Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN Kegiatan sukan merupakan aktiviti yang menyeronokkan.

Dalam mengelolakan sesuatu pertandingan, pelbagai sistem diperkenalkan seperti sistem kalah matai, sistem liga dan sistem cabar mencabar. Di Malaysia, antara sistem yang sering digunakan ialah sistem liga dan sistem kalah mati. Pengelolaan sukan yang baik oleh badan yang bertanggungjawab

menguruskan sesuatu pertandingan akan berjaya meningkatkan mutu sukan negara. Sistem ini juga dicipta bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam sukan dan bagi memastikan sesuatu pertandingan dapat dijalan dengan adil, bersih dan integrasi. Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu :

(a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau melawan skor purata. (b) Pertandingan melawan individu lain. Bagi memastikan sesuatau kejohanan atau pertandingan dijalankan dengan baik dan berkesan, pihak pengurusan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu bagi memudahkan pengurusan. Antara perkara utama yang bertu dititikberatkan oleh pihak pengurusan dalam merancang atau mengelolakan sesuatu pertandingan ialah: Jenis pertandingan Masa yang diperlukan Alatan dan kemudahan yang ada Agihan perlawanan yang adil Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan Kewangan Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan Penentuan pemenang dan pemain yang sah

SISTEM LIGA Pertandingan mengikut sistem liga memberikan peluang penyertaan maksimum. Sistem ini amat popular diamalkan dalam banyak kejohanan yang dipertandingkan di negara kita. Di Malyisa, terdapat banyak jenis sistem liga seperti sistem liga 2 kumpulan dan sistem liga 3 kumpulan. Namun, dalam tugasan kajian yang kami jalankan, kami lebih menumpukan kepada sistem liga 4 kumpulan. Walaubagaimanapun, pengenalan kepada sistem liga merupakan perkara penting. Ini kerana, walaupun terdapat banyak sistem liga yang digunakan, ia masih mengamalkan satu konsep yang sama. Sebagai pengelola permainan, adalah amat penting untuk mengetahui cara mengira perlawanan. Sebelum sesuatu kejohanan yang dirancang dijalankan, pihak pengelola perlu mengetahui berapa banyak perlawanan yang perlu diadakan. Ini amat penting agar pihak pengelola dapat menguruskan tempat pertandingan dengan baik. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini seperti kekurangan fasiliti permainan, ketiadaan pegawai sukan dan kelewatan perlawanan akhir. Perkara-perkara ini berlaku disebabkan pihak pengelola gagal menguruskan sesuatu kejohanan dengan baik. Perkara ini pastilah akan memberikan imej yang buruk tentang status sukan di negara ini. Malah, kita akan terus gagal meningkatkan mutu sukan di negara kita. Bilangan perlawanan akan menentukan sistem liga yang akan digunakan. Jika setiap peserta atau kumpulan perlu bermain satu pusingan, maka sistem liga satu pusingan akan digunakan. Namun sekiranya peserta atau kumpulan perlu menghadapi dua pusingan perlawanan, maka sistem liga dua pusingan yang akan digunakan. Sistem liga biasanya akan memberikan peluang kepada setiap pemain atau kumpulan untuk bertanding. Contohnya sistem liga yang digunakan dalam Liga Utama Inggeris, Liga Super Malaysia dan Liga Hoki kebangsaan. Namun bagi pertandingan lain, sekiranya terdapat terlala banyak penyertaan yang melibatkan jumlah perlawanan yang banyak serta memerlukan masa yang panjang sistem liga kumpulan digunakan.

Sistem ini dinamakan sistem separa liga. Setiap peserta atau kumpulan hanya bertanding dalam kumpulannya untuk mencari juara kumpulan. Contohnya Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia. Setiap juara kumpulan seterusnya akan melalui pula pusingan kalah mati untuk layak ke peringkat yang seterusnya.

MENGIRA JUMLAH PERLAWANAN Dalam sebuah kejohanan Ragbi, 8 Pasukan telah mengambil bahagian. Cara untuk mengira jumlah perlawanan tersebut adalah seperti berikut : a) Cara pertama

N(N 1) 2

N = Jumlah pasukan yang mengambil bahagian. Contohnya : Dalam sebuah kejohanan Ragbi, 8 Pasukan telah mengambil bahagian. = 8(8 1) 2

= 56 2

= 28 Perlawanan.

b) Cara kedua Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 Potongkan angka tertinggi iaitu 8. Campurkan semua nombor tersebut iaitu 28. Ini bermakna jika 8 pasukan yang mengambil bahagian, jumlah perlawanan yang perlu disusun ialah sebanyak 28 perlawanan.

MENGATUR PERLAWANAN Formula untuk menyusun jadual pertandingan ialah angka satu dikekalkan kedudukannya sementara angka lain akan berubah mengikut arah putaran jam atau sebaliknya. Contohnya :

1 LWN 2 3 LWN 4 5 LWN 6 7 LWN 8

1 LWN 4 2 LWN 6 3 LWN 8 5 LWN 7

1 LWN 6 4 LWN 8 2 LWN 7 3 LWN 5

1 LWN 8 6 LWN 7 4 LWN 5 2 LWN 3

1 LWN 7 8 LWN 5 6 LWN 3 4 LWN 2

1 LWN 5 7 LWN 3 8 LWN 2 6 LWN 4

1 LWN 3 5 LWN 2 7 LWN 4 8 LWN 6

MEMBINA JADUAL PERLAWANAN Pengajur perlu menyediakan jadual perlawanan bagi menentukan kemenangan. Sekiranya pasukan yang bertanding menang akan diberikan tiga mata, seri satu mata dan kalah tiada mata. Contohnya: Pasukan P M S K J B Mata Kedudukan

Cobra FC

Perwira

Dragon 5 FC

Luncai FC

LIGA 4 KUMPULAN Liga 4 kumpulan dijalan sekiranya terdapat 12 atau lebih pasukan yang bertanding dalam satu-satu kejohanan. Pasukan-pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana setiap kumpulan mengandungi 4 pasukan. Liga 4 kumpulan popular dalam kejohanan bola sepak seperti yang diguna pakai dalam kejohanan Bola Sepak Piala Dunia. Walau bagaimanapun, sistem ini merupakan sistem separa liga. Pasukan yang menduduki dua tangga tertinggi dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan yang seterusnya. Pada peringkat ini mereka harus melalui sistem kalah mati(play-off) atau sistem cabar-mencabar untuk masuk ke peringkat separuh akhir dan peringkat akhir. Sebagai contoh, berikut merupakam sebuah Kejohanan Sepak Takraw yang menggunakan sistem liga 4 kumpulan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA PIALA PENGARAH IPGKKB

UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang sedang berkuatkuasa masa kini. PERATURAN KEJOHANAN

a. Kejohanan

ini

dikenali

sebagai

KEJOHANAN

SEPAK

TAKRAW

TERBUKA PIALA PENGARAH IPGKKB Semester 3.

dianjurkan oleh Guru Pelatih

b. Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang diketuai oleh seorang Ketua Pengadil.

TARIKH, TEMPAT DAN TAKLIMAT/UNDIAN

a. Kejohanan ini akan diadakan pada 5 dan 6hb Sept. 2012 (sabtu dan ahad) bertempat di Gelanggang Terbuka IPG KKB.

b. Kejohanan akan dijalankan di gelanggang terbuka (OPEN COURT).

c. Taklimat pengurus dan undian akan dijalankan pada 4hb Sept. 2012 (jumaat) di Dewan Seminar IPG KKB, pada pukul 8.30 malam.

d. Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.

FORMAT PERTANDINGAN Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D) Pusingan Pertama a. Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. b. Johan, Naib Johan, ketiga dan Keempat dalam pertandingan Tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Kumpulan 1 1. Johan 2. Undi 3. Undi 4. Undi Kumpulan 2 1. Naib Johan 2. Undi 3. Undi 4. Undi Kumpulan 3 5. Ketiga 6. Undi 7. Undi 8. Undi Kumpulan 5 1. Keempat 2. Undi 3. Undi 4. Undi

c. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan. d. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan Kedua (Suku Akhir) a. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati. b. Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut: i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan

didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7. ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan

Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8. iii. Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.

SUKU AKHIR 1 2

SEPARUH AKHIR

AKHIR

3 4 JOHAN
5

6 7 8

Pasukan

Mata

Kedudukan

Pasukan 1

Pasukan 2

Pasukan 3

Pasukan 4

MATA PERTANDINGAN (LIGA 4 KUMPULAN) Cara memberi mata : Menang Seri Kalah : 3 mata : 1 mata : 0 mata

Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan dengan cara mengadakan perlawanan semula.

HADIAH-HADIAH

a. Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan Tempat ke empat.

b. Hadiah wang tunai yang disediakan adalah seperti berikut:

i) ii) iii) iv)

Johan

RM1,500.00 + Medal RM1,000.00 + Medal RM 800.00 + Medal RM 500.00 + Medal

Naib Johan Ketiga Keempat -

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

a. Setiap regu hendaklah terdiri daripada seorang pengurus dan 3 orang pemain serta 1 pemain simpanan (jika ada).

b. Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja.

c. Setiap regu dikenakan yuran penyertaan RM10.00.

d. Hanya pasukan-pasukan yang MENDAFTAR DAN MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN SEBELUM ATAU PADA TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 1hb Julai 2008 (ISNIN) AKAN DITERIMA DAN LAYAK

BERTANDING.

e. HANYA SEORANG

SAHAJA PEMAIN

YANG

PERNAH

MEWAKILI

NEGARA / NEGERI /ATM / PDRM / MAKSAK BAGI TAHUN 2000 HINGGA KINI YANG LAYAK DIDAFTARKAN PENYERTAANNYA BAGI SETIAP REGU. PEMAIN KATEGORI JUNIOR (REMAJA) DAN JUGA VETERAN (40 TAHUN DAN KE ATAS) ADALAH TERKECUALI DARIPADA SYARAT INI.

f. Sekiranya penganjur mendapati mana-mana regu gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN

PENYERTAAN REGU BERKENAAN DARI MENYERTAI KEJOHANAN INI.

g. Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

a. Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

b. Semua regu dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

c. Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubahsuai oleh pasukan atau regu yang mengambil bahagian.

d. Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada regu yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

e. Mana-mana regu yang menarik diri pada pusingan awal akan dianggap tidak mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

f. Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 5 minit daripada masa yang telah ditetapkan, akan dikira terbatal (walkover), dan pasukan tersebut akan terkeluar daripada pertandingan.

g. Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan dan apabila telah disahkan, TIDAK BOLEH DIUBAH dalam keadaan apa sekali pun.

h. Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

i.

Setiap

pasukan

boleh

membuat

bantahan

secara

bertulis

dengan

menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 400.00 tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

j.

Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah

muktamad.

k. Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

l.

Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

m. Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.

n. Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

PERATURAN AM

a. Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh undang-undang, syarat penyertaan dan pertandingan atau mana-mana peraturan, ianya akan diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum.

b. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur Kejohanan Sepak Takraw Putrajaya 2008 adalah muktamad.

c. Penganjur kejohanan berhak mengubah mana-mana peraturan am, syarat penyertaan dan syarat pertandingan serta jadual permainan di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tanpa perlu memberitahu pasukan-pasukan yang bertanding.

BORANG PENYERTAAN DAN PEMBAYARAN a. Borang penyertaan dan juga proses pembayaran boleh didapati dan dibuat di Jabatan GERKO IPG KKB atau Pejabat Pentadbiran IPG KKB. b. Borang penyertaan juga boleh didapati dengan melayari Website Sebarang

www.ipgkkb.gov.my dengan muat turun borang penyertaan.

pertanyaan bolehlah terus menghubungi pihak urusetia pertandingan.

BORANG PENYERTAAN SEPAKTAKRAW ANTARA REGU PIALA PENGARAH IPG KKB Setiausaha Kejohanan Sepaktakraw Terbuka PIALA PENGARAH IPG KKB. Tuan, Kami mohon mendaftar penyertaan kelab/pasukan/persatuan kami dalam kejohanan Sepaktakraw Terbuka PIALA PENGARAH IPG KKB Nama Kelab/Pasukan/Persatuan :. Nama Pengurus/Ketua :. Alamat : Tel:. Bersama-sama ini disertakan wang pendaftaran disertakan sebanyak RM (wang tunai/ /Kiriman Pos/Bank Draf). untuk bayaran sebanyak regu beserta senarai nama pemain. Kami mematuhi segala peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan. Sekian, terima kasih Yang benar . Tarikh :. Tandatangan Pengurus Nama: SENARAI NAMA PEMAIN Kami bersetuju untuk mewakili Kelab/Pasukan/Persatuan dalam kejohanan Sepaktakraw Terbuka PIALA PENGARAH IPG KKB. Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan dan syarat-syarat pertandingan yang ditetapkan. Bil Nama No. K/P Posisi

Tandatangan Pengurus : ( )

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai