Anda di halaman 1dari 40

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/286146018

METOD SEJARAWAN ISLAM ZAMAN AWAL


DAN PERTENGAHAN

Article December 2015

CITATIONS READS

0 530

1 author:

Zuriani Ibhrim
Kolej Poly-Tech Mara
5 PUBLICATIONS 0 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Zuriani Ibhrim on 08 December 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


1

METOD SEJARAWAN ISLAM ZAMAN AWAL


DAN
PERTENGAHAN
ZURIANI BINTI IBHRIM

PENGENALAN

Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji tentang persejarahan Islam terbahagi kepada tiga
peringkat pertama di peringkat Pra atau sebelum Islam, kedua awal Islam dan ketiga
peringkat pertengahan Islam. Kita akan dapat melihat tentang sejauh mana perkembangan
persejarahan Islam, faktor-faktor penulisan sejarah berlaku serta pengaruh dan perbandingan
penulisan sejarah di zaman awal dan pertengahan. Skop kajian ini akan diterangkan lebih
terperinci berkaitan dengan Persejarahan Islam diperingkat awal, iaitu lebih menumpukan
Sirah al-Maghazi Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, dan persejarahan di zaman Bani
Umayyah iaitu penulisan yang disebut juga sebagai penulisan Madrasah Ahl al-Madinah.
Berbeza pula dengan Madrasah al-Iraq di zaman pertengahan, mereka lebih menekankan
perbahasan berbentuk umum samada perkembangan itu berlaku disekitar wilayah mereka
semasa futuhat ataupun kisah-kisah sejarah tempatan sebelum kemasukan Islam.
Pensejarahan Madinah pada peringkat awal berorientasikan sistem penyampaian dan
penulisan Hadith yang mengutamakan aspek Matan dan Isnad yang kebanyakan di ambil
daripada Ahl al-Hadith di al-Madinah. Hal ini boleh dilihat persejarahan Madinah seperti Ibn
Ishak, Ibn Hisham yang jelas menggunakan sistem penulisan Hadith sebagai sumber sejarah.
Manakala di Iraq al-Duri, menggangap pendekatan sejarawan Iraq lebih mirip kepada
orientasi kedaerahan dan berqabilahan. Jelasnya orang Iraq bukan sahaja terpengaruh dengan
sejarah tempatan malahan mereka juga kurang mahir dengan peristiwa yang berlaku di
Madinah.

Penulisan Ahl Iraq lebih menumpukan keprihatinan sejarah yang berlaku di kawasan
sekitar mereka sahaja selepas kemasukan Islam. Mereka lebih menjelajahi aspek yang lebih
luas daripada aspek Sirah dan Maghazi. Ini bermakna metod persejarahan Madinah tidak lagi
dianggap normatif yang mesti dipatuhi oleh sejarawan Iraq kerana cakupan persejarahan
mereka sudah menjangkaui aras makro (Robinson, 2003: 18) yang meliputi aspek-aspek
pentadbiran dan pembangunan Islam di negara-negara yang ditakluki serta persoalan sosial
2

budaya dan juga warisan anak tempatan. Justeru itu, semua perbahasan ini memerlukan
metodologi baru lantaran ianya sudah memasuki kategori Tarikh al-Am (Ahmad Ramadhan
Ahmad, 1989: 165).

1.1 Konsep Sejarah Mengikut Perspektif al-Quran dan Hadith

Sejarah yang dipaparkan kepada kita untuk baca dan dihayati telah diceritakan di dalam al-
Quran. Al-Quran al-Karim telah memperlihatkan kepada kita mengenai sejarah dan
persejarahan yang mempunya hubungan dengan tamadun manusia melalui cerita atau
peristiwa lampau yang berlaku kepada umat terdahulu (Mahayudin Haji Yahaya, 2009).

Peristiwa-peristiwa sejarah di dalam al-Quran yang telah di wahyukan oleh Allah


kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan kepada kita tentang kisah-kisah yang
benar-benar berlaku, berbeza dengan kisah-kisah yang dicipta manusia yang penuh dengan
khayalan seperti cereka dan cerpen. Antara peristiwa sejarah yang dimuatkan dalam al-
Quran yang berjumlah kira-kira 1000 ayat daripada lebih kurang enam ribu ayat kesemuanya
merupakan kisah-kisah nabi dan rasul sejak Nabi Adam a.s hingga zaman Nabi Muhammad
s.a.w. dan kisah-kisah kaum seperti kaum cAd, Thamud dan Firaun serta kerajaan seperi
kerajaan Sabak dan sebagainya (Mahayuddin Yahaya, 2009: 7-8). Tujuan dan matlamat
tersebut adalah untuk manusia menjadikan pengajaran, sebagaimana firman Allah SWT
dalam Surah Yusuf ayat 3 yang bermaksud:

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami
wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu
itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
3

1.2 Metodologi Pensejarahan Islam

Secara umum, perkataan metodologi (methodology) merujuk kepada sistem atau cara untuk
mengkaji sesuatu perkara secara sistematik. Kamus Websters mentakrifkan metodologi
sebagai; the processes, techniques or approaches employed in the so-lution of a problem or
in doing something. (New International Dictionary, Jld.2, Hlm 1423). Sementara dalam
c
kamus bahasa Arab pula, ianya dianggap seerti dengan perkataan al-Manhaj yang
bermaksud; jalan yang jelas (tariq wadhih) atau; wasilah Muhadithin tuwasilu ilyya ghayah
mainah, seperti manhaj al-bath, manhaj al-ilm dan (Mujam al-Arabi al-Asasi, 1234). Seperti
di dalam surah al-Maidah ayat: 48

Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan
jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya
Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak
menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.

Jika penjelasan al-Quran ini dijadikan asas dalam membina sesuatu, maka ianya
sudah tentu termasuk dalam umur ad-Din yang akan mendapat ganjaran pahala di akhirat
kelak. Berdasarkan hakikat ini, tidak hairanlah kalau sepanjang sejarah umat Islam, kita
dapati pelbagai usaha dilakukan oleh para ulama untuk membina manahij al-talim sebagai
satu cara untuk memahami ilmu yang hakiki (Ismail Bakar 2012).

Sehubungan itu, metodologi sejarah adalah suatu ilmu yang membahaskan tentang
pendekatan yang digunakan oleh para sejarawan dalam mencari dan menganalisis fakta yang
berlaku dalam suatu peristiwa sebelum ianya diterima dan dihebahkan kepada umum, samada
dalam bentuk ungkapan mahupun tulisan. Pendekatan yang digunakan oleh seseorang ahli
sejarah atau sekumpulan sejarawan itu mungkin sama dan mungkin juga tidak sama di antara
atau sama lain. Hakikat ini adalah lumrah kerana faktor latar belakang serta suasana
persekitaran yang berbeza di antara Hijjaz, Sham dan Parsi. Selain itu, faktor style dan
4

approach juga memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan cara penulisan
sejarah Islam. Ini bermakna, dalam penulisan sejarah Islam (Ismail Bakar, 2012).

1.3 Persejarahan Arab di zaman pra Islam (Jahiliyyah)

Persejarahan pada zaman pra Islam merupakan sebahagian daripada ilmu pengetahuan am
yang berkait rapat dengan ilmu kesusasteraan. Persejarahan pra Islam mempunyai dua
sumber penting, Pertama sumber al-Ayyam (the battle-days narratives), kedua sumber al-
Ansab (geneologi atau keturunan). Al-Ayyam merupakan cerita-cerita atau kisah-kisah
kegiatan sesuatu suku seperti peperangan dan penaklukan. Segala kegiatan dan
tanggungjawab terhadapnya adalah dimiliki sepenuhnya oleh suku-suku yang terlibat. Cerita-
cerita al-Ayyam disampakan dalam bentuk puisi dan dipindahkan menerusi lisan atau dari
mulut ke mulut (al-Duri, 1960: 16-18).

Penyampaian sejarah secara lisan meruapakana saru ciri persejarahan cArab sebelum
Islam. Pembawa-pembawa riwayata atau cerita sejarah sendiri tidak berminat untuk
menyampaikan maklumat-maklumat sejarah secara serius, seperti berita peperangan
misalnya. Mereka lebih berminat dan berhasrat untuk menghiburkan hati para pendengar (F.
Rosenthal, 1968: 21). Kisah-kisah al-Ayyam ada mengandungi ciri-ciri sejarah, tetapi pada
dasarnya ianya tidak dirancang untuk menghasilkan bahan sejarah. Tujuan utama dalam
penulisan al-Ayyam ialah untuk memperkembangkan ilmu kesusasteraan. Kebanyakan ahli
sejarah Islam dan Barat menerima al-Ayyam sebagai fakta sejarah kerana ia adalah berbentuk
puisi dan lagenda dan dipindahkan secara lisan (oral) yang banyak dipengaruhi unsur-unsur
kedaerahan dan kesukuan (al-Duri, 1960: 18) dan kesan pengaruh al-Ayyam dan penulisan
sejarah. Sesungguhnya pengaruh al-Ayyam dalam karya sejarah adalah besar dan berterusan
hingga ke zaman Islam, dan pengaruh it terus wujud hingga abad ke-2 Hijrah atau abad ke-8
Masihi (al-Duri, 1960: 8). Ramai di antara ahli-ahli bahasa cArab, ahli keturunan dan
sejarawan Islam seperti Abu Ubaidah , Ibn Qutaibah al-Madaini, al-Isfahani, Ibn al-Athir
dan lain-lain telah dipengaruhi oleh al-Ayyam. Haji Khalifah dalam kitabnya ada menyatakan
bahawa al-Ayyam adalah salah satu sumber yang terpenting bagi sejarah Islam (Haji
Khalifah, 1943:204), (Ismail Bakar, 2009).
5

1.4 Sumber Sumber Persejarahan Zaman Jahiliyyah

al-Ayyam

Dari segi bahasa al-Ayyam bermaksud hari-hari, iaitu kata jamakalimah al-yawm tetapi apa
yang dimaksudkan adalah cerita-cerita peperangan yang tercetus dikalangan Qabilah-Qabilah
Arab di zaman Jahiliyyah. al-Ayyam al-cArab merupakan sumber penting dalam bidang
sejarah dan sastera cArab. Al-Ruah dikalangan Qabilah yang mendiami di bahagaian Utara
Semenanjung cArab begitu mementingkan riwayat-riwayat al-Ayyam dan disampaikan dari
satu generasi ke generasi secara lisan. Bilangan al-Ayyam begitu banyak jumlahnya dan tidak
mungkin dapat dihitung kesemuanya, begitu juga urutann yang sukar untuk disusun. Haji
Khalifah yang mencatatkan bahawa Abu Ubaydah Macmar bin Muthanna telah
menghimpunkan sebanyak 1,257 al-Ayyam al-cArab di dalam dua buah buku yang
beransingan. Sementara iti Abu Faraj al-Asfahani telah menyebut sebanyak 1,700 Ayyam al-
c
Arab di dalam karya beliau (Wan Kamal Mujani 1997:4), (Mahayudin Haji Yahaya, 2009).

al-Ayyam al-cArab diriwayatkan dalam bentuk al-Sher atau al-Nathr yang diselangi
dengan al-Sher. al-Ashar yang bertemakan Kemegahan, Semangat Perjuangan, Ratapan dan
Kejian atau Cercaan jika diperhatikan ada hubungannya dengan al-Ayyam. Meskipun al-
Ayyam merupakan sebahagian daripada bahan-bahan sejarah yang ada kaitannya dengan
zaman Jahiliyyah tetapi ianya menyukarkan kerana tidak tersusun dari segi kronologi (urutan
masa) dan tiada kesinambungan di antara peristiwa-peristiwa. Menurut Franz Rosenthal, al-
Ayyam pada dasarnya tidak dirancang untuk menghasilkan bahan sejarah dan tujuan utama
riwayat-riwayat tersebut hanyalah untuk menghiburkan hati para pendengar (Wan Kamal
Mujani 1997: 7), (Mahayudin Haji Yahaya, 2009).

Menurut Wan Kamal Mujani faktor utama yang berlakunya pengurangan nilai riwayat-
riwayat al-Ayyam ialah bahan-bahan sejarah yang sering bercampur aduk dengan mitos serta
tidak dicatat tarikh tepat ianya berlaku. Tambahan pula al-Ayyam yang tersebar secara lisan
sudah pasti ada unsur-unsur penambahan atau pengurangan yang telah dilakukan oleh al-
Ruwah untuk kepentingan-kepentingan tertentu. Meskipun demikian kepentingan al-Ayyam
dalam bidang persejarahan tidak dinafikan kerana ianya mengadungi maklumat-maklumat
sejarah. Seterusnya memainkan peranan penting dalam penulisan sejarah setelah kedatangan
Islam (Wan Kamal Mujani 1997: 7).
6

1. Al-Ansab (genealogi)
Al-Ansab ialah kata jama bagi kalimah al-Nasab, membawa pengertian yang
memaksudkan salasilah hubungan atau pertalian dalam sesebuah Qabilah (Ibn Mansur,
t.th: 44). Dalam konteks sejarah, al-Ansab ialah ilmu yang membahaskan tentang
hubungan individu-individu berdasarkan keturunan. Bangsa Arab begitu menitikberatkan
hal-hal keturunan atau Ansab mereka dan penghafalan mengenainya dianggap salah satu
ciri-ciri keistimewaan yang dimiliki berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Keprihatinan
bangsa-bangsa cArab terhadap genaelogi tidak terhad kepada Ansab al-Qabail sahaja
tetapi termasuk juga Ansab haiwan seperti jenis-jenis kuda dan bakanya (Wan Kamal
Mujani, 1997: 7).

Bentuk Ansab yang dibentuk oleh an-Nassabun mengenai Qabilah-Qabilah Arab dihafal
secara teliti melalui peringkat-peringkat dan urutan yang tersusun. Contohnya:

a) Al-Shacb: Nasab terawal yang mana Qabilahqabilah dinisbahkan keadanya seperti


Adnan
b) Al-Qabilah: Pecahan daripada al-Shacb seperti Rabicah dan Mudar.
c) Al-Imarah: Rangkaian daripada al-Qabilah seeprti Qurasyh dan Kinanah.
d) Al-Batn: Urutan daripada al-Imarah seperti Bani Abd. Manaf dan Bani Makhzum.
e) Al-Fakhz: Urutan daripada al-Batn seperti Bani Hashim dan Bani Umayyah.
f) Al-Fasilah: Urutan terakhir daripada al-Fakz seeprti keturunan al-Abbas dan
keturunan Abi Talib.
Ketika penghafalan al-Ansab inilah diselitkan cerita-cerita atau pun al-cAshar yang
berkaitan dengan seseorang atau Qabilah tertentu (Wan Kamal Mujani, 1997: 8).

Masyarakat cArab samada yang menetap di kawasan yang pendalaman (Badwi)


mahupun di kota-kota (Hadari) yang berkomuniti berasaskan Qabilah dari situ sentimen
Asabiyyah lahir berdasarkan asal keturunan yang sama dan hubungan mereka bertambah
erat dengan keperluan sosial dan kebendaan yang mengikat antara mereka. Dengan ini
dapat diperhatikan bahawa al-Ansab bagi masyarakat cArab Jahiliyyah mempunyai
perasaan dan makna yang besar kerana ia melibatkan nama, status dan kemegahan bagi
sesebuah Qabilah. Oleh sebab itu, aktiviti mengumpul, menyusun dan mengingati al-
Ansab menjadi tugas penting bagi setiap ketua Qabilah dan anggotanya (Wan Kamal
Mujani, 1997: 8).
7

2. Al-Ashcar (Syair-Syair)
Al-Ashar merupakan sumber penting untuk mengetahui persejarahan Arab dan
ketamadunan mereka. Dinamakan Diwan al-cArab kerana mengadungi hal-hal yang
berkaitan dengan sosial, adat resam, pemikiran, keperibadian dan penggunaan bahasa
c
Arab ( al-Aziz Salim, t.th: 38). Al-Sher yang berbentuk al-Qisasi lebih banyak
memuatkan al-Akhbar, cerita-cerita rakyat dan kisah-kisah peperangan (al-Darwish,
1971: 113-115) berbanding dengan al-Sher al-Ghinai (Ata Bakry, 1967: 18) dan al-
Sher al-Tamsili (al-Darwish, t.th: 114-115). Penyair-penyair muallaqat al-Sab yang
terkenal di zaman Jahiliyyah banyak meninggalkan himpunan al-Ashcar yang penting
dalam bidang persejarahan. Mereka ialah Ibn Amru al-Qays, Tarfah bin al-Abd., Zubayr
bin Abi Salma, Antarah bin Shidad, Amru bin Kalthum, Labid bin Rabiah dan al-Harith
bin Halzah ( al-Hufi, t.th: 143). Muallaqat al-Sab (al-Tunji, 1980: 51-52) yang ditulis dan
digantung pada Kabah menunjukkan bahawa masyarakat cArab Jahiliyyah telah pun
mengetahui kaedah penulisan (Dr. Husin Nassar, 1966: 22) serta kepentingannya dalam
kehidupan mereka. Al-Ashar tidak dapat ditentukan kesahihanya seperti Qisas kerana
ada unsur-unsur pemalsuan dan terdedah kepada luput atau hilang dan kadang-kadang
digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti keagamaan, politik dan perqabilahan.
Meskipun demikian al-Ashcar dianggap sebagai sumber penting dalam menggambarkan
kehidupan masyarakat cArab (Dr Muhammad, 184).

Maka disini dapatlah disimpulkan bahawa idea-idea atau pemikiran tentang sejarah
telah wujud di kalangan masyarakat cArab di zaman Jahiliyyah. Namun begitu, pengertian
sejarah tidak dapat ditentukan secara jelas kerana penulisan mengenainya adalah terhad.
8

1.5 Sumber Sumber Persejarahan Zaman Awal dan Pertengahan

1. Al-Quran

Di peringkat awal Islam ilmu sejarah lebih dikenali dengan nama Ilmu al-Akhbar wa
Tarikh, dan kemudian digabungkan pula dengan sejarah Nabi Muhammad s.a.w dengan
sirah Maghazi. Rentetan daripada ini maka idea sejarah mula berkembang diperingkat
pertengahan. Kedatangan Islam ke Semenanjung cArab adalah merupakan titik tolak di
mana sejarah orang-orang cArab di rantau ini telah memasuki sautu era baru. Islam telah
membawa membawa pembaharuan dalam catatan atau sumber persejarahan. Kitab suci
al-Quran merupakan sumber utama sejarah Islam. Menurut artikel yang ditulis oleh
Muhayidin Haji Yahaya dalam artikel beliau yang bertajuk Sejarah Persejarahan Islam,
menurut beliau al-Quran adalah berbentuk asli dan tulin dan kitab petunjuk bagi setiap
Muslim sebagai panduan. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah S.w.t dalam Surah al-
Baqarah ayat 1-2 yang bermaksud Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya:
petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Ternyata dalam ayat ini menjelaskan kepada kita
bahawa al-Quran merupakan sebuah kitab yang suci menjadi petunjuk kepada hamba
yang bertaqwa. Kesahihan dan ketulenan al-Quran tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor
luar atau dalam manusia. Di dalam al-Quran terdapat beberapa kisah yang dijadikan
sebagai panduan dan pengajaran kepada umat manusia, seperti terdapat kaedah
pengajaran dari sudut kaedah penceritaan. Terdapat beberapa kisah yang digambarkan al-
Quran kepada kita seperti kisah Nabi-nabi dan Rasul-rasul, kerajaan Saba, Kaum Ad,
Thamud, Firaun dan sebagaianya (Rosenthal, 23).

Sebenarnya cara atau manhaj yang digambarkan oleh al-Quran merupakan metod
yang tidak bercanggah dengan persejarahan moden. Ia tetap mempamerkan kisah sesuatu
kejadian itu selaras dengan kisah yang terdapat dalam al-Quran tersebut. Ianya
mempelihatkan kepada kita bahawa la-Quran merupakan sebuah kitab yang memaparkan
tentang sikap manusia yang mempunyai pelbagai ragam ada yang berakhlak dan ada yang
tidak berakhlak dan mempunyai pelbagai persepsi samada soal agama mahupun moral
(Ismail Bakar, 2012: 121).

Sebagai kesimpulan berkaitan dengan al-Quran bahawa metod persejarahan al-


Quran tidak boleh bandingkan dengan mana-mana metod persejarahan yang diasaskan
oleh manusia samada klasik ataupun moden. Ini kerana al-Quran adalah kalam Allah
9

s.w.t. dan semua yang disampaikan itu adalah mempunyai tujuan khusus iaitu untuk
memberi pengajaran dan peringatan kepada manusia supaya tidak melakukan perkara
yang boleh menjerumuskan mereka ke arah kesesatan dan kebatilan (Ismail Bakar 2012).

2. Al-Sunnah
Sumber yang kedua dalam persejarahan Islam ialah Hadith Nabi. Segala amalan
percakapan dari setiap gerak geri yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w., telah
diteliti dan diambil contoh oleh para sejarawan Islam. Hadith nabi telah dijadikan sebagai
sumber utama di dalam pentafsiran al-Quran dan dijadikan sebagai testimoni di dalam
perkaedahan sejarah. Ini adalah satu-satunya kelainan perkaedahan Barat. Akidah atau
kepercayaan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih nyata dan jelas dan
mudah difahami jika dibandingkan dengan kepercayaan oleh agama Yahudi dan Kristian.
Sebagai contoh yang dibawa oleh Kitab Taurat dan Injil yang berbeza dari segi sejarah
nabi dan rasul. Ini mmebuktikan kepada kita bahawa maklumat yag disampaikan oleh
Nabai Muhammad s.a.w. adalah asli dan tulin. Sebagai contoh tentang ketulinan tersebut
dapat dilihat dari segi jangkamasa sejarah itu sendiri. Sejarah, menurut Islam, akan
berkahir dihari kiamat. Hari kiamat adalah suatu yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
bagi menghitung segala amalan manusia di dunia samada baik mahupun buruk
(Muhayudin Hj. Yahaya:101).

Kesimpulannya ialah Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengasas kepada persejarahan


Islam, dan baginda sendiri adalah seorang yang berminat dalam pengkajian sejarah. Di
suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud Wahai umatku
sekalian, janganlah kamu semua abaikan pentarikhan (dalam penulisan sejarah) kerana
pertarikhanlah yang boleh mendorong kamu kepada kebenaran sejarah samada alam atau
baru (Muhayadin Hj. Yahaya:102).

Menurut Muhayudin Hj. Yahaya, sewaktu pemerintahan Khalifah cUmar b. al-


Khattab (13/634-23/644) berbagai perubahan telah berlaku, terutama dalam bidang
persejarahan. Walaupun terdapat ciri-ciri sejarah dan minat ke arah pembelajaran sejarah
sebelumnya namun demikian pengertian sejarah masih lagi kabur sehinggalah ke tahun
17/638 dimana Khalifah cUmar telah menentukan tahun Hijrah (622) sebagai permulaan
tahun Islam. Perubahan kedua semasa zaman Khalifah cUmar ialah penubuhan sebuah
Diwan, senarai nama-nama Islam yang menerima elaun mengikut sistem keturunan,
genealogical system. Bertitik tolak dari sini, penulisan sejarah Islam diperingkat awal
10

telah terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran Islam dan keturunan. Aliran Islam lebih
menekankan peristiwa penentuan tahun hijrah dan dipelopori oleh ulama-ulama yang
berpusat di Madinah. Dalam aliran sejarah Islam banyak menekankan faktor agama,
politik, sosial dan ekonomi serta para sahabat. Aliran keturunan pula menekankan aspek
asal-usul dan salasilah suku-suku Arab serta memahami kesusasteraan pra Islam secara
mendalam (Donnar, 1975: 15).

1.6 Metod Persejarahan Madinah

Mengikut Abdul Wahab Fadl, objektif utama metodologi persejarahan Islam ialah untuk
mencapai hakikat sebenar sejarah berdasarkan kepada kajian serta analisis segala catatan
peristiwa sejarah untuk dihebahkan kepada umum. Proses ini samada diperolehi secara lisan
ataupun tulisan adalah tidak mutlak sifatnya. Dengan itu, ia memerlukan kajian yang
menyeluruh dan mencapai kepastian yang hakiki. Para sejawaran selalunya berbeza
pandangan atau pendekatan dalam mencari kepastian sejarah agar tidak tersasar dari
matlamat sejarah sebagai teladan dan ibrah. Sekiranya maklumat yang disampaikan itu tidak
tepat pada faktanya maka ibarahnya juga akan menyesatkan.

Oleh itu kita akan menemui terdapat menulisan sejawan Islam di awal Islam iaitu
metodologi persejarahan Madinah. Metod persejarahan Madinah lebih tertumpu kepada al-
Sirah al-Maghazi Rasulullah s.a.w. Mereka juga turut membicarakan tentang peristiwa-
peristiwa sebelum Islam, perihal para sahabat, kemegahan al-Qabail seperti Quraysh di
Makkah, Tamin di Yamamah dan Thaqif al-Taif. Ini termasuklah Hurub di Riddah dan
perluasan kawasan Islam di Iraq dan Syria. Selain itu, Penulisan sejarawan Madrasah Ahl al-
Madinah ini juga menumpukan zaman awal kerajaan Bani Umayyah.

Hal ini boleh dilihat persejarahan Madinah seperti Ibn Ishak, Ibn Hisham yang jelas
menggunakan sistem penulisan hadith sebagai sumber sejarah. Hal ini terjadi disebabkan oleh
sistem pendidikan di Madinah yang lebih menumpukan pendidikan yang berbentuk pengajian
Hadith. Jelaslah apa jua bidang sekali pun yang dipelajari oleh mereka ini seperti ilmu Fiqh
dan lain-lain perlulah berasaskan kepada pendekatan ilmu Hadith. Dengan itu, pendekatan ini
tentunya mencengkam lebih erat ke atas ilmu sejarah lantaran bidang sejarah, terutamanya
sejarah Rasulullah s.a.w amat releven dengan Sunnah kerana ia membicarakan perjalanan
hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.
11

1.7 Ciri-ciri Metod Persejarahan Madinah

Pensejarahan Madinah pada peringkat awal berorientasikan sistem penyampaian dan


penulisan Hadith yang mengutamakan aspek Matan dan Isnad. Kedua-dua aspek ini tidak
boleh dipisahkan kerana matan merupakan inti berita ataupun fakta yang ingin disampaikan.
Manakala isnad pula wasilah yang merujuk kepada proses penyampaian dan juga individu
yang menyampaikan sesuatu berita itu. Malah bagi Ahl al-Hadith ketulenan matan terletak
kepada kerelevenan isnad dan kewibawaan sanadnya. Ini kerana jika terdapat kecacatan pada
sanad atau isnadnya, maka matan Hadith tersebut akan di tolak (Ismail Bakar, 2012: 96).
Namun bagi ahli sejarah mereka menggangap bahawa perkara yang paling penting untuk
dilihat ialah matan atau isi berita yang disampaikan, adapun isnad atau sanad bukanlah suatu
yang asas buat mereka. Ianya sekadar supplementary sahaja. Mereka tidak akan
mengenepikan sesuatu berita semata-mata kerana kecatatan sanad dan isnadnya. Hakikat ini
menyebabkan ahli Hadith sentiasa meragui kredebiliti ahli sejarah dan juga berita yang
disampaikan mereka.

Para sejarawan Madinah amat mementingkan penulisan Hadith, yang menjadikan


isnad dan sanadnya sebagai asas yang utama dan sejarawan sejarah pula tidak begitu. Mereka
iaitu sejarawan sejarah tidak mensyaratkan sesuatu sanad itu berbentuk muttasil, bagi mereka
matan itu menjadi suatu objektif yang utama, ini kerana matan itu merupakan inti dan
objektif sejarah, dan isnad serta sanad merupakan landasan atau wasilah sahaja. Dengan itu,
ahli sejarah menerima hadith berstatus munqati asalkan mempunyai nilai berita yang
bermakna dan informatif. Dalam perkara lain juga ahli Madinah tidak keberatan untuk
menggunakan isnad al-jami sebagai asas pengetahuan sejarah yang yang berlaku pada zaman
awal Islam. Namun begitu , bagi golongan Hadith mereka tidak menyenangi sikap sejarawan
sejarah kerana menggunakan isnad jamai, tetapi golongan sejarawan sejarah mereka akan
terus menggunakan isnad tersebut selagi ianya memberi informasi dan khazanah maklumat
tentang yang berlaku kepada masyarakat Islam.dengan itu, segala maklumat akan diambil
untuk dinilai keaslian dan keautoritiannya terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada
umum. Tidakkan ini bersesuaian dengan objektif sejarah iaitu mengumpul sebanyak banyak
maklumat daripada pelbagi sumber (Ismail Bakar, 2012: 98).

Selain itu, bagi golongan ahli Hadith di Madinah mereka akan menggunakan proses
al-Jarah wa al-Tadil, dan kaedah seperti ini juga turut digunakan oleh golongan sejarawan
sejarah ke atas sumber sejarah yang diperolehi namun cara penekanannya agak longgar
12

berbanding ahli Hadith yang begitu serius dalam menyelongkar semua aspek termasuk matan
dan akhlak dan latar belakang perawi hadith. Sebaliknya para sejarawan pula tidak begitu
regid dalam menilai bahan berita yang diperolehi (Ismail bakar, 2012:98). Sejarawan
mengutamakan maklumat mengenai perkembangan yang berlaku dalam masyarakat samada
zaman Rasulullah s.a.w atau selepas kewafatan baginda. Terjadinya perkara ini disebabkan
objektif sejarawan dan Hadith yang tidak sama. Golongan muhaddithin perlu meneliti semua
aspek berkaitan Hadith agar tidak berlaku salah faham hal yang berkaitan dengan soal hukum
hakam dan lain-lain prosedur agama yang dianggap penting. Manakala golongan sejarawan
tidak melihat aspek perundangan atau hukum. Konsep sejarawan mementingkan ibrah yang
dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam surah Yusuf ayat 111.

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar
bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-
Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut
di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang
menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang
(mahu) beriman.

Selain itu, terdapat juga perbezaan daripada struktur di mana kebanyakkan Hadith
yang diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w adalah ringkas, jelas dan instruktif, maka ianya tidak
perlu kepada sebarang saringan kecuali para perawinya sahaja yang mungkin tertakluk
kepada proses al-Jarah wa al-Tacdil. Manakala persejarahan pula memerlukan kepada
periwayatan yang berbentuk cerita mungkin panjang atau bersambung-sambung.
Periwayatannya tidak perlu kepada perawi yang sama, dan ianya di ambil daripada perawi
yang berbilang asalkan tidak menjejaskan kelancaran cerita. Maka isnad al-Jamai
diperlukan untuk menyumbang sektor persejarahan Islam. Mengikut al-Duri tokoh yang
pertama menggunakan proses isnad al-Jamai ialah al-Zuhri dengan mengumpulkan sejumlah
sanad yang berkaitan bagi mendapatkan cerita yang jelas (Huda Muhsin, t.th: 94).
13

Biarpun sejarawan megambil sikap yang terbuak dalam sola memilih Hadith dan
isnadnya, namun pada asasnya mereka tetap prihatin dengan metod ahli Hadith terutama hal
yang berkaitan dengan metod Hadith yang berkaitan dengan Sirah dan Maghazi Rasulullah
s.a.w serta para sahabat baginda. Semua fakta tersebut diambil daripada golongan ahli hadith
dan cara pengambilannya agak berbeza keran ahli sejarawan tidak mengikut metod ahli
Hadith secara seratus peratus (Ismail Bakar, 2012:100). Namun demikian, kebanyakkan karya
mereka masih lagi mengikut style penulisan sejarah seperti penggunaan isnad dan sanadnya
yang masih memaparkan fakta yang telus dan lurus tanpa banyak campurtangan penagarang
samada dalam bentuk ulasan atau kritikan. Berbeza dengan penulisan ahli Iraq.

1.8 Metod Penulisan Sejarawan Islam Zaman Awal : Tokoh dan Karya

Siapakah Ibn Ishak?

Nama sebenarnya Muhammad bin Ishaq bin Yasar bin Khiyar al-Madani adalah bekas hamba
kepada keluarga Qays bin Makhramah bin Muttalib bin cAbd Manaf bin Qusay (al-Mizzi
1992:405). Terdapat pendapat yang berbeza pada nama moyang beliau, iaitu sama ada Khiyar
atau Kuthan. Ada pendapat lain mengatakan nama moyangnya Kutan dan ada pendapat
mengatakan Kuman (al-Dhahabi 1988/1409,7:33). Namun, menurut Muhammad Hamidullah
(m.2002), kedua-dua nama tersebut adalah tepat kerana Kuthan telah ditawan dalam
peperangan pada tahun 12H (Wan Kamal Mujani, 1997).
Apabila dia memeluk Islam, namanya ditukar kepada Khiyar (Muhammad
Hamidullah, 1967, 2). Al-Baghdadi (m. 463H) menukilkan beberapa riwayat yang
menjelaskan tentang kunyah lbn Ishaq. Ada pendapat yang mengatakan kunyah beliau ialah
Abu Bakr manakala pendapat lain mengatakan Abu 'Abd Allah (al-Baghdadi 2001/1422,2:9-
ll). Beliau dilahirkan pada tahun 80H (al-Dhahabi 1988/1409, 7:33) atau 85H di Madinah.
Menurut Mustafa al-Saqa dan lain-lain, tahun 85H adalah yang paling tepat (Ibn Hisyam t.th.,
jil. 1: 14; Muhammad Surur 1988/1408, 88; Sizkin l991/l411,jil.1: 87). Keturunan Ibn Ishaq
telah ditawan dalam Peperangan cAyn al-Tamar (al-Dhahabi 1988/1409, 7:33-34; Ibn
Khallikan t.th., 4: 276.) yang berlaku semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq pada
tahun 12H (Ibn Hisyam t.th.,jil. 1: 14). Perselisihan berlaku antara ulama tentang individu
yang ditawan dalam peperangan tersebut. Ibn Sa'd (m. 230H), Ibn Khallikan (m. 681H), al-
Dhahabi (m. 748H) dan lain-lain berpendapat bahawa individu yang ditawan itu adalah Yasar
(al-Dhahabi 1988/1409, 7 :33 Ibn Khallikan t.th.,4:276; al-Zuhri 1968,7:321), manakala
14

menurut al-Baghdadi (2001/l422,2: 9), individu berkenaan adalah Khiyar (Wan Kamal
Mujani:1997
Menurut Muhammad Hamidullah, pendapat yang lebih tepat adalah Khiyar kerana
beliau telah ditawan dalam peperangan tersebut pada tahun 12H semasa masih kanak-kanak.
Kemudian, beliau dikurniakan anak bernama Yasar pada tahun 20H, seterusnya Yasar
mendapat anak bernama Ishaq pada tahun 53H, dan Ibn Ishaq dilahirkan pada tahun 85H.
Sekiranya Yasar telah ditawan pada tahun 12H, maka beliau harus menunggu sehingga tahun
53H untuk mendapat anak bernama Ishaq, ayah kepada Ibn Ishaq (Muhammad Hamidullah
1967:,2).
Sejak usia yang masih muda lagi, Ibn Ishak telah menumpukan perhatian mempelajari
dan meriwatkan Hadith. Sebahagian besar daripada masanya diperuntukkan mendampingi
ayah serta dua orang bapa saudaranya, iaitu Musa bin Yasar dan cAbd al-Rahman bin Yasar.
Meraka adalah ulama yang terkenal dalam pelbagai bidang keilmuan seperti Puisi, Fekah,
Hadith, Maghazi, perihal bangsa Arab dan keturunannya (al-Hamawi,1938:5).Ibn Ishak juga
belajar daripada tokoh-tokoh sejarawan Madinah yang terkemuka seperti Abban bin Uthman
bin cAffan, al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr, cAsim bin cUmar bin Qatadah,
Muhammad bin Muslim al-Zuhri, Yazid bin Ruman, Abd Allah bin Abi Bakr bin Hazm,
Musa bin cUqbah dan al-Mughirah bin Labid. Keadaan ini secara langsung telah membentuk
beliau menjadi seorang yang arif dalam pelbagi ilmu pengetahuan terutama dalam Sirah dan
Maghazi Rasulullah s.a.w. (Lewis & Pellat 1971:810).
Selepas tinggal di Madinah selama lebih kurang 30 tahun, Ibn Ishak berhijrah ke
beberapa tempat lain. Pada tahun 115H beliau telah ke Iskandariyyah dan di situ beberapa
tokoh ulamak Mesir seperti Yazid bin Abi Habib dan Qays bin Abi Yazid telah meriwayatkan
Hadith-hadith daripadanya (Ibn Hisham t.th..14). Ibn Ishak seterusnya berpindah ke Kufah,
Jazirah, Rayy dan akhir sekali ke Baghdad. Kekerapan penghijrahan Ibn Ishak menyebabkan
periwayat-periwayat beliau lebih ramai di luar Madinah. Hanya Sacd sahaja dari Madinah
yang meriwayatkan Sirah al-Maghazi daripada beliau. Ibn Ishak juga mempunyai hubungan
yang baik dengan salah seorang pemerintah kerajaan cAbbasiyyah, iaitu khalifah Abu Jacfar
al-Mansur (Ibn Khallikan 1972: 277).
Ibn Ishaq telah meninggal dunia di Baghdad, Iraq. Ada pendapat menyatakan beliau
meninggal pada tahun 144H, (al-Baghdadi 2001/l422,2: 34), 149H (Ibn Qanfadh al-
Qasnatini, 184/1403: 128) 150H, 151H, l52H (al- Dhahabi 1988/1409,7: 55) dan 153H (Ibn
Khallikan t.th., 4: 288). Walau bagaimanapun, Ibn Khallikan berpendapat bahawa tahun
151H adalah lebih tepat. Jenaznh Ibn Ishaq telah dikebumikan di sebuah tempat di Baghdad
15

bernama al-Khayzuran.

Karya Ibn Ishak

Beberapa maklumat tentang karya-karya Ibn Ishaq telah diambil, antaranya daripada tulisan
Dr.Fuad Sizkin. Beliau telah menyenaraikan beberapa karya Ibn Ishaq termasuk karya-karya
lain yang dinisbahkan kepada Ibn Ishaq. Karya-karya berkenaan ialah : kitab as-Sirah an-
Nabawiyyah Tulisan awal mengenai perjalanan hidup (sirah) Rasulullah SAW yang sampai
kepada tangan kita ditulis Ibn Ishaq. Melalui kitabnya, Ibn Ishaq dengan sangat baik telah
mendokumentasikan riwayat hidup Rasulullah SAW kisah bergabungnya orang-orang lemah
dan tokoh-tokoh besar Quraisy ke dalam barisan Islam, serta pelbagai perkara yang berlaku
kepada Nabi Muhamad s.a.w sehingga urusan rumah tangganya. Di antara karya Ibn Ishaq
yang lain adalah kitab Tarikh al-Khulafa` dan as-Siyar wa al-Maghazi yang merupakan
rujukan dan sumber primer Kitab as-Sirah an-Nabawiyyah-nya Ibn Hisyam. Jadi, tanpa Ibn
Ishaq, Ibn Hisyam belum tentu dapat melahirkan kitab Sirah-nya yang tersohor itu dan
menjadi rujukan primer bagi generasi setelahnya. Di samping Ibn Hisyam, masih ramai lagi
ulama-ulama besar yang mengambil pengetahuan atau sumber terawal dari Ibn Ishaq
sebagaimana dikemukakan oleh Abu az-Zarcah ad-Dimasyqi (Wan Kamal Mujani,1997).
Kitab al-Maghazi : Karya ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu al-Mubtada al
Mabcath dan al- Maghazi. Karya ini merupakan naskah daripada riwayat Yunus bin Bukayr
(m. 199H). Manuskrip karya ini terletak di al-Maktabah al-Qarawiyyin di Faz, Maghribi
bernombor 202, sebanyak 150 halaman. Selain itu, terdapat di al-Maktabah al- Zahiriyyah,
Syria bernombor 150, sebanyak 157 hingga 173 halaman. Ibn Hisyam (m. 183H) telah
melakukan semakan pada Sirah Ibn Ishaq yang diriwayatkan daripada murid Ibn Ishaq iaitu
Ziyad bin cAbd Allah al-Bakkai (m. 187H). Ibn Hisyam (m. 183H) telah menyaring kembali
riwayat-riwayat serta syair-syair yang terdapat pada riwayat Ibn Ishaq. Ini menepati apa yang
dikemukakan oleh Ibn Hisyam (m. 183H) di dalam manhaj beliau terhadap penulisan
kembali karya ini. Beliau berkata:
Insya Allah saya memulakan buku ini dengan menyebut Isma'il bin Ibrahim, dan
orang yang melahirkan Rasulullah s.a.w. daripada anaknya (Ismacil) dan anak-anak
mereka dan keturunan mereka. Pertama sekali adalah (tentang) daripada Isma'il
(hingga) kepada Rasulullah s.a.w. dan apa yang berlaku (dalam kalangan) mereka.
(Saya) meningggalkan kisah tentang orang lain dalam kalangan anak-anak Isma'il
adalah untuk meringkaskan (tulisan ini) kepadakisah sirah Rasulullah s.a.w. dan
16

(saya) tinggalkan sebahagian daripada kenyataan Ibn Ishaq di dalam buku ini daripada
apa yang bukan daripada Rasulullah s.a.w. yang disebutnya. (Terrnasuk) apa-apa
peristiwa yang tidak diturunkan al-Quran mengenai peristiwa berkenaan. Serta tidak
ada sebab (yang wajar) yang terkandung dalam buku ini, tiada penafsiran padanya dan
tidak ada hujah (yang kuat) padanya. Penyataan saya ini adalah untuk meringkas
(sahaja). Syairsyair yang terkandung di dalamnya, saya dapati tiada seorang pun
dalam kalangan ahli ilmu yang mengetahuinya, sebahagiannya tidak sesuai dibincang,
sebahagian yang lain menghina orang lain, sebahagiannya tidak diakui oleh al-Bakka'i
dalam periwayatannya. Saya (hanya) mengemukakan -insya Allah - riwayat yang lain
adalah diakui (oleh Ibn Ishaq) adalatr hasil periwayatan dan keilmuan (beliau)
dengannya (Wan Kamal Mujani, 1997).

Menurut al-Khatib al-Baghdadi (t.th.,221), Ibn Ishak mengarang kitab ini untuk al-Mahdi
dengan perintah Khalifah al-Mansur yang mengarahkannya berbuat demikian. Josef Horovits
(1927,172-174) pula berpendapat Ibn Ishak menulis kitab tersebut bukanlah disebabkan
arahan Khalifah al-Mansur tetapi beliau menulis ketika berada di Madinah lagi. Ini
berdasarkan keseluruhan riwayat yang diambil oleh Ibn Ishak adalah sumber Madinah serta
Mesir dan tiada satu pun riwayat daripada Iraq. Kitab yang dihasilkan oleh Ibn Ishak ini
dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu pertama al-Mubtada, kedua al-Mabcah dan
ketiga al-Maghazi:
al-Mubtada: Meliputi sejarah pra Islam bermula daripada kejadianalam. Bahagian ini boleh
dibahagikan kepada tiga fasal iaitu:
1) Fasal pertama: Sejarah perutusan nabi-nabi dan penciptaan alam sehingga Nabi Isa
a.s.. Ibn Ishak turut mencatatkan kisah-kisah umat Islam terdahulu seperti kaum cAd,
Thamud, Tasm dan Jadis.
2) Fasak kedua: Sejarah Yaman pada zaman Jahiliyyah. Catatan ini dititikberatkan oleh
Ibn Ishak kerana terdapat beberapa maklumat mengenainya yang disebut dalam al-
Quran seperti Ashab al-Ukhdud dan Ashab al-Fil. Ibn Hisyam dan al-Tabari telah
mencatat dan merekodkan sebahagian daripada fasal kedua ini.(Nassar,1966:226)
3) Fasal ketiga: sejarah suku-suku cArab dan penyembahan berhala oleh mereka
sebelum kedatangan Islam.
4) Fasal keempat: cataran tentang keturunan Nabi Muhammad s.a.w. serta anutan
kefahaman dan bidang keagamaan penduduk Makkah.
17

Kebayakkan maklumat daripada al-Mubtada tidak diambil oleh Ibn Hisyam tetapi al-
Tabari mencatatkan sebahagian besar daripadanya terutama riwayat-riwayat yang
berkaitan dengan sejarah para nabi. Dalam bahagian ini, Ibn Ishak tidak begitu prihatin
terhadap kaedah isnad terutamanya dalam fasal pertama (Wan Kamal Mujani, 1999:24-
25).
Al-Mabcath : Bahagian ini meliputi riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah
sehingga tahun pertama Hijrah. Ibn Ishak turut mencatatkan senarai nama tertentu, seperti
golongan para sahabat yang awal memeluk Islam, para sahabat yang turut berhijrah ke
Habsyah, para sahabat yang menghadiri perjanjian al- cAqabah dan para sahabat dari
golongan Muhajirin dan Ansar yang dipersaudarakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam
bahagian ini, Ibn Ishak lebih menitik beratkan isnad dan kebanyakkan riwayat diambil
daripada sumber Madinah. Beliau turut merujuk kepada sumber-sumber bertulis seperti
surat perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan suku-suku cArab yang lain yang
menetap di Madinah untuk mengadakan pakatan kerjasama ini disusun secara kronolgi
(Horovits, 1927:175), (Wan Kamal Mujani, 1999:24-25).
Al-Maghazi: bahagian ini meliputi riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w.di Madinah
sehingga kewafatan baginda termasuk peperangan yang disertai olehnya.Turut dicatatkan
ialah senarai nama mereka yang terlibat dalam beberapa peperangan seperti golongan
Ansar dan Muhajirin yang menyertai perang Badr, golongan Musyrikin yang di tawan
dalam peperangan tersebut, tentera Islam yang syahid dalam peperangan Uhud dan
tentera Musyrikin yang terbunuh dalam peperangan tersebut (Guillaume, t.th: 327-320).
Kebanyakan riwayat disebut isnadnya. Ibn Ishak mengambil riwayat-riwayat tersbut dari
sumber Madinah terutamanya daripada Asim bin Umar bin Qatadah, al-Zuhri dan Abd.
Allah bin Abi Bakr bin Hazm. Beliau menyusun peristiwa peristiwa dalam bahagian ini
secara kronologi.
Secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan bahawa Ibn Ishak telah mengaplikasi gaya
bahasa penulisan para ahli hadis yang mementingkan sebutan isnad dan para pengisah yang
tidak menitikberatkan isnad (Abu Dayf, 1987: 54). Beliau turut menggabungkan di antara
riwayat-riwayat Hadith dan riwayat-riwayat yang berunsur Israiliyyat serta kisah-kisah rakyat
dan menyelangnya dengan puisi. Dengan ini penulisan Ibn Ishak lebih komprehensif kerana
merangkumi pelbagai maklumat daripada sumber Islam dan bukan Islam (al-Duri, 1960: 28).
18

Ibn Ishak juga menyusun peristiwa-peristiwa berdasarkan kronolgi dan di antaranya wujud
kesinambungan plot penceritaan (Amin t.th:332), (Wan Kamal Mujani, 1999:24-25).

Al-Waqidi

Muhammad b. cUmar b. Waqid adalah Mawla Bani Sahm iaitu salah satu suku daripada Bani
Aslam. Kunyahnya ialah Abu cAbd Allah dan beliau dilahirkan di Madinah pada awal tahun
130H/747M.21 Terdapat sumber yang melaporkan bahawa keluarga daripada sebelah ibunya
adalah berketurunan Farsi. Al-Waqidi merupakan tokoh ilmuwan Madinah yang terkenal
dalam bidang Sirah dan Maghazi dan mengajar ilmu tersebut di masjid Madinah. Peranan dan
sumbangan al-Waqidi dalam bidang pensejarahan Islam ialah al-Waqidi dianggap sebagai
sejarawan Madinah walaupun beliau telah menetap di Baghdad selama hampir 30 tahun
sehinggalah kewafatannya di situ. Beliau dilaporkan banyak meluangkan masa dalam usaha
mengumpul maklumat-maklumat sejarah dan mempunyai kaedah atau metod tersendiri ketika
menulis peristiwa-peristiwa tersebut. Ketika menilai sesuatu maklumat sejarah, beliau akan
meneliti dan menganalisanya untuk memastikan maklumat tersebut benar dan tepat. Beliau
sendiri akan meninjau tempat sesebuah peristiwa berlaku dan membuat pemerhatian serta
kajian. Al-Waqidi juga dianggap sebagai seorang sejarawan yang berwibawa dalam penulisan
Maghazi. Ini ditambah pula dengan penulisannya yang mengikut kaedah kronologi,
mempunyai catatan tarikh bagi sesuatu peristiwa, menggunakan gaya bahasa yang baik dan
menjelaskan dengan detail tentang sesebuah Ghazwah. Selain itu, beliau juga memberi
penerangan daripada sudut geografi bagi sesebuah tempat di mana sesuatu peristiwa itu
berlaku (Ibn Sayyid al-Nas, 1974: 18), (al-Baghdadi, t.th. 6).

Ibn al-Nadim telah mencatatkan karya al-Waqidi sebanyak 28 buah kitab yang
dihasilkan oleh al-Waqidi yang kebanyakannya berkisar tentang sejarah iaitu: pertama Kitab
al-Adab, kedua Kitab Akhbar Makkah, ketiga Kitab al-Ikhtilaf, keempat Kitab Azwaj al-
Nabiyy (S.A.W.), kelima Kitab cAmr al-Habshah wa al-Fil, keenam Kitab Tarikh al-Fuqaha
ketujuh Kitab al-Tarikh al-Kabir, kelapan Kitab al-Tarikh wa al-Maghazi wa al-Mabcath dan
lain-lain.

Kitab al-Maghazi karya al-Waqidi iaitu Kitab al-Maghazi yang sampai kepada
generasi hari ini memperlihatkan perkembangan penulisan Sirah dan Maghazi pada akhir
kurun kedua Hijrah. Beliau didapati begitu banyak mengambil riwayat-riwayat daripada
mereka yang meriwayatkan daripada al-Zuhri dan tidak mengambil langsung riwayat-riwayat
19

Ibn Ishaq. Dalam hal ini, Josef Horovitz dan Julius Wellhausen mendakwa bahawa al-Waqidi
telah memplagiat penulisan Ibn Ishaq kerana beliau tidak menyebut nama Ibn Ishaq sebagai
salah seorang daripada sumbernya dalam Kitab al-Maghazi. Tambahan pula terdapat
beberapa maklumat di dalam Kitab al-Maghazi yang menyamai kandungan Kitab al-
Mubtada wa al-Mabcath wa al-Maghazi yang ditulis oleh Ibn Ishaq. Lebih daripada itu,
Horovitz juga berpendapat bahawa setiap perkataan ( mereka berkata) yang digunakan
oleh al-Waqidi menunjukkan beliau memplagiat tulisan Ibn Ishaq (Horovitz, 1927: 518-519).

c
Abd al-Aziz al-Duri pula menyatakan faktor al-Waqidi tidak mengambil riwayat-
riwayat Ibn Ishaq ialah kerana pandangan serta penilaian Ahl al-Madinah yang negatif
terhadap Ibn Ishaq dan wujud perbezaan di antara mereka berdua dari aspek tema penulisan.
Dalam menghuraikan hal ini, pendapat yang tepat ialah Ibn Ishaq telahpun meninggalkan
Madinah dan berhijrah ke tempat lain (iaitu ke Iskandariyyah pada tahun 115H/733M dan
diikuti ke beberapa tempat lain) sebelum al-Waqidi dilahirkan. Ibn Hajar al-Asqalani
menyatakan:

......

Ibn Ishaq telahpun keluar meninggalkan Madinah sejak dahulu lagi. Perawi-perawi beliau
daripada kalangan penduduk negeri-negeri lain lebih ramai daripada perawi-perawinya dari
Madinah. Hanya Ibrahim bin Sacd sahaja daripada penduduk Madinah yang meriwayatkan
daripada beliau. Kitab al-Maghazi membicarakan serta memfokuskan Saraya dan Ghazawat
yang berlaku pada zaman Madinah sehinggalah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

Pada bahagian pendahuluan kitab ini, al-Waqidi menyebut nama 25 orang perawi
yang menjadi sumber penulisannya yang majoritinya adalah terdiri daripada Ahl al-Madinah
yang banyak meriwayatkan peristiwa-peristiwa Sirah dan Maghazi seperti Muhammad b.
Yahya b. Sahl b. Abi Hathmah, Muhammad b. Salih b. Dinar, Abd al-Rahman b. Abi al-
Zinad, Abu Macshar al-Madani dan Ismacil bin Ibrahim b. Uqbah. Ini diikuti dengan senarai
Ghazawat dan Saraya yang lengkap dengan tarikh. al-Waqidi menyatakan bahawa Nabi
Muhammad S.A.W. telah menyertai sebanyak 27 Ghazwah, sementara jumlah Saraya yang
tidak disertainya pula ialah sebanyak 47. Beliau kemudiannya mencatat namanama para
sahabat yang dilantik mentadbir kota Madinah semasa baginda keluar memimpin sesebuah
Ghazwah (Wan kamal Mujani, 1997).
20

Sebagai contoh, al-Waqidi menyatakan bahawa Ibn Umm Maktum al-Maisi telah
dilantik menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 14 kali iaitu semasa berlakunya
Ghazwah al-Kudr, Ghazwah Buhran, Ghazwah Uhud, Ghazwah Hamra al-cAsad, Ghazwah
Bani al-Nadir, Ghazwah al-Khandaq, Ghazwah Bani Qurayzah, Ghazwah Bani Lihyan,
Ghazwah al-Ghabah, Ghazwah al-Hudaybiyyah, Ghazwah al-Fath, Ghazwah Hunayn,
Ghazwah al-Taif dan Ghazwah Tabuk. Ini jelas menunjukkan bahawa al-Waqidi juga
memberi perhatian serius mengenai aspek-aspek pentadbiran di dalam penulisannya. Ketika
mengakhiri pendahuluan kitabnya, al-Waqidi mencatatkan tentang kata-kata perangsang yang
dilaungkan oleh tentera Islam semasa peperangan seperti ucapan ( Wahai Mansur,
syahidkanlah aku) dalam Ghazwah Badr dan ucapan ( Ha Mim, Mereka tidak
akan diberi kemenangan) ketika Ghazwah al-Khandaq. Ini kemudian diikuti dengan
kandungan kitab yang memaparkan Ghazawat dan Saraya satu persatu secara lengkap
sehinggalah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.(Wan Kamal Mujani, 1997).

Seperti sejarawan awal Islam yang lain, al-Waqidi juga menyelitkan puisi-puisi yang
berkaitan dengan sesebuah Ghazwah, tetapi dengan kadar yang terhad dengan menyatakan
sumber-sumbernya. Sebagai contoh, ketika mencatatkan puisi Kab b. al-Ashraf yang
mencerca golongan Islam dan meratapi tentera Mushrikin yang terbunuh dalam Ghazwah
Badr, al-Waqidi menyebut sumberya dengan Puisi tersebut:

Menyatakan telah dibacakan kepadaku olehcAli b. cAbd al-cAziz dan Muhammad b.


Salih dan Ibn Abi al-Zinad). Ini menunjukkan bahawa al-Waqidi begitu teliti dalam
penulisannya dengan menyatakan sumber maklumatnya. Di samping itu, ketika
membicarakan peperangan yang penting seperti Ghazwah Badr, Uhud, Khandaq, Bani
Qurayzah dan Ghazwah Hunayn, al-Waqidi akan mencatatkan senarai namanama tentera
Islam yang gugur syahid dan pihak musuh pihak yang terbunuh. Selain itu, al-Waqidi turut
memberi perhatian terhadap fakta yang berkaitan dengan geografi sesebuah kawasan.
Umpamanya, beliau menjelaskan kedudukan beberapa tempat seperti Rabigh, Buwat, Jamum,
al-Taraf, Hisma, Umm Qirfah, Turbah, al-Mayfaah, al-Kudayd, Atlah dan Khadirah.
Penjelasan geografi ini memperlihatkan keautoritian serta kepakaran beliau yang mendalam
dalam bidang Sirah dan Maghazi (Ismail Bakar 2012).

Ia juga dianggap penulisan awal yang membahasakan tentang aspek tersebut sebelum
dikembangkan oleh sejarawan berikutnya seperti Muhammad b. Sacd, al-Baladhuri dan al-
21

Yaqubi. Dalam pada itu, al-Waqidi juga tidak hanya sekadar bergantung kepada sumber
lisan sahaja tetapi turut merujuk kepada sumber bertulis atau meriwayatkan daripada perawi
yang merujuk kepada bahan-bahan bertulis. Persoalan yang timbul ialah sejauh mana
kewibawaan dan keautoritian al- Waqidi kerana tidak semua ulama menolak beliau. Malah,
sebahagian daripadamereka didapati memihak dan mempertahankannya. Hal ini
sememangnya memerlukan kajian dan analisis kerana sekiranya tidak, ia pasti akan
meletakkan al-Waqidi di tempat yang tidak sepatutnya. Secara umumnya, mereka yang
menolak al-Waqidi adalah terdiri daripada ulama hadis yang begitu peka terhadap konsep
Ilm Naqd al-Hadith. Untuk menerima sesebuah riwayat, mereka telah meletakkan syarat-
syarat tertentu seperti kaedah Riwayah dan Dirayah yang mewajibkan beberapa perkara
seperti setiap Isnad mestilah bersambung (tidak terputus), setiap perawi hendaklah diketahui
latar belakangnya dan riwayat yang disampaikan itu mestilah lengkap. Mereka juga tidak
menerima sebarang cara meriwayat yang bercanggah dengan kaedah mereka dan
menganggap riwayat tersebut tidak boleh dipercayai. Ukuran terhadap kewibawaan dan
keautoritian seseorang perawi dengan riwayatriwayatnya adalah berdasarkan sejauh mana
kepatuhannya kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bertitik tolak dari sinilah ahli-ahli
hadis telah menolak kebanyakan ahli sejarah kerana mereka tidak mempraktikkan syarat-
syarat tersebut (Wan Kamal Mujani,1997).

Apapun, ketokohan al-Waqidi dalam bidang Sirah dan Maghazi tidak dapat
dipertikaikan kerana beberapa orang ulama yang mengkritiknya seperti Imam Muhammad b.
Idris al-Shafici telah merujuk riwayat-riwayat beliau tentang Ghazawah di dalam karyanya,
Kitab al-cUmm. Ini termasuklah Ibn Hajar al-Asqalani yang mencatatkan riwayat-riwayat
beliau di dalam kitabnya, Fath al- Bari.78 Shams al-Din al-Dhahabi juga mengiktiraf
kepakaran al- Waqidi dengan menyatakan:



(Beliau ialah ketua dalam bidang Maghazi dan Siyar dan dalam riwayat yang lain: (Kepada
penghafalannya terhenti cerita-cerita, Siyar, Maghazi, peristiwa-peristiwa, hari-hari yang
dilalui oleh manusia, fikah dan sebagainya). Adalah jelas di sini bahawa kritikan yang
ditujukan kepada al-Waqidi ialah kerana beliau tidak mempraktikkan kaedah-kaedah
meriwayatkan hadis sebagaimana yang dikehendaki oleh ahli Hadith. Walau bagaimanapun,
ini tidaklah menjejaskan kredibiliti dan kewibawaannya kerana beliau mempunyai alasan
22

tersendiri dalam hal tersebut. Hampir keseluruhan kitab Tarajum mengakui ketokohan dan
keunggulan al-Waqidi sebagai seorang sejarawan. Muhammad b. Sacd menyatakan:



Beliau ialah seorang yang berpengetahuan luas tentang Maghazi, Sirah, Futuh, Khilaf ulama
mengenai hadis, hukum hakam dan apa yang disepakati oleh mereka. Ibn al-Nadim pula
menyebut:

Beliau ialah seorang yang berpengetahuan luas tentang Maghazi, Siyar, Futuh, Khilaf ulama
tentang Hadith, Fekah, hukum-hakam dan cerita-cerita. Riwayat-riwayat yang menyatakan
bahawa al-Waqidi berpegang kepada fahaman Syiah juga adalah tidak benar kerana dakwaan
tersebut hanyalah berdasarkan kepada dua buah kitab yang ditulis oleh beliau iaitu Kitab
Maqtal al- Husayn dan Kitab Mawlid al-Hasan wa al-Husayn wa Maqtal al-Husayn.
Penelitian kepada penulisan al-Waqidi memperlihatkan terdapat banyak riwayat beliau yang
tidak menaikkan atau mengagungkan martabat serta kedudukan cAli b. Abi Talib seperti:
1. Muhammad b. Ishaq menyatakan bahawa cAli b. Abi Talib telah membunuh Tuaymah b.
c
Adi daripada Bani Nawfal b. cAbd Manaf dalam Ghazwah Badr, tetapi, al-Waqidi
menafikannya dan menyatakan bahawa Hamzah b. cAbd al-Muttalib ialah orang yang telah
membunuh Tuaymah.
2. al-Waqidi telah mentarjihkan bahawa Quzman telah membunuh Suab iaitu budak suruhan
Bani cAbd al-Dar dalam Ghazwah Uhud dan menafikan cAli b. Abi Talib ialah orang yang
membunuhnya.
3. al-Waqidi telah meriwayatkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. kepada cAli b. Abi Talib
setelah selesai Ghazwah Uhud yang membayangkan bahawa para Sahabat yang lain juga
mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri:


(Sekiranya engkau telah berperang dengan baik, maka cAsim b. Thabit juga begitu, begitu
dengan al-Harith b. al-Summah dan Sahl b. Hanif, dan pedang Abi Dujanah juga tidak
tercela). Selain itu, al-Tusi iaitu seorang penulis Syiah, juga tidak menyenaraikan dua buah
kitab yang ditulis oleh al-Waqidi dalam bukunya, al-Fihrist. Berkemungkinan dakwaan Syiah
terhadap al-Waqidi adalah lahir dan tercetus daripada penulisannya yang sering mencatatkan
23

kata-kata atau pandangan golongan tersebut, tetapi ini sebenarnya tidaklah menggambarkan
fahaman sebenar yang dipegang oleh beliau kerana penulisan sejarah sememangnya tidak
akan terlepas daripada mcmbicarakan hal-hal yang sedemikian (Wan kamal Mujani, 1997).

1.9 Metod Persejarahan Iraq

Sesungguhnya apabila Islam berjaya masuk ke Parsi pada abad ke 6 Hijrah perkembangan
sektor persejarahan telah berubah dan ramai di antara para sahabat telah berhijrah ke Parsi
atas pelbagai sebab. Pada awalnya, di zaman khalifah cUmar al-Khattab telah melarang para
sahabat besar Rasulullah s.a.w meninggalkan Kota Madinah, sebaliknya di zaman khalifah
Uthman bin Affan telah memberi kebebasan kepada umat Islam untuk memilih destinasi
masing-masing tanpa campurtangan oleh pihak kerajaan. Kesempatan itu telah memberi
peluang kepada umat Islam untuk berhijrah ke Parsi seperti Kufah dan Basrah dan ianya
menjadi pusat pengajian sejarah yang termasyhur dan terpenting selepas Madinah (Wan
Kamal Mujani, 1997: 222).

Perubahan dalam penulisan sejarah berbeza dengan sejarawan ahli Madinah yang
mengutamakan Sirah dan Maghazi Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Namun penulisan ahli
Iraq lebih melihat penulisan sejarah itu berbentuk umum samada perkembangan itu berlaku
disekitar wilayah mereka semasa futuhat ataupun kisah-kisah sejarah tempatan sebelum
kemasukan Islam. Al-Duri, menggangap pendekatan sejarawan Iraq lebih mirip kepada
orientasi kedaerahan dan berkabilahan. Jelasnya orang Iraq bukan sahaja terpengaruh dengan
sejarah tempatan malahan mereka juga kurang mahir dengan peristiwa yang berlaku di
Madinah (Ibid).

Akan tetapi, apa yang penting adalah mereka lebih menumpukan keprihatinan sejarah
yang berlaku di kawasan sekitar mereka sahaja selepas kemasukan Islam. Abdul Wahab Fadl
berpendapat bahawa ianya bukannya berbeza dari aspek sejarah, tetapi sebaliknya suatu
perkembangan persejarahan yang berterusan dengan menjelajahi aspek yang lebih luas
daripada aspek Sirah dan Maghazi (Abdul Wahab Fadl, 1988: 88). Ini bermakna metod
persejarahan Madinah tidak lagi dianggap normatif yang mesti dipatuhi oleh sejarawan Iraq
kerana cakupan persejarahan mereka sudah menjangkaui aras makro (Robinson, 2003: 18)
yang meliputi aspek-aspek pentadbiran dan pembangunan Islam di negara-negara yang
ditakluki serta persoalan sosial budaya dan juga warisan anak tempatan. Justeru itu, semua
24

perbahasan ini memerlukan metodologi baru lantaran ianya sudah memasuki kategori Tarikh
al-cam (Ahmad Ramadhan Ahmad, 1989: 165).

1.10 Ciri-ciri Metod Persejarahan Iraq

Sejarawan Iraq Abdullah bin Salam merupakan di antara sejarawan Iraq yang terawal telah
menerajui sejarah makro Tarikh al-cam yang telah berjihrah ke Iraq semasa zaman khalifah
c
Umar al-Khattab.Tokoh kedua pula ialah Jabir bin Yazid al-Jacfi iaitu anak tempatan Kufah.
Ibn Salam menumpukan tarikh al-am, manakala Jabir bin Yazid menumpukan aspek
tempatan. Kemudian penumpuan yang di buat oleh Jabir telah diikuti oleh sejarawan Iraq
yang lain seperti Awanah bin al-Hakam al-Kufi, Abu Mikhnaf Lut bin Yahya al-Azdi, Sayf
bin cUmar al-Tamimi dan Abu Hassan cAli bin Muhammad al-Madacini. Awanah, Mikhnaf
dan Sayf lebih menumpukan kedaerahan dan kekabilahan mereka sahaja berbeza dengan
Madaini yang mana beliau masih tertumpu kepada sistem isnad seperti diamalkan oleh
sejarawan Madinah. Apabila ramai sejarawan banyak membincangkan hal yang berkaitan
dengan kedaerahan dan kekabilahan menyebabkan pendekatan mereka dikenali sebagai
akhbariyyin, nasabiyyin dan lughawiyyin (Wan Kamal Mujani, 1997:222).

a) Akhbariyyin
Istilah akhbariyyin berasal daripada kata dasar akhbari yang bermaksud periwayat
cerita atau chronicler. Secara khusus, bermaksud individu yang meriwayatkan
kisah-kisah samada lama atau baru yang mungkin benar atau sebaliknya. Menurut
ilmu persejarahan Islam, istilah akhbariyyin merujuk kepada kumpulan pencerita
yang katif meriwayatkan segala bentuk cerita yang didengari dan juga kisah-kisah
yang dikatahui samada baru, lama, panjang atau pendek. Maklumat ini sering
digunakan oleh masyarakat cArab sejak pra Islam lagi. Kegiatan ini banyak
berkembang di Kufah dan Basrah. Komuniti Arab terdiri daripada etnik dan
kabilah yang pelbagai dan mereka akan cuba menyampaikan kisah dan cerita
mereka atas pelbagai alasan dan kebanyakan kisah yang disampaikan itu adalah
kemungkina di tokok tambah atau berunsur tahyul (Ibid).
Pada peringkat awal pada zaman tersebut cerita yang disampaikan adalah
bersifat oral syafawiyat seperti di majlis-majlis karamaian atau majlis rasmi yang
diadakan di istana khalifah sempena festival. Cerita atau kisah yang disampaikan
berkait dengan berbahasan samada perihal qabilah mahupun kedaerahan. Ciri
utama yang mendasari pemikiran sejarawan kategori akhbariyyin ialah sikap
25

fanatik kumpulan yang boleh dikesan melalui persejarahan mereka. Hakikat ini
boleh dilihat oleh Awanah bin al-Hakam yang lebih memihak kepada golongan
Umawi dan aktif berkarya bagi menyokong kerajaan Bani Umayyah (Syakir
Mustafa, 1983: 172). Manakala Mikhnaf pula mengikut jejak langkah datuknya
menyokong kuat khalifah cAli bin Abu Talib dan berkarya bagi menentang
pentadbiran pemerintah Umayyah. Kedua-dua tokoh ini lebih membicarakan
persoalan yang berkaitan politik yang meruncing di pertengahan abad pertama
Hijrah, khususnya di zaman khalifah cAli bin Abi Talib dan Muawiyyah bin Abu
Sufyan. Seterusnya ialah Sayf bin cUmar yang dikatakan lebih mengutamakan
riwayat melalui isnad Banu Tamim iaitu kabilahnya sendiri daripada isnad kabilah
lain. Namun demikian, Sayf dianggap lebih cenderung melaporkan perkembangan
futuhat dan permasalahan negara secara umum seperti penentangan golongan al-
Riddah dan peristiwa al-Jamal. Sayf lebih pro Iraq kerana mempunyai hubungan
yang rapat dengan kerajaan Abbasiyyah (Ibid).
Persejarahan Akhbariyyin menggunakan bahasa yang mudah di fahami dan
sering menggunakan jalan bahasa yang puitis dan mengemukakan contoh-contoh
yang releven dan terkini. Penyampaian mereka terdapat syair-syair, berdialog
dengan para hadirin dalam sesuatu majlis atau kuliah. Sifat terbuka mereka ini
degemari oleh umum. Dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran mereka
akan mengemukakan bukti yang sahih seperti surat perjanjian, surat rasmi
kerajaan atau catatan keputusan dan peraturan yang dikeluarkan oleh jabatan
kerajaan seperti Diwan al-Kharaj Diwan al-Jund dan lain-lain diwan yang
berautoriti (Abdul Waahab Fadl, 1988: 150).

b) Nasabiyyin
Perkataan nasab diambil daripada perkatan nasab yang asal-usul, salasilah atau
genealogy dalam bahasa Inggeris. Kepentingan nasab bagi orang cArab adalah
sesuatu yang asasi dan merupakan sebahagian daripada budaya dan kebanggaan
mereka. Antara istilah yang digunakan seperti istilah al-Tamimi, al-Azdi dan al-
Kalbi dan lain-lain. Istilah Nasabiyyin secara khusus, merujuk kepada beberapa
kumpulan sejarawan yang mahir dalam aspek salasilah keturunan kabilah cArab
(Abdul Wahab fadl, 1988:157).
Menurut Rosenthal, keutamaan aspek ansab bagi umat Islam juga bermula
seiring dengan perkembangan Islam itu sendiri, khususnya apabila golongan
26

nasabiyyin berlumba-lumba meriwayatkan nasab Bani Hashim dan menjadi


tonggak kepada keturunan Rasulullah s.a.w dan juga nasab kaum Qurasyh secara
umum lantaran mereka merupakan golongan elit cArab yang mendasari sektor
pemerintahan dan pentadbiran Islam (Rosenthal, 2003:95). Perkembangan ini
menjadi rancak selepas tiada larangan yang dikeluarkan oleh pemerintah Islam
berhubung dengan kegiatan nasabiyyin ini, sebaliknya menggalakkan pula kajian
mengenai salasilah keturunan demi kepentingan aspek wirasah, khususnya yang
berkaitan dengan harta pusaka dan juga kepentingan urusan perkahwinan.
Kemunculan nasabiyyin berlaku di semua wilayah umat Islam samada dalam
politik, pentadbiran, sosiol, mahupun ekonomi. Mereka lebih meminati dan
mengemari aspek nasab kerana mempunyai aspek historiografi dan nasab yang
menyumbang kepada fakta yang berguna terutama yang berkaitan dengan kabilah.
Antara tokoh nasabiyyin ialah Muhammad bin Sacib al-Kalbi, seorang ulama di
Kufah, yang pertama meriwayatkan kisah al-nasab tetapi tidak menghasilkan
beberapa karya.Kepakaran beliau diwariskan oleh anaknya Hisham yang hidup
sezaman khalifah al-Macmun dengan karya Tarikh al-Islam al-cAm, Kutub al-
Nasab. Seterusnya Aamir bin Hafs lebih dikenali dengan nama Abu Yaqzan al-
Nasabah (Rosenthal, 2003:97).

c) Lughawiyyin

Perkataan Lughawiyyin berasal daripada kata dasar lughawi bermaksud tahu


banyak bahasa (Qamus Idris al-Marbawi, 97) atau lexicologists dalam bahasa
Inggeris. Istilah ini secara khusus merujuk kepada golongan ahli bahasa yang
menjadi fakta sejarah dan syair-syair yang bertemakan sejarah sebagai bahan
kajian mengenai ilmu tatabahasa Arab. Mengikut al-Duri golongan lughawiyyin
memainkan peranan penting dalam sektor sejarahan bertindak sebagai mengumpul
pelbagai bahan yang dimiliki masyarakat cArab yang menetap di Iraq (Ismail
Bakar, 2012: 110).
Selain itu golongan lughawiyyin yang mengkaji aspek metod penulisan
sejarah mereka telah menggunakan pendekatan yang sama dilakukan oleh
golongan akhbariyyin dan nasabiyyin dalam mengumpukan sumber kajian.
Mereka mengambil syair-syair dan kisah-kisah tertentu untuk mengetahui latar
belakang serta objektif pengucapan syair dan kisah tersebut. Kajian mereka bukan
27

hanya tertumpu kepada bahasa sahaja malahan menjalar kepada aspek yang
terpengaruh dengan maklumat yang terkandung dalam kajian itu. Terdapat juga
golongan bahasa ini menjadi sejarawan sejarah akibat terlalu asyik mengkaji
bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah. Golongan lughawiyyin akan
mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk mengenal pasti dialek puka-
puak Arab yang tinggal di sekitar Iraq. Perubahan dialek mendorong kepada
wujudnya perbezaan budaya dan cara hidup masyarakat terbabit. Semua
penagalaman itu akan dirakam oleh lughawiyyin untuk diterima sebagai fakta
sejarah dan menjadi aset penting dalam aspek persejarahan Islam (Qasim Yazbek,
1990: 52).
Komuniti cArab yang tinggal di Iraq terdiri daripada pelbagai qabilah yang
mempunyai lahjah atau dialek yang berbeza. Hal ini menyukarkan proses
pembelajaran bahasa cArab di negara parsi itu, Untuk tujuan penyelarasan dialek
itulah ahli bahasa berusaha mengumpul segala bahan yang dimiliki oleh setiap
etnik untuk dibuat kajian. Oleh sebab itu Kufah dan Basrah muncul sebagai pusat
tatabahasa cArab yang unggul (Ismail Bakar, 2012: 111).
Antara tokoh uatama di kalangan sejarawan kategori lughawiyyin ialah Abu
c
Ubaydah Macmar bin al-Muthanna (m.209H/824M). Beliau merupakan anak
tempatan Basrah yang berkhidmat dengan pendatang cArab yang berasal dari
kabilah Banu Tamim. Akibat asimilasi itu, Abu Ubaydah dikatakan begitu mahir
dalam bidang ilmu tatabahasadan kesusasteraan cArab, sehingga menarik minat
khalifah Harun ar-Rasyid untuk mendengar taklimat beliau mengenai bidang ilmu
tersebut. Antara karya Abu Ubaydah dalam bidang sejarah ialah Kitab al-Ayyam
al-Saghir dan Kitab al-Ayyam al-Kabir yang merakamkan pelbagai maklumat
mengenai kehidupan masyarakat Acrab di Iraq. Manakala tokoh yang kedua pula
ialah Abu Sacid cAbd. Malik bin Qurayb al-Asmai (m. 216H/831H) iiatu anak
tempatan Kufah yang berhijrah ke Baghdad di zaman pemerintahan khalifah al-
Macmun. Beliau merupakan seorang yang mahir dalam aspek al-Akhbar dan al-
Nawadir (Syakir Mustafa, 1983: 200), setelah megambil sumber daripada
golongan Badwi semasa menjalankan kajian mengenai kaedah tatabahasa di
beberapa penempatan cArab di Iraq. Periwayatan beliau diiktiraf oleh Ibn Jarir al-
Tabari yang mengambil beberapa laporan beliau tentang peristiwa peperangan Dzi
al-Qar dan lain-lain.
28

Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa ciri metodologi persejarahan Iraq


berlaku menerusi pertembungan budaya antara penduduk tempatan dan pendatang
komuniti cArab ke Parsi persejarah Iraq seolah-olah terpengaruh dengan style
penulisan golongan sejarawan cArab begitu juga golongan sejarawan cArab yang
dikatakan turut terpengaruh budaya Parsi yang banyak menghasilkan karya yang
berkaitan dengan sejarah Parsi kuno, dan ianya memberi impak yang besar dalam
persejarahan di Iraq dalam menghasilkan karya-karya sejarah dalam sektor
persejarahan (Syakir Mustafa,1983: 200).

1.11 Faktor-faktor yang mempengaruhi Persejarahan Islam

Sejarah atau persejarahan adalah suatu bidang ilmu yang penting untuk dikaji bagi setiap
kaum, bangsa, negara dan agama. Sejarah memberi gambaran kepada kita tentang sesuatu
perkara yang telah berlaku, dan al-Quran sendiri telah memperlihatkan kepada kita beberapa
ciri penting mengenai sejarah dan persejarahan dan hubungannya dengan tamadun manusia
melalui peristiwa-peristiwa dan contoh-contoh umat yang terdahulu (Wan Kamal Mujani,
1997: 240).

Sebahagian daripada Orientalis sering mengaitkan kemunculan persejarahan Islam


adalah kerana dipengaruhi oleh persejarahan bangsa-bangsa asing. Mereka menyatakan
masyarakat Arab mengorak langkah memulakan persejarahan berpandukan Kitab Khuday
Namah yang diterjemahkan dalam bahasa cArab dan berdasarkan kepada kitab-kitab Rom
yang ditulis oleh bangsa tersebut.Kedatangan Islam memberi sumber inspirasi ke arah
pembentukan pelbagai bidang seperti Tafsir, Hadith , Fekah dan sejarah yang menujukkan
tidak mungkin bangsa cArab tidak mungkin merujuk kepada bangsa asing. Catatan awal
banyak menekankan kepada sandaran isnad atau sanad yang menguatkan lagi hujah atau fakta
mereka dalam penulisan. Kedatangan Islam telah membawa perubahan yang besar dalam
persejarahan Islam (Ibid).

Kegiatan perterjemahan buku-buku asing dianggap lewat untuk memberi rasangan dalam
mencetuskan permulaan persejarahan Islam. Catatan al-Sirah dan al-Maghazi yang dimulakan
oleh para sahabat di kurun pertama juga telah mendahului Kitab Khuday Namah yang hanya
diterjemahkan oleh Ibn Muqaffa (w.139H) pada kurun kedua Hijrah yang terpengaruh dengan
persejarahan bangsa asing (Ibid).
29

Faktor-faktor yang mempengaruhi persejarahan Islam begitu banyak seperti


cenderung sejarawan terhadap kabilah masing-masing dan sikap mereka yang sering
menyebelahi golongan-golongan tertentu. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada
persejarahan kerana mereka akan menghasilkan karya-karya sealiran dan kehendak pemikiran
mereka. Persejarahan Iraq melihat fenomena ini terjadi kepada sebilangan sejarawan yang
mewakili kabilah masing-masing. Contoh Mikhnaf dan al-Yaqubi yang menyokong kuat
terhadap golongan Shiah (Ibid).

1.12 Metod Perbandingan Sejarawan Madinah dan Iraq

a. Golongan sejarawan Madinah lebih memberi penumpuan dan topik-toppik yang


berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w. kecederungan para sejarawannya yang
menekankan penulisan mereka tentang riwayat hidup nabi Muhammad s.a.w.
termasuk al-Maghazi yang disertai oleh baginda. Faktor seperti kedudukan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah s.w.t. dan perjalanan hidup yang dapat
diteladani disamping kejayaan yang dicapai telah menjadikan maklumat-maklumat ini
penggerak utama dalam memberi inspirasi ke arah permulaan persejarahan ahli
Madinah. Bertitik tolak dari sinilah riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w mula
dikumpul dan dicatatkan berdasarkan kepada Hadith-hadith baginda yang begitu
banyak berfungsi memberi keterangan yang berkaitan (Wan Kaml Mujani, 1997,
Ismail Bakar, 2012), (Abdul Kader Ismail Tayob,1993:4,29,30,37).
Catatan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w kemudian berkembang kepada
penulisan tentang Khulafa ar-Rashidin dan zaman awal kerajaan Bani Umayyah
tetapi dengan kadar yang tidak begitu banyak (Ali al-Aribi, 1991: 22-23). Golongan
Madrasah Madinah yang bermula dari Said bin Musayyib al-Makhzumi sehingga al-
Tabari menjadikan Sirah al-Maghazi Nabi Muhammad s.a.w. sebagai topik utama
persejarahan mereka.sebagai contoh Urwah bin Zubayr dengan jawapan yang bertulis,
Macmar bin rashid pula melalui Kitab al-Maghazi dan Ibn Ishak karyanya Kitab al-
sirah wa al-Mubtada wa al-Maghazi masing-masing telah menulis topik ini.
Penghasilan karya-karya al-Sirah dan al-Maghazi kemudiannya diikuti oleh Najim bin
c
Abd al-Rahman al-Sindi yang mengarang Kitab al-Maghazi. Manakala al-Waqidi
menulis Kitab al-Sirah dan kitab al-Tarikh wa al-Maghazi wa al-Mabcath. Ibn Sacd
turut menghasilkan Kitab Akhbar al-Nabi dan Ibn Hisyam menulis Kitab al-Sirah al-
Nabawiyyah. Ini memperlihatkan pengaruh Islam dalam aliran ahli Madinah
30

membawa penulisan yang bercirikan nilai-nilai tersebut seperti al-Sirah dan al-
Maghazi Nabi Muhammad s.a.w. (Ibn al Nadim, 184).
Berbanding dengan sejarawan ahli Iraq didapati tidak lagi menjadikan al-Sirah al-
Maghazi sebagai topik utama persejarahan mereka seperti mana sejarawan ahli
Madinah terdapat golongan sejarawan ahli Iraq yang tidak menulis kitab khusus
tentang tajuk tersebut seperti Awanah bin al-Hakam, Abu Mikhnaf, Sayf bin cUmar,
Muhammad bin Sacid, Abu al-Yaqzan al-Nasabah, al-Haytam bin Ady, Abu Ubaydah
dan al-Asmaci.Sejarawan-sejrawan ahli Iraq lebih menekankan penulisan mereka
kepada topik-topik yang lebih luas lagi yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa
semasa seperti al-Riddah, al-Futuh dan lain-lain (Ibid).

Sejarawan ahli Iraq turut mengalihkan perhatian mereka terhadap topik-topik yang
berkiatan dengan Ayyam al-cArab dan al-Ansab. Sebagai contoh, Abu Yaqzan al-
Nassabah telah menulis Kitab Nasab Khindif wa al-Akhbariha dan Hisham bin
Muhammad bin Sacid telah menghasilkan karya seeprti Kitab al-Nasab al-Kabir,
Kitab Nasab Abi Talib dan Kitab Bani Tamim bin Murrah. Khalifah bin Khayyat
turut menulis Kitab al-Tabaqat, sementara al-Baladhuri pula menghasilkan Kitab
Ansab al-Ashraf. Abu cUbaydah Macmar bin Muthanna telah menulis Kitab al-Ayyam
dan Kitab al-Ayyam Bani Mazin wa Akhbariha, al-Zubayr bi Bakkar menghasilkan
karya-karya seperi Kitab Akhbar al-cArab wa Ayyamihim, Kitab al-Aws wa al-
Khazraj dan Kitab Nasab Quraysh wa al-Akhbariha. Ini jelas menunjukkan pengaruh
unsur-unsur perkabilahan yang berteraskan dari kebudayaan dan tradisi zaman
Jahiliyyah dalam persejarahan Madrasah ahli Madinah (Ibid).

b) Penggunaan isnad dalam persejarahan Madinah adalah lebih rapi dan diberi
perhatian jika dibandingkan dengan persejarahan Iraq. Meskipun begitu, tidak
dinafikan terdapat dikalangan sejarawan ahli Madinah menggunakan Isnad Jamai.
Kebanyakkan sejarawan Madinah terdiri daripada perawi-perawi thiqah yang diiktiraf
oleh ahli hadith seperti Urwah bin Zubayr , al-Zuhri , Musa bin cUqbah, Macmar bin
Rashid, Ibn Hisham, Ibn Sacid dan al-Tabari. Mereka keseluruhan menunjukkan
sikap keprihatinan terhadap penggunaan isnad atau sanad dalam mencatatkan
sesebuah riwayat (Ibid).

Sejarawan-sejarawan ahli Iraq kebanyakan mereka ini tidak menitik beratkan


isnad atau sanad. Seperti Awanah bin al-Hakam, Sayf bin cUmar, abu Mikhnaf, Nasr
31

bin Muzahim, al-Haytam bin Day, Ibn Qutaybah al-Dinawari dan al-Yaqubi. Hanya
sejarawan sahaja yang mendapat pengiktirafan daripada ahli Hadith. Di antaranya
ialah al-Asmaci, Musab al-Zuhayri dan al-Madacini (Wan Kamal Mujani, 1997: 235).

Dengan ini ternyata bahawa persejarahan ahli Madinah adalah lebih mengikuti
metod ahli-ahli hadith yang menekankan ketelitian isnad dalam menyampai atau
mencatatkan riwayat-riwayat (Abdul Jabbar Naji, 1983: 201).

c) Bagi sejarawan Madinah mereka lebih bersifat berkecuali daripada


menyokong mana-mana pihak atau gerakan yang bersengketa seperti Bani Umayyah
dan Shiah. Secara umumnya sejarawan Madinah tidak melibatkan penulisan mereka
dengan topik-topik yang menunjukkan kecenderungan kepada pihak tertentu atau
menyentuh konflik semasa yang berlaku. Sebaliknya mereka memberi liputan yang
meluas terhadap penulisan al-Sirah dan al-Maghazi Rasulullah s.a.w. Ini bersesuaian
dengan suasana di Madinah yang menjadi tempat tinggal serta pusat pentadbiran
Rasulullah s.a.w dan kebnayakan peristiwa-peristiwa al-Sirah al-Maghazi berlaku di
situ. Memandangkan suasana di Madinah yang agak tenang dan tidak banyak berlaku
konflik (Wan Kamal Mujani, 1997: 236).

Sebahagian besar daripada persejarahan Iraq lebih memperlihatkan sikap


menyokong pihak-pihak tertentu dan ini dapat dilihat berdasarkan topik yang ditulis
atau bahan-bahan yang terkandung dalam penulisan mereka. Sebagai contoh Awanah
bin al-Hakam yang begitu mengutamakan riwayat-riwayat bani Kalb telah menulis
Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Sirah Muawiyyah wa Bani Umayyah yang memuatkan
perihal kerajaan tersebut. Abu Mikhnaf pulah telah menulis kisah yang memihak
kepada cAli bin Abi Talib yang berkaitan dengan Kitab Siffin, Kitab al-Jamal dan
kitab Maqtal Ali (k.w), Kitab Maqtal al-Husayn (r.a) dan Kitab Maqtal Hujr bin Ady.
Ini diikuti dengan Nasr bin Muzahim yang menulis beberapa kitab yang hampir sama
tajuk dengan kitab Mikhnaf. Abu cUbaydah yang yang terlibat dalam gerakan al-
Shucubiyyah telah menulis kitab-kitab yang berkaitan dengan Kitab al-Mawali, Kitab
al-Mathalib dan lain-lain lagi. Manakala al-Yakubi pula cenderung untuk menulis
buku yang berkaitan dengan Syiah dan telah memberi liputan yang meluas kepada al-
Akhbar yang berkaitan dengan golongan tersebut seperti Kitab al-Tarikh. Hasil-hasil
penulisan Iraq ini lebih menekankan kepada qabilah dan pihak tertentu serta konflik
yang kerap kali berlaku (Wan Kamal Mujani, 1997: 237).
32

d) Hasil-hasil penulisan sejarawan Madinah adalah tertumpu kepada skop sejarah


sahaja seperti maklumat-maklumat al-Sirah dan al-Maghazi di samping beberapa
peristiwa yang berlaku di zaman Khulafa ar Rashidin dan awal zaman kerajaan Bani
Umayyah. Mereka telah menulis topik-topik baru dan telah keluar dari skop ini dan
menulis topik yang berkaitan dengan geografi. Geografi sememangnya mempunyai
kaitan yang rapat dengan sejarah serta persekitaran disekeliling yang memberi
pengaruh yang hebat dalam penulisan sejarah (Wan Kamal Mujani, 1997: 237).
Hisyam bin Muhammad Kabli ialah di antara sejarawan ahli Iraq yang arif tentang
geografi dan banyak mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan. Beliau dianggap
sebagai penulis awal yang menulis karya yang berkaitan dengan geografi. Sebanyak
10 buah buku berkenaan geaografi yang ditulis oleh beliau dan diantaranya ialah
Kitab al-Aqalim, Kitab al-Anhar, Kitab al-Buldan al-Saghir dan Kitab al-Buldan al-
Kabir dan Kitab al-Qismah al-Ardin. Kitab-kitab ini menyentuh hal yang berkaitan
dengan Tanah Semenanjung cArab dan lain-lain tempat yang semulajadi, cuaca,
tumbuh-tumbuhan, struktur ekonomi dan sosial penduduk kawasan-kawasan tersebut.
Manakala cUbaydah pula menulis buku yang berkaitan dengan maklumat geografi,
seperti Kitab al-Basrah, Kitab al-Sawad wa Fathihi dan Kitab Makkah al-Haram.
Begitu juga dengan al-Asmaci, menulis perbahasan tentang geografi seperti Kitab al-
Nabat wa al-Shajar. Abu Hanifah al-Dinawari juga telah menulis Kitab al-Anwa dan
Kitab al-Nabat. Selain geografi sejarawan lain menulis tentang al-Kharaj seperti yang
dihasilkan oleh al-Haytam bin Ady, al-Asmaci dan al-Yaqubi (Ibid).

1.13 Metod Penulisan Sejarawan Islam Zaman Pertengahan : Tokoh dan Karya

Al-Madaini

Nama sebenar beliau ialah Ali bin Muhammad bin cAbd Allah bin Abi Sayf al-
Madacini Maula Samurah bin Habib bin cAbd. Shams ibn. cAbd. Manaf dan
Kunyahnya ialah Abu al-Hassan (Yaqut al-Hamawi, 124). Lahir pada tahun 135H di
Basrah dan dibesarkan di situ. Al-Madaini berhijrah ke sebuah kawasan yang
bernama al-Madacini untuk beberapa ketika, dan beliau telah dinisbahkan dan dikenali
dengan nama al-Madaini. Kemudia beliau berhijrah pula ke Baghdad dan
bermustautin di situ. Beliau hidup di zaman khalifah cAbbasiyyah di bawah lapan
orang khulafa kerajaan cAbbasiyyah. Namun beliau hanya mempunyai hubungan
33

dengan khalifah Abu Jaafar dan al-Mamun sahaja. Al-Madacini wafat pada tahun
225H semasa zaman pemerintahan al-Muctasim ketika berusia 90 tahun (Wan Kamal
Mujani, 1997).

Di dalam kajian (tesis) Wan Kamal bin Mujani 1997, beliau menyatakan
antara guru-guru al-Madacini ialah terdiri daripada Qurrah bin Khalid, Juwariyyah bin
Asma, Awanah bin al-Hakam, Mubarak bin Fadalah, Hamad bin Salamah, Sallam
bin Miskin, Mucammar bin cAbbad al-Sulami dan Jaafar bin Hilal. Manakala anak
murid beliau pula ialah terdiri daripada al-Zubayr bin Bakkar, Ahmad bin Abi
Khaythamah, Ahmad bin al-Harith al-Khazzaz, al-Harith bin bai Usamah, al-Hassan
bin cAli bin al-Mutawakkil dan Ahmad bin Zubayr.

Wan Kamal bin Mujani 1997 menyatakan bahawa al-Madacini merupakan seorang
sejarawan Islam ahl al-Iraq dalam kategori al-Akhbariyyun yang terkemuka dan
terulung. Pengetahuan beliau dalam bidnag sejarah memang diakui oleh ulama Islam.
Al-Khatib al-Baghdadi mencatatkan bahawa beliau merupakan seorang yang alim
dalam Ayyam al-Nass, Akhabar al-cArab, Ansabuhum, dan ilman bi futuhu wa al-
Maghazi wa riwayat al-Syacir wa Suduq. Ibn al-Taghri Bardy telah mengkitiraf beliau
dengan menyatakan beliau merupakan seorang yang thiqah dan beliau merupakan
seorang tahib al-Tarikh, dan tarikhi ahsan al-tawarikh wa annhu akhuz al-nass
tawarikhim. Al-Madacini telah menghailkan karya beliau sebanyak 200 buah kitab .
Beliau merupakan seorang yang terbanyak menulis kitab di zaman kerajaan Bani
c
Abbasiyyah. Bentuk karangan yang ditulis di atas helaian kertas yang terhad. Namun
sebahgaian penulisan beliau ini tidak sampai kepada generasi kita pada hari ini.
Terdapat beberapa petikan riwayta beliau yang dicatatkan oleh al-Baladhuri, al-
Tabari, al-Masudi, Abu al-Faraj al-Asfahani. Al-Madacini mengambil sumber
daripada riwayat-riwayat Ibn Ishak, Abu Mikhnaf dan al-Waqidi. Beliau juga telah
meluaskan skop penulisannya dengan mencatatkan riwayat-riwayat Ahl- al-Madinah
dan riwayat Ahl al-Iraq. Ketika mencatatkan riwayat beliau sangat berhati dalam
menulis dan beliau juga banyak menggunakan isnad seperti Ahl Al-Madinah yang
lain (Syakir Mustafa, 118).
Persejarahan al-Madacini ini banyak menceritakan peristiwa zaman Nabi
Muhammad s.a.w sehinggalah zaman kerajaan cAbbasiyyah. Besar kemungkinan juga
kitab Tarikh al-Khulafa yang ditulis oleh beliau adalah kitab yang sama dengan kitab
yang bertajuk Akhbar al-Khulafaal-Kabir iaitu catatan mengenai hal ehwal Khulafa
34

ar-Rashidin, Khulafa bani Umayyah dan Khulafa c


Abbbasiyyah. Ibn Nadim
mencatatkan bahawa al-Madacini telah menghasilkan kitab sebanyak 240 buah. Ianya
meliputi beberapa topik seperti Akhbar al-Nabi s.a.w., Akhbar Quraysh, Akhbar
Manakih, al-Ashraf wa Akhbar al-Nisa, dan Akhbar al-Khulafa, Akhbar al-cArab,
Akhbar al-Shuara dan al-Futuh (Dr. Abdul Jabbar Naji, 201).

Secara keseluruhan hasil karya beliau memperlihatkan yang pertama


kecenderungan al-Madacini menulis tajuk yang pelbagai, komprohensif dan
menyentuh pelbagai aspek. Kedua usaha al-Madacini yang begitu besar dalam
menerajui pengumpulan dan penulisan riwayat yang sebelum ini kebanyakan riwayat
tersebut dipendahkan secara lisan. Ketiga pengetahuan al-Madacini yang mendalam
dalam bidang persejarahan disamping keupayaan merekod maklumat sejarah tanpa
campur aduk mengikut topik yang tertentu.

Mengikut pendapat ulama ramai diantara mereka tidak menolak riwayat al-
Madacini. Yahya bin Main menyebut bahawa al-Madacini adalah seorang yang
thiqah. Al-Tabari menyatakan beliau seorang pakar dalam Ayyam al-Nass Suduq
Zalik. Termasuk al-Baghdadi yang mengiktiraf beliau, ini bermakn secara tidak
langsung riwayat beliau ini diterima dan dipercayai (Ibid).

Namun bagi pendapat sejarawan Barat atau Orientalis terhadap al-Madacini


seorang sejarawan Islam yang mentik beratkan penggunana isnad sebagaimana
kaedah Madrasah Ahl al-Madinah. Munurut Hamilton Gibb, sebahagian besar
persejarahan al-Madacini adalah merupakan penulisan semula Kitab-kitab Abu
c
Ubaydah Macmar bin al-Muthanna Wan kamal Mujani,1997: 164-165).

Ibn Qutaybah

Nama sebenar beliau ialah cAbd, Allah bin Muslim bin Qutaybah al-Dinawari
dilahirkan di Kufah pada tahun 213H. Keluarga beliau berasal dari Khurasan yang
menetap di Marw. Ayahnya merupakan seorang ahli Hadith dan berpengetahuan
tinggi dalam bidang keilmuan Islam. Ibn Qutaybah dibesarkan di Bahgdad dah
disitulah beliau menimba ilmu pengetahuan dalam apelbagai bidang Hadith, Fiqh,
Tatabahasa cArab, kesusasteraan dan Sejarah sehingga menjadi seorang tokoh ilmuan
yang terkenal. Beliau sezaman dengan tokoh ulama yang terkenal seperti Abu Abd.
Allah bin Salam al-Jumahi (w.231H), Abu Yaqub Ishak bin Ibrahim (w. 231H, Abu
Ishak Ibrahim bin Sufyan al-Ziyadi (w. 249H) dan Abu Hatim Sahl bin Muhammad
35

al-Sijistani (w. 248H) bnayak membantu serta membuka ruang untuk


memperdalamkan pengetahuannya dalam bidang-bidang tersebut. Abu Qutaybah
wafat di Kufah pada bulan Rejab tahun 276H dalam zaman pemerintahan Abu al-
c
Abbas Ahmad al-Mutamid (Ibn Khallikan,42).

Antara guru Ibn Qutaybah ialah Muslim bin Qutaybah, Ahmad bi Sacid,
Yahya bin cUthman, Muhammad bin Ziyad bin Ucbayd, cAbd, Allah Muhammad bin
Yahya, Abu Yaqub Ishak Ibrahim dan ramai lagi. Manakala murid beliau pula ialah
Ahmad bin Marwan al-Maliki, Abu al-Qasim Ibrahim bin Muhammad Ayyub, Abu
Muhammad bin cUbayd Allah bin cAbd. Rahman, Abu al-Qasim cUbayd Allah bin
c
Abd. al-Rahman bin Muhammad bin cIsa dan ramai lagi (Ibn Qutaybah, 20).

Persejarahan Kitab al-Tarajim mencatatkan bahawa Ibn Qutaybah merupakan


tokoh ulama yang arif dalam bidang pelbagai bidang al-Qifti menyebut beliau
merupakan seorang pakar Lughah, Nahw, Gharib al-Quran, Muaniyyah, al-Shayr dan
al-Fiqh. Al-Khatib al-Baghdadi menyatakan beliau seorang Racsan fil Al-cArabiyyah
wal Lughah wa al-Akhbar wa Ayyam al-Nass. Karya yang dihasilkan oleh beliau
adalah sebanyak 31 buah kitab. Antara kitab yang dikarang oleh beliau ialah Kitab al-
Macarif dan Kitab Uyun al-Akhbar. Kitab al-Maarif merangkumi pelbagai maklumat
ringkas yang bermula dari Bad al-Khaliqah sehinggalah ke zaman pemerintahan
Khalifah Abu al-Abbas Ahmad al-Mutamid Ibn Qutaybah (Ibid).

Mencatatkan Qisas al-Anbiya yang meliputi zaman, tempat, umur dan


keturunan mereka. Ibn Qutaybah merujuk kepada riwaya-riwayat lisan dan bahan-
bahan bertulis sebagai sumber penulisannya. Beliau mengambil riwayat-riwayatIbn.
Ishak, al-Waqidi dan Ibn al-Kalbi yang dianggap berautoriti dalam bidang masing-
masing. Kitab Uyun al-Akhbar yang membicarakan sejarah ketamdunan Islam tidak
mengkhususkan isu-isu politik dan peristiwa semasa sebagai objektif utama penulisan.
Kitab ini mengandungi 10 tajuk kecil lain seperti Kitab al-sultan yang mencatatkan
prihal riwayat hidup Khulafa, dasar pemerintah, gabenar-gabenor dan bidang
kehakiman dalam sesebuah kerajaan. Ini termasuklah Kitab al-Harb yang
membicarakan strategi-strategi peperangan, tipu muslihat dan bidang tungangan yang
digunakan dalam peperangan (Wan Kamal Mujani,1997).

Para ulama sejarawan kebanyakan meragui Kitab al-Imamah wa al-Siyasah


sebagai salah satu hasil penulisan Ibn Qutaybah. Ianya mengandungi maklumat
36

sejarah Khilafah yang bermula dari zaman Rasulullah s.a.w sehingga ke zaman
Khalifah Abu Jacafar al-Mansur cAbd Allah al-Mamun. Karaguan ini timbul
berdasarkan dari beberapa faktor iaitu pertama keseluruhan penulis yang mencatatkan
perihal Ibn Qutaybah seperti Ibn al-Nadim al-Yaqut al-Hamawi tidak menyebutkan
kitab ini sebagai karya Ibn Qutaybah melainkan al-Qadi Abu cAbd. Allah al-Tuzi di
dalam kitabnya Silah al-Simt. Kedua Nama Ibn Qutaybah seperti di dalam Kitab al-
Macarif dan Uyun al-Akhbar tidak disebutkan langsung dalam kitab ini (Ibid).

Ketiga pengarang Kitab al-Imamah wa al-Siyasah mencatatkan dibeberapa


bahagian bahawa beliau mengambil bahan-bahan penulisannya dari mereka yang
hadir dalam pembukaan al-Andalus pada tahun 92H sedangkan Ibn Qutaybah lahir
pada tahun 213H (Ibid).

Manakala pandangan dari Orientalis pula seperti Wustenfeld mengaggap Kitab


al-Macarif yang ditulis oleh Ibn Qutaybah sebagai persejarahan tulin masyarakat
c
Arab. Ianya menjadi rujukan terpenting mengenai geneologi dan biografi tokoh-
tokoh terkemuka. Menurut J. Fueck kitab ini memperlihatkan idea pemikiran Ibn
Qutaybah yang luas melalui pembicaraannya tentang sejarah dunia. Sebahagian besar
Orientalis turut meragui Kitab al-Imamah wa Siyasah sebagai salah satu hasil
penulisan Ibn Qutaybah, di antara mereka ialah De Gayangos, Dozy dan De Goeje
(Ishak Musa Hussien, 55).

Menurut Ismail, 2012 dalam penulisan buku beliau menyatakan bahawa


secara umumnya Ibn Qutaybah boleh dianggap sebagai seorang yang genius kerana
memiliki pelbagai kemahiran, bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan tetapi juga
dalam aspek kerjaya lain. Ini terbukti apabila dilantik memegang jawatan Qadi di
Dinawar yang menyebabkan beliau dikenali sebagai gelaran al-Dinawari. Selepas itu
belia bertugas sebagai guru utama di salah sebuah institusi pendidikan tinggi milik
kerajaan Baghdad.tuga ssebagai guru telah memberi banyak mada kepada beliau
untuk menumpukan perhatian tehadap bidang penulisan. Hasilnya beliau telah berjaya
mengahsilkan hampir 300 buah buku, namun yang dapat dikedan sekrang ni hanya 14
buah sahaja yang berjaya diterbitkan oleh pelbagai egensi penerbitan (Ismail Bakar,
2012).
37

1.14 Kesimpulan

Dapatlah disimpulkan bahawa persejarahan Madinah dan Iraq sebenarnya telah menyumbang
penulisan sejarah Islam yang besar dalam penulisan mereka kepada masyarakat atau generasi
hari ini. Kedua-dua pusat persejarahan ini telah sama-sama menyumbang kearah
pembangunan persejarahan Islam. Perkembangan ini diangggap positif dalam membantu
untuk memperkayakan aspek metodologi dalam penulisan sejarah Islam. Para sejarawan
terkemudian telah mendapat banyak manfaat daripada penulisan kedua-dua aliran ini.
Walaupun terdapat perbezaan dalam kedua-dua aliran ini namun sebahagiannya terdapat
pendekatan diambil sama seperti pengambilan puisi dan prosa dalam penulisan mereka.
Penggunaan kedua-dua pola ini jelas ada kaitan dengan budaya masyarakat cArab yang rata-
rata meminati bidang itu, walaupun tidak banyak kaitan dengan fakta sejarah yang
dipaparkan.
38

1.15 Rujukan
c
Abbas, Ihsan. 1992. Fan al-Sirah. Ed ke-6. cAmman: Dar al-Shuruq.

c
Abbas, Ihsan. 1990. Tarikh Bilad al-Sham Min al-Qal al-Islam Hatta Bidayah al-cAsr al- Umawi.
c
Amman: Al-Matbaat al-Jamaciah al-Urduniyyah.

c
Abd. al-Karim cAbd al-cAziz bin Muhammad. 1993.Wad al-Mawali fi al-Dawlah al-Umawiyyah. Ed
ke-4. Beirut: Muassasat al-Risalah.

c
Abd. Karim al-Muwaffak bin cAbd. Allah. 1993. Tawthiq al-Nusus wa Dabtuha Ind al-Muhaddthin.
Beirut: Dar al-Bashair al-Islamiyyah.

c
Abd. Rahman cAbd. al-cAlim. 1993. Al-Muslimun wa Kitabat al-Tarikh. U.S.A: al-Machad al-cAlami
lil Fikr al-Islami.
c
Abd. Jabbar Naji & cAbd. Hussain al-Mubaraq. 1983. Famous Scholars of Basrah (A Study of the
Citys Cultural Constributions). University al-Basrah: Center for cArab Gulf Studies Publications.

Abu Rayyah, Muhammad. 1976. Adwa ala al-Sunnah al-Muhammadiyyah aw-Difa an al-Hadith. Ed
ke-4. Misr: Dar al-Maruf.

Abu Syuhbah, Muhammad bin Muhammad. 1992. Al-Sirah al-Nabawiyyah fi Daw al-Daw al-Quran
wa al-Sunnah. JId 1. Ed ke 2. Dimishq: Dar al-Qalam.

Abu Sidah, Shafiq cAbd. al-Raziq. 1990. Fi Malamih al-cAdab al-cArabi fi Zilal al-Umawiyyun. t.tp:
t.tp.
Abu Zayd, Bakr. 1987. Tabaqat al-Nassabin. Ed ke 2. Al-Riyad: dar al-Ruhd.
Al-Abyari, Ibrahim. 1984. Al-Mawsucah al-Quraniyyah. Jil 1. T.tp: Muassasat al-Sijl al-cArab.
Al-Abyari, Ibrahim. T.th. Tarikh al-Quran. Beirut: Dar al-Shuruq.
Adham, Ali. 1974. Bacd Muarrikhi al-Islam. T.tp: al-Muassasat al-Arabiyyah.

Al-Adwi, Ibrahim Ahmad. 1963. Ibn cAbd. al-Hakam Raid al-Muarikhi al-cArab. Al-Qaherah:
Maktabah al-Anglo al-Misriyyah.

Ahmad, Ahmad Ramadan. 1989. Tatawwur Ilm al-Tarikh al-Islami al-Nihayat al-Usur al-Wusta. Al-
Qaherah: al-Hayah al-Misriyyah al-Arab lil Kitab.
39

c
Abdul cAziz, Salim.1997. Al-Tarikh wa al-Muarikhun al-cArab, Muassasah Syabab al-Jamicah.
Mesir: Iskandariyah.

Ahmad Ramadhan Ahmad. 1989. Tatawwur cIlm al-Tarikh al-Islami. Cairo: Haiah al-Misriyyah al-
Ammah li al-Kitab.

Al-Tabari, Abi Jacafar al-Jarir. 1999. Tafsir Jamice al-Bayan. Beirut: Dar al-Kutubal-Ilmiyyah.
Al-Tabari, Abi Jaafar al-Jarir. T.t. Tarikh al-Rusul wa al-Muluk. Beirut: Dar Suwaydan.
Al-Yaqubi, Ahmad Abi Yacqub. 1962.: Mushakalat al-Nas li- Zamanihim. Beirut : W Willward (ed.).
Armstrong, K. 1993. A History of God. New York: Ballantine Books.
Chase Robinson. 2003. Islamic Historiografi. London: Cambridge Universiti Press.
Hitti, P.K. 1964. History of the cArabs. New York: Mac Millan & Co. Ltd.
Ismail Bakar. 2012. Sejarah Historiografi Islam. Bangi: UKM

Ibn Qutaybah al-Dinawari. 1990. Al-Imamah wa al-Siyasah al-Makruf bi Tarikh al-Khulafa. Jil 1.
Beirut: Dar al-Adwa.
Ibn Sayyid al-Nas. 1974. cUyun al-Athar fi Funun al-Maghazi wa al-Shamail wa al-Siyar, jil. 1.
Beirut: Dar al-Jayl.

Ibn Qutaybah al-Dinawari. 1963. cUyun al-Akhbar. Jil 1. Al-Qaherah: al-Muassat al Sijl al-cArab.

Muhammad Abdul Wahab Fadl. 1988. Al-Tarikh wa Tatawwuruhu fi Diyar al-Islam. Mesir: Matbaah
al-Amanah.Misriyyah al-Ammah.

Muhayudin Hj. Yahaya. 1984. Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya. Bangi: Sarjan (M)
Sdn Bhd.
Qasim Yazbik.1990. Karya Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan bahasa & Pustaka.

Tarif Khalidi. 1975. Islamic Historiografi, the Histories of Masudi. Albany: State University of New
York Press.
Syakir Mustafa. 1983. Al-Tarikh al-cArabi wa al-Muarikhun. Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayeen.
Rosenthal, F. 1968. A History of Muslim Historiografi. Leiden: E.J. Brill.
Smith, F. 1964. The Historian and History. New York: Alfred A. Knopf.

Wan Kamal Mujani. 1997. Persejarahan Islam sehingga 310 Hijrah/923 Masihi: Satu Kajian
Perbandingan antara Metodologi Aliran al-Madinah dan al-Iraq. Bangi: UKM

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai