kelompok komuniti India iaitu Hindu dan India Muslim tidak
begitu ketara di Tanah Melayu.30 Namun demikian, ia berubah pada awal 1940-an sejajar
dengan perkembangan politik yang berlaku di India sendiri. Dalam tempoh ini, Liga Muslim
telah memasuki fasa yang sangat penting apabila mengumumkan secara terbuka bahawa
agendanya yang mana adalah untuk mencapai matlamat menubuhkan sebuah negara yang
dikenali sebagai Pakistan. Tuntutan ini kemudiannya menjadi realiti pada tahun 1947.

KESAN PEMISAHAN INDIA TERHADAP MASYARAKAT INDIA DI TANAH MELAYU

Pemisahan India telah secara langsung memberi kesan kepada masyarakat India di Tanah
Melayu. Sejak 1940-an, apabila idea mengenai Pakistan telah menjadi agenda utama Liga
Muslim di Benua Kecil India, masyarakat India Muslim di Tanah Melayu turut membabitkan
diri dalam usaha tersebut. Malahan sebagaimana di India, keadaan di Tanah Melayu turut
mengalami ketegangan membabitkan antara dua komuniti.
Perkembangan selanjutnya menyaksikan pembabitan Tanah Melayu dalam Perang Dunia
Kedua dan berada di bawah penguasaan Jepun bermula pada tahun 1942. Kesan dari
hubungan yang erat antara Ras Behari Bose dengan Jepun, maka Tanah Melayu telah dikenal
pasti sebagai tapak untuk Jepun, bergerak ke India dengan melalui Thailand dan Burma.
Berikutan dari itu, Indian Independence League (IIL) telah ditubuhkan. Indian National
Army (INA) pula berdiri sebagai pasukan militer dalam IIL. Subhas Chandra Bose menjadi
pemimpin INA. Beliau merupakan seorang nasionalis yang enggan melihat kemungkinan
pemecahan India dan menolak idea penubuhan Pakistan. Oleh yang demikian, beliau telah
memberi tekanan kepada persatuan-persatuan India yang ada di Tanah Melayu. Pada tahun
1942, ILL telah mengarahkan agar All India Muslim Club di Singapura dibubarkan.
Dalam tempoh yang sama, masyarakat India Muslim memberi sokongan kepada Liga
Muslim sebagaimana yang dipaparkan melalui akhbar-akhbar yang dikuasai oleh golongan
ini seperti Malaya Nanban yang diterbitkan di Singapura dan editornya Karim Ghani. Akhbar
ini menyokong penubuhan Pakistan. Selain itu, akhbar Zindabad yang diterbitkan di Pulau
Pinang turut menyuarakan pandangan yang pro-Pakistan serta mengutuk masyarakat Islam
yang memberi sokongan kepada KKI. 31 Ia dituruti oleh akhbar harian Dhesa Nesan yang
menyuarakan kritikannya kepada KKI malah turut mengadakan kutipan wang untuk perjuangan
Liga Muslim dan gerakan Pakistan. 32

30
Walau bagaimanapun terdapat pandangan bahawa pemisahan antara masyarakat Hindu dan India Mus-
lim di Tanah Melayu telah berlaku sejak sekurang-kurang 1923 apabila perbalahan antara masyarakat
Hindu-Islam berlaku di India dan pengaruh ini telah tersebar di Tanah Melayu. Lihat Ratna Naidu, The
Communal Edge to Plural Societies lndia and Malaysia, hlm. 35.
31
Rajeswary Ampalavar, The lndian Minority and Political Change in Malaya 1945-1957, hlm. 28.
32
Tidak dapat dipastikan sejak bilakah hubungan antara akhbar Dhesa Nesan dan Muhamad Ali Jinnah
serta Muslim League. Walau bagaimanapun pada I0 Oktober 1940, editor akhbar ini telah menghantar
surat sokongan kepada perjuangan Muhamad Ali Jinnah dan mengatakan bahawa masyarakat India
Muslim di Tanah Melayu memberikan perhatian terhadap perjuangan Muslim League. Surat balasan
bertarikh 29 Oktober 1940, yang diberikan oleh Muhamad Ali Jinnah pula mengatakan penghargaannya
atas perhatian yang diberikan oleh akhbar ini dan masyarakat lndia Muslim di Tanah Melayu terhadap
perjuangan Liga Muslim. Lihat Atique Zafar Sheikh and Mohamad Riza Malik (eds.), Qunid-e-Azam
and the Muslim World, hlm. 247.

110
PEMISAHAN INDIA DAN KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT INDIA DI TANAH MELAYU, 1947-1950

Ketegangan yang berlangsung antara komuniti India Muslim-Hindu ini turut membawa
kepada pergaduhan terbuka. Antara April - Jun 1946, pergaduhan terbuka di Geylang,
Singapura apabila orang Hindu menyerang kedai-kedai milik India Muslim. Dalam peristiwa
ini, dua orang terbunuh sementara 44 orang yang lain telah ditangkap oleh pihak berkuasa
serta didakwa atas kesalahan memiliki senjata secara haram. 33 Kaitan antara peristiwa ini
dengan peristiwa pertentangan terbuka antara orang Hindu-Muslim di India telah diakui
oleh Kapten L. Gammans, seorang ahli parlimen Konservatif yang berada di Tanah Melayu
pada waktu itu.34 Selanjutnya, pada 2 September pula, India Muslim dari kawasan Geylang
telah menyerang orang Hindu di Serangoon Road yang dilihat sebagai pembalasan terhadap
peristiwa yang pertama. Berikutan dari itu, pihak British telah mengambil tindakan untuk
mengawal aktiviti-aktiviti yang membabitkan masyarakat India termasuklah mengharamkan
kemasukan bahan-bahan penerbitan dari India kerana ia mempengaruhi masyarakat Tanah
Melayu.
Liga Muslim Pulau Pinang (Muslim League of Penang) merupakan pertubuhan yang
sangat pro-Pakistan dan pro-Jinnah. Ia telah menjalankan kempen-kempen menentang Bri-
tish yang cuba untuk mengekalkan Persekutuan India dan enggan menerima tuntutan Liga
Muslim. Sikap Liga Muslim Pulau Pinang ini telah membawa mereka berseteru dengan Penang
Hindu Sabha serta akhbar yang dikuasai oleh orang Hindu iaitu Sevika dan Samarasan .
Pada bulan Disember 1946, Liga Muslim Pulau Pinang telah bersatu dengan beberapa
pertubuhan lain iaitu Saberkas dan Singapore Malay Union dan menubuhkan All Malaya
Muslim League yang membuat sokongan terbuka kepada Muhamad Ali Jinnah dan
Pakistan. 35
Pemisahan India yang berlaku pada tahun 1947 itu sebenamya telah melahirkan
‘kekeliruan’ yang sangat besar kepada masyarakat Islam di India sendiri. Meskipun penyokong
gerakan Pakistan gembira dengan penubuhannya, namun terdapat sebilangan masyarakat
Islam yang merasa serba salah dan masih berpegang bahawa India merdeka merupakan
tanah air mereka. Rumah serta kampung halaman mereka di India telah menyebabkan mereka
enggan bergerak menuju Pakistan. Ini memang benar apabila merujuk kepada masyarakat
Islam di bahagian selatan India yang tidak begitu terkesan kepada gerakan Pakistan. Suasana
kekeliruan turut berlaku di kalangan masyarakat India Muslim di Tanah Melayu. Penubuhan
Pakistan telah secara langsung memecahkan masyarakat India Muslim di Tanah Melayu
kepada dua kelompok. Kelompok pertama merupakan kalangan India Muslim yang memberikan
sokongan penuh kepada Pakistan sementara kelompok kedua pula kalangan India Muslim
yang masih ingin kekal dalam negara India merdeka dan enggan mengakui Pakistan sebagai
tanah air mereka. Pemecahan ini dibayangkan melalui penubuhan Pakistan Muslim Associa -
tion dan India Muslim Association.
Keadaan yang sama turut diperlihatkan oleh pertubuhan-pertubuhan pedagang Mus-
lim. Misalnya, ahli-ahli Singapore Indian Chamber of Commerce telah terbahagi dua, pertama
yang pro-KKI yang diketui oleh R. Jumabhoy dan kedua pro-Pakistan yang diketuai oleh

33
Rajeswary Ampalavar, The Indian Minority and Political Change in Malaya, hlm. 29.
34
Ibid.
35
Ibid

111
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

M.J. Namazie. Berikutan dari itu, John Thivy36, agen India di Tanah Melayu menjelaskan,
“Indians should not fly the Pakistan flag”.37 Secara jelas terlihat satu pemisahan dalam
komuniti India di Tanah Melayu. Jika sebelumnya, pemisahan berasaskan faktor agama dan
‘bangsa’ tidak begitu ketara, namun dengan pemisahan India pada tahun 1947 itu telah turut
mempengaruhi situasi di Tanah Melayu.
Kekeliruan menghadapi hal ini telah menyebabkan ramai daripada komuniti India Mus-
lim di Tanah Melayu mencari alternatif lain dengan memasuki pertubuhan-pertubuhan politik
tempatan selain MIC. Sebahagian daripada masyarakat India Muslim di Pulau Pinang memilih
untuk menyertai UMNO, sementara yang lain memasuki parti-parti lain seperti Malayan
Labour Party. 38 Keadaan yang sama turut dilihat di Singapura sementara di Kelantan, etnik
Pathan yang telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan serta terbabit dalam hal ehwal
masyarakat tempatan menyokong Pan -Malayan Islamic Party. Golongan keduanya pula
lebih mendekati UMNO.
Dalam keadaan ini, UMNO dilihat menjadi pertubuhan yang sesuai dan menjadi pilihan
masyarakat India Muslim. Ia sangat jelas di Pulau Pinang apabila Liga Muslim Pulau Pinang
(LMPP) secara tetap dan berterusan membuat hubungan langsung dengan UMNO.
Pertubuhan ini telah menyokong orang Melayu menolak Malayan Union. Malah hubungan
antara Liga Muslim Pulau Pinang dengan UMNO diperkuatkan dalam pilihanraya 1951-1952.
UMNO didapati sangat bergantung kepada LMPP untuk menarik golongan India agar memberi
sokongan kepada parti tersebut dalam masa yang sama menolak calon India dari Penang
Labour Party. Berikutan dari itu, S.M. Abu Bakar telah dipilih sebagai calon bagi UMNO
/LMPP bagi kawasan Tanjung. Perkembangan-perkembangan All Malayan Muslim League
dalam UMNO, malah ahli-ahlinya kemudiannya diserapkan ke dalam UMNO.39

KESIMPULAN
Masyarakat lndia di Tanah Melayu sejak kedatangan mereka masih menjadikan India sebagai
fokus perhatian Perkembangan-perkembangan yang berlaku di benua kecil tersebut membawa
pengaruh yang besar kepada mereka di mana sahaja mereka berada. Oleh kerana Tanah
Melayu mempunyai jumlah masyarakat India yang besar, maka pengaruh di India turut
dirasakan. Ini termasuklah peristiwa penting yang menjadi pencatur kepada hala tuju Benua
Kecil tersebut iaitu pemisahan India yang berlaku pada tahun 1947. Bagi masyarakat ini,
Tanah Melayu hanyalah sebagai persinggahan sementara mereka sahaja. Mereka akan kembali
ke India apabila keadaan mengizinkan dan itu merupakan keinginan mutlak mereka. Pemisahan
India sangat mempengaruhi perkembangan masyarakat India di Tanah Melayu. Secara
langsung peristiwa ini telah menimbulkan konflik tersendiri. Berbagai persatuan dan kumpulan
yang mewakili kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu telah terpecah. Perpecahan

36
John. A. Thivy merupakan anak Louis Thivy iaitu orang lndia pertama yang dilantik menganggotai
Majlis Perundangan Negeri Perak pada tahun 1929. Louis Thivy merupakan seorang peladang yang
berjaya. John A.Thivy mengikut jejak ayahnya dalam bidang politik masyarakat India. Beliau mcrupakan
seorang peguam lulusan United Kingdom, membuka firma guaman di lpoh dan menjadi agen kerajaan
India dl Tanah Melayu. Untuk kcterangan lanjut sila lihat S. Arasaratnam, “A note on the Thivy Papers in
the University Malaya Ltbrary”, dalam Jernal Sejarah, Universiti Malaya, Jilid IX, 1970/1971, hlm 1.
37
Rajeswary Ampalavanar, The lndian Monority and Political Change in Malaya 1945-1957. hlm 30.
38
Ibid.
39
Ibid., hlm.22

112
PEMISAHAN INDIA DAN KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT INDIA DI TANAH MELAYU, 1947-1950

bukan sahaja membabitkan kalangan Hindu-Islam malah turut membabitkan masyarakat


India Muslim itu sendiri. Masyrakat India Muslim telah terbahagi dua, pertama yang pro-
Pakistan dan kedua yang pro-India.
Perseteruan yang berlangsung antara masyarakat India-Muslim dan masyarakat Hindu
yang menjadi satu episod hitam dalam sejarah benua kecil India sepanjang bahagian pertama
1940-an turut dirasakan tempiasnya di Tanah Melayu. Adanya teknologi telekomunikasi
seperti telefon dan telegraf serta akhbar-akhbar yang dimiliki oleh golongan-golongan yang
tertentu pastinya membantu kepada penyebaran berita-berita dari India ke Tanah Melayu
dalam satu jangka masa yang pantas. Secara langsung berita tentang pertikaian terbuka
antara masyarakat Hindu-India Muslim di India akan diterima oleh masyarakat India di Tanah
Melayu dan secara langsung memberikan reaksi yang membawa juga kepada pertembungan
terbuka seperti yang berlaku di Singapura pada tahun 1946. Selain itu, suasana ‘kekeluargaan’
terutama di kalangan masyarakat India Muslim di Tanah Melayu telah memungkinkan
pembabitan mereka dalam politik tempatan. Ini dilakukan secara jelas oleh PML yang menjalin
hubungan erat dengan UMNO kesan dari ‘ikatan keagamaan’ serta ‘kekeluargaan’ apabila
terdapat kalangan India Muslim yang mengahwmi masyarakat tempatan.
Walau bagaimanapun, sikap masyarakat India secara umumnya masih lagi menganggap
bahawa Tanah Melayu bukan matlamat mereka dan menegaskan bahawa ia adalah milik
orang Melayu. Perkara ini secara jelas dlperkatakan oleh MIC. Parti MIC sewaktu menyatakan
sokongannya terhadap orang Melayu menentang Malayan Union berdasarkan kepada hakikat
bahawa skema yang ingin dilaksanakan oleh British itu tidak dibincangkan terlebih dahulu
dengan masyarakat Melayu. Mengenai ha1 ini, Rajeswary Ampalavar mengatakan, “The
general opinion amongst the Indian community was that Malaya was a Malay country and
should remain so”.40 Sikap ini hanya berubah menjelang 1950-an apabila kalangan masyarakat
India mula menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah air mereka. Ini berkemungkinan kesan
daripada saranan yang dilontarkan oleh Perdana Menteri India iaitu Jawaharlal Nehru yang
mengatakan, “Indians in Malaya should not look to India for any help, neither is India in
a position to vender any because she has her own problems to solve and her own popula -
tion to look after”.41
Ini juga hanya pada tahap 1950-an sahaja pengaruh India itu mula kelihatan mengendur
kesan dari ‘keengganan’ India untuk ‘menyelesaikan’ persoalan-persoalan yang dihadapi
oleh masyarakat India di Tanah Melayu. Dalam tempoh ini jugalah masyarakat India mula
terbabit secara aktif dalam persoalan-persoalan tempatan mahupun bergerak dalam kerangka
politik tempatan. Ini dapat dilihat dari pembabitan aktif masyarakat India Muslim dalam
UMNO terutamanya di Pulau Pinang. Bagi MIC pula tempoh ini menyaksikan perjuangan
yang lebih bersifat Tanah Melayu kerana pemimpin-pemimpin tertinggi parti ini sendiri tidak
lagi lahir daripada mereka yang terbabit dengan gerakan-gerakan politik pada era 1942-1945
yang memfokus kepada nasionalisme India. S. Arasaratnam mengatakan, “Their experience
was exclusively Malayan and they saw the role of the Indian community in terms of an
allience with other communities in subordinate parties”. 42 Secara langsung, sebelum 1950-
an, pengaruh India sebenarnya masih sangat kuat.

40
Ibid., hlm. 83
41
Ibid., hlm. 27
42
S. Arasaratnam, “Political attitudes and political organization among Malaysians Indians 1945-
1955”, hlm. 5.

113
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Berdasarkan perbincangan ini, jelaslah bahawa peristiwa yang berlaku di benua kecil
India pada tahun 1947 iaitu pemisahan India telah turut memberi kesan terhadap masyarakat
India di Tanah Melayu. Ini juga bermakna bahawa perbezaan lokasi tidak menghalang satu-
satu peristiwa di satu kawasan mempengaruhi kawasan-kawasan yang berbeza meski jaraknya
beribu-ribu kilometer sekiranya ia masih berkisar pada persoalan dan permasalahan yang
berkaitan. Setidak-tidaknya peristiwa pemisahan India ini menjadi bukti mengenai perkara
tersebut.

114

Anda mungkin juga menyukai