Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN

Dalam menilai sejarah dan pensejarahan India itu sendiri, dapat dilihat bahawa India
mempunyai tamadun yang tinggi sebagaimana tamadun-tamadun lain yang bermula
dengan kemunculan Bandar Harappa dan Mahajendaro diikuti pula dengan zaman
kegemilangan Islam sehinggalah kembali semula ke zaman pemerintahan Hindu.
Transformasi pemerintahan ini telah mempengaruhi pembentukan corak agama dan
kepercayaan masyarakat yang berdasarkan kepada pegangan pemerintah itu sendiri.

Namun satu persoalan timbul apabila isu komunalisme dilihat begitu dominan
mewarnai kehidupan masyarakat India walaupun pada hakikatnya mereka berasal dari
rumpun yang sama. Cetusan rusuhan, pembunuhan dan pencerobohan tempat-tempat
ibadat seperti yang berlaku dalam peristiwa Masjid Babri mula wujud rentetan syak
wasangka dan api kebencian yang mula menular dalam kedua-dua komuniti ini. Dalam hal
ini, pencerobohan Masjid Babri dilihat sebagai satu pencabulan hak dan asasi masyarakat
Islam, manakala Hindu menjadikan pencerobohan ini sebagai satu rancangan bagi
menjamin kepentingan mereka semata-mata.

Oleh yang demikian, penulisan ilmiah ini akan membincangkan konsep fahaman
komunalisme itu sendiri dari sudut makna istilah di samping perkaitan antara komunalisme
dan peristiwa pencerobohan Masjid Babri akan dihuraikan bagi melihat kesinambungan
konflik yang berlaku antara komuniti Muslim dan Hindu. Selain itu, pelbagai faktor dan
kesan komunalisme turut menjadi fokus dalam penulisan ini bagi memperlihatkan bahawa
isu ini telah menjadi sejarah hitam dan ngeri masyarakat India. Sehingga ke hari ini,
laporan demi laporan dan berita berkaitan krisis pergelutan komunalis menjadi perhatian
seluruh dunia dan terus menerus menghantui dan bertapak dalam proses sosialis di India.

2.0 KONSEP FAHAMAN KOMUNALISME DI INDIA

Secara konseptual, pengertian Komunalisme dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Edisi Keempat membawa makna semangat yang lebih menitikberatkan kepentingan
sesuatu kaum sahaja atau faham perkauman. Selain itu, komunalisme juga bermaksud satu
prinsip organisasi politik yang didasarkan kepada persekutuan masyarakat atau amalan
hidup bersama secara bermasyarakat atau kesetiaan terhadap kumpulan etnik sendiri yang
lebih besar berbanding komuniti yang lain. Dari segi bahasa pula, Komunal merupakan
perkataan pinjaman bahasa Inggeris yakni “Communal” bererti kehidupan komunal atau

1
perkauman. Dalam konteks komunal di India, komunal membawa satu pengertian satu
perkara yang dilakukan secara berkongsi atau dilakukan oleh masyarakat yang menganut
agama Hindu dan Islam. Jika ditinjau pula dari sudut konflik yang berlaku, Komunal
merupakan konflik sosiopolitik dan ekonomi yang terjadi di antara perjuangan umat Islam
dan Hindu yang berbeza ideologi.

Bagi komunalisme di India, ia membawa makna bahawa komuniti Hindu dan


Islam yang masing-masing bersaing mempertahankan hak etnik, agama, bahasa, budaya
dan kepentingan komuniti mereka semata-mata. Selain itu, mereka juga meletakkan
kedudukan masyarakat di tahap tertinggi yang mengatasi kehendak individu. Individu
yang dimaksudkan ini mempunyai pengaruh untuk menggerakkan masyarakat ke arah
memperjuangkan sesuatu yang tertentu. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa
komunalisme akan menjadi fleksibel mengikut keadaan yang disengajakan. Ia juga boleh
berubah bentuk kepada bentuk yang negatif apabila proses pembangunan sesebuah
masyarakat hanya berdasarkan agama masyarakat seperti yang terjadi di India.

Pengaruh Komunalisme di India dapat dijejaki hampir seratus tahun sebelum India
mencapai kemerdekaan. Peperangan kemerdekaan India pertama pada tahun 1857.
dianggap sebagai titik tolak bercambahnya fahaman ini. Dalam peperangan tersebut, orang
Hindu dan Islam berganding bahu menentang penjajah British supaya keluar dari India.
Dalam hal ini, disebabkan fahaman agama yang berbeza, pembuatan peluru senapang
enfield yang dilumuri dengan lemak babi dan lembu telah mencetuskan kemarahan tentera
India dan Muslim bangun menentang British yang membawa kepada “Pemberontakan
Sepoy” pada tahun 1857.1 Dari sudut agama masing-masing, orang Islam sememangnya
tidak memakan daging babi manakala orang Hindu pula diharamkan menyentuh daging
lembu. Namun begitu, British berjaya menghalang pemberontakan tersebut beberapa bulan
kemudian dengan bantuan 20 000 tentera terlatih British yang didatangkan dari tanah
jajahan British yang lain.

Kesan daripada peristiwa tersebut telah menyebabkan berakhirnya empayar


Mughal, manakala pentadbiran Syarikat Hindia Timur India British ditamatkan dan
digantikan dengan Ketakhtaan British di bawah Queen Victoria. Selain itu, tentera India
disusun semula dan diberikan tanggungjawab kepada raja-raja muda India. Sehubungan

1
Md. Afandi Awang. 2006. Komunalisme Kesannya ke Atas Peradaban India. Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaya. hlm. 9.
2
itu, kebebasan agama dijamin, upacara tradisi dan adat resam dipelihara dan orang India
juga dijamin mendapat jawatan tinggi negara tanpa pilih kasih. 2 Selain jaminan tersebut,
pihak British menggunakan pelbagai cara bagi mengatasi semangat berkobar-kobar
golongan nasionalis India untuk membentuk pemerintahan sendiri. Sebagai contoh, British
menyokong kuat pembentukan sebuah negara berasingan bagi orang Islam. Dengan
mempermainkan isu ini, masyarakat Islam dan Hindu akan bertelagah antara satu sama lain
dan ini akan melambatkan perjuangan kebangsaan India dan British boleh terus berkuasa di
bumi mereka.

Bagi kesan jangka masa panjang, Komunalisme atau fahaman perkauman yang
dikaitkan dengan keagamaan sesuatu kaum sering membawa pertumpahan darah,
merupakan mimpi ngeri bagi sebahagian penduduk India. Bagi mengkaji sebab-sebab
utama komunalisme berlaku di India satu perbandingan telah dibuat terhadap pemikiran
dua tokoh India iaitu Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi. Pemikiran dua tokoh
ini dikaji untuk mengetahui sama ada pemikiran mereka mempengaruhi, mendorong dan
menguatkan komunalisme dalam kalangan masyarakat India yang beragama Islam dan
Hindu memandangkan kedua-dua tokoh ini lahir, membesar, berkarya, berjuang dan mati
di India Utara. Sehubungan itu, kajian ini dikaitkan dengan kebanyakan insiden komunal
yang dilaporkan berlaku di beberapa buah negeri Utara India dan Tengah seperti Jammu
dan Kashmir, Uttar Pradesh (UP), Bihar, Bengal Barat, Ranchi (Jharkand), Rajpur
(Chatishgarh), Orissa, Madhya Pradesh, Haryana, Rajasthan, Gujarat, Maharashta dan
Hydrabad. Selain itu, komunalisme juga dikatakan telah merebak luas sehingga ke Selatan
India seperti Tamil Nadu dan Kerala. Jika dinilai dari sudut sejarah, komunalisme ini
timbul kesan daripada sikap prejudis yang dimainkan oleh pihak British itu sendiri khasnya
pada tahun 1857. Oleh yang demikian, di sini British dilihat bijak menggunakan pelbagai
helah dalam usaha mengukuhkan pengaruh mereka di tanah jajahan.

3.0 PERISTIWA MASJID BABRI

Masjid Babri telah dibina di Ayodhya iaitu sebuah bandar kecil yang terletak di bahagian
utara Uttar Pradesh pada tahun 1528 di bawah era pemerintahan Zahiruddin Mohamad
Babur.3 Satu catatan yang terdapat dalam Masjid Babri di Ayodhya merekodkan bahawa
Mir Baqi, seorang ahli dewan kerajaan Barbar telah membina masjid tersebut di atas

Ibid. hlm. 8.
2

3
Azharuddin Mohamed Dali. 2014. Sejarah Islam Di India Abad ke-8 Hingga Abad ke-20 . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka . hlm. 422.
3
perintah Barbar pada tahun 1528. Buat beberapa lama, tidak terdapat bukti yang
meyakinkan bahawa Masjid Babri menjadi tapak konflik agama sehingga pertengahan
abad ke 19. Sebelum itu, tiada masyarakat di Ayodhya yang percaya sebuah masjid
didirikan di atas tempat kelahiran Rama. Ketika ketegangan dan keganasan mula
memuncak, situasi di seluruh India Utara hampir serupa dengan Pemberontakan Sepoy
1857 dan ia mencetuskan konflik pertama yang membawa masjid menjadi pertikaian.4

Selain itu, sebuah kuil telah didirikan berhampiran dengan Masjid Babri, yakni kuil
Hanuman Garhi yang dikhaskan kepada pahlawan Kera Hanuman, salah satu pengikut
Rama yang setia. Pada tahun 1855, sekumpulan Muslim Sunni yang diketuai oleh Ghulam
Hussain mendakwa bahawa kuil Hanuman termasuk dalam tapak masjid. Hussain dan
pengikutnya mara ke kuil tetapi para pertapa Hindu (Bairagis) yang mendiami kuil tersebut
mempertahankan serangan dan menghalau Muslim Sunni hingga ke kawasan perlindungan
mereka di Masjid Babri. Selepas peristiwa tersebut, Bairagis tidak membuat percubaan
untuk menguasai masjid. Namun begitu, dua tahun kemudian, Mahant 5 dari kuil Hanuman
Garhi membuat keputusan bahawa pertahanan terbaik bagi menghadapi dakwaan Muslim
ialah mengambil tindakan ofensif terhadap tempat suci yang berjiran. Semasa
Pemberontakan Sepoy 1857, Mahant mengambil alih sebahagian daripada kawasan masjid
dan meninggikan platform di situ. Platform ini didakwanya sebagai tanda tempat kelahiran
Rama. Tindakan tersebut telah menyebabkan masyarakat Islam tempatan mengadu
berulang kali kepada kerajaan mengenai platform Hindu di halaman masjid mereka, tetapi
ia tetap kekal di situ.6 Orang-orang Islam mempertahankan kesucian Masjid Babri di
Ayodhya kerana ia sudah tertegak kukuh selama 200 tahun di bawah pemerintahan Mughal
dan 200 tahun lagi di bawah pemerintahan British. Malahan tertegak lebih daripada 40
tahun dalam era India merdeka.7 Namun demikian, dakwaan bahawa Masjid Babri adalah
tapak tempat kelahiran Rama telah membakar semangat ribuan perusuh India, meredah
sekatan polis dan tentera untuk meruntuhkan masjid. Impaknya, orang Muslim membakar
58 orang Hindu di stesen Godhra (kebanyakan wanita dan kanak-kanak) yang berada

4
Md. Afandi Awang. 2006 . Komunalisme Kesannya ke Atas Peradaban India . hlm.143.
5
Mahant merupakan seorang yang arif dalam hal-hal agama sebagai contoh ketua agama sebuah kuil ataupun
ketua biara. Perkataan Mahant berasal daripada Prakrit Mahanta dan Sanskrit Mahat yang bermaksud
“besar”. Dalam cabang agama Hindu, Mahant adalah sorang pertapa yang menjadi ketua dan pemimpin kuil
dan mempunyai tanggungjawab agama sebagai pendakwah.
6
Ibid. hlm. 144.
7
Alex Ninian. 2002 . “Hindu and Muslim Strife in India”, Contemporary Review, Vol. 280, Issue 1637
(June). hlm. 340.
4
dalam gerabak kereta api ekspres dalam perjalanan dari Ayodhya. Sebagai tindak balas,
seramai 600 orang Islam dibunuh dalam tempoh beberapa hari sahaja.8

Bermula tahun 1986, konflik Masjid Babri semakin hangat apabila Umesh
Chandra Pandey, peguam dari Faizaband membawa isu penutupan masjid ke mahkamah
yang akhirnya membenarkan orang Hindu memasuki kawasan masjid pada 14 Februari
1986. Suasana ini semakin sukar pada tahun 1989 apabila Vishwa Hindu Parishad (VHP)
mengadakan kempen dengan mempropagandakan isu ini untuk menjalankan usaha
meruntuhkan masjid dan digantikan dengan kuil.9 Pada September 1990, pemimpin Parti
Bharatiya Janata (BJP), iaitu L.K Advani telah melancarkan kempen ke seluruh India
melalui Rathayatra atau perjalanan Chariot sejauh 10 000 km. Dalam perjalanan tersebut,
slogan seperti “Mandir Wahin Banayenge” atau “ kita akan bina kuil di sana” telah
disuarakan. Sebagai respon kepada slogan-slogan tersebut, ribuan penganut agama Hindu
mula mengikuti “kar sevak” atau sukarelawan atas nama agama dan bergerak menuju ke
Masjid Babri. Pada waktu ini, BJP merupakan pemegang kuasa di Uttar Pradesh (UP)
sementara di peringkat pusat pula dipegang oleh KKI. Berikutan suasana yang semakin
tidak terkawal ini, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa sebarang keputusan
tentang isu ini akan diumumkan pada 11 Disember 1992.10

Secara pandangan mata kasar, peristiwa meruntuhkan Masjid Babri di Ayodhya di


antara tampang komunalisme terburuk yang dialami oleh India. 11 Namun begitu, lima hari
sebelum keputusan mahkamah diumumkan, sebanyak 200 000 orang “kar sevak” yang
diterajui oleh BJP tiba di Ayodhya. Tanpa mengendahkan perintah mahkamah, mereka
telah bertindak melepasi benteng yang diwujudkan bagi menghalang kemaraan penganut
agama Hindu dan akhirnya masjid berusia 464 tahun ini diruntuhkan dalam masa lima jam.
Walau bagaimanapun, kemaraan penganut agama Hindu ini tidak berakhir begitu sahaja
apabila militan Hindu turut memusnahkan masjid lain di seluruh India dan menjadikan
orang Islam sebagai sasaran mereka. Pertentangan komunal ini telah menyebabkan 1 700
orang Islam terbunuh dan ribuan yang lain mengalami kecederaan. 12 Pada 8 Januari 1993,
berlaku satu rusuhan di Gujarat yang dipimpin oleh parti Shiva Sena yang menyebabkan

8
Ibid. hlm. 144.
9
John Mcleod. 2002 . The History of India . United States of America : Greenwood Publishing Group. hlm.
171.
10
Azharuddin Mohamed Dali. 2014. Sejarah Islam Di India Abad ke-8 Hingga Abad ke-20. hlm. 423.
11
Md. Afandi Awang. 2006 . Komunalisme Kesannya ke Atas Peradaban India . hlm. 144.
12
Azharuddin Mohamed Dali . 2014. Sejarah Islam Di India Abad ke-8 Hingga Abad ke-20. hlm. 423.
5
sebanyak 600 orang terkorban, ribuan yang lain cedera dan 50 000 orang hilang tempat
tinggal.13

4.0 FAKTOR-FAKTOR KOMUNALISME

4.1 Faktor ekstremis agama

India merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan
agama. Isu komunalisme ini telah merebak ke seluruh negeri India sejak sebelum merdeka
dan terus menerus berlanjutan sehingga era pasca kemerdekaan India. Sebagai contoh,
rusuhan komunalisme era pramerdeka dilihat banyak tertumpu di kawasan India Utara
manakala selepas merdeka, rusuhan mula merebak ke India Selatan. Pelbagai faktor yang
mempengaruhi tercetusnya fahaman ini terutamanya faktor fahaman agama masyarakat itu
sendiri yang berbeza-beza.

Jika ditelusuri lebih mendalam, faktor utama yang menyebabkan komunalisme


timbul di India ialah faktor ekstremisme agama.14 Hal ini kerana India merupakan sebuah
negara sekular tanpa agama rasmi negara. Namun begitu, masyarakat India merupakan
masyarakat yang mempunyai pegangan agama yang kuat yang memainkan peranan penting
dalam mencorakkan kehidupan seharian mereka. Walaupun telah termaktub jelas tentang
hak kebebasan kepercayaan, pengamalan dan keagamaan dalam Perlembagaan India,
namun terdapat sebilangan golongan yang membelakangkan perlembagaan dan cuba
mencapai kehendak mereka dengan cara menekan golongan lain. Keadaan telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati sebahagian pihak dan syak wasangka mula tercetus
antara penganut agama Hindu dan penganut agama Islam. Perasaan-perasaan inilah yang
menyebabkan perpaduan serta toleransi dalam masyarakat sukar diwujudkan. Selain itu,
golongan ekstremisme agama telah menjadi virus parasit yang merosakkan keharmonian
masyarakat bangsa, agama dan negara apabila ketegasan untuk membanteras fahaman
agama melampau itu tidak diambil tindakan dengan kadar segera dan tanpa tolak ansur. 15
Ketaksuban dalam agama ini telah menyebabkan masyarakat di India sama ada sebelum
atau selepas merdeka mula lupa dan tidak mengambil iktibar dan teladan tentang sejarah
lalu mereka dalam menjalani kehidupan seharian . Hal ini kerana banyak peristiwa
pertumpahan darah berlaku disebabkan tiada sikap tolak ansur dalam pengamalan agama

13
Ibid. hlm. 426.
14
Md. Afandi Awang. 2006. Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India. hlm.121.
15
Ibid. hlm.123.
6
seperti yang terdapat dalam Perlembagaan India. Misalnya, pada tahun 1963, satu rusuhan
berlaku antara orang Hindu dan orang Islam di kawasan Srinagar yang berpunca daripada
kes kecurian rambut suci Nabi Muhammad s.a.w di Masjid Hazarat Bal, Srinagar. 16 Bagi
memperjuangkan hak mereka, Muslim Kashmir telah melancarkan bantahan, tunjuk
perasaan dan perarakan yang akhirnya telah menyebabkan berlakunya tindakan ganas yang
tidak mengikut undang-undang. Walaupun rambut suci tersebut telah dipulangkan kepada
pihak berwajib tetapi kumpulan fanatik Kashmir telah melakukan hasutan dengan
menyatakan bahawa rambut yang dipulangkan itu adalah palsu atau tidak asli. Akibatnya
rusuhan mula merebak sehingga ke Pakistan Timur dan ramai orang Hindu telah dibunuh
dan harta benda mereka dirampas sehingga beribu-ribu orang Hindu menjadi pelarian.
Sebagai tindak balas terhadap perbuatan tersebut, ramai orang Islam telah dibunuh di
Calcutta, kawasan Bengal Bara, Bihar dan Madhya Pradesh.

Selain itu, satu lagi rusuhan tercetus di Washim (Maharashtra) pada tahun 1966
apabila sekumpulan orang Islam yang fanatik telah bertindak membaling batu terhadap
perarakan keagamaan Hindu. Hal ini menyebabkan polis telah menembak mati beberapa
orang Islam yang terlibat dalam rusuhan tersebut. Pada tahun 1969 memperlihatkan
rusuhan yang serius rentetan daripada tindakan beberapa orang Islam yang menghalau
lembu yang dimiliki oleh sebuah kuil dan impaknya, lebih kurang 600-1200 nyawa
terkorban dalam peristiwa tersebut. Rusuhan atas perkara yang hampir sama juga berlaku
di Moradabad iaitu apabila sekawanan binatang telah masuk ke dalam masjid ketika orang
Islam sedang menunaikan solat Hari Raya. Seramai 150 nyawa telah terkorban dalam
rusuhan ini termasuklah beberapa orang anggota polis.17 Selepas itu, rusuhan yang berlaku
merebak sehingga ke Allahabad, Sambhal dan Aligarh di U.P., Gujarat, Jammu dan
Kashmir.

Peristiwa Ram Janmaaboomi (tempat lahir tuhan Rama) dan Masjid Babri
merupakan lambang ekstremisme agama yang telah dicampuri oleh tangan politik yang
keterlaluan. Peristiwa ini berlaku apabila dalam naratif Hindu menyatakan Maharaja
Mughal iaitu Babur telah menghancurkan kuil yang dibina untuk Rama (jelmaan Vishnu)
dan membina masjid di tapak kuil tersebut. Namun demikian, bagi orang Islam pula,
mereka mempunyai naratif yang berlawanan. Sejarah masjid Babri ini bermula apabila
masjid ini dibina pada tahun 1528 di Ayodha, sebuah bandar kecil di bahagian utara Uttar
16
Ibid. hlm. 126.
17
Ibid.
7
Pradesh semasa zaman pemerintahan Zahirudin Mohamad Babur. 18 Pihak Hindu
menyatakan bahawa masjid ini telah dibina di kawasan tapak sebuah kuil Hindu yang
mempunyai nilai dan makna kepada masyarakat Hindu dimusnahkan oleh pihak kerajaan
Mughal namun, dakwaan ini tidak dinyatakan sekali dengan bukti yang kukuh. Oleh itu,
pada tahun 1949, pihak Hindu cuba membuat tuntutan untuk mengambil semula tapak
tersebut yang akhirnya membawa kepada konflik keganasan yang berlaku di antara
masyarakat Hindu dan masyarakat Islam yang berterusan. 19 Konflik ini telah menyebabkan
kerajaan bertindak menutup tapak tersebut bagi mengelakkan keganasan terus berlaku.
Pada 6 Disember 1992, masjid Babri yang dibina pada abad ke-16 ini telah dimusnahkan
oleh perusuh beragama Hindu20 dalam masa lima jam. Mereka bertindak sedemikian
kerana ingin membina kuil di tapak masjid tersebut. 21 Selain meruntuhkan masjid Babri ini,
militan Hindu juga telah memusnahkan beberapa masjid lain yang terdapat di India dan
menjadikan orang Islam sebagai sasaran keganasan mereka. Peristiwa ini telah
menyebabkan seramai 1700 orang Islam terbunuh dan ribuan lagi tercedera serta menjadi
episod hitam dalam hubungan antara masyarakat Hindu dan masyarakat Islam di India. 22
Hal ini telah menyebabkan berlakunya rusuhan antara masyarakat beragama Hindu dan
Islam.

Selain itu, akhbar pihak Barat menafsirkan bahawa pemusnahan Masjid Babri ini
sebagai satu lagi episod dalam konflik abadi di antara dua monolits yang sering
bercanggah iaitu masyarakat India Muslim dan musuh tradisi mereka dari turun-temurun,
masyarakat Hindu. Hal ini kerana isu komunal sememangnya sudah wujud sebelum
peristiwa pemusnahan Masjid Babri lagi. Peristiwa ini juga menjadi pengajaran kepada
pemerintahan India kerana telah memperlihatkan kegagalan dan kelemahan pihak kerajaan
menangani masalah yang berlaku di antara golongan radikal Hindu dan golongan yang
menjadikan agama sebagai matlamat utama perjuangan mereka. Kegagalan mereka

18
Azharudin Mohamed Dali. 2014. Sejarah Islam di India : Abad ke-8 sehingga Abad ke 20. hlm. 422.

Colin Flint. 2005. The Geography of War and Peace : From Death Camps to Diplomats. New York :
19

Oxford University Press. hlm. 165.

Tapan Raychaudhuri. 2000. Shadows of the Swastika : Historical Perspectives on the Politics of Hindu
20

Communalism. Modern Asian Studies. 34, (2). hlm. 259.

Joy Aoun. et. al. 2012. Religious Movement, Militancy and Conflict in South Asia : Cases from India,
21

Pakistan and Afghanistan. Washington : Center For Strategic and International Studies. hlm. 6-7.
22
Azharudin Mohamed Dali. 2014. Sejarah Islam di India : Abad ke-8 sehingga Abad ke 20. hlm. 423-424.
8
membendung isu dan golongan radikal ini telah menyebabkan ramai nyawa terkorban dan
perpaduan serta kesejahteraan penduduk di India tergugat.

4.2 Faktor ekonomi

Selain daripada faktor agama, faktor ekonomi juga menjadi salah satu faktor komunalisme
yang berlaku di India 1947. Hal ini demikian kerana, lazimnya apabila kuasa kolonial
meninggalkan sesebuah negara yang mencapai taraf kemerdekaan, saki-baki sistem
pentadbiran penjajah yang masih bertapak di bekas negara jajahan mereka. Oleh itu,
penentangan Komunal pada zaman India moden juga berpunca daripada kepentingan
ekonomi masyarakat tertentu. Sehubungan itu, perbezaan taraf ekonomi dalam kalangan
masyarakat juga menyebabkan perasaan komunal semakin menebal di dalam komuniti
masing-masing.

Namun begitu, isu komunalisme sebenarnya sudah wujud sebelum kemerdekaan


India lagi. Dalam isu ekonomi, ketidakpuasan hati antara Hindu dan Muslim sering wujud
yang akhirnya menimbulkan rusuhan komunal. Sebagai contoh, rusuhan yang berlaku di
Mabalar, India Selatan pada Ogos 1921.23 Rusuhan itu berlaku akibat perasaan tidak puas
hati masyarakat Moplah terhadap tuan-tuan tanah. Masyarakat yang terdiri daripada petani
merupakan mangsa eksploitasi ekonomi oleh golongan tuan tanah Namboodri dan pemberi
pinjaman wang Nayar. Dasar sewaan yang melampau oleh tuan tanah juga dianggap terlalu
menekan masyarakat Moplah sehingga mereka bangkit melakukan rusuhan. Senario ini
sebenarnya jelas terpampang sejak India mencapai kemerdekaan apabila jurang perbezaan
dalam sektor ekonomi terlalu jauh berbeza. Taraf ekonomi bagi masyarakat Hindu
semakin baik sedangkan ekonomi masyarakat Islam semakin mundur. Hal ini telah diakui
sendiri oleh Perdana Menteri India yang pertama iaitu Jawaharlal Nehru.24

Secara realitinya, masyarakat Islam di India pada separuh kedua abad ke-19 berada
dalam kelompok kelas bawahan dan sangat sedikit mendapat perhatian daripada pihak
Barat. Akibatnya, masyarakat Islam terus menerus hidup dalam kemiskinan selepas
kemerdekaan India dan mula ketinggalan dalam hal ekonomi dan pendidikan. Hal ini telah
memaparkan satu imej bahawa sememangnya golongan minoriti tidak akan mendapat hak
yang setara sebagaimana yang dinikmati oleh masyarakat yang mendominasi negara India.
Selain itu, masyarakat Islam juga dilayan dengan berat sebelah sehingga menimbulkan
23
Md. Afandi Awang. 2006. Komunalisme: Kesan ke atas Peradaban India. hlm. 133.
24
Ibid. hlm. 134-135.
9
perasaan tidak puas hati dan kebencian yang mendalam. 25 Tambahan pula, apabila berlaku
rusuhan, harta benda masyarakat Islam sama ada dari golongan pedagang mahupun
golongan biasa, akan menjadi sasaran untuk dimusnahkan. Sebaliknya, harta benda yang
dimiliki oleh masyarakat Hindu tidak akan disentuh. Sehubungan itu, pemusnahan rumah,
kedai, atau bangunan yang menjadi hak milik masyarakat Islam juga sering berlaku
manakala hak milik masyarakat India tetap terbela. Keadaan ini amat dikesali dan jelas
memperlihatkan bagaimana masyarakat Islam telah menjadi mangsa ekonomi hanya
kerana mereka merupakan kaum minoriti. Lebih malang lagi, walaupun India sudah
mencapai status merdeka, namun nasib masyarakat Islam masih di takuk lama malah
semakin mundur ke belakang. Tambahan lagi, pemerintah tempatan yang seharusnya
menjaga kebajikan masyarakat tidak menjalankan peranan yang sepatutnya dan hanya
mengambil berat ke atas sesuatu komuniti yang akan memberi manfaat kepada mereka
sahaja. Malah terdapat beberapa dakwaan daripada pemimpin Islam yang beranggapan
rusuhan komunal yang berlaku adalah satu percubaan untuk menghancurkan ekonomi
masyarakat Islam.26

Jika dikaji lebih mendalam, didapati kebanyakannya rusuhan komunal yang berlaku
di India dikatakan berpunca daripada monopoli ekonomi oleh golongan elit. Golongan ini
sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk mengekalkan penguasaan mereka dalam politik dan
ekonomi. Walaupun selepas merdeka kehidupan yang berasaskan kasta pada zaman
tradisional mulai berubah, namun majoriti masyarakat India masih hidup dalam
kemiskinan yang berterusan sehingga ke hari ini. Daripada hasil kajian yang dilakukan
pada akhir 1960-an, didapati hampir sebahagian daripada rakyat India berada di bawah
paras kemiskinan dan hanya sejumlah kecil sahaja yang berjaya keluar daripada
kepompong kemiskinan. Penguasaan ekonomi oleh golongan elit telah menyebabkan
mereka yang berkuasa memainkan peranan mencetuskan penentangan komunal apabila
kepentingan mereka terancam.27

Keadaan ini dapat dilihat melalui struktur tertinggi kelas sosial masyarakat India
yang telah merdeka terdiri dari kalangan pelbagai kelas elit yakni elit tradisional, elit
pertanian, elit luar, elit perniagaan, dan elit berpendidikan tinggi yang merupakan kelas

25
Ibid. hlm. 151.
26
Ibid. hlm. 155.
27
Robert W. Stern. 2003. Changing India. United Kingdom: University of Cambridge. hlm. 56.
10
yang dominan. Kelas pertengahan pula terdiri daripada petani dan peniaga kecil sementara
kelas bawahan terdiri daripada buruh pertanian, golongan marhaen, dan marhaen awam.
Oleh itu, penguasaan ekonomi yang diperoleh daripada penguasaan politik akan semakin
kukuh apabila masyarakat berpecah belah kerana sekurang-kurangnya golongan elit ini
akan kekal berkuasa di dalam komuniti mereka. Keadaan ini menyumbang kepada
keganasan etnik apabila pihak yang rakus untuk menguasai ekonomi menggunakan orang
yang tidak bersalah sebagai alat kepentingan individu. 28 Secara keseluruhannya, dapat
dilihat faktor diskriminasi ekonomi dan jurang taraf ekonomi yang luas menghangatkan
lagi fahaman komunal ini terus mempengaruhi masyarakat India.

4.3 Faktor sampingan

4.3.1 Percanggahan Pelbagai Ideologi Politik Tempatan di India

Pertubuhan variasi parti politik India sememangnya mendukung pelbagai ideologi berbeza-
beza. Rentetan dari itu, senario perubahan parti politik seringkali berlaku sehingga
membawa kesan yang besar dalam sistem pemerintahan India. Sebenarnya, jika dianalisis
kembali. perubahan dalam ideologi itu sendiri turut menjadi punca kelemahan sistem
pentadbiran India sehingga di kini apabila parti pemerintahan di India didapati seringkali
berubah-ubah. Namun demikian, senario yang berlaku ini cukup menarik untuk dikaji
kerana perkaitan sejarah politik India selepas merdeka itu sendiri banyak dipengaruhi oleh
parti-parti tersebut Daripada situasi ini, ia menggambarkan situasi dan tahap demokrasi
yang berlaku di India.

Jika dilihat pada faktor sampingan ini, walaupun penganut Hindu dan Islam di
India berasal daripada ras dan kaum yang sama, mereka masih lagi berpegang teguh
dengan prinsip bahawa mereka adalah dua golongan yang berbeza. Perpaduan berdasarkan
bangsa dan kaum sama sekali tidak dapat dilihat di India. Sebaliknya, perpaduan
berdasarkan agama yang wujud. Dalam hal ini, mereka beranggapan bahawa mereka
terbahagi kepada dua kaum berdasarkan perbezaan agama yakni Islam dan Hindu. 29
Perbezaan yang jelas dapat dilihat berdasarkan dua kaum ini ialah dari segi pertuturan
bahasa (komunikasi). Penganut agama Islam beranggapan bahawa bahasa Urdu
merupakan bahasa nasional mereka. Manakala, penganut agama Hindu pula beranggapan
bahawa bahasa Hindi ialah bahasa nasional mereka.
28
Md. Afandi Awang. 2006. Komunalisme: Kesan ke atas Peradaban India. hlm. 136.
29
Abbas Hoveyda, et. al. 2011. Indian Government And Politics, India: Dorling Kindersly Pvt. Ltd. hlm. 43.
11
Menjelang tahun 1885, satu gerakan nasionalisme yakni Kongres Kebangsaan India
(KKI) telah ditubuhkan di India rentetan daripada kesedaran nasionalisme rakyatnya.
Walaupun demikian, Sayyid Ahmad Khan yang merupakan pemimpin orang Islam India
bertindak menjauhkan diri dari kongres tersebut atas alasan isu bahasa yang kurang sopan
digunakan oleh Kongres ini terhadap pemerintahan Inggeris. Dalam masa yang sama,
tindakan pihak British yang mula menggunakan bahasa Hindi sebagai bahasa rasmi 30
kerajaan menyaksikan umat Islam di India mula kehilangan kuasa kerana bahasa Urdu
telah dipinggirkan oleh pemerintah. Hal ini sekali gus merunsingkan umat Islam di India
yang sememangnya sebelum ini sudah terpinggir dan tindakan meminggirkan bahasa Urdu
akan memburukkan lagi keadaan mereka. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, umat
Islam bertindak menubuhkan Liga Muslim sekitar tahun 1906. Ia bermatlamat melindungi
kepentingan umat Islam di India. Melalui Liga Muslim, masyarakat Islam dilihat
mempunyai wadah perjuangan yang tersusun.31 Liga Muslim merupakan satu gerakan yang
menyatukan seluruh umat Islam ke arah menuntut hak keadilan dan kesamarataan bagi
seluruh umat Islam.32 Pada tahun 1927, jumlah keseluruhan ahli dalam Liga Muslim ialah
lebih kurang 1330 orang dan bajet tahunan yang dimiliki ialah tidak melebih Rs.3000.33

Walau bagaimanapun, British di India dilihat mencaturkan keadaan tersebut dengan


tipu muslihat yang begitu licik. Hasil permainan politik yang dicipta oleh British, wujud
pertentangan antara Hindu-Muslim dan antara Kongres Kebangsaan India (KKI) dengan
Liga Muslim. Implikasi daripada perselisihan akhirnya membawa kepada meja rundingan
antara ketiga-tiga pihak. Kesannya Liga Muslim membuat tuntutan terhadap negara
Pakistan.34 Masalah yang dihadapi oleh para pemimpin nasionalis India ketika itu ialah
masalah pertentangan komunalisme.

Komunalisme yang berlaku dalam arena politik India bersama-sama kemunculan


anasir tertentu memainkan isu politik yang tidak rasional. Misalnya, kempen untuk
menubuhkan negara Hindu India (Hindu Rashira) dan sentimen komunal dengan

Abdul Jamil Khan. 2006. Urdu/Hindi: An Artificial Divide: African Heritage, Mesopotamian Roots, Indian
30

Culture & Britiah Colonialism. India: Algora Publishing. hlm. 240.


31
Azharudin Mohamed Dali. 2014. Sejarah Islam di India Abad 8 hingga Abad ke-20. hlm. 342.
32
Lal Bahadur, dan J.C. Johari. 1988. Struggle for Pakistan: tragedy of the triumph of Muslim communalism
in India, 1906-1947. University of Michigan: Sterling Publishers. hlm. 60.
33
Subrata Kumar Mitra, et. al. 2004. Political Parties in South Asia. Westport: Praeger Publisher. hlm. 148.
34
Ziad Haider. 2010. The Ideological Struggle for Pakistan. USA: Hoover Press. hlm. 4.
12
menggunakan agama untuk kepentingan politik seperti membuat perarakan simbol agama
di sepanjang jalan yang dilalui bagi meraih sokongan rakyat awam terhadap ideologi
politik yang diperjuangkan. Tindakan ini memburukkan lagi hubungan antara kaum dan
penganut Hindu dan umat Islam. Ia turut berlaku di Pakistan dan Bangladesh.

Perbezaan atau percanggahan fahaman dan ideologi politik antara kedua-dua


Kongres Kebangsaan India (KKI) dengan Liga Muslim menyaksikan suatu situasi yang
tegang antara orang Hindu dengan Muslim. Kedua-dua entiti ini perlu bersaing untuk
mendapatkan kepercayaan dan pembebasan India sehingga sanggup melakukan apa-apa
sahaja untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya India.

4.3.2 Politik Penjajah British

Idea pembahagian Bengal kepada dua wilayah oleh Lord Curzon pada Oktober 1905 telah
membangkitkan lagi kemarahan masyarakat Hindu terhadap penduduk Islam di Bengal.35
Curzon bertindak demikian kerana berpendapat bahawa saiz keluasan Bengal yang terlalu
luas akan menimbulkan masalah kepada pihak British untuk melaksanakan pemerintahan
dan pentadbiran di India. Selain daripada itu, pembahagian wilayah Bengal ini juga
bertujuan untuk menempatkan golongan Muslim di sebuah wilayah yang majoritinya
terdiri daripada orang Islam.

Walaupun tindakan dan idea Curzon mendapat penghargaan dari golongan


Muslim, namun, bagi orang Hindu, mereka sama sekali tidak dapat menerima idea dan
tindakan tersebut. Keadaan semakin genting apabila orang-orang Islam pada ketika itu
terus sedaya upaya menentang segala bentuk bantahan yang menentang isu pembahagian
Bengal. Impaknya, masalah ini terus berlanjutan sehingga Ogos 1947. Pada ketika itu,
wilayah Bengal secara rasmi telah dipisahkan kepada dua bahagian iaitu Bengal timur dan
Bengal barat. Orang Islam memperoleh kawasan Bengal timur manakala Bengal barat
dimiliki oleh orang Hindu seperti di Orissa dan Bihar. 36 Golongan Hindu terpaksa
menerima hakikat bahawa wilayah Bengal telah dibahagikan kepada dua walaupun mereka
menunjukkan penentangan dan bantahan yang keras terhadap tindakan British itu. Hal ini
akhirnya menyemarakkan dan membangkitkan lagi kemarahan dan kebencian orang Hindu
terhadap orang Islam dan pentadbiran British.

35
David Westerlund dan Ingvar Svanberg. 1999. Islam Outside the Arab World, Routledge: Psychology Press.
hlm. 243.
36
S. N Sen. 2006. History of Modern India, Delhi: New Age International Ltd. Publishers. hlm. 143.
13
Walau bagaimanapun, tindakan British memberikan sokongannya terhadap orang
Islam di India boleh dikatakan seperti ada udang di sebalik batu. Hal ini dapat dilihat
sekitar tahun 1858 apabila British mula menunjukkan belang sebenar setelah kedudukan
mereka kukuh dan teguh di India. Isu-isu yang sensitif mula dicetuskan untuk melaga-
lagakan masyarakat India untuk menggagalkan usaha perpaduan dalam kalangan
masyarakat India. Antara isu yang berlaku adalah seperti bangsa Hindu yang menentang
bangsa Islam, kasta tinggi menentang kasta rendah dan sebagainya. Selain itu, British turut
mengaplikasikan dasar “pecah dan perintah” di India seperti mana yang dilaksanakan di
setiap negeri-negeri jajahannya yang lain.

Dasar “pecah dan perintah” British di India dapat dilihat berlaku dalam dua
peringkat. Pada peringkat yang pertama, mereka bertindak untuk memuaskan hati orang
Hindu. Dalam peringkat ini, British telah menggalakkan golongan Brahmin untuk memilih
pendidikan moden37 ekoran kemiskinan yang dialami oleh golongan ini. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan baharu kepada mereka. Golongan Brahmin
mula mendapat tempat yang penting dalam masyarakat moden. Sekitar tahun 1869-1899,
golongan Brahmin dikatakan telah mendominasi jawatan dalam perkhidmatan awam dan
mereka mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat Hindu di India.38

Seterusnya, British mengambil langkah menjauhkan umat Islam dari agama Hindu
melalui cara yang sangat licik dan terancang. Orang Islam senantiasa menyimpan perasaan
dendam atas kehilangan kedudukan dominan mereka. Mereka berpendapat bahawa
mereka tidak memiliki kekuatan untuk bersaing dengan orang Hindu terutamanya
golongan Brahmin yang telah pun mendominasi peluang pekerjaan. British turut
menyemai perasaan takut dalam golongan orang Islam sekiranya India dikuasai oleh
golongan Hindu. Hal ini bermakna British cuba mengawal secara psikologi pemikiran
orang Islam supaya dapat mencetuskan perasaan saling membenci antara golongan Hindu
dan Islam di sana sekali gus dapat mengelakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
India.

Tindakan menghuru-harakan dan memecahbelahkan perpaduan dalam masyarakat


India merupakan satu cara terbaik yang boleh dilakukan oleh British dalam usahanya

37
A.R. Desai. 2005. Social Background Of Indian Nationalism (6Th-Edn). Mumbai: Popular Prakashan.
hlm. 163.

V.K. Agnihotri. 2010. Indian History: With Objective Question and Historical Maps, 26th Edition. New
38

Delhi: Allied Publisher Private Ltd. hlm.183.


14
mengukuhkan kuasa di India. Dengan cara membangkitkan isu dan permasalahan
perkauman, masyarakat di India dilihat sukar untuk bersatu-padu kerana masing-masing
mempertahankan identiti dan hak kaum sendiri. Selain itu, dasar pecah dan perintah yang
dilakukan oleh British juga bertujuan untuk menyekat semangat nasionalisme.

5.0 KESAN KOMUNALISME DI INDIA

Komunalisme telah memberi kesan yang mendalam dalam peradaban India. Hal ini dapat
dilihat melalui peristiwa Masjid Babri di Ayodhya yang membuktikan bahawa isu
komunalisme ini masih lagi berterusan di dalam peradaban India sehingga kini. Kesan
komunalisme di India ini telah memberi impak terhadap sosiopolitik, sosioekonomi,
kemasyarakatan di India dan dari aspek agama di India.

5.1 Kesan terhadap Sosiopolitik India.

Isu komunalisme di India telah memberi kesan yang mendalam terhadap aspek sosiopolitik
di India. Isu ini sedikit sebanyak mempengaruhi arena politik di India. Hal ini dapat dilihat
melalui perjuangan parti-parti politik dalam mengembang dan memperluaskan platform
komunal di dalam arena politik di India.39 Parti-parti politik khususnya parti Bhartiya
Janata atau lebih dikenali sebagai BJP telah berusaha untuk membentuk kerajaan Hindu di
India yang bersimbolkan kebenaran Tuhan Rama. Kerajaan Hindu yang ingin didirikan ini
adalah berbentuk kerajaan yang aman dan damai. Keadaan ini telah menjadikan
komunalisme sebagai satu bentuk yang disepakati di belakang tabir bagi arena politik di
India.

Terdapat juga calon yang menggunakan isu yang sama di dalam parti-parti yang
lain. Isu-isu berkaitan dengan agama telah dijadikan sebagai sebuah landasan dalam arena
politik di India. Hal ini dapat dilihat melalui peranan Indira dan Rajiv Gandhi yang
mengadakan pakatan dan menjalankan kempen berdasarkan garis komunal walaupun ianya
ternyata berbeza dengan falsafah diri dan parti Congress yang bersifat sekular dan
Perlembagaan India yang jelas merupakan sebuah negara republik sekular. 40 Oleh itu,
39
Md. Afandi Awang. 2006. .Komunalisme: Kesannya Ke atas Peradaban India. hlm. 142.
40
David Ludden (ed). 1996. Contesting the Nation: Religion, Community, and the Politics of Democracy in
India. Philadelphia: University of Philadelphia Press. hlm. 13.
15
keadaan ini menyebabkan senario dan persekitaran politik di India mudah dipengaruhi
memandangkan idea komunalisme berkembang dalam harian politik di India sekali gus
membentuk identiti masyarakat India.

Malah, isu komunalisme ini dijadikan satu alat untuk mendapatkan sokongan
masyarakat terhadap parti-parti politik di India. Hal ini dapat dilihat melalui kempen
Sangh Parivar terutamanya Vishwa Hindu Parishad (VHP) yang menguntungkan sekutu
VHP iaitu BJP bagi meraih sokongan.41 Bagi menjayakan lagi impian mereka, pemimpin
BJP sengaja menyampaikan ucapan kepada persoalan bagi menimbulkan kesangsian dan
kebencian terhadap masyarakat di luar agama Hindu. Sehubungan itu, parti politik seperti
BJP dilihat seolah-olah menjadi dalang kepada gerakan Hindutva atau gerakan Hindu
nasionalisme bagi memanjangkan cita-cita politik mereka yang luas. Malah, BJP secara
empati telah mengisytiharkan komitmen mereka kepada kepentingan Hindu terhadap
pembentukan sebuah negara Hindu.42 BJP juga turut mencipta unsur ketakutan dalam
kalangan media massa dengan menyebarkan khabar angin bagi memberi kesan dan
membangkitkan elemen kemarahan dalam kalangan masyarakat Hindu.

Selain itu, Isu komunalisme ini telah menerbitkan satu bentuk perjuangan
nasionalis di India berdasarkan kepada aspek agama. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa
perobohan Masjid Babri di Ayodhya yang jelas memaparkan sifat ekstrimis agama dalam
masyarakat di India. Kempen yang berunsurkan komunalisme ini dilihat dilancarkan
dengan menggunakan khidmat masyarakat Hindu yang bersenjata dan ghairah untuk
merobohkan Masjid Babri pada 6 Disember 1992 di mana golongan ini berteriak
‘Kematian bagi Muslim’.43 Melalui peristiwa ini dianggarkan seramai 1700 orang yang
kebanyakannya terdiri daripada Muslim telah mati akibat serangan tersebut. Manakala,
pada Mac 1993, puak pelampau Muslim yang dilaporkan dibantu oleh perisik Pakistan
mula membuat tindak balas dengan menyerang serentak menggunakan bom dan kesannya
telah membunuh 300 orang awam.

Keadaan yang berlaku jelas menampakkan bahawa Masjid Babri yang dijadikan isu
komunal apabila masjid ini menjadi tuntutan oleh penganut agama Hindu dan Islam.
Ketika berlakunya serangan tersebut, Masjid Babri masih lagi diletakkan di bawah

41
Md. Afandi Awang. 2006. Komunalisme: Kesannya Ke atas Peradaban India. hlm. 146.
42
Ibid. hlm. 147.
43
Ibid. hlm. 142.
16
pengawasan mahkamah sementara menentukan kawasan sama ada milik masyarakat Islam
ataupun masyarakat Hindu. Berdasarkan penyataan daripada seorang hakim yang
bersidang pada tahun 1528 iaitu :

“Adalah malang sekali sebuah masjid yang telah dibina di


atas tanah yang di anggap suci oleh penganut Hindu.
Namun, kerana ianya telah berlaku 356 tahun lalu, adalah
terlalu lewat untuk diambil tindakan atas ketidakpuashatian
perayu ”

Peristiwa Masjid Babri menjadi kesan komunalisme di India apabila pihak pentadbiran
setempat telah membenarkan beribu-ribu perarakan membawa Ram Shila ke Ayodhya bagi
mendapatkan sokongan masyarakat Hindu untuk pilihan raya. Walau bagaimanapun,
larangan telah dikeluarkan bagi mengelakkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Islam.
Namun tindakan daripada kerajaan V.P Singh yang degil telah membenarkan L.K Advani
mengadakan perarakan Rath Yatra iaitu perarakan berkenderaan dari Somnath ke Ayodhya
dilihat telah melanggar perlembagaan pentadbiran sekular mereka sendiri.

Oleh itu, situasi politik di India kini telah terpesong daripada landasan sekular
seperti yang termaktub dalam perlembagaan India dan kedudukan keharmonian sosial
masyarakatnya seumpama “telur di hujung tanduk”.44 Hal ini demikian kerana isu
komunalisme ini dilihat seolah-olah sengaja dieksploitasi menjadi rusuhan komunal.
Pemerintah politik bukan sahaja tidak mengamalkan sekularisme sebagaimana di dalam
perlembagaan India, malah mereka menganggap bahawa sekularisme di India sebagai
sekularisme ala congress. Hal ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa
pemerintah di India sama sekali tidak bersungguh-sungguh untuk menyekat fahaman ini di
India, malah sengaja menyemarakkan lagi komunalisme dalam masyarakat. Hal ini dapat
dilihat melalui sikap sambil lewa yang dimainkan oleh Perdana Menteri P.V Narasimha Rao
yang memandang remeh temeh isu ini dengan menyatakan bahawa beliau akan melihat
keperluan untuk menghentikan pencerobohan ke atas Masjid Babri sehinggalah
pencerobohan itu bermula. Oleh itu, hal ini memperlihatkan bahawa isu komunalisme ini
dianggap sebagai satu konspirasi bagi kepentingan politik dan pengekalan kuasa untuk
memerintah India.

5.2 Sudut Kemasyarakatan


44
Ibid. hlm.147.
17
Komunalisme turut memberi kesan mendalam terhadap sosialisasi masyarakat di India.
memberi Kemuncak fahaman komunal ini telah menyebabkan berlakunya pemecahan
Negara India dan Pakistan.45 Akibat sifat ekstrem terhadap agama, masyarakat terpaksa
dipecahkan kepada dua buah negara yang berbeza aliran yakni India yang berpegang teguh
dengan ajaran Hindu, manakala Pakistan sebagai negara Islam. Sehubungan itu, impak
komunalisme ini turut menyaksikan ribuan nyawa orang awam yang tidak berdosa
terkorban akibat rusuhan komunalisme. Selain itu, komunalisme ini telah menyebabkan
berlakunya perpindahan masyarakat bagi mengelakkan diri menjadi mangsa serangan
perusuh.

Walaupun berlaku perpindahan yang besar dalam kalangan masyarakat Islam,


namun masih terdapat sebahagian penduduk Islam yang tinggal di India dan mereka telah
meminta kawalan keselamatan melalui perlembagaan India. Disebabkan umat Islam ini
adalah golongan minoriti di India, mereka telah dijadikan penentu kuasa politik yang
menjadi rebutan dalam kalangan pemimpin politik bagi mendapatkan dan mengekalkan
kuasa.46 Pemimpin politik telah mencari jalan mudah bagi mendapatkan sokongan golongan
minoriti ini dengan menerbitkan perasaan komunal orang Islam dan orang Hindu di India
atas kepentingan politik masing-masing.

Malah, kesan daripada pengaruh komunalisme ini telah mewujudkan rusuhan


masyarakat di India. Rusuhan ini sekali gus membawa kepada pembunuhan beramai-ramai
yang dilakukan secara timbal balas antara kedua-dua penganut agama Hindu dan Islam.
Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila pihak kerajaan sengaja mempermainkan isu sensitif
sehingga mewujudkan bantahan yang besar dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat melalui
dasar dan undang-undang yang diperkenalkan dilihat mencampuri Undang-undang
Persendirian Umat Islam yang berlandaskan kepada hukum syarak. Impaknya, bantahan dan
rusuhan yang berlaku akhirnya mencetuskan kacau bilau di beberapa daerah yang mencapai
tahap kritikal. Manakala, bagi masyarakat Hindu pula mereka tidak berpuas hati apabila
kerajaan memperkenalkan undang-undang The Muslim Woman bagi membolehkan
seseorang janda mendapatkan hak nafkah sehingga beliau berkahwin lain atau meninggal. 47

45
Ibid. hlm.150.
46
Ibid. hlm. 156.
47
Ibid. hlm. 157.
18
Keadaan ini menyebabkan suasana India sentiasa tidak tenteram disebabkan isu-isu
komunal ini sentiasa dimainkan di India.

6.0 KESIMPULAN

Secara literal, komunalisme di India merupakan isu yang cukup genting dalam masyarakat
di India. Bermula dari unggun yang kecil akhirnya marak menjadi api pembakar yang
besar memusnahkan semua yang dilalui, demikianlah senario komunalisme yang tercetus
dalam komuniti Muslim dan Hindu di India. Pengaruh daripada pelbagai faktor telah
menyemarakkan lagi apai permusuhan antara kedua-dua komuniti. Faktor perbezaan dan
sensitiviti agama, perbezaan taraf dan diskriminasi ekonomi dan kemunculan parti politik
telah menjadi pendorong kepada wujudnya masalah ini. Selain itu, peranan pihak
berkepentingan seperti British sendiri yang bijak memanipulasi keadaan akhirnya
menghangatkan lagi persaingan kedua-dua komuniti ini, tambahan lagi, sokongan daripada
kuasa politik dan pemimpin seperti BJP telah mendorong kepada kemaraan puak Hindu
menyerang komuniti Muslim. Akhirnya pertelagahan kedua-dua pihak telah membawa
kesan yang buruk dan hanya memberi keuntungan kepada British dan parti tertentu. Oleh
itu, tidak dinafikan lagi, peristiwa Masjid Babri merupakan bukti yang cukup kukuh
bahawa perpecahan yang berlaku di India sudah mencapai tahap tertinggi sehingga
masing-masing hanya memikirkan kepentingan sendiri tanpa adanya tolak ansur atas dasar
kemanusiaan.

Jika dinilai lebih mendalam, rentetan komunalisme yang sering kali mencetuskan
rusuhan telah menjadi mimpi ngeri bagi sebahagian masyarakat miskin dan minoriti di
India yang menjadi mangsa diskriminasi oleh pihak-pihak berkepentingan. Implikasi
daripada fahaman ini telah mencetuskan huru hara akibat rusuhan yang dilakukan,
pembunuhan dan kematian, kemusnahan harta benda, hatta mewujudkan syak wasangka
dan api kebencian sesama sendiri. namun apa yang dikesali, walaupun komunalisme ini
pada hakikatnya dianggap buruk, namun, ia masih digunakan sebagai senjata ampuh oleh
pemimpin-pemimpin orang Hindu yang jelas berkepentingan untuk mengukuhkan
kedudukan dan kuasa politik mereka. Sehingga ke hari ini, ia masih bertapak dalam
masyarakat sehingga kadang kala menimbulkan kekacauan dan pergaduhan walaupun
disebabkan perkara kecil. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan di sini bahawa, peristiwa
masjid Babri dan komunalisme mempunyai perkaitan yang sangat dominan untuk
19
memperlihatkan senario yang berlaku dalam masyarakat India dari era pramerdeka dan
pasca merdeka.

20

Anda mungkin juga menyukai