Anda di halaman 1dari 11

Soalan No.

Pengenalan

Jika disoroti fakta sejarah, proses Indianisasi yang berlaku seawal abad pertama membawa

kepada penubuhan beberapa empayar Hindu-Buddha pada abad ke-2 Masihi seperti

Semenanjung Tanah Melayu, Teluk Siam, selatan Vietnam dan gugusan kepulauan-kepulauan

lain yang kemudiannya dikenali sebagai Asia Tenggara. Kewujudan empayar-empayar ini

membawa ideologi baharu kepada masyarakat di Nusantara.1 Ini menunjukkan bahawa

sememangnya sudah pun wujud perhubungan awal di antara India dengan Asia Tenggara.

Bahkan, perhubungan ini dikatakan berlaku sejak zaman prasejarah lagi secara dua hala di mana

bukan sahaja orang India menjelajah ke kawasan Asia Tenggara bahkan orang dari Kepulauan

Asia Tenggara juga turut sampai ke India. Pengaruh agama Hindu dan Buddha diterima secara

umum sebagai antara agama terbesar dunia. Berdasarkan bukti-bukti sejarah termasuk

tinggalan-tinggalan arkeologi, pengaruh tamadun India ini tersebar ke sebahagian besar

kawasan di benua Asia Tenggara termasuklah di gugusan Kepulauan Asia Tenggara khususnya

di era kerajaan Srivijaya.

Dari segi istilah, Indianisasi didefinisikan sebagai perubahan kebudayaan di Asia

Tenggara yang dipengaruhi oleh budaya India. Akan tetapi ini tidak bermaksud bahawa

sekiranya budaya India ini diserap masuk maka hilanglah budaya asli masyarakat Asia

Tenggara. Proses indianisasi ini dikatakan mengalami perkembangan secara dua hala atau

bertimbal balik.2 Selain itu, Indianisasi merupakan satu proses penyebaran agama Hindu-

Buddha yang meliputi konsep-konsep politik, kebudayaan Hindu dan penyebaran kesusasteraan

Hindu-Buddha yang ada kaitan dengan agama serta amalan-amalan Hindu-Buddha. Tentang

1
Lihat I. W Mabbett. 1977. The “Indianization” of Southeast Asia: Reflections on the historical sources. Journal
of Southeast Asian Studies 8(2), hal. 143.
2
Abdul Rahman Hj. Abdullah. 2006. Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam : Karisma
Publications, hal. 16.
1
ini, menurut Abdul Rahman Abdullah, konsep Indianisasi digunakan dengan pengertian luas

iaitu pengaliran pengaruh agama, politik dan kebudayaan India3. Berbeza pula dengan sarjana

Quartrilh Wales. Beliau menyatakan proses Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara adalah

satu proses kebudayaan dan agama Hindu yang sesuai dengan keadaan tempat lahir diserap

masuk kedalam kehidupan tempat yang telah menjadi satu bentuk tamadun yang baru. 4

Kemudian, jika dilakukan sorotan literatur agama, ajaran agama Buddha berasaskan

ajaran Sindharta Gautama Buddha. Agama ini pada awalnya telah berpusat di India dan telah

disebarkan oleh Maharaja India yang terkemuka seperti Maharaja Asoka dan raja-raja

Kaniskha. Agama Buddha tersebar ke Asia Tenggara amnya terbahagi kepada dua fahaman

iaitu fahaman Buddha Theravada dan fahaman Hinayana. Agama Hindu pula mendapat tempat

daripada golongan bangsawan dan raja-raja kerana di dalam agama Hindu, terdapat konsep

kasta dan perbezaan taraf. Golongan bangsawan dianggap mulia dan dianggap mempunyai

kaitan dengan dewa-dewa. Ekoran daripada itulah, agama Buddha telah mendapat tempat dalam

kalangan masyarakat tempatan kerana agama Buddha menekankan kesamarataan dan tidak ada

perbezaan taraf ataupun hierarki sosial.

Perbincangan seterusnya selepas ini akan cuba melihat kesan pengaruh Hindu-Buddha

terhadap Kerajaan Majapahit di Kepulauan Asia Tenggara. Ini kerana interaksi atau proses

indianisasi yang berlaku kira-kira 2 ribu tahun yang lalu telah banyak memberi kesan

terutamanya dalam aspek politik, kerajaan, ekonomi iaitu aktiviti perdagangan sebagai teras

utama kepada indianisasi. Selain itu, indianisasi tersebut juga turut memberi kesan dalam aspek

sosial di Asia Tenggara dan seterusnya impak kepada kerajaan dan masyarakat awal di Asia

Tenggara khususnya Kerajaan Majapahit yang menjadi fokus perbincangan ini.

3
Lihat Abdul Rahman Hj Abdullah. 2003. Sejarah Dan Asia Tenggara Sebelum Dan Sesudah Islam. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, hal. 5.
4
D.G.E Hall. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hal. 53.
2
Asal Usul Perkembangan

Sekurang-kurangnya terdapat tiga teori yang menerangkan kedatangan pengaruh Hindu Buddha

ke Kepulauan Asia Tenggara iaitu melalui Vaisya, melalui Kesyatria dan Teori Brahmin.5

Tentang teori yang pertama yakni datang melalui Visya, ianya merujuk kepada golongan

pedagang India dalam kasta Hindu dan golongan ini merupakan golongan paling rendah dalam

kasta India. Teori Vaisya ini dikemukan oleh N.J Krom yang menyatakan bahawa orang India

di Asia Tenggara yang mula tiba di Asia Tenggara ialah para pedagang yang datang untuk

berniaga dan ada antara mereka yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan akhirnya

menetap di Asia Tenggara.6 Orang India yang menjelajah jauh atas tujuan perdagangan adalah

dipengaruhi oleh kemajuan sistem pengangkutan dan teknologi ketika itu sehingga mereka

mampu sampai ke Asia Tenggara.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan teori ini iaitu bagaimanakah golongan kasta

rendah boleh menyebarkan pengaruh India sedangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan

mengenai agama Hindu dan kemahiran dalam kesusasteraan dan bahasa Sanskrit. Namun,

Krom menyatakan bahawa golongan Vaisya berlayar bersama-sama golongan Brahmin iaitu

golongan kasta tinggi yang mempunyai pengetahuan yang tinggi. Pendapat ini tidak memadai

kerana golongan Brahmin dikatakan tidak begaul dengan golongan Vaisya yang merupakan

golongan kasta rendah. Di samping itu bagaimanakah mungkin, golongan Brahmin

menganggap menyeberangi lautan atau “air hitam” dan berhubung dengan orang gasar asing

sebagai satu pencemaran, mahu mengikut pedagang-pedagang itu belayar ke Asia Tenggara?7

5
Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan Publications dan Distributors Sdn.
Bhd., hal. 26.
6
Ibid., hal. 27.
7
Ibid., hal. 28.

3
Teori kedua pula dikemukakan oleh Berg, yang menyatakan Indianisasi telah tersebar

luas oleh golongan pahlawan dan anak raja India. Menurut adat orang India, hanya raja sulung

sahaja yang mempunyai hak ke atas pemerintahan selepas kematian bapanya. Maka, putera

yang lain bertindak untuk keluar bersama-sama dengan pengikut mereka dari negeri asal untuk

mencari tanah jajahan mereka sekali gus mendirikan sebuah kerajaan di situ. Selain itu, ada

juga antara mereka yang telah mengembara disebabkan kekalahan dalam peperangan. Putera-

putera dan pengikut mereka akan menjadi lanun dan belayar sehingga ke Asia Tenggara.

Mereka akan merampas segala harta benda termasuklah juga merampas negara yang diduduki

masyarakat di Asia Tenggara. Teori ini juga mempunyai kritikannya yang tersendiri iaitu

seandainya ada seorang raja atau pahlawan India yang telah menakluki wilayah-wilayah rantau

ini sudah tentu mereka atau keturunan mereka akan mencatatkan kejayaan mereka itu pada

prasasti-prasasti atau sebagainya.8 Tentang ini, tiada sebarang catatan ditemui di Asia Tenggara

untuk dijadikan bukti bahawa proses pengindiaan berlaku di Asia Tenggara dilakukan oleh

golongan Kesyatria.

Teori ketiga pula merujuk kepada jasa golongan Brahmin iaitu golongan tertinggi dalam

kasta India. Brahmin merupakan golongan mubaligh yang bertanggungjawab dalam

menyebarkan agama orang India dan semestinya mereka ialah golongan elit yang mempunyai

ilmu pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang berkaitan dengan agama dan kesusasteraan.

Golongan Brahmin dikatakan datang ke Asia Tenggara bersama-sama dengan pedagang India

seperti yang dikemukakan dalam hipotesis Vaisya. Seperti teori-teori sebelum ini, hipotesis

Brahmin ini juga mempunyai kelemahannya. Sebagai contoh tindakan Brahmin yang

meninggalkan tempat asalnya. Sudah dinyatakan sebelum ini, bahawa Brahmin merupakan

golongan tertinggi dalam kasta india dan mendapat sanjungan yang tinggi, maka apakah dengan

meninggalkan tempat asal mereka dianggap sesuatu tindakan golongan yang mempunyai

8
Ibid., hal.30.
4
martabat yang tinggi? Selain itu, golongan Brahmin yang datang ke Asia Tenggara dikatakan

telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan. Sedangkan, berkahwin dengan penduduk

tempatan ini juga merupakan pantang larang bagi golongan Brahmin kerana orang asing

dianggap tidak bersih.9

Impak Pengaruh Hindu-Buddha Kepada Kerajaan Majapahit

Tidak dapat dinafikan, kedatangan pengaruh Hindu-Buddha ke Asia Tenggara telah membawa

impak yang besar keatas sistem politik dan pentadbiran Kerajaan Majapahit. Proses Indianisasi

ini telah memainkan peranan besar dalam setiap aspek yang diamalkan oleh pemerintah

Majapahit. Sebagai contoh, jika mengambil kira keadaan kerajaan awal di Kepulaun Asia

Tenggara sebelum kedatangan pengaruh India ini, ia lebih banyak mengamalkan sistem

masyarakat yang hidup secara berkelompok mengikut puak masing-masing, namun dengan

meresapnya pengaruh India tersebut, Kerajaan Majapahit telah mengamalkan sistem

pemerintahan yang lebih sistematik dan berupaya untuk membentuk masyarakat “bernegara”

yang kuat.10 Walaupun sistem berasaskan pemerintahan beraja telah wujud di Asia Tenggara

pada asalnya, namun demikian, ia tidaklah sehebat yang wujud semasa berlakunya proses

Indianisasi tersebut.

Jika ditelusuri sejarah, Majapahit merupakan sebuah kerajaan yang muncul di Jawa

sebagai pengganti empayar Sriwijaya yang lenyap pada akhir abad ke 13.11 Majapahit juga

merupakan sebuah empayar Hindu terakhir di Nusantara dan dianggap sebagai salah satu

kerajaan terbesar dalam sejarah Indonesia. Seterusnya, kerajaan ini juga merupakan sebuah

9
Ibid., hal.31.
10
Tentang ini lihat misalnya Abdul Rahman Hj Abdullah, op.cit., hal.61.
11
Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hal. 64.
5
kerajaan yang berasaskan ajaran Hinduisme atau Brahman dan menggunakan konsep dewaraja

dalam pemerintahannya. Penggunaan konsep devaraja raja merupakan suatu kesan yang sangat

penting dalam melihat kesan pengaruh Indianisasi ini. Masyarakat India mempercayai bahawa

pemerintah mereka memiliki kuasa luar biasa kerana dianggap sebagai penitisan dewa (avatar)

Siva atau Visnu. Salah satu sifat yang menonjol bagi seseorang raja India adalah peranan

mereka sebagai perantara antara kuasa alam semulajadi dan masyarakat yang diperintah. Oleh

itu, mereka menganggap raja mereka mempunyai sifat-sifat kedewaan yang harus dipuja,

ditakuti dan disembah. Unsur-unsur yang diamalkan di India telah diadaptasi oleh pemerintah

kerajaan Majapahit pada masa tersebut. Oleh itu, untuk menggambarkan raja sebagai seorang

manusia istimewa yang memiliki kuasa luar biasa, kerajaan bercorak Hindu-Buddha di

Majapahit telah mengaitkan raja dengan gunung ataupun bangunan suci yang bertingkat-tingkat

melambangkan gunung suci Mahameru, iaitu tempat menetapnya aspek ketuhanan dalam

tradisi agama Hindu.12

Kesan akibat kedatangan pengaruh Hindu-Buddha ini juga menyebabkan raja yang

menjadi pemerintah di Kerajaan Majapahit akan dibebani tugas-tugas keagamaan yang berat.

Ini adalah disebabkan peranannya sebagai tokoh yang melambangkan pusat alam semesta.

Raja-raja yang memerintah telah dihubungkan dengan penjelmaan dewa-dewa agama Hindu

berdasarkan mazhab yang diamalkan di dalam kerajaan tersebut. Misalnya, di kerajaan yang

menganut aliran Siva, maka pemerintahnya akan dianggap sebagai penjelmaan dewa Siva

manakala begitu juga sebaliknya. Keadaan ini telah menyebabkan raja yang menaiki tahkta

kerajaan akan berdepan dengan pelbagai adat istiadat penabalan yang berdasarkan tradisi

Hindu-Buddha sendiri. Upacara penabalan raja ini akan dijalankan oleh golongan Brahmin

12
M. Rajantheran. 1999. Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 152.

6
yang mempunyai pengetahuan tentang upacara-upacara tertentu sesuai dengan tradisi Hindu-

Buddha di India.

Berbalik kepada kerajaan Majapahit, ia merupakan kesinambungan daripada kerajaan

Singasari yang diasaskan oleh Ken Arok pada tahun 1222 Masihi. Majapahit merupakan sebuah

kerajaan maritim yang mempunyai pengaruh yang luas. Kerajaan ini telah mengadakan

hubungan tradisional dengan kerajaan-kerajaan lain di Kepulauan Asia Tenggara melalui

beberapa cara, yakni perkahwinan siasah, hubungan diplomatik, penaklukan dan lain-lain.

Menurut Kobkua Suwannathat-Pian, hubungan Majapahit dengan negeri-negeri di bawah

lingkungan politiknya mirip kepada sistem dan perkembangan sosiopolitik di Tanah Besar.

Konsep raja agung atau cakravatin, mandala dan tributari adalah menjadi prinsip asas

hubungan Majapahit dengan negeri-negeri yang lebih kecil dan kurang berkuasa daripadanya.

Manakala bagi negeri-negeri yang terkeluar dari mandalanya, Majapahit menjalinkan hubungan

yang baik.13

Seperti yang disebutkan sebelumnya, pengaruh Hindu-Buddha telah membawa masuk

konsep mandala (circle of king) yang mana difahami sebagai aspek tambahan kepada raja yang

memerintah. Ini iaitu simbolik kepada bulatan yang merupakan lingkungan kekuasan raja.

Secara fizikalnya negara ataupun kerajaan yang wujud di Asia Tenggara tidak mempunyai

sempadan yang jelas dan juga tidak tetap tetapi ia bergantung mengikut raja yang berkuasa.

Konsep ini dikenali sebagai mandala yang membawa makna “bulatan raja-raja”14. Pada abad

ke-14, yakni zaman kegemilangan Majapahit terutamanya semasa pemerintahan Hayam Wuruk

(1350-1389) dan penyeliaan Patih Amangkubumi Gadjah Mada (1334-1364), kuasa dan

pengaruh Majapahit berkembang sampai ke kemuncaknya. Hal ini seterusnya menjadikan

13
Kobkua Suwannathat-Pian, op. cit., hal. 66.
14
Abdul Rahman Hj Abdullah, op. cit., hal. 179.

7
Majapahit sebagai sebuah empayar utama di Nusantara yang mempunyai lingkungan politik

terbesar meliputi hampir semua kepulauan Indonesia termasuk Palembang-Jambi, kedua-dua

belah selat Melaka, Kalimantan dan kepulauan Indonesia Timur.15

Menerusi sistem mandala ini, Kerajaan ini telah mencapai zaman kebesarannya semasa

berada di bawah pemerintahan Raja Hayam Wuruk. Pada masa itu, Majapahit telah memiliki

susunan pemerintahan dan birokrasi yang teratur. Majapahit memiliki sistem pemerintahan

yang tersusun seperti yang digambarkan dalam kitab Negarakartagama, yakni mempunyai tiga

unit pentadbiran iaitu pentadbiran peringkat pusat atau istana raja, wilayah (negeri Majapahit

tulen) dan kawasan jajahan takluk.16 Raja merupakan puncak kuasa dalam sistem pemerintahan

kerajaan Majapahit. Raja dibantu oleh majlis penasihat yang terdiri daripada kerabat diraja dan

juga pegawai tadbir. Urusan pentadbiran pula dijalankan oleh tiga golongan pegawai, iaitu

golongan Rakryan, golongan Arya dan golongan Dang Akarya.17 Golongan pertama atau

Rakryan memiliki kuasa yang agak luas dan membantu dalam pentadbiran di peringkat pusat.

Pentadbiran wilayah pula dibahagikan kepada beberapa kawasan yang dipanggil Khabupaten.

Pemerintah bagi sesebuah Khabupaten dikenali sebagai Bhupati. Khabupaten pula terbahagi

lagi kepada beberapa daerah kecil yang dikenali sebagai Kawadanan dan diperintah oleh

Wardana. Seterusnya, Kawadanan pula akan dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu

Pakwan. Pakwan ditadbir oleh Akuwu. Unit pemerintahan terkecil yang wujud pada zaman

Majapahit ialah kampung. Kampung akan dikendalikan urusan pentadbirannya oleh seorang

Buyut atau ketua kampung.

Selain itu, kesan daripada kedatangan pengaruh Hindu-Buddha ini juga telah

mewujudkan konsep daulat dalam sistem politik negara Majapahit. Kedaulatan raja tersebut

15
Kobkua Suwannathat-Pian, op. cit., hal. 66.
16
Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. Peradaban Melayu, Johor : Penebitan Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, hal. 53.
17
Ibid., hal. 53.
8
sebenarnya dianggap sebagai sifat asli raja itu sendiri yang merupakan titisan dewa.

Bagaimanapun untuk meneguhkan kepercayaan rakyat tentang konsep daulat ini, adakalanya

ditambah dengan kekuatan dan kesaktian melalui pemilikan barang-barang pusaka yang

melambangkan kedaulatan pemerintah itu sendiri.18 Konsep daulat ini telah menjamin ketaatan

rakyat terhadap pemerintah dan telah memberikan manfaat yang sangat penting kepada

kesinambungan pemerintahan raja dalam sesebuah kerajaan di asia tenggara, ini disebabkan

melalui konsep tersebut, rakyat telah menumpahkan seluruh kesetian mereka kepada raja yang

memerintah.

Kesan kedatangan pengaruh agama Hindu-Budhha ke Kepulauan Asia Tenggara

khususnya di Majapahit sebenarnya tidaklah membawa banyak perubahaan dalam sistem

kepercayaan masyarakatnya. Walaupun pada asasnya berlakunya pertukaran sistem

kepercayaan daripada animisme kepada ajaran agama Hindu-Budhha. Walau bagaimanapun

perkembangan agama Hindu ini sebenarnya lebih tertumpu kepada gologan atasan. Manakala

golongan bawahan pula masih cenderung kepada kepercayaan lama.19 Keadaan tersebut

mempunyai kaitan dengan sebuah konsep iaitu Great Tradition dan Little Tradition. Dalam

konsep ini, kesan proses Indianisasi ini boleh dilihat dalam pengamalan kepercayaan yang telah

membawa perubahan terhadap sistem kepercayaan masyarakat. Ini disebabkan situasi pada

zaman tersebut yang berkaitan dengan ketaatan terhadap pemerintah membawa kepada polisi

‘agama raja adalah juga agama rakyat’.

18
Afifah Abu Yazid. 2003. Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd,
hal.24.
19 Ibid., hal.157.

9
Kesimpulan

Kesimpulannya, Indianisasi yang berlaku di Kepulauan Asia Tenggara telah

meninggalkan kesan terhadap sistem sosio-politik di Majapahit. Kesan-kesan Indianisasi begitu

jelas dengan pembuktian melalui bidang arkeologi mahupun antropologi yang menjalankan

kajian terhadap tinggalan artifak daripada masyarakat lampau di Majapahit seperti jumpaan

tembikar, kuil, candi serta pelbagai lagi artifak yang boleh membuktikan bahawa Indianisasi

telah berlaku di Majapahit. Selain daripada tinggalan artifak, kewujudan Indianisasi Hindu-

Buddha masa lampau telah meninggalkan kesan dan telah meresap ke dalam masyarakat

tempatan hingga ke hari ini. Antara kesan Indianisasi yang meresap dan menjadi sebahagian

masyarakat tempatan hingga ke hari ini ialah dari segi kosa kata, bahasa, agama, adat, tulisan

dan pelbagai lagi. Proses Indianisasi ini sememangnya bertiitk tolak daripada agama Hindu-

Buddha dan akhirnya menjadi unsur-unsur yang berkisar daripada pengaruh India yang

dijadikan sebagai ideologi moral dan politik. Secara ringkasnya, apa yang sebenarnya berlaku

ialah kerajaan Majapahit yang menjadi subjek perbincangan telah mengambil unsur-unsur

kebudayaan Buddha dan Hindu yang dibawa masuk ke kerajaan mereka dan meresapkannya ke

dalam kebudayaan tradisi mereka, sambil menyesuaikannya mengikut kehendak dan

pandangan mereka sendiri.

10
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Hj Abdullah. 2003. Sejarah Dan Asia Tenggara Sebelum Dan Sesudah Islam.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Hj Abdullah. 2006. Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah

Alam: Karisma Publication.

Afifah Abu Yazid. 2003. Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: PTS Publications &

Distributors Sdn.Bhd.

Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Hall, D. G. E. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka.

Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Rajantheran. 1999. Sejarah Melayu: Kesan hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mabbett, I. W. 1977. The “Indianization” of Southeast Asia: Reflections on the historical

sources. Journal of Southeast Asian Studies 8(2) : 143.

Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. Peradaban Melayu, Johor : Penebitan Universiti

Teknologi Malaysia Skudai.

R. Rajakrshan & M. Rajantheran. 1994. Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit

Fajar Sdn. Bhd.

M. Rajantheran. 1999. Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11

Anda mungkin juga menyukai