Anda di halaman 1dari 18

3.

0 SISTEM PERTANDINGAN

Pengenalan
Pengurusan bermaksud bekerja melalui orang lain untuk menyelesaikan sesuatu
tugasan yang dapat membantu organisasi mencapai objektifnya. Sukan boleh
disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Ia juga merupakan
sebahagian

daripada

kerja

profesional

yang

perlu

dibayar.

Synder

dan

Spreitzer(1989), menyatakan sukan bermaksud aktiviti yang dipertandingkan


mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh badan sukan
tersebut.

Sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan,


kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke
dalamnya. Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk. Pertama, pengurusan sukan
adalah satu bidang usaha profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan
yang berkaitan dengan sukan. Kedua, pengurusan sukan merupakan satu program
persediaan akademik profesional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi
sebagai suatu bidang yang wajib.

Definisi Pengurusan Sukan


Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai
Sebarang

gabungan

kemahiran-kemahiran

berkaitan

dengan

perancangan,

pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan


penilaian dalam kontek sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau
perkhidmatan berkaitan dengan sukan.

Fungsi pengurusan sukan


Di antara fungsi pengurusan sukan ialah :-

1. merancang
2. menyediakan bajet
3. mengawal
4. mengarah
5. mengelola
6. menyediakan jadual pertandingan
7. membuat keputusan
8. menilai

Terdapat tiga elemen utama yang dapat menentukan kejayaan dalam sesebuah
pengurusan sukan iaitu:-

a. persediaan profesional
b. sikap profesional
c. perkembangan profesional
Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh seseorang pengurus itu

maka

kemajuan pengurusan sukan akan memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

Sistem Pertandingan
Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara
yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu
pertandingan.Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu :

(a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau
melawan skor purata.

(b) Pertandingan melawan individu lain.

Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih
pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang mengelolakan
pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk
memudahkan perancangan dan persediaan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

Jenis pertandingan

Masa yang diperlukan

Alatan dan kemudahan yang ada

Agihan perlawanan yang adil

Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan

Kewangan

Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan

Penentuan pemenang dan pemain yang sah

Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam
sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan.

Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah:

Pertandingan berbentuk kejohanan

Pertandingan

liga

(liga

satu

pusingan,

kumpulan,

kumpulan

dan 4kumpulan)

Pertandingan kalah mati

Pertandingan cabar mencabar

Pertandingan berbentuk kejohanan


Pertandingan berbentuk ini membolehkan peserta bertanding dalam beberapa
acara yang berlainan berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan
pertandingan yang ada. Pertandingan ini boleh dikelolakan selama sehari atau
beberapa hari. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan
3

menetapkan masa sesuatu acara yang dipertandingkan. Antara jenis sukan yang
sesuai dengan pertandingan bentuk ini seperti olahraga, renang dan gimnastik.

1. Sistem Liga
(Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM) Pertandingan liga memberi
peluang kepada penyertaan maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu
pusingan, liga 2 pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan menentang
setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan.
Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali,
pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan. Jika peserta dibahagikan kepada
beberapa kumpulan, pertandingan itu dikenali sebagai separa liga. Contoh bilangan
perlawanan

Sistem liga adalah satu sistem pertandingan yang melibatkan beberapa orang
peserta atau pasukan dikumpulkan ke dalam satu kumpulan atau beberapa buah
kumpulan. Para peserta tersebut dikehendaki bertanding antara satu sama lain
sehingga setiap pasukan telah bermain dengan semua pasukan dalam kumpulan
tersebut.

Kelebihan sistem liga

Sistem ini senang untuk diuruskan kerana formatnya senang diuruskan


Jadual-jadual pertandingan sudah diketahui sebelum pertandingan bermula
dan setiap pasukan akan bertemu dengan pasukan yang lain dalam
kumpulannya.
Peserta boleh memperbaiki strategi perlawanan dari semasa ke semasa
kerana dapat bertanding dengan banyak pasukan dalam kumpulan tersebut.
Setiap pasukan akan bertarung bersungguh-sungguh kerana kemenangan
akan bergantung kepada jumlah mata yang diperoleh hasil kemenangan atau
seri, jumlah jaringan, dan jumlah jaringan kena.

Kelemahan sistem liga

Memerlukan alatan yang banyak.


Masa pertandingan yang lama.

Sistem liga terbahagi kepada :


a. Sistem liga satu pusingan
Liga satu pusingan hanya membenarkan peserta bertanding sekali sahaja
dengan pihak lawan setiap kumpulan.

b. Sistem liga dua pusingan


Liga dua pusingan memerlukan peserta atau kumpulan tersebut bertanding
dengan lawan sebanyak dua kali.
-Liga Perdana Inggeris.

Formula mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga ialah :

N(N-1)

di mana N = jumlah pasukan yang

mengambil bahagian

Contohnya : 6 pasukan mengambil bahagian

N (N-1)
2

6 (6-1)
2

= 6x5
2

= 30
2

= 15 perlawanan
5

Atau

Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5, 6,

Potongkan angka tertinggi iaitu 6

Campurkan kesemua nombor tersebut

Jumlah yang diperolehi ialah 15

Ini bermakna jika 6 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan,


jumlah perlawanan yang perlu disusun ialah 15.

Penyusunan pertandingan liga Hoki

Formula untuk menyusun jadual pertandingan liga ialah angka 1 dikekalkan


kedudukannya, manakala angkaangka lain akan beralih mengikut pusingan jam atau
sebaliknya.

1 lawan 2
6 lawan 3

atau

5 lawan 4

lwn

lwn

lwn

Susunan perlawanan 6 pasukan:

1 lawan 2

1 lawan 6

1 lawan 5

6 lawan 3

5 lawan 2

4 lawan 6

5 lawan 4

4 lawan 3

3 lawan 2

susunan

susunan

susunan

perlawanan 1

perlawanan 2

perlawanan 3

Menentukan kedudukan

Keputusan pertandingan secara liga ditentukan dengan pengiraan seperti berikut


dalam jadual 1 :
P - Jumlah pertandingan
M - Bilangan menang
S - Bilangan seri
K - Bilangan kalah
J - Bilangan jaringan dibuat
G - Bilangan gol kena

Lazimnya pasukan yang menang bagi setiap pertandingan akan diberi dua mata, seri
satu mata dan kalah tiada mata.

Jadual 1 : Menentukan Kedudukan

Pasukan

Mata

Kedudukan

Mawar

Orkid

Teratai

Melur

2. Sistem Separuh liga


(a) Liga 4 Kumpulan

Pusingan pertama (12 pasukan atau lebih)


Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :-

Kumpulan A

Kumpulan B

Kumpulan C

Kumpulan D

1. Johan

1. Naib Johan

1. Ketiga

1. Keempat

2. Undi

2. Undi

2. Undi

2. Undi

3. Undi

3. Undi

3. Undi

3. Undi

4. Undi

4. Undi

4. Undi

4. Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka


pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan kedua ( suku akhir)


Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan
suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk


ditempatkan di Kedudukan 1, 3, 5 dan 7.

ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di


kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi
dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua
yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

iii. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki
perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukanpasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

(b) Liga 3 kumpulan

Pusingan pertama (9 hingga 11 pasukan)


Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Kumpulan A

Kumpulan B

Kumpulan C

1. Johan

1. Naib Johan

1. Ketiga

2. Undi

2. Undi

2. Undi

3. Undi

3. Undi

3. Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka


pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan kedua
i. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan
Melur dan Teratai dengan mengadakan undian.

ii. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.

iii. Dari 3 Johan kumpulan, satu akan ditempatkan dalam Kumpulan Melur dan dua
ditempatkan dalam Kumpulan Teratai.

iv. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan
kumpulannya.

Contoh:

Kumpulan Melur

Kumpulan Teratai

Johan B

Johan A

Naib Johan A

Johan C

Naib Johan C

Naib Johan B

Pusingan akhir

Pemenang pertama dalam Kumpulan X lawan pemenang pertama Kumpulan


Y untuk tentukan kedudukan Johan dan Naib Johan.

Pemenang kedua Kumpulan X lawan pemenang kedua Kumpulan Y untuk


menentukan tempat ke-3 dan ke-4.
10

(c) Liga 2 kumpulan

Pusingan pertama (6 hingga 8 pasukan)


Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam
Kumpulan A dan naib johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B.

Kumpulan A

Kumpulan B

1. Johan

1. Naib Johan

2. Tempat ke-4

2. Tempat ke-3

3. Undi

3. Undi

4. Undi

4. Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka


pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan kedua

Pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara kalahmati.

11

Pusingan akhir

Pemenang kumpulan X akan melawan pemenang kumpulan Y untuk


menentukan Johan dan Naib johan.

Kalah kumpulan X akan melawan kalah kumpulan Y untuk menentukan


tempat ketiga dan keempat.

(d) Liga 1 kumpulan

Sekirannya lima atau kurang daripada lima pasukan yang bertanding, pertandingan
secara liga satu pusingan dijalankan.

Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan.

Lazimnya pertandingan cara liga satu pusingan diadakan apabila :

(i) Bilangan pasukan yang kecil


(ii) Masa
(iii) Sumber kewangan
(iv) Kemudahan dan
(v) Bilangan pegawai

3. Pertandingan kalah mati


Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini
akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang
tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan
kalah mati dua kali.

(a) Kalah mati sekali

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus
bertanding manakala yang kalah akan tersingkir . Sistem ini sangat sesuai dalam
12

mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan


masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia.
Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan
atau peserta.

KELEBIHAN SISTEM KALAH MATI


Jadual sistem ini mudah difahami oleh peserta.
Sangat berguna untuk menentukan juara atau pemain pilihan untuk
pertandingan-pertandingan akan datang.
Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat
Boleh dilaksanakan dengan alatan yang terhad
Mampu menerima penyertaan yang banyak.
Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan.

KELEMAHAN SISTEM KALAH MATI

Peserta hanya bertanding sekali sahaja


Penggunaan kemudahan yang minimum
Penentuan pemain pilihan adalah penting
Separuh daripada peserta akan tewas pada peringkat awal.

13

Langkah pengelolaan pertandingan adalah seperti berikut:


i.

Bilangan peserta menunggu (bye)

Jadual perlawanan dapat disusun dengan mudah sekiranya jumlah pasukan yang
mengambil bahagian dalam angka pangkat dua atau angka kuasa dua. Sebagai
contoh, 2, 4, 8, 16, 32, 64 dan 128.

Formula sistem kalah mati:

Cara mengira jumlah perlawanan:


= 1
Cara mengira bilangan bye:
=kuasa dua (2 ) , = 1,2,3,4,5..
Cara mengira jumlah perlawanan dalam pusingan pertama:
=

N merujuk kepada jumlah peserta yang bertanding

Perbandingan bilangan penyertaan pasukan dengan penggunaan angka kuasa 2


untuk mendapat bye. Angka kuasa 2 mestilah melebihi jumlah pasukan yang
mengambil bahagian.

Angka

Jumlah

Jumlah pasukan

pangkat 2

pasukan yang

menunggu atau

(2 )

mengambil

bye

bahagian
()
21

22

22

23

23

2
14

23

23

24

24

10

24

11

24

12

24

13

24

14

24

15

Peserta menunggu adalah dari kalangan johan, naib johan, tempat ketiga dan
keempat dalam pertandingan sebelumnya.

ii.

Penempatan pasukan pilihan atau seeded

Peserta pilihan di tempatkan simetrikal.


Jika terdapat dua peserta menunggu maka peserta menunggu
pertama akan diletakkan di bahagian atas dan peserta kedua akan
diletakkan di bahagian bawah.
Jika terdapat 4 peserta, peserta menunggu pertama dan keempat
di dalam kumpulan atas manakala peserta menunggu kedua
Contoh berada
:
dan ketiga akan berada di dalam kumpulan bawah.
Sekiranya peserta menunngu itu dalam angka ganjil, maka penanti
seterusnya mesti diletakkan di bawah kumpulan bawah.

15

(b) Kalah mati dua kali

Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap peserta bermain sekurangkurangnya dua kali sebelum tersingkir terus dari pertandingan. Peserta yang menang
di peringkat awal akan memaju ke kanan untuk menjadi johan manakala peserta
yang kalah ditempatkan ke kiri.

Sekiranya pemenang pertandingan datang dari kumpulan yang telah kalah sekali,
maka pasukan yang tewas boleh meminta satu lagi perlawanan.

Kelebihan
Peserta berpeluang bertanding sebanyak dua kali
Peserta yang kalah sekali masih berpeluang menjadi johan
Dapat memilih pemenang yang sebenar
Penentuan peserta menunngu tidak diperlukan

Kelemahan

Memakan masa yang lebih panjang berbanding sistem kalah mati sekali.
Perlawanan banyak, oleh itu memerlukan perlawanan yang banyak
Jadual perlawanan yang kompleks dan mengelirukan

16

kiri

kanan

Carta pertandingan kalah mati dua kali untuk lapan peserta

17

Contoh Format pertandingan kalah mati 2 kali .

Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 akan
menyandang JUARA/JOHAN, tetapi jika 1 yang memenangi pertandingan akhir,
maka 2 berhak memohon untuk bertanding semula bagi menentukan JOHAN.

18

Anda mungkin juga menyukai